Thursday 24 July 2014

Hikmah di Sebalik MH370 dan MH17

Kali ni, entri saya masih lagi berkisar mengenai ujian yang Allah berikan kepada kita rakyat Malaysia. 

Ya, peristiwa MH17.

Semoga Allah tempatkan mereka yang beragama Islam di tempat yang sebaik-baiknya. 

Cuma, entri ini saya tidak mahu panjangkan, dengan memasukkan maklumat2 mengenai kemalangan tersebut dan dengan mengadakan spekulasi2 baru. Saya yakin, korang yang baca jauh lebih tahu mengenai detail2 tersebut.  

sekadar perkongsian dari apa yang saya nmpak setelah apa yang berlaku terhadap MH17 dan MH 370.

Konklusi saya:

Malaysia masih boleh diselamatkan

Apa maksud saya ni..

Saya memng nk explain pun, cuma saya mesti mulakan dari kimochi(perasaan) saya terhadap Malaysia. Kalau tak korang yang baca mesti maki hamun kat saya ni.. Kata saya ni pro- kerajaan laa, pro- pembangkang laa dan  bla..blaa..

Saya sayang sangat kat Malaysia. Bumi di mana saya membesar. Bumi di mana saya makan hasil buminya . Bumi yang penuh dengan khazanah alam yang sering saya banggakan. Bumi yang penuh dengan sejarah. Bumi yang banyak ber'darah' kerana sebuah kemerdekaan. Dan mcm2 lgi. 

Walaupun, 

Malaysia sekarang dah tak macam Malaysia dulu. 

Saya tetap sayangkan Malaysia.

Tapi, Maaf saya katakan, yang sekarang ini, Saya takut nk balik Malaysia. 

Bahaya gilert!!

Perompak. Pencuri. Kaki pukul. Santau sihir. Hasad Dengki. Rasuah. Pecah Amanah. Semua ada.

Kalau ada mana2 badan yang keluarkan statistik penurunan kadar jenayah, rasuah or what ever it is; saya tak boleh nk percaya.. Maaf sangat2..

Itu kalau dari segi individu problem...

Kalau dari segi social problem, maaf saya katakan, isu perkauman semakin teruk. Perasaan racist antara kaum semakin memuncak.

Saya tak pernh ada kawan cina or india time kecik2 dulu, tapi saya pernh dengar citer member2 saya yang lain.

Diaorang time kecik2, sering main sama2 dengan kawan2 cina or india, TANPA ada perasaan racist or apa2 perasaan buruk pun. Tapi bila dah besar mcm sekarang ni, bila jumpa balik member2 cina or india yang dulu, perasaan JANGGAL tu wujud. 

Lgi, 

yang saya SEDIH, (bukan MARAH tau)..

Bila kita orang Islam tidak menghormati mereka yang agama lain. Memperlekehkan agama lain.
Hindu, budha, kristian,...

Dan pada masa yang sama,   

Islam pun diperlekehkan jugak oleh agama len. Sensitiviti umat Islam tidak dijaga. 

Isu Babi dan pemakanan yang paling saya sensitif. Isu lain saya tak marah sangat.

Haaaa...tu tak masuk bab politik kat Malaysia lagi..kalau saya state kat sini, saya pulak yang pening+stress tak pasal2..huhu

Emosi pulak saya ni....

Stop pasal tu, saya nak proceed ngan maksud saya pasal statement kat atas ni pulak..

Sejujurnya, Kalau kerajaan Jepun offer kepada saya kewarganegaraan Jepun sekali pun, saya tetap akan fikir 2 kali nk terima atau tak.

Walaupun, jepun dari segi kemudahan teknologi dan kos sara hidup dia sangatlah convenient(in case saya kerja kat Jepun). 

Kalau pasal kadar jenayah kat Jepun pulak, saya citer mcm ni laa..
saya dan member2 tak pernah kunci rumah kitaorang masing2.. Dan alhamdulillah, tak pernah berlaku kes pecah rumah or kena curi duit.

Terus terang, jepun ni memang terbaik. Jauh lebih baik dari Malaysia on most of aspects 

Tapi, Jepun bukanlah tempat untuk saya. Saya tak boleh nk sayang Jepun mcm saya sayang Malaysia.
Teruk mcm mna pun Malaysia, inilah negara saya..

.......................0.......................0..............

Sebab tu, bila saya tulis yang Malaysia masih boleh diselamatkan lagi, saya betul2 maksudkan perkara tu..

Setelah peristiwa MH17 dan MH370, betapa saya melihat kesatuan rakyat Malaysia.

 Setiap agama, baik Islam, budha or hindu or Kristian mengadakan ritual2 masing2 untuk mendoakan agar mangsa2 MH 17 dan MH370 selamat.

Suara2 sokongan dari setiap bangsa, baik Melayu, Cina, India dan lain2 sering kedengaran di radio or tv.

Sensitiviti keluarga mangsa dijaga dalam setiap kata2. Tidak ada cemuhan. Tidak ada makian. 

Sampai ada yang menangis2 bila berdoa dan beri kata2 semangat dan sokongan.

Once in my whole life(until now), saya nampak our nation bersatu. 
Hopefully, one day, our beloved Malaysia akan berubah ke arah lebih baik. Rakyatnya sentiasa bersatu. Tidak ada perpecahan. Tidak ada pergaduhan.
Tidak ada caci maki. Tidak ada racist. And everythings.

I want to be friend with everyone. Baik Cina or India. I love them as malaysian n for some other reasons. 

Last but not least, I LOVE MALAYSIA.

The End

Usaha atas Iman dan Amal

No comments:

Post a Comment