Monday 30 June 2014

KAWAI(cute) Vs KAWAISOU(kesian)


Hai korang...

Puasa macam mana??

kalau ikutkan, hari ni dah hari ketiga kita berpuasa..Hopefully, Allah terima puasa kita dan ganjarkan kita dengan ganjaran yang infiniti. Saya tak nak sebut 'ganjaran yang banyak', sebabnya perkataan 'banyak' tu, kita still dapat bayangkan nilai dia. Kalau macam saya,perkataan 'banyak' tu, saya akan bayangkan benda tu banyak macam bukit.

tapi, kalau perkataan infiniti, kita(especially saya) tak dapat nak bayangkan macam mana 'nilai' infiniti tu..

Amiinn..

okeylah, hari ni saya nak citer something. Baru lagi terjadi benda ni. Semalam. Harap2, korang akan sudi baca entri ni jugk, lepas tu kita sama-sama fikirkan...

READY yer..dah nak mula tulis ni..


Minggu lepas, saya ada dapat call dari Kadota-san(Foreign Student's Officer). Dia minta saya datang ke bilik dia, time waktu yang free.

Sebetulnya, memang silap la soalan Kadota-san tu, sebab saya selalu free. asyik merayau je kerja skang ni. Pergi sana. Pergi sini.

By the way, saya pun janji la nak pergi jumpa dia hari esoknya, jam 10 pagi.

Esokkannya tu, bila dah jumpa dia, dia explain kat saya, yang dia nak mintak saya pergi bagi penerangan sikit2 pasal Malaysia kat budak sekolah rendah Jepun. Macam-macam yang dia try bagitau saya. maybe untuk ‘convince'kan saya biar saya sudi jadi volunteer untuk explain kat kanak-kanak tu pasal Malaysia.

Tak ramai pun. dalam 5-6 orang je murid-muridnya. tujuan explaination ni, adalah sebagai aktiviti salah satu club kat sekolah tu.

Fikir-fikir balik, memang betul jugak kata Kadota-san tu kenapa saya perlu jadi volunteer untuk aktiviti ni. Dipendekkan cerita, saya pun terima la offer tu. 

.............

Then, until yesterday morning, baru la saya terhegeh-hegeh nak pergi buat preparation untuk explain pasal Malaysia. Saya gi library untuk cari gambar2 yang ada kaitan pasal Malaysia.

Maksud saya, bukan cari dalam buku tau. Tapi saya cari dalam internet, pakai komputer library, then ‘compile’kan, then print kat sana jugak.

Tak banyak pun yang saya cari, just simple things about Malaysia. Traditional Foods, Traditional Cloths, something that normal in Malaysia but quite rare in Japan and others.

Untuk bab makanan, saya ada mintak isteri saya untuk buatkan sikit kuih Cara, untuk bagi kanak-kanak tu try makan.

Mula-mulanya, saya ingatkan saya berseorangan time pergi tu, jadi saya bawak la sekali isteri saya ke sekolah rendah tu. boleh jumpa budak2 jepun yang Kawaii(comel). 

Gambar bgunan sekolah 上宇部小学校


But then, rupa-rupanya, member saya Hakim pun pergi jugak. Geng Kelate jadinya, sebab semua dari Kelantan. Hoho…

Haha..dah panjang sangat nih…Dipendekkan cerita, waktu kat sekolah tu, kami bertiga diperkenalkan ngan pengetua sekolah dan kami dijamu ngan air teh. Lepas tu, kami mintak maaf dan explain kat pengetua dan Nawata Sensei(cikgu yang bawak kami ke sekolah tu), yang kami puasa hari ni. Jadi, tak boleh minum air yang disediakan.

kena ingat pasal ni, sebab ni keypoint apa yang saya akan cerita seterusnya...

Waktu nak ke kelas aktiviti tu, ada seorang cikgu Jepun datang bagi salam kat kami. Wallahu'alam kenapa.  mungkin sebab sensei tu dah knal rupa orang Islam macam mana.

Dipendekkan cerita lagi, bila dalam kelas tu, dah jumpa semua murid2 semua. Nawata Sensei ada bagitahu kat anak muridnya tu, yang pasal kami tak minum air bila staff sekolah tu jamu kami dengan air. 

Kata sensei tu, ni setakat yang saya faham, dengan bahasa Jepun yang tunggang-langgang ni. Maybe Hakim faham lagi betul kot.

Saya translatekan ke dalam bahasa Malaysia dan bahasa orang muda la ek..
"Diaorang ni tak minum, tak makan time hari siang. Selama Sebulan. Sebabnya, ini adalah perayaan(omatsuri) mereka. Diaorang ada banyak jenis perayaan."

Saya yang dengar kata2 Nawata sensei tu, 
rasa gembira sangat..

Kenapa saya gembira???
Sebabnya, orang non-muslim jauh lebih faham dari saya dan umat Islam hari ini, yang sebenarnya, RAMADHAN KARIM, adalah perayaan. PERAYAAN IBADAH. Bukan semata-mata Syawal itu adalah PERAYAAN. Kita sering terlupa yang Ramadhan ini, nilainya tersangat besar. Ganjaran yang dilipatkan gandakan oleh Allah swt.

Semoga ALLAH ampuni saya dan kita semua/

Lagi, antara perkara yang menarik perhatian saya adalah berkaitan agama. Saya dan seluruh umat kena kasihankan orang Jepun dan nonmuslim lain. Mereka langsung tak kenal Allah.

Ada dalam explaination pasal Malaysia dari Hakim, dia ada sebut satu term yang merujuk kepada agama. Term tu adalah

宗教(Shuukyou)= agama

Tapi yang saya terkejut, kanak2 tu tak faham term SHUUKYOU(agama) tu. 

ye la kan, cuba bayangkan kalau kita sebut perkataan 'agama' kat budak2 sekolah rendah Malaysia, mesti diaorang faham, or at least diaorang akan nmpak imej2 agama mcm kna solat dan kena puasa.

tpi, kank2 jepun tu, tak tahu pun.

benda first yang saya boleh fikir adalah, agama memang tak diterapkan dalam diri orang Jepun. Sebab itu, mereka amalkan agama ikut suka mereka je. Time kahwin pakai christian. Time mati pakai budha. 
Ya Allah...kesian mereka..
Mereka pun umat Nabi saw..
Nabi sedih tgk umatnya tak kenal Allah..

Semoga Allah ampun kelemahan saya dan seluruh umat dan beri hidayah kepada orang Jepun dan seluruh manusia..

Semoga bermnfaat..

 

 

 

No comments:

Post a Comment