Tuesday 8 July 2014

Berlalu Pergi Sudah Rahmat!!!

Malam ini adalah mlm ke 11 Ramadhan..
Dari waktu masuknya Maghrib hingga ke saat entri ini ditulis, kurang lebih 4 jam sudah berlalu.

Mafhum sebuah hadis, permulaan Ramadhan adalah RAHMAT, pertengahannya adalah KEAMPUNAN, dan pengakhirannya adalah PEMBEBASAN DARI NERAKA. 
 
Skrang ini, rahmat Allah telah berlalu pergi. 

Betul ke rahmat Allah dah pergi??

Wallahua'lam..

Sekadar perkongsian buah fikiran dri saya, rahmat Allah sentiasa ada, cuma saat permulaan Ramadhan, Allah menambahkan rahmatnya kepada hamba yang Allah kehendaki. Lebih dari waktu2 biasa.

Fikir2 balik, adakah saya dan kita tergolong dalam golongan yang mndapt rahmat Allah.?

Pernahkh kita berusaha untuk mendaptkn rahmat Allah?

Apa amalan kita yang kita dah buat untuk menarik rahmat Allah??

Pejam mata dan tanya hati..

Jika belum, banyakkan mintak ampun kepada Allah atas kelemahan kita. Rahmatnya Allah swt, Dia sediakan part untuk keampunan selepas kita melalaikan part mencari rahmatNya.

Petang tadi, sebelum bukak puasa, saya tengok video tazkirah ustaz Nazrul Nasir.
Apa yang saya boleh simpulkan, hanya orang yang berusaha waktu Ramadhan akan sedar yang Ramadhan telah pergi.

P/s: insyaAllah bermula 11 Ramadhan esok, saya akan share hadis2 pasal LAILATUL QADAR. 

Semoga Allah pertemukan saya dengan Lailatul Qadar sebelum ber'temu' denganNya dan Rasulullah saw.

No comments:

Post a Comment