Tuesday 17 June 2014

Khutbah Jumaat 2

Khutbah Jumaat(20/06/2014)
Tajuk: Ilmu(sifat ketiga dari sifat para sahabat ra hum. sumber: Maulana Yusuf al-Kandahlawi)

Ayat Quran 1
Dan berdoalah dengan berkata,”Wahai Tuhanku tambahlah ilmu untukku”(Taha,114)

 Ayat Quran 2
Katakanlah wahai Muhammad,”Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.”(az-Zumar,9)

Jemaah yang dimuliakan,
Setelah kewafatan Rasulullah saw, baginda saw tidak meninggalkan sebarang harta pusaka kepada umat ini, melainkan hanyalah ilmu. Yang mana dengan ilmu ini, telah diamanahkan oleh baginda saw kepada para sahabat rahum untuk disampaikan kepada setiap umat manusia, sewaktu khutbah terakhir nabi saw.

Kita hendaklah mentaaati segala perintah dan larangan Allah swt dengan cara baginda saw. Untuk itu, kita mesti mempelajari ilmu agama . Dengan ilmu agama, kita akan dapat mengetahui akan keinginan Allah terhadap diri kita mengikut keadaan tertentu.

Sebagai contoh, sekiranya ketika kita sedang menonton televisyen, dan masjid telah melaungkan azan. Dengan ilmu yang ada, kita akan mendahulukan untuk ke masjid untuk solat berjemaah. Contoh yang kedua, antara solat dengan azan dan iqamah dan solat tanpa azan dan iqamah. Seandainya seseorang itu diberikan kefahaman daripada Allah swt, maka seseorang tersebut akan berusaha untuk mendirikan soalat dengan adanya azan dan iqamah kerana pahala dan ganjaran yang dijanjikan.

Atas kasih sayang Allah swt, Allah swt bukan sahaja akan menerima amalan yang dilakukan dengan ilmu, bahkan Allah swt sendiri telah menyediakan pelbagai ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk menuntut ilmu agama.

 Sayyidina Safwan bin `Assal Muradi ra, berkata saya datang berjumpa Nabi saw, Baginda saw sedang duduk bersandar pada kain berbelang merah. Lalu saya berkata kepada baginda saw,”Wahai Rasul Allah, saya datang untuk belajar ilmu agama.” Lalu Baginda saw bersabda,”Selamat datang untuk penuntut ilmu. Sesungguhnya penuntut ilmu diliputi oleh para maikat dengan sayap-sayap mereka.Kemudian mereka datang begitu banyak dan bertindan-tindan antara satu sama lain sehingga sampai ke langit dunia. Ini semua mereka lakukan kerana cinta terhadap ilmu yang dituntut oleh pelajar itu.(Tabarani,majma` uz-Zawaid)

 Suatu hari, telah datang seorang lelaki dari Madinah untuk berjumpa dengan Abu Darda ra di masjid Damsyik semata-mata untuk belajar satu hadith dari beliau.
Maka Hazrat Abu Darda ra menjawab,” Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda,” Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah swt akan memudahkan untuknya jalan ke syurga dan para malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya kepada pelajar agama kerana suka dengan perbuatan mereka. Penduduk langir dan bumi akan beistighfar untuk mereka yang menuntut ilmu hinggakan ikan-ikan di air pun turut beristighfar. Kelebihan seorang alim ke atas seorang abid ialah seumpama kelebihan bulan ke atas semua bintang. Ulama ialah pewaris para nabi. Nabi-nabi a.s tidak meninggalkan dinar dan tidak juga dirham(wang ringgit) tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang telah mendapatkan ilmu, sebenarnya dia telah mendapat suatu nikmat yang besar.”( Ibnu Majah)

 Jemaah yang dimuliakan,
Ilmu terbahagi kepada 2 jenis. Ilmu Fadhail dan ilmu masail. Ilmu Fadhail adalah ilmu mengenai kelebihan-kelebihan amal. Dengan adanya ilmu ini, maka akan timbul keinginan dan keghairahan untuk beramal. Cara untuk mendapatkan ilmu ini, maka alim ulama telah menyarankan agar setiap seorang dapat mewujudkan bacaan taklim berkaitan ilmu fadhail di masjid dan kediaman masing-masing. Bagi yang berkeluarga, wujudkanlah halaqah hadis bersama-sama ahli keluarga manakala, bagi yang bujang bacalah walaupun bersendirian. Saranan ulama agar diPeruntukkan waktu sekurang-kurangnya 30 minit untuk tujuan ini.

Ilmu yang kedua, dikenali dengan ilmu masail. Iaitu ilmu hukum hakam. Dengan adanya ilmu masail, akan meneguhkan akidah kita, membetulkan ibadat kita dan mencantikkan akhlak kita. Cara untuk mendapatkan ilmu ini adalah tidak lain dan tidak bukan dengan pergi belajar dengan alim ulama yang haq. Tidak memadai dengan hanya membaca buku-buku agama tanpa mendapat bimbingan dari para alim ulama.

Kedua-dua ilmu ini, saling berkaitan seumpama sebuah motorsikal. Ilmu fadhail akan menjadi enjin iaitu sebagai penggerak untuk beramal, manakala ilmu masail akan menjadi handle motor tersebut sebagai untuk membetulkan diri dalam memahami Islam dan untuk beramal..

Semoga Allah swt kurniakan kita tawfiq dan hidayah untuk belajar ilmu Allah swt.
 

p/s: Khutbah ini adalah draf semata-mata. Belum diperiksa oleh orang alim.Mohon ditegur seandainya mempunyai kesilapan.
p/s: draf khutbah ini insyaAllah akan diterjemah ke dalam bahasa English.
 


 

No comments:

Post a Comment