Monday 16 June 2014

Kisah Saya dan 'Dia'(part 2)


...Cuti raya pun berakhir...

Bila saya di UNISEL, maka saya pun mula mengorak langkah. Saya mesej memperkenalkan diri saya dan tujuan saya mesej isteri saya waktu itu. Isteri saya terima baik akan mesej saya dan mintak masa untuk berfikir sebelum bagi keputusan kepada saya. Saya setuju dan hari2 seterusnya berlalu seperti biasa. 

Sampai la hari hujung minggu, hari sabtu mungkin, pagi tu saya dapat mesej, penolakan dari isteri saya.

Ya Allah, time tu, hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya. Bayangkan, tu baru kenal2 , tak couple2 lgi . Kalau dah couple2 , lepas tu putus cinta mcm tu je.. Sedih giler beb..hoho

Saya pun reply mesej isteri saya, dan mintak isteri saya pertimbangkan sekali lagi. Saya bagitau yang seandainya, isteri saya nekad dengan keputusan tu, saya terima keputusan darinya dengan hati yang terbuka, redha dan berakhirlah pencarian isteri untuk saya setelh itu.

Mesej saya tak berbalas...

Saya menunggu reply jawapan isteri saya  sampai ke malam. Waktu tu, marah dan sedih terus memuncak dalam diri. Nasib baik, malam itu, saya ada hal dengan teman2 yang lain kat luar. Allah redakan kemarahan saya. 

Malam tu jugak, bila masih blum ada reply, saya mula sedar yang isteri saya sudah menolak saya secara sepenuhnya, saya mula terima keputusan tu.

Macam2 saya fikir.
Mungkin isteri saya tu memang taknk kawen buat masa sekarang laa
Dah tak nk layan saya dah, sebab tu tak reply lngsung laa..

Tapi, tuptup..
Saya dapat mesej dari isteri saya. isteri saya bagitahu yang dia akan mempertimbangkan kembali keputusannya. Rupa-rupanya, isteri saya tak dapt reply pagi or ptng tadi sebbnya isteri saya tertinggal handphone kat kolejnya, jadi tak dapat reply mesej saya tu. ke sebb habis bateri ek?? Saya pun dah lupa. 

Saya bersyukur kepada Allah sebb bgi kpada saya peluang kedua ni.

Hari2 berlalu dengan doa saya dan penungguan jawapan dari isteri saya.

Saya masih ingat lagi ayat yang saya gunakan untuk mengadu pada Allah. Allah adalah kekuatan saya. 
"Ya Allah, Seandai berkahwin awal itu baik bagi aku, maka lembutkanlah hati xxxxx untuk terima aku. Tetapi seandainya ia tidak baik untuk aku, maka  sesungguhnya, xxxx adalah perempuan terakhir untuk aku, dan aku akan pergi ke Jepun tanpa berkahwin." 

Lebih kurang macam itu laa doa dan pengaduan saya kepada Allah.

Beberapa hari kemudian, alhamdulillah, Allah gerakkan hati isteri saya untuk terima saya sebagai suami, sebagai kekasih, sebagai pemimpin bagi dirinya.
 
Sampai sekarang, saya simpan akan mesej penerimaan isteri saya terhadap saya. Nnti boleh cerita dan tunjuk kat anak2 dan cucu. Untuk outsider, memang sorry la ek..

Lepas tu, saya terima mesej ucapan tahniah dari keluarga saya. 
Terima kasih Semua!!!!terharu..

Maka bermula la sesi pengenalan kami, saya dan isteri.

Sebab saya ni, taknk terlalu 'angau' dengan bakal isteri saya waktu itu dan pada masa yang sama saya taknk menjarakkan hubungan yang dah sedia ada, sekadar untuk mengenali dirinya serba sedikit sebelum berkahwin,
maka saya mencadangkan agar kami berhubungan 2 minggu sekali, menggunakan mesej. Setiap hari khamis. Hanya pada waktu malam.

Saya berpendapat Yang dengn cara ni lebih selamat untuk agama saya dan bakal pasangan hidup saya. 

Sepanjang tempoh hubungan kami, saya juga tidak add fesbuk isteri saya dan isteri saya tidak add fesbuk saya. Tujuannya, kami nak jaga hubungan kami. Tidak perlu bagi saya untuk melihat atau menyimpan gambar bakal isteri dalam wallet atau dalam almari atau sebagainya. Sangkaan buruk terhadap isteri jugak dapat saya tepis dengan saya buat macam ni. 

 Dipendekkan cerita...

Hubungan kami berterusan sehinggalah kami bertunang dan seterusnya berkahwin pada tanggal 25/01/2013

The end....

Saya tahu yang citer saya ni tak berapa menarik, tapi hopefully saper2 yang baca boleh ambik pengajaran sikit2..

tak semestinya korang exactly kena pilih pasangan ikut cara mcam ni. Ikutlah rasa hati. As long as, korang rasa tindakan tu betul dari sisi pandangan Allah, maka teruskanlah. Kalau tak, cubalah untuk tinggalkannya.

"Bercinta selepas kawen"..betul...korang tak akan pernah menyesal. Lgipun, hidup ini untuk akhirat jugak.

Btw, actually time2 saya nk kawen tu, my father the most excited guy about this things. Maybe my opinion about my father's disapproval of my marriage's proposal was wrong before. He's so cool, man!!!

Saya citer ni..bukan nak tunjuk saya ni baik..jauh sama sekali..sekadar perkongsian 

Inilah handphone yang banyak menyimpan memori saya bersama isteri saya.

Waallahua'alam

Semoga Allah satukan kami dunia dan akhirat. Amiinnn..

Usaha atas iman dan amal

No comments:

Post a Comment