Wednesday 18 June 2014

Last Entri Dah

"Aikk,awalnya... baru sebulan buat blog. dah nak stop dah.."
"Ni mesti kes pageviews tak ramai ni.."
"Cehh..buat kerja tak ikhlas langsung..."
 

**Saper yang rushing boleh, scroll ke bawah terus..baca part post-script(p/s)**

op!op!...sat dulu..
Takder saper yang kata ni last entri untuk blog ni...maksud saya, ni last entri untuk himpunan hadis mengenai kelebihan Ramadhan. Sebabnya, saya dah lama tak update pasal entri ni, jadi nak qada` balik semuanya.

"ooooooooooo"

Lagipun, hadis2 yang tinggal dah tak panjang mana dah, so saya `compile`kan 4 hadith sekaligus mengenai kelebihan-kelebihan Ramadhan. Hadith2 ni, saya ambik dari kitab Kelebihan Ramadhan, karangan Maulana Zakaria al-Kandahlawi.

Saya nak kumpul hadis2 ni sendiri, memang tak laa...tak mampu saya..huhu
Penerangan untuk setiap hadis ada panjang sebenarnya, tapi kalau berminat untuk baca lebih detail, boleh cari kitab ni.  Saya akan try untuk tulis sikit2 je penerangan hadis tersebut, berdasarkan kitab ini.

Lepas 10 hadis kelebihan Ramadhan ini, Maulana Zakaria, meneruskan penulisan beliau dengan bab LailatulQadar. Nanti, insyaAllah saya akan sharekan hadis2 tersebut di lain entri. Baca Yer!!

Mungkin ini tahun terakhir kita di dunia, tetapi seandainya, ditakdirkan Allah kita bertemu dengan LailatulQadar tahun ini dan kita memanfaatkannya sebaik mungkin, maka seumpama kita telah beramal 83 tahun.

Try bayang umur baru 22.
22+83=105...dalam 105 tahun tu, 83 tahun full dengan ibadah, dan 22 tahun tu campur2. Kadang2 rajin buat amal, kadang2 malas buat amal.
InsyaAllah, bila bertemu dengan Allah tak rugi langsung..

Okeylah, tak nak bagi panjang sangat entri ni..korang baca ek..

Hadith7
Hazrat Ibnu `Umar r.anhuma berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda,"Allah swt dan para malaikatNya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur."

**Baginda telah memberi galakan untuk bersahur dalam banyak hadith sehinggakan Baginda telah bersabda,"Jika tiada apa-apa, maka makanlah walaupun sebiji tamar kering dan minumlah walaupun seteguk air."

Hadith 8
Daripada Hazrat Abu Hurairah ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda," Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam."

Hadith 9
Daripada Hazrat Abu `Ubaidah ra beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya."

**Satu riwayat mengatakan puasa menjaga seseorang itu daripada syaitan. Satu riwayat lain menyatakan bahawa puasa adalah penjaga yang akan menyelamatkan seseorang daripada azab Allah swt. Riwayat yang lain pula menyatakan puasa akan menyelamatkan seseorang dari neraka jahanam,. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa seorang telah bertanya," Wahai Rasulullah!Apakah perkara yang merosakkan puasa?" Baginda menjawab," Berbohong dan mengumpat."

Hadith 10
Daripada Hazrat Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda," Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadakan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, walaupun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian.

**Menurut pandangan ulama feqah, hari yang tidak berpuasa boleh diqada, namun seseorang itu tidak akan mendapat keberkatan berpuasa yang diperoleh dalam Ramadhan

p/s: Mesti korang yang jenis blogwalking ni, bila baca entri yang ala-ala islamik ni, korang tak berapa nak baca kan. baca pun main lompat2 je. Jangan nak tipu.Saya tahu..sebb saya pun sama. Cumanya, bila saya copy paste hadis2 ni ..saya copy paste dengan sepenuh hati. Sebab itu, saya sarankan, kalau korang mampu buat, copy paste dulu hadis2 ni ke dalam Word,  dan printkan. Lepas tu, korang baca hadis ni biar keluar suara,biar telinga korang dengar. InsyaAllah korang akan dapat rasa betapa besarnya kelebihan Ramadhan. Ulang 3 kali untuk setiap hadis. Cara korang nak baca tu, satu hari satu hadis or satu hari 2 hadis tu terserah pada korang laa..saya beritahu ni hasil pembelajaran saya bersama teman2. semoga bermanfaat.
p/p/s: Alhamdulillah, sehingga hari ini, Allah kuatkan saya untuk baca hadis2 mengenai kelebihan amal selama kurang lebih 30 minit setiap hari..(ada juga waktu2 yang saya tak dapat buat)

Koleksi hadis lain
It`s coming again 1It`s Coming Again 2, It`s Coming Again 3, It`s Coming Again 4, It`s Coming Again 5, It`s Coming Again 6

No comments:

Post a Comment