Monday 30 June 2014

KAWAI(cute) Vs KAWAISOU(kesian)


Hai korang...

Puasa macam mana??

kalau ikutkan, hari ni dah hari ketiga kita berpuasa..Hopefully, Allah terima puasa kita dan ganjarkan kita dengan ganjaran yang infiniti. Saya tak nak sebut 'ganjaran yang banyak', sebabnya perkataan 'banyak' tu, kita still dapat bayangkan nilai dia. Kalau macam saya,perkataan 'banyak' tu, saya akan bayangkan benda tu banyak macam bukit.

tapi, kalau perkataan infiniti, kita(especially saya) tak dapat nak bayangkan macam mana 'nilai' infiniti tu..

Amiinn..

okeylah, hari ni saya nak citer something. Baru lagi terjadi benda ni. Semalam. Harap2, korang akan sudi baca entri ni jugk, lepas tu kita sama-sama fikirkan...

READY yer..dah nak mula tulis ni..


Minggu lepas, saya ada dapat call dari Kadota-san(Foreign Student's Officer). Dia minta saya datang ke bilik dia, time waktu yang free.

Sebetulnya, memang silap la soalan Kadota-san tu, sebab saya selalu free. asyik merayau je kerja skang ni. Pergi sana. Pergi sini.

By the way, saya pun janji la nak pergi jumpa dia hari esoknya, jam 10 pagi.

Esokkannya tu, bila dah jumpa dia, dia explain kat saya, yang dia nak mintak saya pergi bagi penerangan sikit2 pasal Malaysia kat budak sekolah rendah Jepun. Macam-macam yang dia try bagitau saya. maybe untuk ‘convince'kan saya biar saya sudi jadi volunteer untuk explain kat kanak-kanak tu pasal Malaysia.

Tak ramai pun. dalam 5-6 orang je murid-muridnya. tujuan explaination ni, adalah sebagai aktiviti salah satu club kat sekolah tu.

Fikir-fikir balik, memang betul jugak kata Kadota-san tu kenapa saya perlu jadi volunteer untuk aktiviti ni. Dipendekkan cerita, saya pun terima la offer tu. 

.............

Then, until yesterday morning, baru la saya terhegeh-hegeh nak pergi buat preparation untuk explain pasal Malaysia. Saya gi library untuk cari gambar2 yang ada kaitan pasal Malaysia.

Maksud saya, bukan cari dalam buku tau. Tapi saya cari dalam internet, pakai komputer library, then ‘compile’kan, then print kat sana jugak.

Tak banyak pun yang saya cari, just simple things about Malaysia. Traditional Foods, Traditional Cloths, something that normal in Malaysia but quite rare in Japan and others.

Untuk bab makanan, saya ada mintak isteri saya untuk buatkan sikit kuih Cara, untuk bagi kanak-kanak tu try makan.

Mula-mulanya, saya ingatkan saya berseorangan time pergi tu, jadi saya bawak la sekali isteri saya ke sekolah rendah tu. boleh jumpa budak2 jepun yang Kawaii(comel). 

Gambar bgunan sekolah 上宇部小学校


But then, rupa-rupanya, member saya Hakim pun pergi jugak. Geng Kelate jadinya, sebab semua dari Kelantan. Hoho…

Haha..dah panjang sangat nih…Dipendekkan cerita, waktu kat sekolah tu, kami bertiga diperkenalkan ngan pengetua sekolah dan kami dijamu ngan air teh. Lepas tu, kami mintak maaf dan explain kat pengetua dan Nawata Sensei(cikgu yang bawak kami ke sekolah tu), yang kami puasa hari ni. Jadi, tak boleh minum air yang disediakan.

kena ingat pasal ni, sebab ni keypoint apa yang saya akan cerita seterusnya...

Waktu nak ke kelas aktiviti tu, ada seorang cikgu Jepun datang bagi salam kat kami. Wallahu'alam kenapa.  mungkin sebab sensei tu dah knal rupa orang Islam macam mana.

Dipendekkan cerita lagi, bila dalam kelas tu, dah jumpa semua murid2 semua. Nawata Sensei ada bagitahu kat anak muridnya tu, yang pasal kami tak minum air bila staff sekolah tu jamu kami dengan air. 

Kata sensei tu, ni setakat yang saya faham, dengan bahasa Jepun yang tunggang-langgang ni. Maybe Hakim faham lagi betul kot.

Saya translatekan ke dalam bahasa Malaysia dan bahasa orang muda la ek..
"Diaorang ni tak minum, tak makan time hari siang. Selama Sebulan. Sebabnya, ini adalah perayaan(omatsuri) mereka. Diaorang ada banyak jenis perayaan."

Saya yang dengar kata2 Nawata sensei tu, 
rasa gembira sangat..

Kenapa saya gembira???
Sebabnya, orang non-muslim jauh lebih faham dari saya dan umat Islam hari ini, yang sebenarnya, RAMADHAN KARIM, adalah perayaan. PERAYAAN IBADAH. Bukan semata-mata Syawal itu adalah PERAYAAN. Kita sering terlupa yang Ramadhan ini, nilainya tersangat besar. Ganjaran yang dilipatkan gandakan oleh Allah swt.

Semoga ALLAH ampuni saya dan kita semua/

Lagi, antara perkara yang menarik perhatian saya adalah berkaitan agama. Saya dan seluruh umat kena kasihankan orang Jepun dan nonmuslim lain. Mereka langsung tak kenal Allah.

Ada dalam explaination pasal Malaysia dari Hakim, dia ada sebut satu term yang merujuk kepada agama. Term tu adalah

宗教(Shuukyou)= agama

Tapi yang saya terkejut, kanak2 tu tak faham term SHUUKYOU(agama) tu. 

ye la kan, cuba bayangkan kalau kita sebut perkataan 'agama' kat budak2 sekolah rendah Malaysia, mesti diaorang faham, or at least diaorang akan nmpak imej2 agama mcm kna solat dan kena puasa.

tpi, kank2 jepun tu, tak tahu pun.

benda first yang saya boleh fikir adalah, agama memang tak diterapkan dalam diri orang Jepun. Sebab itu, mereka amalkan agama ikut suka mereka je. Time kahwin pakai christian. Time mati pakai budha. 
Ya Allah...kesian mereka..
Mereka pun umat Nabi saw..
Nabi sedih tgk umatnya tak kenal Allah..

Semoga Allah ampun kelemahan saya dan seluruh umat dan beri hidayah kepada orang Jepun dan seluruh manusia..

Semoga bermnfaat..

 

 

 

Sunday 29 June 2014

Majlis Sambut Menantu

Hai korang...

Alhamdulillah, dalam seminggu ni saya bahagia sangat isteri saya berada dekat ngan saya. Kami dpt masak sama2. Mkn sama2. Everythings that we done, we made it together.

"Patut la blog tak ber'update' dah 2-3 hari.."

Huhu...mgkin kot. No comment..=)

Dah2..taknk citer lebih2 pasal kawen2 ni. Nnti ada jugk yang taknk follow blog saya nih sebb 'mkn hati' ngan entri ni..hihi

Hari ni, saya nk share something ngn korang yang sudi baca blog nih..something yang maybe korang bleh ambik as lesson in our everyday life.

Last thursday, saya ada buat majlis sikit untuk kenalkan isteri saya kepada semua Malaysian females yang ada kat Ube ni. Ada la lebih kurang 15 orang semuanya.

Jadinya, untuk majlis ni kena la buat makn sikit2..

Yer dokk??

Kebetulan hari khamis tu jugak, saya kena gi repair kereta kat kedai. Sebb saya dah janji ngn mekanik tu, saya tak nk la ubah tarikh tu. dah la janji pukul 5:00 ptng pulk tu. 

majlisnyer pukul 8:00.

Saya bajet, repair2 tu akan ambik masa 1jam setengah

Kiranya, hari tu, saya agak kelam kabut. Nak tolong isteri saya masak2 lagi. Nak cari iron lagi, untuk isteri saya seterika tudungnya. 

Dalam kelam kabut tu, bila saya sampai kat kedai kerta dalam pukul 5 tu, orang  kedai tu kata mgkin untuk repair kerta saya tu, ambik masa 2 jam. Saya dah cuak. Takut terlambt pulk saya blik ke rumah nnti. At that time, bnda yang terlintas dalam kepala saya, adalah untuk doa kat Allah biar Allah permudahkn, percepatkn urusan repair kereta tu. tapi, sebb kelemahan saya, i'm just ignored the 'feeling'. 

Saya memilih untuk duduk menunggu sambil Update blog saya.. 

Blogger baru kena la rajin2 sikit..hihi

But then, with the power of Allah, Allah jadikan urusan repair kereta tu siap dalm masa kurang lebih 1 jam 10 minit. Subhanallah dan Astaghfirullah atas kemalasan saya nk doa kat Allah swt.

Lebih cepat dari expectation saya dan expectation orang kedai tu..

Lepas repair, saya terus pulang ke rumah  untuk tolong isteri saya. Before tolong masak2, Bila sampai umah, saya cepat2 mesej kawan perempuan saya nk mintk pinjm iron. 

Nama kawan saya tu, tak perlu mention la kot ek...biarlah rahsia..

Member saya tu pun kata 'okeyy', saya terus naik basikal dan gi rumah member saya tu nk ambik iron.

Nak dijadikan citer, dalam hati saya, saya terlintas yang alangkah untungnya kalau member perempuan tu bagi je terus pada saya. Dulu saya ada simpan iron, tapi sebb jarang guna, saya bagi kat junior perempuan saya yang baru datang . Takdela dia perlu beli yang baru iron tu.

Dah nama laki, mana nak guna sangat iron2 ni.. 

Bila saya terlintas tu, saya terlintas lagi untuk doa dengan Allah biar Allah buat member saya tu, beri terus saya iron tu. tapi , once again, i'm just ignored the 'feeling'.

Alhamdulillah, bila saya sampai kat umah member saya tu, bila saya ambik je iron tu dari tangan member saya, dia terus kata..

"Kau ambik je la iron ni.."

Saya yang dengar terus serba salah..

Tak nak terima offer tu, tapi hati berkehendak kat iron.

Nak ambik iron tu, tapi malu2 pulk..

Akhirnya, tanpa fikir panjang saya terima offer tu. kiranya kes memalukan diri jugak la. Walaupun tak memalukan sangt..

Tengok tu korang...
Allah always know what in our heart. Walaupun saya yang lemah ni malas berdoa kat Allah, tapi Allah bagi mcm tu je benda yang terlintas kat dalam otak saya ni..

So, maybe korang boleh fikir fikirkan sendiri apa yang saya nak sentuh dalam entri saya kali ni... It's quite a lot beneficial to those who want to think....maybe..

But, one thing that i can conclude is that, always pray to Allah in whatever we want, or whatever we are going to do..
Bila kita mintak ngan Allah, dan Allah makbulkan doa kita ngan segera, bayangkan betapa kita akan rasa Yang Allah Dekat sangat ngn kita...

Wallahua'lam

P/s: happy RAMADHAN untuk semua..dan in case, my junior yang saya beri iron tu, terbaca entri ni, tak perlu rasa bersalah, just use it. It is yours.

Thursday 26 June 2014

Budak Baru Belajar

Recently, saya banyak kena translate bahan2 rujukan untuk research saya dari bahasa english ke bahasa jepun.

Lepas translate, saya kena 'present'kan kepada junior2 saya. Pun dalam bahasa jepun. Esok ni, adalah last presentation saya untuk junior dan ini bererti, lepas ni saya akan terus go on ngn research saya. Research yang akan saya buat ada kaitan ngn Archimedes spiral. 

Ni la rupa Archimedes Spiral yang tak berapa Spiral ..saya lukis pakai tangan je, tak nk ambik dari google or any sources sbb bimbng tak pasal2 nnti kena saman sbb mencuri hakcipta orang lain..huhu


Sebab takde ada senpai(senior) yang pernah buat research ni, agak 'taihen'(susah) la jugak research saya ni.

Soooooo...

Hari ni, saya nak kongsi ngan korang benda yang saya belajar time saya 'translate'kan semua nota2 tu.

Tak susah pun. Simple je. Lagipun, benda ni saya supposely tahu time sekolah rendah lagi, tapi sebab time kecik2 dulu tak berapa minat sangat ngan English, itu yang time tua2 macam ni baru tahu.

Time translate tu, saya terjumpa "i.e." tapi  saya tak faham apa mksudnya. Disebabkan nk tahu lebih detail, saya pun google la apa benda i.e. dan e.g. tu.

i.e.
i.e. bererti id est yang berasal dari bahasa latin yang bermaksud that is/in other words. Cara sebutan pulak, boleh sebut sebagai dua huruf iaitu i.e. ataupun that is

e.g.
e.g. bererti exemplum gratia yang juga berasal dari bahasa latin yang membawa maksud for example. Cara nk sebut macam i.e. jugak, sama ada nk sebut sebagai 2 huruf, iaitu e.g. ataupun boleh sebut sebagai for example

Itu la lebih kurang pasal entri hari ni. Semoga bermanfaat untuk semua.


Tuesday 24 June 2014

Penangan Stress

Hoooolaaaaaa....

Lama tak kongsi citer ngn korang. Sori la ek...sebenarnya, 2-3 ari lepas saya stress. Itu yng nk mengupdate blog pun malas..

**septutnya saya update entri ni ke dlam blog saya 2 hari lepas

"Apa kau stress do??kau bukan buat apa2 pun..."

Haaa..itu la jawapan dia. Sebab tak buat apa2 tu la saya stress. Kalau nak ikut citer sebenarnya, saya dah plan banyak benda nak buat time2 hujung minggu lpas.

Saya plan nak gi tidur kat umah member saya kat Shunan-shi. Kalau kat sana nnti, saya boleh buat byk benda kat sana. Tapi, kekkyoku(last2) saya tak pergi dan tak buat apa2 kat umah. Dah janji pun kena cancel balik ngn Mas Tono, member saya tu. Nasib baik, Mas Tono ni baik orangnya, mudah memahami.

Stress tu benda biasa sebenarnya dalm life ni. Saya tahu. Cuma bila saya tak dapat control dan cuba cari jaln untuk hilangkan stress tu ngan benda2 mengarut, itu yang menambah parah stress saya tu.

Saya gi supermarket untuk beli barang2 makan. Time tu, saya hanyalah nak release stress ngn 'shopping. Time beli tu, saya ambik je semua benda yng terlintas dalam kepala. 
Ambik dan bayar terus.

Kalau ikut kebiasaan saya, saya hanya akan ambik barang yang perlu je. Tapi time stress hari tu, memang tak peduli, perlu ke tak barang tu, ambik je. Tak nk pikir byk2. Itu yang sampai terbeli KATIL tu. 

katil??

Yer katil..


Rumah saya takde katil. Awal2 dulu, saya sengaja taknk beli katil, sebbnya nk bagi bilik saya luas, biar nnti boleh guna bilik saya tu untuk solat jemaah. Lepas tu, kalu ada tetamu, diaorang boleh menginap di rumah saya. 

Tu plan asal sebenarnya. Tapi, sbab gara2 stress, tanpa fikir panjang saya terus beli katil. Beli yang murah je. 

Murah2 pun, lebih kurang 6000 yen juga!!

Adoiii..poket saya sakit..

Haaa..tu citer saya pasal stress. Sebelum saya tamatkn entri ni,  One thing yang saya betul2 dpt rasa time stress tu dan saya nak kongsi ngan korang yang baca blog saya yang tak semengah ni..

During that time, saya try buat mcam2 untuk hilangkn serabut saya. Not just shopping all the things, but also saya dengar lagu dan tengok movie. 

Saya abaikn Quran dan zikir. Perasaan nk baca ada, tapi time tu saya lebih memilih untuk dengar lagu dan tgk movie. 

"So, apa masalahnya??"

Bila saya dengar lagu dan tgk movie, hati saya memang tak serabut. Relaks. Damai. Tapi, saya dapat rasa ada something yang tak cukup dalam diri saya time tu. saya nk describe benda apa tu pun tak boleh. Saya tak tahu.

But, alhamdulillah. Once saya try untuk concentrate on my solat, saya dapt rasa the 'real peace'. Ketenangan yang jauh lebih seronok dari shopping, dengar lgu dan tgk movie. Real peace yang saya pun tak dapt nk 'describe'kan macam mana.

That's why my dearest brothers and sisters, i'm telling you this.

Please do not neglect our Religion. Try to make some effort for our imaan and amal.

O Allah, please forgive me and all of this ummah for our sins.

Monday 23 June 2014

Cuba Teka Ni Apa..??

Cuba teka ini apa??

Jangan baca dulu yang kat bawak. Cuba teka dulu.

:)

:p

:(

0_0

[•]_[•]

^_^

Mesti korang ingat ni SINK kan..
Tapi jawapan tu salah sebenarnya.

Jawapan yang sebenar adalah...
LUBANG TANDAS.

Time saya jumpa bndalah ni, saya berhenti kat Nitori, sebab nk solat Zohor jamak ngn Asar terus.
Jadinya saya masuk ke tandas OKU sbb nk ambik wuduk. Masuk2 je, bila nampak bendalah ni, saya 'maki' NITORI.

"Mentang2 jual barangan keperluan rumah, tandas sendiri pun nak promote barang jualan ke.."

Lebih kurang mcm tu la..

Lepas dah tanggal sweater dan lain2, nasib baik saya perasan yang kat dalam sink tu ada air. Siap ada flush lagi. 

"Apasal pelik semacam je sinki nih..?"

Ooo..ruparupanya tu TANDAS.
Terus tak jadi ambik wuduk kat situ.


 
Huhu...ONLY IN JAPAN.

P/s: saya tertanya2 pulak, kalau ni tandas untuk OKU. Kenapa ada lubang tandas mcam ni. Nak buang air besar pun susah ni.

Yamaguchi-Fukuoka-Osaka

Hari ni, saya ke Fukuoka airport dengan kereta. Saya nak gi ambil wife saya kat Osaka Airport.

"Mana satu ni, Fukuoka Airport atau Kansai Airport"!!!
"Cakap laa betul2...!!"


Sabar dulu..jgn melenting..let me explain first.

Saya ke Fukuoka Airport tu, sebabnya saya nak naik flight ke Kansai Airport. Nak ambik wife saya kat sana.

"Mak ooooiii..."
"Nak ambik orang pun sampai kena naik flight dulu..maknanya mesti jauh kan Kansai Airport tu??"

Memang jauh pun..kalau dari tempat saya ni, kalau pergi ngn kereta ambik masa 6-7 jam kalau pakai highway. Kena highlight ni. HIGHWAY. Bukan jaln biasa tau.

Mula2 memang ingat nk gi ngan kereta je ke Kansai Airport tu, tapi fikir2 blik sebb nnti takut penat badan and some other reasons. Saya buat decision gi ambik wife saya ngan Flight+kereta. 

Kalau dari tempat saya Yamaguchi ke Fukuoka airport ni, ambik masa lebih kurang 4 jam guna jalan biasa. Traffic light bukn main bnyk. 

Ni gambar maps untuk lebih detail.


Dah la time bawak kereta, kereta buat hal. Break clamper saya dah haus. Hampir sepnjang jalan ke airport tu la, kereta saya 'meroyan'. Yang paling hardcore, bila dah masuk je bndar Fukuoka, terus tayar saya 'mengamuk'. Dah keluar suara sebenar tayar tu. 

Terpaksa la tebalkan muka..

Tapi kan yang peliknya, kereta2 lain or orang yang jaln kaki, takde pulk pandang saya semacam je. Tak tahu la sama ada, diaorang buat2 tak tahu sebb taknk bagi saya malu, atau sebb bunyi kereta saya tu dah bercampur dengan bunyi2 lain, jadi diaorang mcm tak kisah sangat.

Skang ni, saya dah kat airport. Nk tidor kejap before flight saya malam ni kul 9:30 mlm. Penerbangan ke sana 1 jam.

Pasal break clamper tu, saya pergi check kat kedai kereta. Ingat nk repair terus, tapi barang takde. Kena order dulu. Ari khamis baru boleh repair, tunggu barang tu sampai. Hoho...

Tak boleh nak imagine perjalanan balik dari Fukuoka ke Yamaguchi esok ni. Dah la flight sampai malam kat Fukuoka.

Tayar tu, dari suara Godzilla jadi pulak suara Pontianak pulak nnti..sakit telinga nnti. 
 
Oklah, nak tdor dulu yer..

Haa, lupa..time saya otw tu, saya jumpa something menarik tau. Untuk saya laa. Korang tak tahu la sama ada teruja atau tak. Tapi tu first time saya jumpa bnda ni.

Kalau nk tgk boleh ke next entri. Kalau yang pakai Iphone or any smartphones, just slide je screen korang ke kiri. 

"Allahumma bismika amuutu wa ahya"
Doa tidur.

Wednesday 18 June 2014

Last Entri Dah

"Aikk,awalnya... baru sebulan buat blog. dah nak stop dah.."
"Ni mesti kes pageviews tak ramai ni.."
"Cehh..buat kerja tak ikhlas langsung..."
 

**Saper yang rushing boleh, scroll ke bawah terus..baca part post-script(p/s)**

op!op!...sat dulu..
Takder saper yang kata ni last entri untuk blog ni...maksud saya, ni last entri untuk himpunan hadis mengenai kelebihan Ramadhan. Sebabnya, saya dah lama tak update pasal entri ni, jadi nak qada` balik semuanya.

"ooooooooooo"

Lagipun, hadis2 yang tinggal dah tak panjang mana dah, so saya `compile`kan 4 hadith sekaligus mengenai kelebihan-kelebihan Ramadhan. Hadith2 ni, saya ambik dari kitab Kelebihan Ramadhan, karangan Maulana Zakaria al-Kandahlawi.

Saya nak kumpul hadis2 ni sendiri, memang tak laa...tak mampu saya..huhu
Penerangan untuk setiap hadis ada panjang sebenarnya, tapi kalau berminat untuk baca lebih detail, boleh cari kitab ni.  Saya akan try untuk tulis sikit2 je penerangan hadis tersebut, berdasarkan kitab ini.

Lepas 10 hadis kelebihan Ramadhan ini, Maulana Zakaria, meneruskan penulisan beliau dengan bab LailatulQadar. Nanti, insyaAllah saya akan sharekan hadis2 tersebut di lain entri. Baca Yer!!

Mungkin ini tahun terakhir kita di dunia, tetapi seandainya, ditakdirkan Allah kita bertemu dengan LailatulQadar tahun ini dan kita memanfaatkannya sebaik mungkin, maka seumpama kita telah beramal 83 tahun.

Try bayang umur baru 22.
22+83=105...dalam 105 tahun tu, 83 tahun full dengan ibadah, dan 22 tahun tu campur2. Kadang2 rajin buat amal, kadang2 malas buat amal.
InsyaAllah, bila bertemu dengan Allah tak rugi langsung..

Okeylah, tak nak bagi panjang sangat entri ni..korang baca ek..

Hadith7
Hazrat Ibnu `Umar r.anhuma berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda,"Allah swt dan para malaikatNya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur."

**Baginda telah memberi galakan untuk bersahur dalam banyak hadith sehinggakan Baginda telah bersabda,"Jika tiada apa-apa, maka makanlah walaupun sebiji tamar kering dan minumlah walaupun seteguk air."

Hadith 8
Daripada Hazrat Abu Hurairah ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda," Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam."

Hadith 9
Daripada Hazrat Abu `Ubaidah ra beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya."

**Satu riwayat mengatakan puasa menjaga seseorang itu daripada syaitan. Satu riwayat lain menyatakan bahawa puasa adalah penjaga yang akan menyelamatkan seseorang daripada azab Allah swt. Riwayat yang lain pula menyatakan puasa akan menyelamatkan seseorang dari neraka jahanam,. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa seorang telah bertanya," Wahai Rasulullah!Apakah perkara yang merosakkan puasa?" Baginda menjawab," Berbohong dan mengumpat."

Hadith 10
Daripada Hazrat Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda," Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadakan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, walaupun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian.

**Menurut pandangan ulama feqah, hari yang tidak berpuasa boleh diqada, namun seseorang itu tidak akan mendapat keberkatan berpuasa yang diperoleh dalam Ramadhan

p/s: Mesti korang yang jenis blogwalking ni, bila baca entri yang ala-ala islamik ni, korang tak berapa nak baca kan. baca pun main lompat2 je. Jangan nak tipu.Saya tahu..sebb saya pun sama. Cumanya, bila saya copy paste hadis2 ni ..saya copy paste dengan sepenuh hati. Sebab itu, saya sarankan, kalau korang mampu buat, copy paste dulu hadis2 ni ke dalam Word,  dan printkan. Lepas tu, korang baca hadis ni biar keluar suara,biar telinga korang dengar. InsyaAllah korang akan dapat rasa betapa besarnya kelebihan Ramadhan. Ulang 3 kali untuk setiap hadis. Cara korang nak baca tu, satu hari satu hadis or satu hari 2 hadis tu terserah pada korang laa..saya beritahu ni hasil pembelajaran saya bersama teman2. semoga bermanfaat.
p/p/s: Alhamdulillah, sehingga hari ini, Allah kuatkan saya untuk baca hadis2 mengenai kelebihan amal selama kurang lebih 30 minit setiap hari..(ada juga waktu2 yang saya tak dapat buat)

Koleksi hadis lain
It`s coming again 1It`s Coming Again 2, It`s Coming Again 3, It`s Coming Again 4, It`s Coming Again 5, It`s Coming Again 6

Tuesday 17 June 2014

Khutbah Jumaat 2

Khutbah Jumaat(20/06/2014)
Tajuk: Ilmu(sifat ketiga dari sifat para sahabat ra hum. sumber: Maulana Yusuf al-Kandahlawi)

Ayat Quran 1
Dan berdoalah dengan berkata,”Wahai Tuhanku tambahlah ilmu untukku”(Taha,114)

 Ayat Quran 2
Katakanlah wahai Muhammad,”Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.”(az-Zumar,9)

Jemaah yang dimuliakan,
Setelah kewafatan Rasulullah saw, baginda saw tidak meninggalkan sebarang harta pusaka kepada umat ini, melainkan hanyalah ilmu. Yang mana dengan ilmu ini, telah diamanahkan oleh baginda saw kepada para sahabat rahum untuk disampaikan kepada setiap umat manusia, sewaktu khutbah terakhir nabi saw.

Kita hendaklah mentaaati segala perintah dan larangan Allah swt dengan cara baginda saw. Untuk itu, kita mesti mempelajari ilmu agama . Dengan ilmu agama, kita akan dapat mengetahui akan keinginan Allah terhadap diri kita mengikut keadaan tertentu.

Sebagai contoh, sekiranya ketika kita sedang menonton televisyen, dan masjid telah melaungkan azan. Dengan ilmu yang ada, kita akan mendahulukan untuk ke masjid untuk solat berjemaah. Contoh yang kedua, antara solat dengan azan dan iqamah dan solat tanpa azan dan iqamah. Seandainya seseorang itu diberikan kefahaman daripada Allah swt, maka seseorang tersebut akan berusaha untuk mendirikan soalat dengan adanya azan dan iqamah kerana pahala dan ganjaran yang dijanjikan.

Atas kasih sayang Allah swt, Allah swt bukan sahaja akan menerima amalan yang dilakukan dengan ilmu, bahkan Allah swt sendiri telah menyediakan pelbagai ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk menuntut ilmu agama.

 Sayyidina Safwan bin `Assal Muradi ra, berkata saya datang berjumpa Nabi saw, Baginda saw sedang duduk bersandar pada kain berbelang merah. Lalu saya berkata kepada baginda saw,”Wahai Rasul Allah, saya datang untuk belajar ilmu agama.” Lalu Baginda saw bersabda,”Selamat datang untuk penuntut ilmu. Sesungguhnya penuntut ilmu diliputi oleh para maikat dengan sayap-sayap mereka.Kemudian mereka datang begitu banyak dan bertindan-tindan antara satu sama lain sehingga sampai ke langit dunia. Ini semua mereka lakukan kerana cinta terhadap ilmu yang dituntut oleh pelajar itu.(Tabarani,majma` uz-Zawaid)

 Suatu hari, telah datang seorang lelaki dari Madinah untuk berjumpa dengan Abu Darda ra di masjid Damsyik semata-mata untuk belajar satu hadith dari beliau.
Maka Hazrat Abu Darda ra menjawab,” Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda,” Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah swt akan memudahkan untuknya jalan ke syurga dan para malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya kepada pelajar agama kerana suka dengan perbuatan mereka. Penduduk langir dan bumi akan beistighfar untuk mereka yang menuntut ilmu hinggakan ikan-ikan di air pun turut beristighfar. Kelebihan seorang alim ke atas seorang abid ialah seumpama kelebihan bulan ke atas semua bintang. Ulama ialah pewaris para nabi. Nabi-nabi a.s tidak meninggalkan dinar dan tidak juga dirham(wang ringgit) tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang telah mendapatkan ilmu, sebenarnya dia telah mendapat suatu nikmat yang besar.”( Ibnu Majah)

 Jemaah yang dimuliakan,
Ilmu terbahagi kepada 2 jenis. Ilmu Fadhail dan ilmu masail. Ilmu Fadhail adalah ilmu mengenai kelebihan-kelebihan amal. Dengan adanya ilmu ini, maka akan timbul keinginan dan keghairahan untuk beramal. Cara untuk mendapatkan ilmu ini, maka alim ulama telah menyarankan agar setiap seorang dapat mewujudkan bacaan taklim berkaitan ilmu fadhail di masjid dan kediaman masing-masing. Bagi yang berkeluarga, wujudkanlah halaqah hadis bersama-sama ahli keluarga manakala, bagi yang bujang bacalah walaupun bersendirian. Saranan ulama agar diPeruntukkan waktu sekurang-kurangnya 30 minit untuk tujuan ini.

Ilmu yang kedua, dikenali dengan ilmu masail. Iaitu ilmu hukum hakam. Dengan adanya ilmu masail, akan meneguhkan akidah kita, membetulkan ibadat kita dan mencantikkan akhlak kita. Cara untuk mendapatkan ilmu ini adalah tidak lain dan tidak bukan dengan pergi belajar dengan alim ulama yang haq. Tidak memadai dengan hanya membaca buku-buku agama tanpa mendapat bimbingan dari para alim ulama.

Kedua-dua ilmu ini, saling berkaitan seumpama sebuah motorsikal. Ilmu fadhail akan menjadi enjin iaitu sebagai penggerak untuk beramal, manakala ilmu masail akan menjadi handle motor tersebut sebagai untuk membetulkan diri dalam memahami Islam dan untuk beramal..

Semoga Allah swt kurniakan kita tawfiq dan hidayah untuk belajar ilmu Allah swt.
 

p/s: Khutbah ini adalah draf semata-mata. Belum diperiksa oleh orang alim.Mohon ditegur seandainya mempunyai kesilapan.
p/s: draf khutbah ini insyaAllah akan diterjemah ke dalam bahasa English.
 


 

Monday 16 June 2014

Tips penjagaan Cermin Mata

Siapa yang rabun?? Tak kisah la rabun dekat ke rabun jauh.

Siapa yang pakai Cermin Mata? Tak kisah la pakai yang tebal ke, nipis ke, full frame ke, half frame ke, atau frameless..



Errrr..contact lense tak termasuk ke??

Gomen ne( maaf yer).. Yang pakai contact lense tak termasuk dalam kategori soalan ni..huhu..

Mesti korang nk tahu kan, apa yng saya nk share hari ni..

hari ni, saya nak share ngan korang tips2 penjagaan cermin mata.
Saya share ni, sebabnya saya baru buat cermin mata baru, jadi saya pun search la dalam google tips2 penjagaan cermin mata. Saya ni orangnya jenis 'tebolah' dalam loghat kelantan, or dalam bahasa formalnya cuai. Paling cepat pun, saya harap cermin mata ni bertahan selama 1 tahun. Hopefully..

Yang ni saya just copy paste dari satu website je. Saya nk buat sendiri tips tu, nnti tak pasal2 jahanam cermin mata saya dan korang yang practice tips saya ni. Hoho..

Tips-tips
  • -Gunakan bekas yang sesuai dengan saiz kaca mata anda. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. 

  • -Selepas menggunakan kaca mata, bungkus dalam kain pembersih lensa sebelum menyimpannya di dalam bekas. Ia akan mengelakkan lensa calar.

  • -Jangan lokek mengeluarkan belanja untuk servis kaca mata anda. Lakukan pemeriksaan pakar optik sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan kaca mata berada dalam keadaan yang baik.

  • -Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai sebaliknya servis di kedai optik.

  • -Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.

  • -Usah mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar.

  • -Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan pencuci lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.

  • -Elakkan membuka kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa

  • -Ketika membersihkan lensa, pegang bingkainya dengan cermat. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.

  • -Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.

  • -Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.

  • -Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.

  • -Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.
Sumber asal: http://www.karangkraf.com

p/s: terfikir untuk buat rawatan laser pulak. Untuk jangka masa panjang, sangat menguntungkan.
Kat jepun, dengan kos sekitar rm4-5 ribu, rawatan laser mata untuk kedua2 mata boleh dilakukan. Cermin mata pulak, untuk setiap satu cermin mata bernilai rm450-700. 

Sangat2 berbaloi..!!

Kisah Saya dan 'Dia'(part 2)


...Cuti raya pun berakhir...

Bila saya di UNISEL, maka saya pun mula mengorak langkah. Saya mesej memperkenalkan diri saya dan tujuan saya mesej isteri saya waktu itu. Isteri saya terima baik akan mesej saya dan mintak masa untuk berfikir sebelum bagi keputusan kepada saya. Saya setuju dan hari2 seterusnya berlalu seperti biasa. 

Sampai la hari hujung minggu, hari sabtu mungkin, pagi tu saya dapat mesej, penolakan dari isteri saya.

Ya Allah, time tu, hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya. Bayangkan, tu baru kenal2 , tak couple2 lgi . Kalau dah couple2 , lepas tu putus cinta mcm tu je.. Sedih giler beb..hoho

Saya pun reply mesej isteri saya, dan mintak isteri saya pertimbangkan sekali lagi. Saya bagitau yang seandainya, isteri saya nekad dengan keputusan tu, saya terima keputusan darinya dengan hati yang terbuka, redha dan berakhirlah pencarian isteri untuk saya setelh itu.

Mesej saya tak berbalas...

Saya menunggu reply jawapan isteri saya  sampai ke malam. Waktu tu, marah dan sedih terus memuncak dalam diri. Nasib baik, malam itu, saya ada hal dengan teman2 yang lain kat luar. Allah redakan kemarahan saya. 

Malam tu jugak, bila masih blum ada reply, saya mula sedar yang isteri saya sudah menolak saya secara sepenuhnya, saya mula terima keputusan tu.

Macam2 saya fikir.
Mungkin isteri saya tu memang taknk kawen buat masa sekarang laa
Dah tak nk layan saya dah, sebab tu tak reply lngsung laa..

Tapi, tuptup..
Saya dapat mesej dari isteri saya. isteri saya bagitahu yang dia akan mempertimbangkan kembali keputusannya. Rupa-rupanya, isteri saya tak dapt reply pagi or ptng tadi sebbnya isteri saya tertinggal handphone kat kolejnya, jadi tak dapat reply mesej saya tu. ke sebb habis bateri ek?? Saya pun dah lupa. 

Saya bersyukur kepada Allah sebb bgi kpada saya peluang kedua ni.

Hari2 berlalu dengan doa saya dan penungguan jawapan dari isteri saya.

Saya masih ingat lagi ayat yang saya gunakan untuk mengadu pada Allah. Allah adalah kekuatan saya. 
"Ya Allah, Seandai berkahwin awal itu baik bagi aku, maka lembutkanlah hati xxxxx untuk terima aku. Tetapi seandainya ia tidak baik untuk aku, maka  sesungguhnya, xxxx adalah perempuan terakhir untuk aku, dan aku akan pergi ke Jepun tanpa berkahwin." 

Lebih kurang macam itu laa doa dan pengaduan saya kepada Allah.

Beberapa hari kemudian, alhamdulillah, Allah gerakkan hati isteri saya untuk terima saya sebagai suami, sebagai kekasih, sebagai pemimpin bagi dirinya.
 
Sampai sekarang, saya simpan akan mesej penerimaan isteri saya terhadap saya. Nnti boleh cerita dan tunjuk kat anak2 dan cucu. Untuk outsider, memang sorry la ek..

Lepas tu, saya terima mesej ucapan tahniah dari keluarga saya. 
Terima kasih Semua!!!!terharu..

Maka bermula la sesi pengenalan kami, saya dan isteri.

Sebab saya ni, taknk terlalu 'angau' dengan bakal isteri saya waktu itu dan pada masa yang sama saya taknk menjarakkan hubungan yang dah sedia ada, sekadar untuk mengenali dirinya serba sedikit sebelum berkahwin,
maka saya mencadangkan agar kami berhubungan 2 minggu sekali, menggunakan mesej. Setiap hari khamis. Hanya pada waktu malam.

Saya berpendapat Yang dengn cara ni lebih selamat untuk agama saya dan bakal pasangan hidup saya. 

Sepanjang tempoh hubungan kami, saya juga tidak add fesbuk isteri saya dan isteri saya tidak add fesbuk saya. Tujuannya, kami nak jaga hubungan kami. Tidak perlu bagi saya untuk melihat atau menyimpan gambar bakal isteri dalam wallet atau dalam almari atau sebagainya. Sangkaan buruk terhadap isteri jugak dapat saya tepis dengan saya buat macam ni. 

 Dipendekkan cerita...

Hubungan kami berterusan sehinggalah kami bertunang dan seterusnya berkahwin pada tanggal 25/01/2013

The end....

Saya tahu yang citer saya ni tak berapa menarik, tapi hopefully saper2 yang baca boleh ambik pengajaran sikit2..

tak semestinya korang exactly kena pilih pasangan ikut cara mcam ni. Ikutlah rasa hati. As long as, korang rasa tindakan tu betul dari sisi pandangan Allah, maka teruskanlah. Kalau tak, cubalah untuk tinggalkannya.

"Bercinta selepas kawen"..betul...korang tak akan pernah menyesal. Lgipun, hidup ini untuk akhirat jugak.

Btw, actually time2 saya nk kawen tu, my father the most excited guy about this things. Maybe my opinion about my father's disapproval of my marriage's proposal was wrong before. He's so cool, man!!!

Saya citer ni..bukan nak tunjuk saya ni baik..jauh sama sekali..sekadar perkongsian 

Inilah handphone yang banyak menyimpan memori saya bersama isteri saya.

Waallahua'alam

Semoga Allah satukan kami dunia dan akhirat. Amiinnn..

Usaha atas iman dan amal

Sunday 15 June 2014

Kisah Saya dan 'Dia'

One of our love memory

Alhamdulillah...
Hari ni (16/06) adalah salah satu daripada hari-hari yang saya akan meraikan. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran isteri saya. Syukur kepada Allah kerana telah mempertemukan saya, telah memperjodohkan saya, dan telah mempersuamikan saya dengan pasangan hidup saya. InsyaAllah, mudahmudahan berkekalan dunia dan akhirat. 

Entri ini jugak sebenarnya adalah sbgai tanda terima kasih kepada kedua2 ibu bapa kami, kerana sentiasa membesarkan kami dan mempertemukan kami. 

Semoga Allah kurniakan kami berdua peluang untuk berbakti kepada ibubapa2 kami.

Nama isteri saya tu, sorri la ek. Tak boleh nak share dekat public macam ni. Takut pulak nanti, saya bagitau je nama tu, korang yang baca ni terus pergi cari kat twitter, Fesbuk, or Instgram pulak. Kang, tak pasal2 eden ni jealous. huhu...

so, hari ni, saya nak share my love story with uolls..macam mana saya boleh kawen dalam usia yang muda ni. Saya kawen taun lepas, dalam bulan 1. waktu tu, kami masing2 umur baru 20. tak cukup 21 pun lagi.

"Hek eleh..bajet dia sorang je yang kawen muda..."
"Come on la bro. ni entri gua. gua punya suka la nak tulis macam mana"(kepala tersenget2 sikit)

Lepas tu, saya nak citer jugak macam mana Allah mempertemukan kami. Banyak kawan2 saya, diaorang tahu saya dah kawen, tapi macam mana saya jumpa isteri saya tu, diaorang tak tahu.
"Manusia merancang dan Allah juga merancang. Perancangan Allah itu jauh lebih baik".

tapi, bahagian2 romantik dalam citer saya ni, terpaksa dipotong. Lembaga Penapisan Filem Negara tak bagi. hihi...takdelah, gurau jer. tapi betul la, bab yang romantik tu, saya tak tulis sebab saya percaya, setiap seorang daripada kita, akan mencipta memori terindah masing2 bersama pasangan hidup. 

saya juga dah mintak kebenaran dari isteri saya untuk share kisah kami dalam blog ni. ni bukan Queen Control yer. Saya minta izin tu just untuk menghormati isteri saya, kerana yang mencipta kisah cinta kami tu adalah keluarga kami, especially mama-mama kami dan kami sendiri.

"Banyak la pulak songeh dia ni..citer2 je la kalau nak citer sangat"(saya bajet faham perasaan korang..hihi)

The story will begin now.

Presented by: Muhammad@ Fahmi Fadzil
Producer:bumi-kehidupan.blogspot.com

suatu hari, time tu saya still kat Malaysia dan tengah bercuti kat kampung. Time tu saya dah final year kat Malaysia. Nak dijadikann cerita, waktu tu dalam hati saya, perasaan untuk kawen, untuk ada pasangan hidup dah mula bergelora. saya boleh ingat lagi perasaan time tu, betapa saya tak boleh duduk tenang. 

saya dah bingung. 

Dalam kebingungan tu, saya nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu saya untuk bagitau hasrat hati saya untuk kawen. saya tak nak pergi jumpa abah saya sebab, saya tahu perangai orang lelaki ni. Saya pun lelaki. saya boleh bayang, kalau saya ada anak, dan tiba2 anak saya datang bagitau yang dia nak kawen, reaksi saya waktu tu mungkin tak membenarkan tindakan anak saya tersebut. apatah lagi, dengan usia yang masih muda dan belum bekerjaya. Orang lelaki ni diciptakn Allah dengan sifat berpandangan jauh, dan untuk tidak ambik berat akan benda simple2 macam tu. Kesimpulannya, waktu tu, saya fikir kemungkinan abah saya untuk membenarkan saya kawen adalah sangat rendah, membuatkan saya gi jumpa mama saya. sifat orang perempuan ni pulak, hatinya lembut. sangat lembut. apatah lagi hati seorang ibu/mama/umi. walaupun kat luar `keras`, tapi realitinya,kat dalam lembut dengan izin Allah swt. Dan ternyata, jangkaan saya benar. Bila saya bagitau mama saya, yang saya nak kawen, mama saya bersetuju.Terima kasih mama!!!

Lagipun, reason lain jugak, saya belum punya pacaran. Urusan siapa pasangan saya, saya serahkan kepada mama saya. 

time saya gi jumpa mama saya tu..saya berjalan masuk ke dalam bilik mama saya, lepas tu terus meniarap atas katil. mama saya tengah tengok tv kat lantai sebelah katil.saya pun memulakan topik

***bold tebal- dialog my mom***
***bold nipis- dialog saya***

"mama, mi no oyak so bendo ni.."(mama,  Mi nak beritahu something ni)
"Ho, no oyak gapo.."( nak bagitau apa??)
"Mi nok nikoh buleh dok mama..?"(Mi nak kawen boleh tak)
..............
"Nikoh nga sapo..??"(nak kawen ngn siapa?)
"Nga sapo tu, Mi takdok calon..., ke mama oyak mama ada calon ko mi? Mama cari la calon tu.."(Mi takde calon.. Bukan mama bagitau yng mama ada calon untuk Mi ke?)
"Takpooo la gitu gak...nati mama tra gi tanyo dulu la..."( kalau mcm tu takpe la,.. Nnti mama try tanya dulu..)
"Gini ma, loni, mi seroh ko dio(Oghe lek puan) , kalu dia terima mi, kiro jadi la nikoh tu..tapi, kalu dio tolok, kiro tok jadi la nikoh ni.."( macam ni mama, Mi serahkan keputusan pernikahan ni kat calon mama tu, kalau dia setuju, perkahwinan ni kira jadi, kalau dia tak setuju, kiranya perkahwinan  ni tak jadi laa..)
"Ho,..takpola gitu gak, nati mama tra gi kecek dulu la".(takpela..nnti mama pergi cuba bagitahu dulu)

*saya membahasakan diri sendiri sebagai Mi

Lebih kurang macam tu la dialog saya dengan mama saya malam tu. Saya pun keluar bilik dengan senang hati dan balik ke JAD dengan senang hati.

Tak lama lepas tu...

mama saya ada buat majlis sikit kalau tak silap, dan mama saya jemputla ibu mertua saya untuk hadir jugak, cumanya time ibu mertua saya datang tu dah agak petang sikit. Mungkin time asar. Saya pulak tgh relaks2, main komputer. memang pakai pakaian pun tunggang langgang la. Disebabkan saya sorang je yang ada kat umah time tu dengan mama saya, saya la kena melayan. Kena bawak keluar air dan hidangan sikit2. Time tu, bersama ibu mertua saya ada seorang gadis. Tapi, waktu tu tak terfikir nak 'skodeng' ke apa, jadinya just buat macam tetamu biasa laa. 

Bila kawan mama saya, merangkap ibu mertua saya sekarang tu balik, mama saya tegur saya,

"tengok dok anok sain mama tu.."(tngok tak anak kawan mama tu)
"Dok.."(tak)
"ummphh..Mi ni..,calon mama tu anok sain mama ok ni la..cumanyo ok tadi tu adik dio, calon mama tu kakak dio, muko nok lebih kure jahnyo"( calon mama tu, anak kawan mama yang ni la..cumanya yang ni adik dia, calon mama tu kakak dia, muka nak lebih kurang je)
" ooooooo"
Takde reaksi sangat...

beberapa bulan berlalu..
 
Hari Raya Aidilfitri...
"rayo pertamo ni, no gi tengok 'bini' nih..keno pakai semat2 la sikit."( raya yang first ni, nak gi jumpa bakal 'bakal isteri' ni..kena la hensem2 sikit.)

time tu, punya la saya cuak Malu2 kucing...hihi..ye ke malu2 kuccing?

hari raya first tu, lepas dah beraya kat umah nenek2 saya, mama, abah, adik saya, dan saya ikut sekali gi jumpa 'bakal bini' saya tu..

"mama nok gi mano ni?"(mama nak ke mana ni?).tanya abang saya.
"nok gi jumpo 'bini' mi"
"Eh...jolo ko ni, ingat gura jah tadi."(ehh..betul ke ni. Ingatkan gurau je)
"Nok gi tgk sungguh la ni."

Lebih kurang mcm tu la dialog mama ngn abng saya.

sampai je kat umah ibu mertua saya tu, Mama n We (ibubapa mertua saya) sambut kami. Abe Mi ( brother in law)pun ada sekali time tu. Banyak saya kena tanya time tu ngn Abe Mi. Saya pun jawab je la setiap soalan.  One thing that i`m respect to my brother in law, he such a lovely guy to his family and those who are near to him. 

Betul ke tak english saya ni. 
Kak Dudi, tolong check english saya. hihi

Walaupun Abe Mi tak nyatakan kebimbangannya, tapi saya dapat merasakan kebimbangan Abe Mi tu. ye laaarr..dah adik perempuannya nak kawen ngan orang yang tak pernah kenal. Perangai baik ke buruk pun tak tahu lagi. Dah la muda lgi. Lepas tu, kawen2 je, terus nk gi jepun pulk dah. 

Mesti la poning kopalo.....

InsyaAllah, saya akan jaga adik Abe Mi yang sorang ni dengan baik.

Last sekali, baru la ibu mertua saya panggil isteri saya tu untuk keluar jumpa saya. Tu pun kejap je. isteri saya keluar kat ruang tamu dan masuk balik. saya pulak, dengan sekali pandang, saya terus tunduk. 3 tahun saya kat sekolah agama lelaki, perangai malu tengok perempuan tu, melekat sampai sekarang ni pun. 
 
Lepas tu, kami pun balik..

Bila masuk kereta, ada la dialog antara saya dan mama saya sikit..
"Gano..?tngok dok 'bini' tu tadi" ( macam mana? Pandang tak isteri tu tadi?)
"Tngok..tapi tngok gitu jah, tngok sekali lepas tu tok tngok doh."(pandang, tapi pandang sekali je. Lepas tu, tak pandang dah)
"Mi ni..oghe nok tunjuk 'bini', dio tok tgk pulok" ( Mi nii, mama nak tunjuk 'isteri', dia pulak tak pandang)

Sejujurnya, dengan sekali pandang itu, Allah dah mencukupkan hati saya dengan pilihan mama saya tu. 

Saya yakin yang seorang ibu, pasti akan mencari isteri yang terbaik untuk anaknya. Baiknya seorang perempuan di mata si ibu, insyaAllah akan baiklah untuk si anak.

Then, tak lama kemudian, mama saya bagi nombor telefon isteri saya kepada saya. Setelah pertemuan pertama kali tu, mama2 kami serahkan segala kepada kami untuk membincangkan hal perkahwinan kami, sama ada kedua2 kami setuju atau tidak dengan perkahwinan ini.

-Sambung part 2 next entri-

* nama ibu kami
Mama saya: Hajah Salma
Mama isteri saya: Hajah Azizah
* nama bapa kami
Abah saya: Haji Fadzil
Ayah isteri(We): Haji Wan Zain




















Saturday 14 June 2014

Doa Masuk dan keluar Rumah

Rujuk entri sebelumnya.
Ini rujukan saya dalam menukilkan doa Masuk Rumah dan Keluar Rumah.

Doa Masuk Rumah
"Allahumma inni as aluka khairal maulij, wa khairal makhraj, bismillahi wa lajnaa, wa bismillahi kharajnaa, wa'ala rabbina tawakkalnaa."
(Ya Allah, aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar, dengan nama Allah kami masuk(ke rumah), dengan nama Allah kami keluar daripadanya dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal)

Doa Keluar Rumah
"Bismillahitawakkaltu'alallah walaa haula walaa quwwatailla billah "
( Dgn nama Allah(aku keluar), aku bertawakal dengan kepadaNya, dan tiada upaya kecuali dengan Allah.)

P/s: untuk dapatkan kepastian dalam beramal, (termasuklah dalam mengamalkan doa ini) rujuklah guru2 yang haq(benar). Agar mudah-mudahan saya dan seluruh umat terbimbing dalam beriman dan beramal.

Inilah Rumah Saya!!!

Kali ni, just entri ringkas je. Mcam yang saya janji semalam, saya akan tunjuk rumah saya kat sini. Mostly, rumah orang yang belum kahwin kat Jepun memang macam ni. Bila dah kahwin, baru la diaorang akan cari rumah yang complete. ada 2-3 bilik. ada ruang keluarga. ada dapur yang besar. ada ruang tamu dan sebagainya. kalau yang duit banyak sikit, akan cari sebiji rumah terus...kalau kat tempat saya, sebab kawasan 'kampung' , sekadar pengamatan saya, orang yang tinggal kat rumah sebijik tu kebanyakannya orang tua. mungkin diaorang dah pencen dan duit banyak. lagipun anak diaorang tak ramai. Biasanya anak diaorang 2-3 orang je. tu pun kalau anak mereka tak merantau ke tempat lain. kalau family yang anaknya merantau/ bekerja kat tempat lain, rumah besar tu sepi je.
Errr...ke sebab memang diaorang ni jenis tak bising2?? Wallahua'lam..
Kalau kat Malaysia, especially kampung saya, Kampung Tanjung( nak sebut jugak nama kampung saya ni, hihi) ..kalau family yang anak cucu ramai, memang agak bising laa..saya suka suasana mcam tu..suka sangat.

hermmmmm...sedih kan dengar pasal orang tua kat Sini??

okeylah, Enjoy the picture yer!!!

Ni bangunan rumah saya. Tulisan' Lake House 1' tu tertutup sikit. Gambar ni saya ambik time nak maghrib semalam. Kalau ada background sunset, maybe lagi feel kot..^_^


Ni rumah saya, paling hujung. Nombor bilik 112. Jemput datang ek..hihi

Ni pulak ruang kehidupan saya. Baru siap kemas tadi sikit. Nak letak gmbar dalam blog mesti la kena cantik2 sikit kan.:)

Ni dapur saya. Yang ni gambar time awal2 masuk rumah ni. Peti ais pun belum ada lgi time ni. Nak letak recent punya gambar sebenarnya, tapi malu sebab bersepah. Atas lantai bertepung, sebab baru lepas buat capati( nanti akan dikongsi citer pasal capati ni). Dapur pulak berminyak. pinggan ada yang belum dibasuh. Huhu..sabor je laa..

Yang ni pulak almari saya. Saya sebenarnya, kalau boleh nak almari macam citer Doraemon tu. nnti boleh tidur dalam almari mcam doraemon. Haha..Tapi almari ni tak boleh, sebab almari ni terpisah. Kalau almari yang pintunya mcam sliding door tu, biasanya almarinya tak terpisah, dan ada dua part je, atas dan bawah. 

Ni pulak gambar dari balkoni saya. Tempat yang paling saya suka compare dengan dapur.hihi..walaupun kat dapur, boleh masak, boleh makan, boleh minum tapi saya kat balkoni ni, rasa tenang sangat. Angin pulk terus masuk dalam bilik saya tu. takde la panas sangat nnti. Alhamdulillah.

Habis sudah citer..

P/s: agak2 la kan, kalau kat dunia ni, saya punya rumah punya la besar, siap ada dapur lagi. Kat dalam kubur nnti macammana ek.

orang yang Allah redha, insyaAllah akan dapat kubur yang luas, siap boleh solat dan baca quran lagi dalam kubur.
Janji Allah swt dan Rasulullah saw itu adalah benar. Tersangat benar.

Ya Allah, ampunilah akan kelalaian kami sewaktu hidupnya kami di dunia ini. Amiinn.

P/s: next punya entri, insyaAllah saya akan share doa masuk rumah dan keluar rumah. Semoga bermanfaat.





Friday 13 June 2014

Resepi Lassie

Bersua kita lagi dalam Dapur Lake House (hihi...Lake House ni nama apartmen saya)

Apartment??

"Perghh...kaya giler budak2 yng studi kat jepun, sampai tinggal kat dalam apartment."  

Mesti tu yang korang fikir kan??
Ermmmm...mcm mna nak cakap ek..senang citer, apartment saya dan member2 saya yang lain ni tak mcm yang korang fikir..saya pun pelik kenapa kat sini, mereka istilahkan rumah kami sebagai apartmen(dalam bahasa jepun, apa-to). 
Kalau kat Malaysia, apartment tu mesti besar kan..ada 2 atau 3 bilik, 1 dapur, 1ruang tamu, 2 tandas. Betul kan??ke salah gambaran apartment kat Malaysia tu? Huhu..

Kalau kat sini, apartment ada 2 jenis. untuk single dan couple. Jadi boleh pilih ikut keperluan. Kalau macam saya, saya pilih single. reasonnya lebih murah. lagipun, sebabnya saya takder plan nak sambung master kat Jepun, bererti isteri saya juga tak akan tinggal kat Jepun ngan saya in future. Bukan tak nak tinggal kat Jepun ngan isteri, tapi 'Aku enggak betah lama-lama di sini, kangen sama Malaysia'. Faham dok??Kalau tak faham kena pergi tanya pakcik2 or makcik2 indonesia. Bye bye Nihon!!!

Tengok!!dah melalut dah. Lari topik. Saya sambung balik..hihi
Apartment saya kat sini, ada 3 main part, ada tandas, ada ruangan Dapur, dan ada ruang kehidupan. Ruang kehidupan ni adalah segalagalanya. Ruang tamu kat sini.ruangan tidur pun kat sini.Ruangan makan pun kat sini.  
Tapi part yang paling saya suka rumah saya ni adalah beranda. Dari beranda rumah saya, boleh nampak tasik dan angin boleh masuk directly ke rumah saya. Alhamdulillah!!! Jarang sangat saya tutup sliding door rumah saya tu, sebab saya suka udara luar.sejuk walaupun dah summer^_^

Stop pasal apartmen, sekarang ni saya nak citer pasal Resepi Lassie dan nak share satu doa khas dari Rasulullah saw. Doa apa??yang tu kena la tunggu. Lepas bagi  resepi, saya akan share doa tu.

Gambar tak berapa cantik..gomen ne

Resepi Lassie(mangga)
Sumber: youtube
Olahan: Muhammad@Fahmi

Bahan2
Susu(1 gelas)
Yogurt plain(1 gelas)
Gula(2-3 sb)
Mangga (optional)

Step-step(Lassie biasa)
1. Masukkan ke dalam blender susu dan yogurt serta gula. Blend sehingga sebati

( Lassie Mangga)
1. Buat lassie biasa
2. Sejukbekukan mangga yang telah dipotong kecil2.
3. Blend mangga beku dengan sedikit air.
4. Masukkan mangga yang dah siap diblend ke dalam gelas, kemudian diikuti dengan lassie .

Siappp!!!!

Mudah, kan!!!!!

Sekarang ni saya nak share doa dengan korang pulak. Doa kali ni, adalah doa minum susu. Sesuai dengan entri kali ni. Engredients pun basically dari susu.^_^..jom amal yop!!

"Allahummabaariklanaa fiihi wazidnaa minhu"
(Ya Allah, berkatilah susu ini dan tambahilah ia)
*maksud doa ni lebih kurang la
*untuk lebih detail, boleh rujuk ustaz2 :)

Habis sudah entri kali ini..
Semoga bertemu lagi dalam next siaran Dapur Lake House . Ikuti kami di 
bumi-kehidupan@blogspot.com. 

P/s: next entri adalah gambar2 rumah saya..:). Short entri.





Thursday 12 June 2014

Khutbah Jumaat

Buku Contengan saya

haiii, uolllsss...(haha, meng`gedik` lebih)
haha..sorry yer.. sebenarnya,  saya gedik tu bukan apa, just nak bagi korang yang baca entri ni santai-santai je..taknak la tegang semacam je. Sebabnya, aim saya(dalam bahsa jepun kita sebut `mokuteki`), kalau boleh, dalam setiap penulisan saya, saya nak bagi saya terutamanya dan sesiapa yang baca blog ni untuk dapat sedikit manfaat.  Untuk refleksi diri. Nak kata blog ni berilmiah sangat memang tak laaa..

okey2..saya mula bercerita boleh yer..0_0
2-3 minggu lepas, saya ni telah dipertanggungjawabkan untuk baca khutbah jumaat. Khatib ni sebenarnya ada rotation. Jadi, nak jadi citerrnya, tiba-tiba nama saya keluar dalam senarai pembaca khutbah(siap ngan tarikh tuu). Kalau tahun sebelumnya, saya hanya jadi pendengar khutbah.

hermmm..takpelah, nak buat macam mana...go on jelaa

cumanya, ada benda yang saya cukup pantang sangat2 kalau pasal khutbah(walaupun saya tak berhak untuk ber`pantang`. dah la ilmu pun sikit).

Apa yang saya pantang ni??
Saya pantang kalau khutbah tu, dia punya tajuk entah apa2. Secara jujurnya, point2 dalam khutbah tu bagus. Ada ayat Quran. Ada Hadis. Tapi secara praktikalnya, apa yang diberitahu dalam khutbah tu tak berapa nak boleh amal dalam kehidupan.  Tak menepati `kelaparan` hati.(Tak jumpa perkataan yang sesuai, hentam jela  `kelaparan hati`..haha).Ye laaa...dah khutbah tu pergi duk citer pasal Hari Pekerja, Hari Hutan dan macam-maccam lagi laa..Korang rasa macam mana??Wallahu`alam..

Err..tu mungkin sebab iman saya lemah kot. Dosa pun banyak.
Ya Allah, ampuni saya sempena Hari yang mulia ini, iaitu Hari Jumaat dan Hari Nisfu Syaaban.

Sebab tu, bila saya diberi peluang untuk baca khubah, saya lebih suka untuk buat my own script. Saya suka untuk sentuh benda2 yang asas dalam agama, sebelum pergi kepada topik2 yang bersifat `besar` macam Hari Pekerja dan sebagainya. Apa yang saya pegang, kalau benda2 asas dalam agama ini mampu dibentuk dalam diri saya dan setiap umat, insyaAllah benda-benda `besar` tu akan tunduk dengan sendirinya. Sikap amanah, rajin dan sebagainya sewatu bekerja tu akan lahir secara sendiri dalam diri ini. Sikap menjaga alam sekitar, dan sebaginya akan zahir dalam bentuk perbuatan dengan sendiri. Kalau benda `besar` yang disentuh, atau disyarahkan, umat(termasuk saya yang al-faqir) ini pun tidak akan dapat faham dan amal dalam kehidupan, sebab benda yang nampak kecik, tetapi `asas` sebenarnya tidak diajar dan difahamkan dalam diri umat.

Kalau yang ambik engineering, let me explain it in Engineering Style.
Ni kawasan dan zaman orang baru nak kenal kapal terbang.Satu orang profesor dengan rajinnya mengajar pasal mechanism Kapal Terbang terbang kepada students. (maklumlah, research saya pun pasal Kapal terbang).Pressure sana,pressure sini. thrust force la. Angle untuk take off la. Velocity untuk landing laa. dan sebgainya. Ajar punya ajar, anak murid tak faham. Frust.!!Profesor tu tanya satu orang student. "Which part you don`t understand actually?". Jawab student ni," I just don`t understand how it can fly.". marah la profesor tu. Apa ke bodoh sangat student ni sampai boleh tanya soalan macam tu. Lepas tu, sekali lagi profesor tu explain dari awal. Pasal takeoff velocity la, Elevator angle la. Lepas tu profesor tu tanya la balik. "Dah faham belum?"(keluar melayu dia dah). Student tu pun still jawab yang dia tak faham. (Nak dipendekkan citer sebelum saya melalut). Students tu bagitahu yang dia faham pasal takeoff velocity dan bendalah2 tu, tapi macam mana nak bagi dapatklan take off velocity tu, sebab manusia tak akan mampu nak wujudkan velocity selaju tu. Jawapannya, mestila dengan enjin kan. Tapi time tu la barulah profesor tu sedar, yang rupa-rupanya dia masih belum ajar bab enjin kapal terbang. Ter`lompat` chapter. Basic things untuk kapal terbang tu terbang tak diajar, jadi students still tak boleh bayang macam mana Kapal Terbang tu nak ada kat udara.

Hopefully, korang boleh faham apa saya nak citer tu ek..

Jadi macam tu la sebab kenapa saya ber`pantang`. Ada `pantang` lain, tapi tak penting sangat.huhu...
Jadi dalam khutbah ini, saya sentuh pasal solat( saya ada saya punya urutan dalam khutbah saya-6sifat sahabat,Maulana Yusuf alKandahlawi).

Baca yer...Kalau ada kesilapan fakta, sila tegur saya(al-Faqir) yer..
YOROSHIKU ONEGAISHIMASU

Wasta`inuu bisshobbri wassholaah. Wa innahaa lakabiiratunn illa a`lalkhooshiinn(al-Baqarah 45) *bacaan yang betul boleh rujuk al-Quran*
" Dan pohonlah pertolongan(kepada Allah  swt) dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya solat amatlah berat, kecuali bagi orang khusyuk."
"Seek Allah's help with patience and solat, and truly it is indeed hard, except to the humble minded"

Jemaah yang dimuliakan Allah swt,
Setelah perintah iman( Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah), Allah swt telah mensyariatkan kepada umat ini dengan perintah solat. Baiknya dan sempurnanya solat seseorang itu, maka baiklah dan sempurnalah amalan2 ibadah dan kebajikan yang lain. Puasa, sedekah, haji dan sebagainya. Namun, sekiranya solat seseorang itu tidak sempurna, maka tidak sempurnalah amalan2 kebajikan yang lain.
Pentingnya solat ini dapat difahami melalui sirah Rasulullah saw, peristiwa saat kewafatan baginda saw. Diulangi akan baginda saw 'As-solah,..As-solah,..As-solah'. Bahkan, terdapat banyak sekali dalam al-Quran firman2 Allah swt yang menyuruh melaksanakan kewajipan solat.
Di atas kepentingan solat ini, menjadi kewajipan bagi kita umat manusia yang beriman dengan Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah untuk melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin. Zahir dan batin solat perlu disempurnakan. Zahir solat termasuklah kesucian diri dan tempat solat serta keadaan khuduk, iaitu keadaan yang tidak mempunyai pergerakan. Sementara, batin solat termasuklah kekhusyukan , iaitu ketetapan hati dalam mengingati Allah swt. 
Kerana nikmatnya bersolat, Rasulullah saw telah membaca 4 surah dalam 4 rakaat solat. Al-baqarah, ali-Imran, an-Nisa dan al-Maidah. Abu Bakar ra saat beliau mendirikan solat, beliau akan berdiri seumpama sebatang kayu yang terpacak iaitu tidak ada pergerakan langsung. Umar ra akan segera bersolat apabila diperingatkan mengenai solat pada waktu akhir hayat beliau. Uthman ra akan berjaga malam dan akan mengkhatamkan seluruh al-quran dalam satu rakaat solat. Kebiasaan Ali ra,apabila menjelang waktu solat badan beliau akan menggigil dan wajah beliau menjadi pucat.

Jemaah yang dimuliakan Allah swt
Antara sifat solat Rasulullah saw adalah Baginda akan menunaikan solat di awal waktu, secara berjemaah, di tempat azan dilaungkan. Allah swt telah menjanjikan pelbagai ganjaran untuk mereka yang solat secara berjemaah.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar rahuma, bahawa Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdhal daripada solat bersendirian."

Diriwayatkan daripada Hazrat Qubath Bin Ashyam al-Laithi ra bahawa Rasulullah saw bersabda,"Dua orang yang solat berjemaah dengan seorang mengimami rakannya lebih disukai oleh Allah swt daripada 4 orang yang bersolat secara berasingan. 4 orang  yang solat berjemaah adalah lebih disukai Allah swt daripada 8 orang yang soalt secara berasingan. 8 oarng yang solat secara berjemaah dengan seorang daripada mereka mengimami yang lain lebih disukai oleh Allah swt daripada 100 orang yang solat secara berasingan.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Masud ra katanya," Sesiapa yang berhasrat menemui Allah swt pada hari esok (yakni hari akhirat) sebagai seorang Islam maka hendaklah dia memelihara solat-solat fardhu dengan mengerjakan solat di tempat azan dilaungkan(yakni di masjid). Allah swt telah mensyariatkan untuk Nabi kamu jalan-jalan petunjuk dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan-jalan petunjuk itu. Jika kamu bersolah di rumah kamu sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang meningggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunah Nabi kamu. Dan apabila kamu meninggalkan sunah Nabi kamu maka sesatlah kamu. Apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid maka bagi setiap langkah yang dilangkahinya, pasti akan dituliskan untuknya satu pahala dan ditingkatkan satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Sesungguhnya kami melihat bahawa tidak ada seorang pun di kalangan kami yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang yang benar-benar diketahui kemunafikannya. Seseorang itu akan dipimpin oleh dua orang untuk disertakan dalam saf solat berjemaah. Dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa,"Sesungguhnya saya melihat bahawa tidak ada di kalangan kami yang meninggalkan solat berjemaah kecuali yang terang-terang munafik atau yang sakit. Yang sakit pun jika dapat dibantu oleh 2 orang, akan dibawa ke masjid sehingga dapat menyertai solat berjemaah. Dan katanya, bahawasanya Rasulullah saw mengajar kami jalan-jalan petunjuk(yakni Sunanul Huda) Dan antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan."

Hadhrat Qubath bin Ashyam al-Laithi ra narrates that he heard the prophet saw saying,"Two persons performing solat together with one as imam are liked bay Allah more than 4 persons saying solat individually. Similarly, 4 persons performing solat with jamaat are liked by Allah more than 8 persons saying it individually. Similarly again, 8 persons performing solat with jamaat are liked by Allah more than 100 persons saying it individually"


Mudah-mudahan, khutbah saya akan memberi kesan kepada saya terutamanya dan mereka yang mendengar serta korang yang baca entri ni, agar kita dapat sama-sama memperbaiki tuntutan solat terhadap kita.

*Dalam khubah ni ada sedikit terjemahan English, sebab dalam solat jumaat ni ada students dan profesor dari Bangladesh dan jugak Mesir. Kebiasaan solat jumaat, khutbahnya full english.

Usaha atas iman dan amal.