Siapa yang pakai Cermin Mata? Tak kisah la pakai yang tebal ke, nipis ke, full frame ke, half frame ke, atau frameless..
Errrr..contact lense tak termasuk ke??
Gomen ne( maaf yer).. Yang pakai contact lense tak termasuk dalam kategori soalan ni..huhu..
Mesti korang nk tahu kan, apa yng saya nk share hari ni..
hari ni, saya nak share ngan korang tips2 penjagaan cermin mata.
Saya share ni, sebabnya saya baru buat cermin mata baru, jadi saya pun search la dalam google tips2 penjagaan cermin mata. Saya ni orangnya jenis 'tebolah' dalam loghat kelantan, or dalam bahasa formalnya cuai. Paling cepat pun, saya harap cermin mata ni bertahan selama 1 tahun. Hopefully..
Yang ni saya just copy paste dari satu website je. Saya nk buat sendiri tips tu, nnti tak pasal2 jahanam cermin mata saya dan korang yang practice tips saya ni. Hoho..
Tips-tips
- -Gunakan bekas yang sesuai dengan saiz kaca mata anda. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai.
- -Selepas menggunakan kaca mata, bungkus dalam kain pembersih lensa sebelum menyimpannya di dalam bekas. Ia akan mengelakkan lensa calar.
- -Jangan lokek mengeluarkan belanja untuk servis kaca mata anda. Lakukan pemeriksaan pakar optik sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan kaca mata berada dalam keadaan yang baik.
- -Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai sebaliknya servis di kedai optik.
- -Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
- -Usah mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar.
- -Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan pencuci lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
- -Elakkan membuka kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa
- -Ketika membersihkan lensa, pegang bingkainya dengan cermat. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.
- -Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.
- -Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.
- -Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.
- -Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.
Sumber asal: http://www.karangkraf.com
p/s: terfikir untuk buat rawatan laser pulak. Untuk jangka masa panjang, sangat menguntungkan.
Kat jepun, dengan kos sekitar rm4-5 ribu, rawatan laser mata untuk kedua2 mata boleh dilakukan. Cermin mata pulak, untuk setiap satu cermin mata bernilai rm450-700.
Sangat2 berbaloi..!!
No comments:
Post a Comment