Wednesday 11 June 2014

Ni Entry Serius Yer.!!!



Assalamualaikum semua..Entry kali ni adalah entri yang agak serius. Saya tak main2!!
Saya tak nak cerita panjang, takder story-mori, saya just Copy Paste dari pengkongsian teman saya. Mula-mula memang ingat nak buat artikel sendiri or letakkan video2 para alim ulama berkenaan topik kali ni, tapi bila bukak2 FB, saya terbaca perkongsian dari Abang Fudhail.

macam la korang kenal Abang Fudhail ni, kan... hihi
apa saya kisah?? ...ahaksss

Entri kali ni adalah pasal Nisfu Syaaban. Keep reading!! dan make sure baca komen saya pasal artikel ni.

*********************Beribadah di Malam Nisfu Sya’ban*****************************
Dalam tidak sedar kita telah berada pada pertengahan bulan Syaaban dan ini bermakna kurang sebulan lagi kita akan sampai kepada bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh keberkatan. Pada bulan Syaaban ini kebanyakan orang yang beriman telah mula bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadan dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, berjaga malam dan sebagainya.
Namun dalam pada itu ramai juga yang sangat teruja untuk melakukan amalan sehinggakan menggunapakai semua hadith yang tersebar luas tanpa mengenalpasti tentang kesahihannya. Selain itu, orang ramai juga ada yang terkeliru dengan catatan amalan yang diangkat. Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:
عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)
[HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Sya’ban:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”.
[Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut].
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).
Buku amalan ditukar
Hadith- hadith yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)
Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ
".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
"Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-
3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa”
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Berdasarkan perbahasan yang dinyatakan bahawa menghidupkan malam nisfu syaaban adalah perkara yang dituntut dalam Islam akan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak menunjukkan khaifiat tertentu dalam menghidupkan malam nisfu Syaaban. Adalah lebih baik kita sama-sama menghidupkan malam-malam bulan Syaaban dengan memperbanyakkan zikir, berpuasa pada bulan syaaban, membaca al-Quran, Berselawat keatas baginda Rasulullah s.a.w dengan sebanyak-banyaknya.
Semoga kita semua yang mengaku sebagai muslim akan terus istiqomah dalam melaksanakan ibadah walaupun terpaksa bersaing antara nafsu untuk menonton bola sepak dunia dan juga berjaga malam sebagai menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT.
PUSAT ISLAM
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

**********************************************************************************

Ulasan saya:
Saya bersetuju dengan penulisan ini 100%, walaupun saya sebenarnya tidaklah berkelayakan untuk mengeluarkan sebarang komentar mengenai hal ini, dan apa jua bentuk penulisan agama yang lain.
Biarlah dalam apa jua bentuk amalan kebaikan dan soleh yang kita lakukan, mestilah didasari dengan keilmuan. Berkaitan nisfu syaaban, amalan setempat di Malaysia, rata-rata umat Islam membaca Yassin sebanyak tiga kali. Ada pihak yang secara lantang membidaahkan akan bentuk amalan ini dan amalan2 lain, dan ada pula pihak yang mewajibkan amalan2 ini. Sebagaimana yang tertulis dalam artikel yang diCopyPaste di atas, Rasulullah saw tidak menunjukkan sebarang bentuk amalan khusus pada malam Nisfu Syaaban, ini menjadikan setiap bentuk amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban boleh diamalkan, asalkan tidak mengatakan amalan tersebut datangnya dari Rasulullah saw.
Pandangan ini, saya ambil dari video Ustaz Azhar berkenaaan malam Nisfu Syaaban.


Sudut pandangan peribadi saya berdasarkan kefahaman dan melihat akan amalan para ulama, saya tersangatlah menggemari untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan amal2 soleh, apatah lagi, pada tahun ini, Malam Nisfu Syaaban jatuh pada hari khamis malam jumaat.Penghulu Segala Hari. Hari yang mempunyai banyak kebaikan tersendiri.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada saya, para pembaca dan seluruh umat untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, dan malam-malam dan juga siang-siang yang seterusnya, sehinggalah saat kita bertemu dengan maut. Semoga ajakan Selamat Datang terhadap Izrail(maut)mengiringi rasa hati, dek kerinduan terhadap Allah dan Rasulullah saw.

**sedih la pulak teringat orang Jepun yang belum kenal Allah dan Rasulullah-ya Allah, berilah hidayah kepada orang Jepun,amiinnn**

No comments:

Post a Comment