Sunday 8 June 2014

Happy Birthday Faqih

Semalam(08 Jun) adalah birthday adik bongsu kitaorang kat Ube. Kitaorang kat Yamaguchi ni dah ibarat satu keluarga. Sebabnya, bilangan kitaorang pun takde la ramai sangat, sekitar 35 orang je. Lepas tu, campur dengan Malaysian seluruh Yamaguchi prefecture ni, ada la lebih kurang 40 orang kot. Majoritinya, kitaorang tinggal di satu area(Ube), 2-3 orang tinggal di Tokuyama, dan seorang di Yoshida. Yang tinggal kat Ube(termasuk saya) memang best la. Kalau nak gi jalan umah member tu, boleh gi jalan kaki je.Tak payah naik basikal. Dah macam perkampungan Melayu Malaysia pulak. Kalau nak campur dengan student Indonesia, memang dah jadi perkampungan Melayu la jawabnya.

Dah2..citer pasal yamguchi len kali.

Sekarang ni saya nak citer pasal Birthday Boy pulak. Kalau entri sebelum2 ni, saya ada citer pasal majlis kesyukuran teman-teman Indonesia saya, tu pun diaorang dah usia 20 tahun ke atas. Tapi semalam adalah birthday anak kedua pasangan Abang Fudhail dan Kak Dudi. Namanya Faqih. (errr, nama penuh tak sure la pulak). Faqih ni baru je masuk 3 tahun 1 hari(waktu entri ni ditulis). Still kodomo(kanak-kanak). Faqih ni, a very cute boy. Kalau yang saya perasan, muka Faqih ni ikut macam wajah ibu dia, Kak Dudi. Dan abang kepada si Faqih, Umair pulak ikut muka daddy dia, Abang Fudhail. 

Sebagai meraikan 'birthday'nya si Faqih ni, jadinya Kak Dudi dan Abang Fudhail pun buat la sikit majlis Hari Jadi pada malam sebelum. Maybe sebagai acara kesyukuran.Ye la kan, kalau Rasulullah puni, cara Rasulullah sambut hari jadi baginda adalah dengan berpuasa hari Isnin. Jadi bagi kita hari ni, kalau nak puasa pun boleh, dan kalau kita nak buat makan2 pun boleh. Semoga, Allah murahkan rezeki Abang Fudhail dan keluarga. 

Jadi majlis,ni dimulai dengan solat Maghrib berjemaah. Tapi disebabkan tak semua boleh hadir before Maghrib, jadi kitaorang pun solat dengan bilangan yang ada sahaja. 

Sambil menunggu yang lain datang, baru saya sedar yang birthday boy takde, jadi saya tanya abang Fudhail, "mana birthday boy, abang Fudhail?" N jawapan abng Fudhail, "budak-budak ni ada kat rumah orang lain." 
Ye la kan, budak2 kan mesti nak berlari sana, berlari sini. Dan, si ibu pulak sibuk nak prepare hidangan, takut la jugak terjadi apa2 kan. Buatnya terlanggar kuali panas, tak ke sakit budak2 tu nanti.  

Lepas tu, bila dah hampir semua datang, barulah majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk Faqih. Pembaca doa ni, dijemput khas dari Ube Kousen(College Technology of Ube ), Hakim. Oghe Kelate Boh. ..huhu
  Hakim bersama Abng Fudhail

 Lepas hakim baca doa, kitaorang pun mula makan. Yang lelaki makan kat Ruang Tamu, dan yang perempuan makan kat dapur. Menu utama adalah nasi beriani dengan ayam masak merah campur acar sayur.Terbaikkk !!!!Ada lagi nasi impit dengan kuah kacang dan kuah Lodeh (mula2 tu, saya panggil kuah londeh. Tu pun main sebut je sebab ikut orang sebut). Umaiiiiii!!!!!Lagi, time tu ada menu tambahan lain, Lasagna.Marbelessss!!!! Lasagna ni dibuat oleh brother kitaorang merangkap super senior kitaorang yang buat pHd bersama dengan Abang Fudhail. Dari banchelor, master dan sampai sekarang pHd, semua di university yang sama. Azmi senpai. Lagi, kita ada kek pisang coklat dari Nazib. Oishii!!!api saya panggil Najib). Kita jugak ada cupcake, tapi saya tak tahu saper yang buat. Niceee!!!Lepas tu, kita ada puding kiwi dan pisang yang dibuat oleh Hamzah. Besttt!!!Paling best, kitaorang dapat makan kek hari jadi. Yang ni, kak dudi mintak tolong sister kitaorang yang baru jugak kahwin tahun ni, Furqan senpai untuk buatkan kek tu. Sedapppp!!!(dah mengidam nak makan kek lagi. Rindu nak makan kek Malaysia, oh secret recipe..:(..)


cop2...before makan tu, saya teringat yang sebelum kitaorang makan, ada acara tiup lilin oleh Faqih. Mula-mula, Faqih ni tak berapa nak tiup lilin tu, tapi last2 dia tiup jugak. Lepas tu,malu sorang-sorang dengan akak kesayangan dia. Kak Ya.


Si abang kepada Faqih pulak, bila kitaorang tanya bila birthday dia. Dia tak ingat, so dia pun tanya ibu dia. ibunya beritahu dia yang birthday Umair bulan Ogos. Lepas tu, dia tanya kitaorang, "Ogos tu bila?". Haha...takpelah kodomo lagi. 
So, kitaorang explain yang Ogos tu bulan 8. Lagi 2 bulan birthday Umair pulak. 

Majlis ni jugak turut dihadiri oleh Bro Asyraf dari Mesir dan pak Herman dan ibu Laila serta anak2 diaorang dari Indonesia.
 Maybe, Memang sifat orang Arab la kot, diaorang suka kat kanak-kanak. So, bila bro Asyraf ni datang, nampak je Umair terus dia cium kepala Umair. haha.. time tu la, kitaorang dapat tengok tiba-tiba je Umair jadi `budak baik`. Tak melawan dan diam je. Biasa la kan budak-budak.

Last but not least,  saya doakan agar mudah-mudahan Faqih akan jadi anak yang soleh yang akan berbakti kepada Kak Dudi dan Abang Fudhail. Mudah-mudahan, Allah akan sentiasa membimbing Faqih ke jalan kebaikan dan akan dilindungi dari sebarang kejahatan dan musibah. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Untuk Abang Fudhail dan Kak Dudi, (i`m not sure about others, but i think all of us have the same feeling), kitaorang dah anggap  abang Fudhail dan kak Dudi macam abang dan kakak Kitaorang. Umair dan Faqih pulak dah macam adik saya. For all this time, thanks a lot for gave your sincere advice and Hopefully, for next time also, please keep giving us advice. Coz we are still young.

 Untuk Umair dan Faqih(walaupun diaorang mungkin tak akan baca entri ni) you guys are very so lucky, for having so many lovely brothers and sisters here in Ube. 
 
The End

Opsss..last2..

Hari tu, saya tak sempat nak baca doa ni untuk Kak Dudi dan Abang Fudhail serta untuk semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Hari Jadi Faqih tu, jadi saya tulis kat sini.

"Allahumma att`imman att`amani, wasqiman saqaani"
Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberi kami makan, dan berilah minum kepada orang yang memberi kami minum

Faqih yang baju Purple dan Umair yang baju Oren

No comments:

Post a Comment