Sunday, 15 June 2014

Kisah Saya dan 'Dia'

One of our love memory

Alhamdulillah...
Hari ni (16/06) adalah salah satu daripada hari-hari yang saya akan meraikan. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran isteri saya. Syukur kepada Allah kerana telah mempertemukan saya, telah memperjodohkan saya, dan telah mempersuamikan saya dengan pasangan hidup saya. InsyaAllah, mudahmudahan berkekalan dunia dan akhirat. 

Entri ini jugak sebenarnya adalah sbgai tanda terima kasih kepada kedua2 ibu bapa kami, kerana sentiasa membesarkan kami dan mempertemukan kami. 

Semoga Allah kurniakan kami berdua peluang untuk berbakti kepada ibubapa2 kami.

Nama isteri saya tu, sorri la ek. Tak boleh nak share dekat public macam ni. Takut pulak nanti, saya bagitau je nama tu, korang yang baca ni terus pergi cari kat twitter, Fesbuk, or Instgram pulak. Kang, tak pasal2 eden ni jealous. huhu...

so, hari ni, saya nak share my love story with uolls..macam mana saya boleh kawen dalam usia yang muda ni. Saya kawen taun lepas, dalam bulan 1. waktu tu, kami masing2 umur baru 20. tak cukup 21 pun lagi.

"Hek eleh..bajet dia sorang je yang kawen muda..."
"Come on la bro. ni entri gua. gua punya suka la nak tulis macam mana"(kepala tersenget2 sikit)

Lepas tu, saya nak citer jugak macam mana Allah mempertemukan kami. Banyak kawan2 saya, diaorang tahu saya dah kawen, tapi macam mana saya jumpa isteri saya tu, diaorang tak tahu.
"Manusia merancang dan Allah juga merancang. Perancangan Allah itu jauh lebih baik".

tapi, bahagian2 romantik dalam citer saya ni, terpaksa dipotong. Lembaga Penapisan Filem Negara tak bagi. hihi...takdelah, gurau jer. tapi betul la, bab yang romantik tu, saya tak tulis sebab saya percaya, setiap seorang daripada kita, akan mencipta memori terindah masing2 bersama pasangan hidup. 

saya juga dah mintak kebenaran dari isteri saya untuk share kisah kami dalam blog ni. ni bukan Queen Control yer. Saya minta izin tu just untuk menghormati isteri saya, kerana yang mencipta kisah cinta kami tu adalah keluarga kami, especially mama-mama kami dan kami sendiri.

"Banyak la pulak songeh dia ni..citer2 je la kalau nak citer sangat"(saya bajet faham perasaan korang..hihi)

The story will begin now.

Presented by: Muhammad@ Fahmi Fadzil
Producer:bumi-kehidupan.blogspot.com

suatu hari, time tu saya still kat Malaysia dan tengah bercuti kat kampung. Time tu saya dah final year kat Malaysia. Nak dijadikann cerita, waktu tu dalam hati saya, perasaan untuk kawen, untuk ada pasangan hidup dah mula bergelora. saya boleh ingat lagi perasaan time tu, betapa saya tak boleh duduk tenang. 

saya dah bingung. 

Dalam kebingungan tu, saya nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu saya untuk bagitau hasrat hati saya untuk kawen. saya tak nak pergi jumpa abah saya sebab, saya tahu perangai orang lelaki ni. Saya pun lelaki. saya boleh bayang, kalau saya ada anak, dan tiba2 anak saya datang bagitau yang dia nak kawen, reaksi saya waktu tu mungkin tak membenarkan tindakan anak saya tersebut. apatah lagi, dengan usia yang masih muda dan belum bekerjaya. Orang lelaki ni diciptakn Allah dengan sifat berpandangan jauh, dan untuk tidak ambik berat akan benda simple2 macam tu. Kesimpulannya, waktu tu, saya fikir kemungkinan abah saya untuk membenarkan saya kawen adalah sangat rendah, membuatkan saya gi jumpa mama saya. sifat orang perempuan ni pulak, hatinya lembut. sangat lembut. apatah lagi hati seorang ibu/mama/umi. walaupun kat luar `keras`, tapi realitinya,kat dalam lembut dengan izin Allah swt. Dan ternyata, jangkaan saya benar. Bila saya bagitau mama saya, yang saya nak kawen, mama saya bersetuju.Terima kasih mama!!!

Lagipun, reason lain jugak, saya belum punya pacaran. Urusan siapa pasangan saya, saya serahkan kepada mama saya. 

time saya gi jumpa mama saya tu..saya berjalan masuk ke dalam bilik mama saya, lepas tu terus meniarap atas katil. mama saya tengah tengok tv kat lantai sebelah katil.saya pun memulakan topik

***bold tebal- dialog my mom***
***bold nipis- dialog saya***

"mama, mi no oyak so bendo ni.."(mama,  Mi nak beritahu something ni)
"Ho, no oyak gapo.."( nak bagitau apa??)
"Mi nok nikoh buleh dok mama..?"(Mi nak kawen boleh tak)
..............
"Nikoh nga sapo..??"(nak kawen ngn siapa?)
"Nga sapo tu, Mi takdok calon..., ke mama oyak mama ada calon ko mi? Mama cari la calon tu.."(Mi takde calon.. Bukan mama bagitau yng mama ada calon untuk Mi ke?)
"Takpooo la gitu gak...nati mama tra gi tanyo dulu la..."( kalau mcm tu takpe la,.. Nnti mama try tanya dulu..)
"Gini ma, loni, mi seroh ko dio(Oghe lek puan) , kalu dia terima mi, kiro jadi la nikoh tu..tapi, kalu dio tolok, kiro tok jadi la nikoh ni.."( macam ni mama, Mi serahkan keputusan pernikahan ni kat calon mama tu, kalau dia setuju, perkahwinan ni kira jadi, kalau dia tak setuju, kiranya perkahwinan  ni tak jadi laa..)
"Ho,..takpola gitu gak, nati mama tra gi kecek dulu la".(takpela..nnti mama pergi cuba bagitahu dulu)

*saya membahasakan diri sendiri sebagai Mi

Lebih kurang macam tu la dialog saya dengan mama saya malam tu. Saya pun keluar bilik dengan senang hati dan balik ke JAD dengan senang hati.

Tak lama lepas tu...

mama saya ada buat majlis sikit kalau tak silap, dan mama saya jemputla ibu mertua saya untuk hadir jugak, cumanya time ibu mertua saya datang tu dah agak petang sikit. Mungkin time asar. Saya pulak tgh relaks2, main komputer. memang pakai pakaian pun tunggang langgang la. Disebabkan saya sorang je yang ada kat umah time tu dengan mama saya, saya la kena melayan. Kena bawak keluar air dan hidangan sikit2. Time tu, bersama ibu mertua saya ada seorang gadis. Tapi, waktu tu tak terfikir nak 'skodeng' ke apa, jadinya just buat macam tetamu biasa laa. 

Bila kawan mama saya, merangkap ibu mertua saya sekarang tu balik, mama saya tegur saya,

"tengok dok anok sain mama tu.."(tngok tak anak kawan mama tu)
"Dok.."(tak)
"ummphh..Mi ni..,calon mama tu anok sain mama ok ni la..cumanyo ok tadi tu adik dio, calon mama tu kakak dio, muko nok lebih kure jahnyo"( calon mama tu, anak kawan mama yang ni la..cumanya yang ni adik dia, calon mama tu kakak dia, muka nak lebih kurang je)
" ooooooo"
Takde reaksi sangat...

beberapa bulan berlalu..
 
Hari Raya Aidilfitri...
"rayo pertamo ni, no gi tengok 'bini' nih..keno pakai semat2 la sikit."( raya yang first ni, nak gi jumpa bakal 'bakal isteri' ni..kena la hensem2 sikit.)

time tu, punya la saya cuak Malu2 kucing...hihi..ye ke malu2 kuccing?

hari raya first tu, lepas dah beraya kat umah nenek2 saya, mama, abah, adik saya, dan saya ikut sekali gi jumpa 'bakal bini' saya tu..

"mama nok gi mano ni?"(mama nak ke mana ni?).tanya abang saya.
"nok gi jumpo 'bini' mi"
"Eh...jolo ko ni, ingat gura jah tadi."(ehh..betul ke ni. Ingatkan gurau je)
"Nok gi tgk sungguh la ni."

Lebih kurang mcm tu la dialog mama ngn abng saya.

sampai je kat umah ibu mertua saya tu, Mama n We (ibubapa mertua saya) sambut kami. Abe Mi ( brother in law)pun ada sekali time tu. Banyak saya kena tanya time tu ngn Abe Mi. Saya pun jawab je la setiap soalan.  One thing that i`m respect to my brother in law, he such a lovely guy to his family and those who are near to him. 

Betul ke tak english saya ni. 
Kak Dudi, tolong check english saya. hihi

Walaupun Abe Mi tak nyatakan kebimbangannya, tapi saya dapat merasakan kebimbangan Abe Mi tu. ye laaarr..dah adik perempuannya nak kawen ngan orang yang tak pernah kenal. Perangai baik ke buruk pun tak tahu lagi. Dah la muda lgi. Lepas tu, kawen2 je, terus nk gi jepun pulk dah. 

Mesti la poning kopalo.....

InsyaAllah, saya akan jaga adik Abe Mi yang sorang ni dengan baik.

Last sekali, baru la ibu mertua saya panggil isteri saya tu untuk keluar jumpa saya. Tu pun kejap je. isteri saya keluar kat ruang tamu dan masuk balik. saya pulak, dengan sekali pandang, saya terus tunduk. 3 tahun saya kat sekolah agama lelaki, perangai malu tengok perempuan tu, melekat sampai sekarang ni pun. 
 
Lepas tu, kami pun balik..

Bila masuk kereta, ada la dialog antara saya dan mama saya sikit..
"Gano..?tngok dok 'bini' tu tadi" ( macam mana? Pandang tak isteri tu tadi?)
"Tngok..tapi tngok gitu jah, tngok sekali lepas tu tok tngok doh."(pandang, tapi pandang sekali je. Lepas tu, tak pandang dah)
"Mi ni..oghe nok tunjuk 'bini', dio tok tgk pulok" ( Mi nii, mama nak tunjuk 'isteri', dia pulak tak pandang)

Sejujurnya, dengan sekali pandang itu, Allah dah mencukupkan hati saya dengan pilihan mama saya tu. 

Saya yakin yang seorang ibu, pasti akan mencari isteri yang terbaik untuk anaknya. Baiknya seorang perempuan di mata si ibu, insyaAllah akan baiklah untuk si anak.

Then, tak lama kemudian, mama saya bagi nombor telefon isteri saya kepada saya. Setelah pertemuan pertama kali tu, mama2 kami serahkan segala kepada kami untuk membincangkan hal perkahwinan kami, sama ada kedua2 kami setuju atau tidak dengan perkahwinan ini.

-Sambung part 2 next entri-

* nama ibu kami
Mama saya: Hajah Salma
Mama isteri saya: Hajah Azizah
* nama bapa kami
Abah saya: Haji Fadzil
Ayah isteri(We): Haji Wan Zain




















No comments:

Post a Comment