Wednesday 4 June 2014

Alamakk!!Baju Tak Angkat Lagi...

Minggu ni, kat tempat saya hampir setiap hari hujan. Bermula dengan hari isnin sampai la esok(kalau ikut ramalan cuaca).  Gambar yang kat atas tu, latest gambar keadan langit hari ni kat tempat saya. Time tu, baru balik dari prayer room dalam pukul 1 satu. Gelap kan?? Dah nak mcm lepas asar dah. 
Skarang ni, saya nak cerita pengalaman saya tahun lepas berkaitan dengan hujan.
Tahun lepas, pernah sekali tu, saya terjatuh 'badak' time hujan. Nak dijadikan cerita, time tu saya dari rumah saya menuju ke arah bangunan universiti saya, dan dari arah berlainan ada satu orang gadis japanese. Saya pun cuba la nak jarakkan sikit jarak kami, dan saya pun berjalan la kat pinggiran jalan yang kat situ ada penutup longkang(besi). Time tgh jalan tu, saya memang dah sedar yang jalan tu licin, jadinya saya pun jalan la dengan berhati-hati. Tapi, nak buat macam mana, qadak dan qadar Allah menjangkaui segalanya, saya pun terjatuh 'badak'. Bedebukk!!!. Bab yang jatuh tu memng takde apa sangat, yang memalukan sikit adalah jatuh depan orang. Huhu...end of story. Haha, takde punch line langsung citer tadi.
Berbalik Pasal hujan ni, saya takder la benda nak citer sangat pun tapi just nak share beberapa perkara. Hopefully, bermanfaat untuk kita semua.

Benda first saya nk share dengan korang adalah doa time hujan. Mudah je doa ni. Nnti sama2 hafal dan amal dan sebarkan yer. Saya nk buat MLM pahala untuk saya..huhu..

"Allahumma shoyyibann naafi'a
(Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)

Yang kedua saya nak share jugak pasal doa. Doa ni saya memang pernah amal beberapa kali, tapi kena ada keyakinan dalam hati( termasuk apa2 doa sekali pun). Allah dah tunjukkan depan mata saya dan teman2 saya waktu tu betapa mustajabnya doa tu, dan betapa cepat penerimaan doa dari Allah.Doa ni saya dapat dari seorang pakcik India yang tinggal kat Arab. Pak cik ni seorang profesor, tapi sebab Allah bagi kefahaman agama yang tinggi untuk beliau, 2 orang anaknya jadi ulama. Amal ibadat beliau, tak payah nak citer. Hmpir 24 jam penuh dengan zikir dan solat. Saya sempat berkhidmat (sediakan keperluan)dengan beliau lebih kurang 20 hari tahun lepas. 

Doanya

"Allahumma hawaa laina wala 'alaina"
(Ya Allah, turunkan hujan ke kawasan sekitar kami dan bukan ke atas kami)

Time saya amal doa ini dengan teman2 saya yang lain, kami baru keluar dari masjid Gunma untuk pergi ziarah saudara muslim yang lain. Jadi, kami baca sebanyak mungkin doa ini, sehingga hujan itu berhenti. Setelah kami pulang dari ziarah tersebut nak ke masjid balik, hujan pun turun balik. SubhanaLlah!!! Bantuan Allah yang diturunkan secara nyata dan depan2 mata saya.

Last sekali, saya nak share pasal amalan Rasulullah saw time awan hitam muncul. Iman saya punya la lemah, langsung tak macam Rasulullah langsung. Rasulullah bila nmpak je awan hitam, terus baginda takut dan akan ke masjid dan tak akan keluar masjid sehingga awan hitam tu hilang. Takut bala nak turun. Tapi, saya hari ni, bila awan hitam datang bukan nak takut ke, paling kurang istighfar ke kan, malangnya, saya buat tak tahu je. Dah la, angin kat jepun ni, kuat sangat, dah rasa macam nak taufan je. Mungkin ada yang akan fikir, "alah, angin je kot. best apa, sejuk." Jawapan saya, memang betul tu angin biasa, dan best sangat sebab sejuk. Cumanya, sebagai refleksi diri sendiri, betapa jauhnya diri kita(saya terutama) dengan akhlak Rasulullah. Rasulullah takut dan bimbang, tapi saya senyum dan ketawa.Umat dahulu ada dilaknat Allah, mereka ingat yang awan hitam tu datang bawak hujan, tapi sebenarnya bawak bala untuk mereka. 

Astaghfirullahal'azhimm. 
Ya Allah, ampuni saya.

* untuk tahu lebih lanjut dan lebih detail doa, boleh rujuk Mr Google.
* masih banyak lagi doa2, dan amalan yang kita tak tahu, so, keep learning and do not forget to practice it

No comments:

Post a Comment