Wednesday 4 June 2014

Tidak!!!Jangan Hancur!!!


Haaa...gamabr kat atas tu adalah gambar model kapal terbang yang kitaorang buat. lama jugak nak buat bendalah ni, hampir sebulan rasanya, walaupun sebenarnya bukan saya yang buat. saya ni pemerhati sahaja. nak tolong pun dah ada dua orang yang buat. Nak rajin-rajin sangat pun tak boleh, sebabnya nanti kalau potong part-part kapal terbang tu awal sangat, takutnya nanti part2 tu hilang, tak boleh terbang langsung. 
So, citernya semalam, senpai saya pun book la gymnasium untuk 2jam, dari pukul 3ptng sampai 5ptng, semata-mata untuk test kapal terbang tu. Time senpai master yang bawak kapal terbang tu, memang nice rrr. Siap boleh pusing satu dewan gymnasium. 


Cumanya, time budak2 degree(termasuk saya) yang control kapal terbang tu, memang hampehh. Kipas tak guna langsung, sebabnya kitaorang nak control pun tak pandai lagi, jadinya sekadar untuk latihan bagin landing dengan cantik dulu. Seorang akan lempar kapal terbang tu, and nanti seorang kena control biar dapat landing dengan baik. Time tu, semuanya ada 7 orang termasuk senpai master tu. Senpai tu akan jadi penasihat kepada oarang yang akan control kapal terbang tu. Seorang akan baling kapal terbang tu. Yang lain pulak, kena ambik position masing2 untuk kutip kapal terbang tu(macam main besbol pulak, bila tengok gaya yang ambik position ni). Bila member yang first(Kanno) buat, semua percubaan landing berjaya mendarat dengan selamat tanpa kerosakan. Time member yang kedua(Hoshimoto) try, last percubaanya tak berapa nice, menyebabkan enjin kipas tu tercabut dari bahagian hadapan kapal terbang. Haha!!terkejut semua. Tapi, lepas repair kejap, tampal part enjin tu dengan gam jepun(memang kuat melekat punya gam), kapal terbang tu dah boleh terbang balik, Alhamdulillah. Masuk member yang ketiga(Nakamura), percubaan landing semua selamat. Lepas tu, orang yang keempat, iaitu saya sendiri. Mula2 saya memang tak nak try control sebab tak berani, walaupun hati nak main jugak kapal terbang tu..hehe. Tapi, lepas member bagitahu yang setiap orang kena try control kapal terbang tu, saya pun dengan suka hati la ambik alih remote control tu. 

Malapetakanya, bermula setelah itu.
Dalam banyak-banyak hampehhh, yang ni la paling hampehh!!!. Bila time saya control kapal terbang tu.
Untuk first time, memang senpai puji rr, sebab berjaya mendarat dengan baik.
 "a`, iinnjyaann" (ha, nice one).
Tapi, untuk second time, bukan kena puji, tapi saya pulak kena mintak maaf dengan member2 lain, sebab telah menjahanamkan kapal terbang tu. Saya tak sengaja buat kapal terbang tu, jatuh menjunam ke lantai. Al-hasilnya, bahagian depan kapal terbang tu hancur dan patah.


Tu dia kerosakan kapal terbang ni...

Aduhhhh!!!!

Nasib baik la, senpai tu macam senpoi je. Dia dah tahu yang kapal terbang tu maybe akan rosak. So, dia bagitahu yang nanti, sambungkan balik bahagian yang patah tu dengan badan kapal terbang, dan minggu depan kitaorang akan practice sekali lagi. Nasib baik, sayap tu tak hancur ke apa, Alhamdulillah.

Jadinya, record penerbangan yang sepatutnya 2 jam menjadi lebih kurang 45 minit. macam flight dari KL ke Kota Bharu je. Kalau 2 jam tu, dah boleh samapai Tokyo dari Fukuoka,Kyuushuu.

Lepas dah confirmkan dah tak ada serpihan-serpihan kapal terbang yang lain, kitaorang pun balik ke lab kitaorang, dan repair balik kapal terbang tu. Tu pun, bukan saya yang repair, sebabnya kalau bagi saya yang repair, entah apa yang yang akan jadi kat kapal terbang tu pun, saya tak tahu. Yang repairnya adalah Kanno, pembuat kapal terbang ni yang asal merangkap, Main Pilot tu kapal terbang ni jugak. Repairnya pulak, pakai gam jepun tu jugak. Memang kuat betul gam jepun ni.

Time2 tgh repair tu, saya pun mintak izin ngan Kanno tu untuk gi solat Asar jap. Biasa la, bila kita yang menjahanamkan something, kita kena bertanggungjawab. So, atas dasar tanggungjawab tu, saya mintak izin(biasanya tak bagitahu pun).

Siap je solat Asar dengan yang lain pukul 4 lebih sikit, bila saya masuk balik lab saya. tengok2 Kapal Terbang tu dah tercantum balik dah. Macam keadaan yang asal. Alhamdulillah. Hilang sikit rasa bersalah. haha..

Jadi, kesudahannya..InsyaAllah, minggu saya ada lagi peluang nak menjahanamkan Kapal Terbang tu lagi. haha, takdelah.. InsyaAllah, minggu depan kitaorang dah boleh improve skill control kitaorang, sebabnya, senpai kitaorang tu(Maeda) dah sediakan kitaorang game simulation untuk kitaorang training dulu untuk control kapal terbang. Controller sama, cuma bezanya simulation ni dalam komputer dan minggu depan guna kapal terbang yang betul. Sekarang baru saya tahu betapa susahnya nak control Kapal Terbang.

To all the pilots around the world, thanks for drive safely the airplane. =)

No comments:

Post a Comment