Thursday 12 June 2014

Khutbah Jumaat

Buku Contengan saya

haiii, uolllsss...(haha, meng`gedik` lebih)
haha..sorry yer.. sebenarnya,  saya gedik tu bukan apa, just nak bagi korang yang baca entri ni santai-santai je..taknak la tegang semacam je. Sebabnya, aim saya(dalam bahsa jepun kita sebut `mokuteki`), kalau boleh, dalam setiap penulisan saya, saya nak bagi saya terutamanya dan sesiapa yang baca blog ni untuk dapat sedikit manfaat.  Untuk refleksi diri. Nak kata blog ni berilmiah sangat memang tak laaa..

okey2..saya mula bercerita boleh yer..0_0
2-3 minggu lepas, saya ni telah dipertanggungjawabkan untuk baca khutbah jumaat. Khatib ni sebenarnya ada rotation. Jadi, nak jadi citerrnya, tiba-tiba nama saya keluar dalam senarai pembaca khutbah(siap ngan tarikh tuu). Kalau tahun sebelumnya, saya hanya jadi pendengar khutbah.

hermmm..takpelah, nak buat macam mana...go on jelaa

cumanya, ada benda yang saya cukup pantang sangat2 kalau pasal khutbah(walaupun saya tak berhak untuk ber`pantang`. dah la ilmu pun sikit).

Apa yang saya pantang ni??
Saya pantang kalau khutbah tu, dia punya tajuk entah apa2. Secara jujurnya, point2 dalam khutbah tu bagus. Ada ayat Quran. Ada Hadis. Tapi secara praktikalnya, apa yang diberitahu dalam khutbah tu tak berapa nak boleh amal dalam kehidupan.  Tak menepati `kelaparan` hati.(Tak jumpa perkataan yang sesuai, hentam jela  `kelaparan hati`..haha).Ye laaa...dah khutbah tu pergi duk citer pasal Hari Pekerja, Hari Hutan dan macam-maccam lagi laa..Korang rasa macam mana??Wallahu`alam..

Err..tu mungkin sebab iman saya lemah kot. Dosa pun banyak.
Ya Allah, ampuni saya sempena Hari yang mulia ini, iaitu Hari Jumaat dan Hari Nisfu Syaaban.

Sebab tu, bila saya diberi peluang untuk baca khubah, saya lebih suka untuk buat my own script. Saya suka untuk sentuh benda2 yang asas dalam agama, sebelum pergi kepada topik2 yang bersifat `besar` macam Hari Pekerja dan sebagainya. Apa yang saya pegang, kalau benda2 asas dalam agama ini mampu dibentuk dalam diri saya dan setiap umat, insyaAllah benda-benda `besar` tu akan tunduk dengan sendirinya. Sikap amanah, rajin dan sebagainya sewatu bekerja tu akan lahir secara sendiri dalam diri ini. Sikap menjaga alam sekitar, dan sebaginya akan zahir dalam bentuk perbuatan dengan sendiri. Kalau benda `besar` yang disentuh, atau disyarahkan, umat(termasuk saya yang al-faqir) ini pun tidak akan dapat faham dan amal dalam kehidupan, sebab benda yang nampak kecik, tetapi `asas` sebenarnya tidak diajar dan difahamkan dalam diri umat.

Kalau yang ambik engineering, let me explain it in Engineering Style.
Ni kawasan dan zaman orang baru nak kenal kapal terbang.Satu orang profesor dengan rajinnya mengajar pasal mechanism Kapal Terbang terbang kepada students. (maklumlah, research saya pun pasal Kapal terbang).Pressure sana,pressure sini. thrust force la. Angle untuk take off la. Velocity untuk landing laa. dan sebgainya. Ajar punya ajar, anak murid tak faham. Frust.!!Profesor tu tanya satu orang student. "Which part you don`t understand actually?". Jawab student ni," I just don`t understand how it can fly.". marah la profesor tu. Apa ke bodoh sangat student ni sampai boleh tanya soalan macam tu. Lepas tu, sekali lagi profesor tu explain dari awal. Pasal takeoff velocity la, Elevator angle la. Lepas tu profesor tu tanya la balik. "Dah faham belum?"(keluar melayu dia dah). Student tu pun still jawab yang dia tak faham. (Nak dipendekkan citer sebelum saya melalut). Students tu bagitahu yang dia faham pasal takeoff velocity dan bendalah2 tu, tapi macam mana nak bagi dapatklan take off velocity tu, sebab manusia tak akan mampu nak wujudkan velocity selaju tu. Jawapannya, mestila dengan enjin kan. Tapi time tu la barulah profesor tu sedar, yang rupa-rupanya dia masih belum ajar bab enjin kapal terbang. Ter`lompat` chapter. Basic things untuk kapal terbang tu terbang tak diajar, jadi students still tak boleh bayang macam mana Kapal Terbang tu nak ada kat udara.

Hopefully, korang boleh faham apa saya nak citer tu ek..

Jadi macam tu la sebab kenapa saya ber`pantang`. Ada `pantang` lain, tapi tak penting sangat.huhu...
Jadi dalam khutbah ini, saya sentuh pasal solat( saya ada saya punya urutan dalam khutbah saya-6sifat sahabat,Maulana Yusuf alKandahlawi).

Baca yer...Kalau ada kesilapan fakta, sila tegur saya(al-Faqir) yer..
YOROSHIKU ONEGAISHIMASU

Wasta`inuu bisshobbri wassholaah. Wa innahaa lakabiiratunn illa a`lalkhooshiinn(al-Baqarah 45) *bacaan yang betul boleh rujuk al-Quran*
" Dan pohonlah pertolongan(kepada Allah  swt) dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya solat amatlah berat, kecuali bagi orang khusyuk."
"Seek Allah's help with patience and solat, and truly it is indeed hard, except to the humble minded"

Jemaah yang dimuliakan Allah swt,
Setelah perintah iman( Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah), Allah swt telah mensyariatkan kepada umat ini dengan perintah solat. Baiknya dan sempurnanya solat seseorang itu, maka baiklah dan sempurnalah amalan2 ibadah dan kebajikan yang lain. Puasa, sedekah, haji dan sebagainya. Namun, sekiranya solat seseorang itu tidak sempurna, maka tidak sempurnalah amalan2 kebajikan yang lain.
Pentingnya solat ini dapat difahami melalui sirah Rasulullah saw, peristiwa saat kewafatan baginda saw. Diulangi akan baginda saw 'As-solah,..As-solah,..As-solah'. Bahkan, terdapat banyak sekali dalam al-Quran firman2 Allah swt yang menyuruh melaksanakan kewajipan solat.
Di atas kepentingan solat ini, menjadi kewajipan bagi kita umat manusia yang beriman dengan Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah untuk melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin. Zahir dan batin solat perlu disempurnakan. Zahir solat termasuklah kesucian diri dan tempat solat serta keadaan khuduk, iaitu keadaan yang tidak mempunyai pergerakan. Sementara, batin solat termasuklah kekhusyukan , iaitu ketetapan hati dalam mengingati Allah swt. 
Kerana nikmatnya bersolat, Rasulullah saw telah membaca 4 surah dalam 4 rakaat solat. Al-baqarah, ali-Imran, an-Nisa dan al-Maidah. Abu Bakar ra saat beliau mendirikan solat, beliau akan berdiri seumpama sebatang kayu yang terpacak iaitu tidak ada pergerakan langsung. Umar ra akan segera bersolat apabila diperingatkan mengenai solat pada waktu akhir hayat beliau. Uthman ra akan berjaga malam dan akan mengkhatamkan seluruh al-quran dalam satu rakaat solat. Kebiasaan Ali ra,apabila menjelang waktu solat badan beliau akan menggigil dan wajah beliau menjadi pucat.

Jemaah yang dimuliakan Allah swt
Antara sifat solat Rasulullah saw adalah Baginda akan menunaikan solat di awal waktu, secara berjemaah, di tempat azan dilaungkan. Allah swt telah menjanjikan pelbagai ganjaran untuk mereka yang solat secara berjemaah.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar rahuma, bahawa Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdhal daripada solat bersendirian."

Diriwayatkan daripada Hazrat Qubath Bin Ashyam al-Laithi ra bahawa Rasulullah saw bersabda,"Dua orang yang solat berjemaah dengan seorang mengimami rakannya lebih disukai oleh Allah swt daripada 4 orang yang bersolat secara berasingan. 4 orang  yang solat berjemaah adalah lebih disukai Allah swt daripada 8 orang yang soalt secara berasingan. 8 oarng yang solat secara berjemaah dengan seorang daripada mereka mengimami yang lain lebih disukai oleh Allah swt daripada 100 orang yang solat secara berasingan.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Masud ra katanya," Sesiapa yang berhasrat menemui Allah swt pada hari esok (yakni hari akhirat) sebagai seorang Islam maka hendaklah dia memelihara solat-solat fardhu dengan mengerjakan solat di tempat azan dilaungkan(yakni di masjid). Allah swt telah mensyariatkan untuk Nabi kamu jalan-jalan petunjuk dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan-jalan petunjuk itu. Jika kamu bersolah di rumah kamu sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang meningggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunah Nabi kamu. Dan apabila kamu meninggalkan sunah Nabi kamu maka sesatlah kamu. Apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid maka bagi setiap langkah yang dilangkahinya, pasti akan dituliskan untuknya satu pahala dan ditingkatkan satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Sesungguhnya kami melihat bahawa tidak ada seorang pun di kalangan kami yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang yang benar-benar diketahui kemunafikannya. Seseorang itu akan dipimpin oleh dua orang untuk disertakan dalam saf solat berjemaah. Dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa,"Sesungguhnya saya melihat bahawa tidak ada di kalangan kami yang meninggalkan solat berjemaah kecuali yang terang-terang munafik atau yang sakit. Yang sakit pun jika dapat dibantu oleh 2 orang, akan dibawa ke masjid sehingga dapat menyertai solat berjemaah. Dan katanya, bahawasanya Rasulullah saw mengajar kami jalan-jalan petunjuk(yakni Sunanul Huda) Dan antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan."

Hadhrat Qubath bin Ashyam al-Laithi ra narrates that he heard the prophet saw saying,"Two persons performing solat together with one as imam are liked bay Allah more than 4 persons saying solat individually. Similarly, 4 persons performing solat with jamaat are liked by Allah more than 8 persons saying it individually. Similarly again, 8 persons performing solat with jamaat are liked by Allah more than 100 persons saying it individually"


Mudah-mudahan, khutbah saya akan memberi kesan kepada saya terutamanya dan mereka yang mendengar serta korang yang baca entri ni, agar kita dapat sama-sama memperbaiki tuntutan solat terhadap kita.

*Dalam khubah ni ada sedikit terjemahan English, sebab dalam solat jumaat ni ada students dan profesor dari Bangladesh dan jugak Mesir. Kebiasaan solat jumaat, khutbahnya full english.

Usaha atas iman dan amal.

 

No comments:

Post a Comment