Sunday 1 June 2014

Roti...Roti!!!Roti...Roti!!!

Siapa suka roti angkat tangan!!! Haha.. Saya suka roti, tapi saya lagi suka nasi!!
Kalau saya tak makn roti seminggu pun takpe, tapi kalau bab nasi , kalau saya tak makan nasi satu hari je, Allah je la yang tahu keadaan saya. Tak tentu hala jadinya. Citer bab roti ni, saya nak introduce roti Topvalue. 

Jeng jeng jeng!!!
Pastikan no kod: J688.Ada roti yang sama, tapi sebab dibuat di kilang berbeza, jadi kandungan roti tu lain. Ada beberapa kod lagi, yang rotinya boleh dimakan, insyaAllah.

Alaahhhh...,roti buku je pun, apa nak heran. Cop3,dengar dulu explaination saya.  Tujuan saya introduce roti ni, sebabnya dalam banyak2 roti yang kat Jepun ni, ni la satu-satunya yang saya yakin boleh makan. Tahun lepas, Saya ada call syarikat tu tanya pasal kandungan dan hasilnya, kandungan roti ni semuanya daripada tumbuh-tumbuhan. Kalau member2 saya yang lain, ramai je yang mkan roti2 lain. 
Kalau yang tinggal di area Tokyo, untuk dapat roti halal lagi la mudah sangat2. Ada pakcik Indonesia yang buat sendiri roti tu, Pak Idris kot rasanya nama pak cik tu. Ada juga bakery halal milik orang Pakistan atau Bangladesh di Ebina, Kanagawa. Nama kedai bakery tu, Safee Bakery. Kalau saya ke Ebina, memng saya akan ke Safee Bakery. Kalau kat kedai makanan halal( byk ada di area kansai dan tokyo) roti pita yang halal dan besar pun ada. Kalau kes saya ni, sebab saya tinggal di kawasan hujung Jepun, berlaku sedikit kesukaran untuk dapat bekalan roti Halal. 
So, kepada kouhai2( junior2) yang nak datang ke Jepun, "Irasshaimase". Soal roti dan makanan halal, insyaAllah mudah untuk diperoleh.😄

Ni la tempat saya beli roti Topvalue tu. Kalau kat Malaysia, Maxvalue ni dikenali dengan Aeon ataupun Jusco

Jangan tertukar ye..roti Topvalue di supermarket Maxvalue.

No comments:

Post a Comment