Saturday, 7 June 2014

Sekarang Ni Waktu Orang Kahwin..

Haha...mesti korang yang baca entri ni, ingat saya nak tulis pasal kahwin kan.. Sorry la ek.. sebenarnya, entri ni bukanlah totally pasal kahwin, cumanya ada sedikit pengalaman atau kisah yang boleh diambil manfaat bagi orang yang akan berkahwin dalam masa terdekat dan juga untuk yang masih belum ada perancangan untuk kahwin.:). .
(Haa..ok la tu, ada sikit kaitan dengan kahwin. Jangan sedih2, just keep going read this entry)

Entri ni sebenarnya bersempena penkhataman pengajian kitab( entri sebelum ini), so kiranya ni siri kedua dan final la kot. 

Pengajian agama saya dan teman2 yang lain bermula ketika kami masih di Malaysia. Waktu itu,saya masih lagi di tahun pertama dan pengajian kami sepenuhnya diadakan di surau Taman Bukit Pelangi(asrama kami). Peringkat awal pembelajaran kami yang hanya mengambil waktu antara Maghrib dan Isyak dan hanya pada hari isnin, guru kami, Ustaz Zamil hanya menekankan pembelajaran ilmu Tauhid(sifat 20) dan ilmu solat. Dan, biasa la kan, kalau lepas kuliah, mesti ada sesi soal jawab. Jadinya, kat tempat kami pun memang ustaz buat sesi soal jawab tu. Saya dan teman2 pun tanya la soalan2 yang kitaorang tak tahu or tak sure pasal ibadat kitaorang. Tapi, nak buat macam mana kan, dah nama pun budak sekolah sains, bab2 agama ni mana la nak ambik kisah sangat. Jadinya, soalan2 yang saya pun bukan2 laa. Maksud saya, soalan yang saya tanya tu basic sangt, dan sepatutnya dengan umur 18 tahun time tu dan dengan status 'budak nak gi study oversea' saya dah tahu pasal ilmu2 fardu ain. Ustaz pun, bila dah anak murid tanya, beliau jawab laa, cumanya hasil dari soalan2 saya, ustaz rasa banyak lagi bab2 fardhu ain yang kami tak settle lagi. jadi ustaz buat keputusan nak bukak kitab fardhu ain( idaman penuntut). Haha, terukkan saya.. tapi alhamdulillah, dengan keprihatinann ustaz tu, Allah bimbing saya ke jalan yng betul. Biar akidah teguh, ibadat diterima, akhlak pun cantik. 
Dalam tempoh 2 tahun belajar, ustaz pun bincang dengan kitaorang sama ada kitaorang setuju atau tak kalau kelas kami tu, ditambah satu hari lagi, iaitu hari Jumaat. Sebbnya, kalau ada 2 hari, lebih banyak yang kitaorang boleh belajar dan lebih banyak kitab yang boleh abiskan. Kitab ni bukan apa sebenarnya, ianya adalah untuk rujukan kita semua. Maknanya, tidak semua perkara kita kena ingat, kalau time berlaku kemusykilan je, kita ada sumber rujukan dan dengan hasil bimbingan guru atau ustaz, insyaAllah kita tak akan salah faham dalam memahami kaedah ibadatt yang betul. Berbalik kepada citer, jadi kitaorangi pun bersetuju dengan cadangan ustaz tu. 
Then, tahun 2012, senior kitaorang mula melanjutkan pengajian mereka di Jepun,  meninggalkan kami sebagai last batch JAD. Maka, dek komitednya senpai2 kitaorang dengan ilmu dunia dan akhirat ni, lokasi pengajian talaqqi kami beralih tempat di sebuah bilik utiliti, yang disediakan oleh pihak Yayasan Mara untuk tujuan kegunaan pelajar JAD(japanese associate Degree).Tujuannya adalah untuk guna internet connection(nak guna skype dan ustream) agar senpai kitaorang dapat  juga join kelas ni. Ustaz pun, beli la kamera komputer. Tengok, besarnya pengorbanan ustaz!!. Guna duit kocek sendiri pulak tu!!!

Jadi, berlalu la tahun  terakhir kitaorang di Malaysia tu macam tu je..

Op..op!!!tunggu dulu!!mana ada 'Macam tu je'.. Time taun last tu la, saya bertunang dan awal next 'year'nya(2013) saya kahwin.

Dah nk masuk dah citer bab kahwin ni..

Saya bertunang time Raya haji(2013), jadi  dalam tempoh sebelum kahwin tu, saya pun gi jumpa ustaz personally lepas kelas tamat untuk mintak ustaz ajar  saya bab nikah kahwin secara individually.  Cuak jugak time tu dan alhasilnya, Tak pasal2 sayankena tegur ngan ustaz.

'What the hell man'(emo pulak kena marah ngan ustaz)
 
Haha..takdenya saya nak emo macam tu, hati saya ni lembut je..hihi(perasan lebih)

Sebenarnya, Time kena tegur tu, saya takde la melenting, sebab saya faham kenapa ustaz tu tak berapa suka dengan keputusan saya nak kahwin awal tu.  kata-kata ustaz tu, sampai hari ni saya ingat "kenapa dah nak kahwinnya? Tumpukan belajar dulu fardu ain ni.."(lebih kurang mcm tu la kata-kata ustaz). Saya pun senyum je la. Hampir terdiam..

 Saya gi jumpa ngan ustaz untuk mintak nak beljar individually ngan ustaz tu sebab saya sedar yang time tu, ilmu bab nikah kahwin dah jadi fardu ain atas saya, sebab saya dah nak kahwin. Kalau saya kahwin lambt lagi, memang tak rajin saya nk beljar bab ni. Ye ke.. ?? Fikir balik kata-kata ustaz tu betul jugak, sebabnya nnti bila dah kahwin, segala urusan fardhu ain isteri kita akan jadi urusan kita. Bab haid, nifas, kesucian(thaharah) isteri kita perlu kita ambil berat. Kalu isteri kita dah tahu, suami tu akan ringan sikit bebanannya, tapi kalau isteri tak tahu, suami bertanggungjawab untuk ajar isteri atau paling kurang pun hantar isteri ke kelas2 agama. 

Okey tutup dulu bab kahwin, kita sambung sikit lagi pasal citer pengajian kitaorang.(saya try ringkaskan)

Kemudiannya, setelah setahun berlalu, maka tibalah masa untuk saya dan teman2 yang lain pula untuk melanjutkan pelajaran kami ke Jepun. Disebabkan, sudah tidak ada junior dan tidak ada penduduk Taman Bukit Pelangi yang join program kuliah ini, kecuali seorang. Ustaz buat keputusan untuk kendalikan online kuliah ni di rumahnya. Kali ini, pengajian kitaorang sepenuhnya diteruskan menggunakan internet, melalui skype dan juga ustream. Guru di Malaysia, anak murid di Jepun.

Sehingga hari ini, alhamdulillah di bawah bimbingan alFadhil Ustaz Zamil, saya dan teman2 telah menkhatamkan 4 buah kitab termasuk Kitab Pelita Penuntut(entri sebelumnya). 
1. Misbahul Munir(kitab tauhid-sifat 20)

2. Munyatul Musolli( kitab panduan solat-detail)
3.Faridhatul Faraid(kitab tauhid-sifat 20)
4. Kitab Idaman Penuntut(tasawuf-akhlak)


Oleh kerana pengajian kami 2 hari seminggu, pengajian hari Jumaat akan diteruskan dengan pengajian kitab Pelita Penuntut(adab belajar dan mengajar) serta Kitab Idaman Penuntut jilid 2 bab muamalat(jual beli). 
Untuk pengajian hari isnin, pengajian diteruskan dengan Kitab Idaman Penuntut Jilid 1 ( fardu ain- detail) dan Kitab Idaman Penuntut Jilid 2( bab nikah kahwin)

Yeayyy!!!bab nikah kahwin tu...




Sebenarnya, tajuk entri tu, adalah kata-kata dari ustaz Zamil(lebih kurang mcam tu la). Sebabnya, senior2 kitaorang dah graduate dan ustaz faham jiwa anak muda ni. Memang abis je belajar, memang waktu2  untuk mendirikan rumah tangga la semua ni. Jadinya, untuk menyediakan ilmu yang cukup dalam mendirikan rumah tangga ustaz Zamil pun sediakanlh medium pengajian. 

Sob2..orang lain dapt belajar bab nikah kahwin macm tu jer.. Tapi, saya siap kena tegur lagi.:'(

Haha..mengaderrr

End of stori-mori

Ya Allah, berkatilah  para alim ulama kami dan guru-guru kami. Jadikanlah diri kami sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh dan juga guru kami, kerana hampirnya kami kepada mereka menghampirkan kami kepadaMu dan Rasulullah saw. Amiinn

Untuk yang ingin mengikuti pengajian boleh ikuti melalui 
Ustream; taip Tallaqqi ustaz Zamil
Skype; (kena friend dengan admin dulu)

Waktu(setiap isnin dan jumaat): 
Malaysia: sekitar jam 8 mlm
Jepun: sekitar jam 9 mlm

No comments:

Post a Comment