Tanggal 2014 Jun 06(sekitar jam 10 mlm), saya dan teman2 yang lain, telah tamat pengajian Kitab Penawar Bagi Hati di bawah pimpinan dan talaqqi bersama guru kami, Yang Dimuliakan Ustaz Zamil.
Kami telah memulakan pengajian Kitab Tasawuf ini bermula penghujung tahun 2012(Disember).
Kitab ini merupakan karangan Sheikh Abdul Kadir bin AbdulMutalib sekitar tahun1387 hijrah. Menjadikan kitab ini, berusia hampir 30 tahun.
Selepas mengkhatamkan kitab, ustaz Zamil mengetuai bacaan alFatihah sebanyak 3 kali untuk disedekahkan kepada pengarang kitab ini. Setelah itu, diteruskan dengan doa untuk pengarang dan kami semua.
Guru-guru Ustaz Zamil untuk kitab Penawar Bagi Hati
1. Ustaz Darul Zaman
2. Ustaz Shaari
3. Ustaz Muhathir . Ustaz Muhathir belajar dari Tuan Guru Haji Soleh. Manakala Tuan Guru Haji Soleh berguru dari Tuan Syeikh Abdul Qadir(pengarang kitab ni)
Rumusan ringkas mengenai kitab ini
Kitab ini merupakan sebuah kitab tasawuf(akhlak). Pengarang kitab(Syeikh Abdul Kadir) membahagikan kitab ini kepada 2 bab besar iaitu, bab pertama menyentuh berkaitan 7 anggota badan manusia. Mata, telinga, lidah, perut, faraj, tangan dan kaki. Bab kedua berkaitan 10 sifat mazmumah yang menjadi ibu segala sifat mazmumah yang banyak.
Pentingnya ilmu tasawuf(akhlak) ini, sehingga ianya menjadi salah satu ilmu FARDU AIN yang harus dipelajari setiap umat Rasulullah saw.
Mafhum hadis Rasulullah saw, ada manusia yang dimasukkan ke dalam syurga padahal amalnya sedikit, semata-mata hatinya baik. Subhanallah!!!
Ya Allah, pencantikkanlah amalku sebagai mana engkau telah mempercantikkan jasadku. Ampunilah aku dan seluruh umat ya Allah kerana buruknya akhlak kami. Janganlah Engkau tangguhkan hidayahMu kepada orang Yahudi, orang Kristian, orang Cina, orang India, orang Shiah, orang Jepun, orang Asli dan seluruh umat Nabi saw kerana burukNya Akhlak kami. Amiinn
P/s: untuk next entri, saya nak citer sikit pasal bermulanya era "pencerahan" dari zaman "huahua". Stey tune!!^_^
No comments:
Post a Comment