Hari jumaat lepas, saya dapat mesej Line dari seorang kenalan Indonesia yang baru saya kenali hari Rabu lepas time saya gi beli santan kat Gyoumu Supa. Nama dia Dodo dan Latip. They are a nice guy. Bila saya borak2 ngan mereka, baru saya tahu yang mereka ni ada training perusahaan di Ube, daerah saya belajar. Saya tak pernah tahu dan dah mengangap yang kat Ube ni memang takde kensyuusei(trainee) dari Indonesia. Saya ingat kensyuusei hanya ada di daerah2 lain macam di Shimonoseki, ShunanShi(Shunan city), OnodaShi, OnodaKou(Onoda port). Lepas dah dapt contact number mas Dodo dan tempt tinggal mereka, saya pun plan la yang hari ni, saya nak gi rumah mereka untuk kenal2 lebih rapat, lagipun hari ahad memang hari libur(cuti) mereka. Tapi perancangan Allah telah mendahului perancangan saya. Bila saya dapat mesej Line dari mas Dodo, dia ajak saya untuk hadir acara kesyukuran sama teman2 kensyuusei yang kerja di kilang yang sama, Ube Steel. Saya pun tanpa berfikir panjang, terus terima pelawaan mas Dodo. Saya gembira bila dapat kenal orang2 baru. Lagipun, kelebihan bila kita ziarah saudara kita besar sangat. Ada hadis yang bagitau yang akan ada 70000 malaikat akan bersama dengan orang yang berziarah; besar kan?? Sebenarnya, ada lagi kelebihan yang lain. Okeyy, berbalik pada citer semalam..sebab ini first time saya nk gi rumah mereka, jadi saya dan mas Dodo janji untuk berjumpa di Shiyakusho(city office) pukul 5:45 ptng, n lepas tu mas Dodo akan guide saya untuk ke rumah mereka. Kat sana la saya jumpa kensyuusei yang lain; mas Rosyid, mas Hilman, mas Aspar, mas Erin. Dipendekkan cerita, setelah semua dah hensem2 kami pun berangkat ke restoren susume viking( ye la kot, saya pun tak ingat sangat nama restoren tu). Restoren ni restoren TabeHoudai( bayar satu harga, tapi makan sampai puas). Yang kelakarnya, restoren ni ada limit waktu. Kitaorang kena ada dalam restoren sampai 8:54 mlm. Kitaorang sampai pulk lebih kurang pukul 7 lebih. Restoren ni semua ada, daging, sayur, buah, aiskrim, sushi, nasi goreng, spagheti, nasi biasa dan lain2 lagi. kalau yang seafood, inyaAllah boleh makan. Saya pun semalam makan nasi putih, buah, sayur(salad), dan sushi. Kek dan puding nmpak sedap, tapi tak berani nak makan. Oh, lupa nak beritahu, majlis kesyukuran ni sempena hari jadi Mas Hilman dan mas Aspar. Befday mereka dah lama sebenarnya, tapi sebab shif kerja mereka( kensyuusei yang lain) tak sama untuk setiap hari, dan Alhamdulillah untuk semalam, time malam tu, semua tak bekerja, jadi mereka pun keluar mkn sama2 untuk meraikan hari jadi mereka. Jadi, time waktu makan semalam, sebab kami nak memanfaatkan seluruh masa makan sampai 8:54 tu, kami pun solat Maghrib kat kedai. Untuk mereka, solat kat public adalah first time bagi mereka. Time solat tu, memng ada Japanese yang tgk, tapi apa nak peduli kan. Semoga Allah bagi hidayah kepada yang melihat kami solat. Lepas solat Maghrib, kami sambung makan lagi. Saya ambik sushi. Makan pulak ngan wasabi, memng sedap. Saya suka sangat!!! Sushi Daisuki!!haha...lebih kurang 8:54, kami pun balik. Total 8 orang makan adalah 16,400 yen sahaja. Pandai2 la korang kira berapa untuk satu kepala. Alhamdulilah, semua tu dibelnja oleh mas Hilman dan mas Aspar. Bila balik tempt tinggal kensyuusei2 tu, kami pun solat isyak sama2.
End of story(dah penat menaip).
Apa2 pun, saya syukur sebab dapat jumpa saudara seagama yang baru. Mudah-mudahan, kalau nnti mas2 atau siapa2 yang saya kenal atau kenal saya masuk syurga, boleh la tarik saya stau bagi syafaat kat saya sekali supaya boleh masuk syurga jugak. Dalam entri ni jugak, saya nk ucapkan semoga panjang umur kat mas Hilman dan mas Aspar sempena ulang tahun kelahiran mereka. Semoga juga mereka bertambah rezeki, dan sentiasa diberikan taufik dan hidayah agar bertambah iman dan amal. Amiin.
Ni rumah mereka. Satu bgunan. Tinggalnya 7 orng sahaja.
Ni antara teman2 baru saya..:)
* Takde gambar time kat kedai..😢
No comments:
Post a Comment