Thursday 5 June 2014

Cantiknya Kuku Awak


Semata-mata nk bagi ada gambar original, terpaksa ambil gambar jari sendiri. Hihi.

Hari ni hari jumaat. Penghulu segala hari. Banyak sangat amalan yang digalakkan untuk buat pada hari ni. Kalau saper2 yang ada berpeluang untuk jumpa atau paling kurang dapat dengar kuliah dalam youtube ustaz-ustaz tasawuf, macam Syeikh Nuruddin, kita akan dapat dengar penekanan dari para orng soleh ni untuk memuliakan hari Jumaat. Sangat-sanagt diberi penekanan. Saya pernah dengar tausiah dari Syeikh Nuruddin melalui radio ikim, sewaktu saya belum datang ke Jepun. Disebutkan oleh Syeikh Nuruddin time saya dengar tu mengenai hari Jumaat.

So,pada hari ni, saya nak share satu amalan yang simple tapi digalakkan untuk buat pada setiap hari jumaat. Semoga saya terutamanya dapat istiqamah untuk amalkan dan korang pun dapt sama-sama amalkan.

Minggu ni, saya nak share pasal memotong kuku.

Simple kan??

Walaupun amalan ni simple, tapi kalau kita amalkan ikut cara Rasulullah saw kita dapat pahala. Besar pahalanya!!. Mafhum hadis nabi, kalau kita menghidupkan sunnah baginda ketika zaman kerosakan umat, maka ganjarannya baginya 100 orang mati syahid. Ada riwayat lain mengatakan 1 orang mati syahid. So, nanti kalau kita dah berkeluarga, boleh la ajarkan amalan ni kat isteri dan anak-anak.

Bab potong kuku ni, saya nak listkan sunnah beberapa sunnah mengenainya.

1. Digalakkan Memotong kuku pada Isnin, Khamis, atau Jumaat
(Saya lebih menggemari memotong kuku pada hari Jumaat)

2. Potong kuku pulak, ada urutan dia tau. Kalau ikut suka potong kuku jari mana dulu pun, tak berdosa, cumanya, alang-alang dah nak potong kuku, biar la berpahala. Istilah jepunnya,'sekkaku' (alang2) :^_^:
Urutan cara pemotongan kuku oleh Rasulullah saw ada 3 style. Tapi saya hanya ingat 2 style dan saya lebih suka amalkan satu style je. ( kadang2 je tukar style potong kuku)

a). Bermula dengan tangan kanan; jari telunjuk, jari hantu, jari manis, dan jari kelingking. Lepas tu, teruskan dengan tangan kiri; jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk, ibu jari. Last sekali, teruskan dengan ibu jari tangan kanan.
Boleh rujuk gambar ni. Sumber gambar, http://cadenkilby.blogspot.jp/2013/03/finger-prints_5.html


b). Bermula dengan tangan kanan; jari telunjuk, jari hantu, jari manis, dan jari kelingking. Lepas tu, ibu jari tangan kanan. Kemudian, tangan kiri; jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.

Boleh rujuk gambar ni. Sumeber gambar, http://cadenkilby.blogspot.jp/2013/03/finger-prints_5.html


3. Kuku jari kaki pun ada urutan nak potong jugak. Cumanya, setakat pembacaan saya, saya hanya menjumpai satu je urutan sunnah pemotongon kuku jari kaki nabi saw.
-Bermula dengan kaki kanan; jari kelinking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Next, kaki kiri; ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan  jari kelingking.


Boleh rujuk gambar ni. Sumber gambar, http://www.123rf.com/photo_23659447_feet.html


*saya baru sedar yang saya tak tahu nama panggilan untuk jari2 kaki. Huhu..
Nanti, kalau siaper2 yang berpeluang untuk jumpa mana-mana ustaz, boleh rujuk mereka untuk mendapatkan kepastian mengenai entri saya ini. Kalau saya ada silap, sila betulkan saya.

Selamat beramal.
Usaha atas iman dan amal

No comments:

Post a Comment