Thursday, 31 July 2014

Kisah Duit Raya

Selamat Hari Raya semua...

Ni entri saya yang first kat Malaysia. Waktu mula tulis ni pun, saya still kat airport KLIA2, tengah tunggu flight blik Kelantan..

Mula-mulanya ingat nk tulis before bertolak blik dari Jepun, kononnya nk jadikan last entri kat Jepun before blik ber'cuti' kat Malaysia, tapi sbb takde mood n letih sesangat, saya pun tak la menaip waktu tu..

Time otw balik waktu tu, bnyak benda menarik yang berlaku. however, yang tu saya akn stori mori dalam entri lain. 
Ari ni, saya nk citer pasal Duit Raya..

Bnyak bnda saya nk citer...but of course la,most entri yang saya tulis, mesti berkaitan ngn personal experience saya...so, harap korang boleh enjoy la yer..
 
Seingat saya, time saya kecik2, duit raya saya ciput je...sebabnya, saya n adik beradik saya bukan kaki berjaln nk gi kutip duit kat rumah jiran2..duit raya tu, saya hanya dapat dari saudara mara je, cmpur sekali ngn kawan2 ayah saya yang datang beraya kat umah kami. Hampir tiap2 kali dapat duit, saya akan kira balik hasil2 duit saya. N bila dah abis musim raya, saya akan bahagikan duit saya. Sebahagian untuk tabung haji dan sebahagian lagi untuk enjoy...

Sekrang ni, bila dah boleh berfikir..satu bnda yng saya perasan, walaupun ciput, tapi dari segi bilangan orang yang bagi tu kalau nk dicomparekan dengan zamn sekarang boleh tahan ramai.. Reasonnya, wallahua'lam. Boleh jadi sebb ekonomi time tu tak teruk sangat, jadi hampir semua orang akn cuba untuk memberi walaupun sikit..

Then, bila saya masuk sekolah menengah n universiti, time ni la kemuncak keuntungan dalam pengumpulan duit raya saya.. Sekali dapat, dah tak main 2-3 ringgit, terus dapat wang warna merah(rm10) or hijau(rm50). Abis raya tu, hmpir rm300 jugak la dapat, walaupun saya dah tak dapat sangat duit dari orang..

Rm300 je ke..??

Ye laa, rm300 jerrr..korang maybe lgi dapt byk, tapi untuk saya, rm300 tu la peak saya.. time2 mcm ni seronok sangat..jadi Orang Kaya Sementara.

Then, 

Satu lagi fasa, yang ni paling menyedihkan.. Duit raya dah hmpir menjadi 0. Which mean, saya dah tak dapat sangat duit dari orang.. Dah tak dapt dah..:(. Bila dah bersalam, hati tu duk berharap je, kot2 ada sedara yang nk hulur duit. Nak mintak malu. Nak buat muka seposen pun malu..
Fasa tu bermula taun lepas. Taun lepas, saya berkahwin dan taun lepas jugak la saya mula belajar kat Jepun.
So, saya tak boleh nk fikir sebb apa saya dah tak dapt duit raya...

Abis fasa2 duit raya saya...
Skang saya nk citer pasal len pulak..
Maybe korang dah boring, cumanya just keep reading, nnti saya akn 'relate'kan dan 'conclude'kan semua tu...

Since taun lepas, saya dah jadi pak sedara. Tapi, taun lepas perasaan sebagai pak sedara dan orang dewasa tu tak wujud lagi. Rasa mcm budak2 lgi..
Tapi , taun ni, Allah dah letakkan sikit dalm hati saya perasaan sebagai orang dewasa. Perasaan untuk memberi..

It's my turn to give duit raya..and alhamdulillah, this time, i got the chance to give. Walaupun, tak semua saya bagi. Bajet ciput. Saya bagi kat knAk2 jer..

Saya pernah terfikir, knapa kena bagi duit raya?? Nabi tak pernah ajar pun. Macam membazir pun ada. Saya tak faham hikmah bagi duit raya tu, sampailah ari ini..bila kita dah bagi, baru kita akn faham..banyak sangat hikmahnya.

Actually, last week before Raya, saya ada buat survey sikit pasal duit raya. Bila last time mostly people dpt duit raya dan bila waktu someone suppose to give Duit Raya to peoples?? Choice untuk both question tak banyak, ada 3 jer.. Time kawen, time kerja n lain2..

Mula2 saya buat survey tu, saya memang berniat nk tahu, but bila saya dah bagi duit raya, semua tu dah tak penting.. Perasaan bila mem'beri' tu, Allah je la yang tahu..orang yang boleh memberi dalam keadaan gembira, orangtsrsebut adalah seorang yang kaya hati..senang hati bila dpt tgk wajah kanak2 bila dapt duit raya..mereka happy sesangat..untuk kesan jangka panjang, kank2 or anyone tersebut, akan senang dengan kita..

Tak perlu guna alasan, 

saya still student jadi saya tak perlu memberi..

saya belum kerja, jadi saya tak perlu memberi...

saya belum kawen, jadi saya tak perlu memberi..

But always find a reason to give..

I got some extra money, so it is better for me to give..

I got new niece, so it is better for me to give...

I'm gonna be an adult, so it is better for me to give..

N whatso ever reasons sekalipun..

So, jom memberi..

*p/s:  saya keluarkan sedikit duit untuk duit raya, tanpa harapkn dapat duit raya sedikitpun dari sesiapa. Tapi, Allah yang maha Kaya, telah ganti balik duit raya yang saya keluarkan dengan perantaraan somebody, which mean saya dapat duit raya.




Thursday, 24 July 2014

Hikmah di Sebalik MH370 dan MH17

Kali ni, entri saya masih lagi berkisar mengenai ujian yang Allah berikan kepada kita rakyat Malaysia. 

Ya, peristiwa MH17.

Semoga Allah tempatkan mereka yang beragama Islam di tempat yang sebaik-baiknya. 

Cuma, entri ini saya tidak mahu panjangkan, dengan memasukkan maklumat2 mengenai kemalangan tersebut dan dengan mengadakan spekulasi2 baru. Saya yakin, korang yang baca jauh lebih tahu mengenai detail2 tersebut.  

sekadar perkongsian dari apa yang saya nmpak setelah apa yang berlaku terhadap MH17 dan MH 370.

Konklusi saya:

Malaysia masih boleh diselamatkan

Apa maksud saya ni..

Saya memng nk explain pun, cuma saya mesti mulakan dari kimochi(perasaan) saya terhadap Malaysia. Kalau tak korang yang baca mesti maki hamun kat saya ni.. Kata saya ni pro- kerajaan laa, pro- pembangkang laa dan  bla..blaa..

Saya sayang sangat kat Malaysia. Bumi di mana saya membesar. Bumi di mana saya makan hasil buminya . Bumi yang penuh dengan khazanah alam yang sering saya banggakan. Bumi yang penuh dengan sejarah. Bumi yang banyak ber'darah' kerana sebuah kemerdekaan. Dan mcm2 lgi. 

Walaupun, 

Malaysia sekarang dah tak macam Malaysia dulu. 

Saya tetap sayangkan Malaysia.

Tapi, Maaf saya katakan, yang sekarang ini, Saya takut nk balik Malaysia. 

Bahaya gilert!!

Perompak. Pencuri. Kaki pukul. Santau sihir. Hasad Dengki. Rasuah. Pecah Amanah. Semua ada.

Kalau ada mana2 badan yang keluarkan statistik penurunan kadar jenayah, rasuah or what ever it is; saya tak boleh nk percaya.. Maaf sangat2..

Itu kalau dari segi individu problem...

Kalau dari segi social problem, maaf saya katakan, isu perkauman semakin teruk. Perasaan racist antara kaum semakin memuncak.

Saya tak pernh ada kawan cina or india time kecik2 dulu, tapi saya pernh dengar citer member2 saya yang lain.

Diaorang time kecik2, sering main sama2 dengan kawan2 cina or india, TANPA ada perasaan racist or apa2 perasaan buruk pun. Tapi bila dah besar mcm sekarang ni, bila jumpa balik member2 cina or india yang dulu, perasaan JANGGAL tu wujud. 

Lgi, 

yang saya SEDIH, (bukan MARAH tau)..

Bila kita orang Islam tidak menghormati mereka yang agama lain. Memperlekehkan agama lain.
Hindu, budha, kristian,...

Dan pada masa yang sama,   

Islam pun diperlekehkan jugak oleh agama len. Sensitiviti umat Islam tidak dijaga. 

Isu Babi dan pemakanan yang paling saya sensitif. Isu lain saya tak marah sangat.

Haaaa...tu tak masuk bab politik kat Malaysia lagi..kalau saya state kat sini, saya pulak yang pening+stress tak pasal2..huhu

Emosi pulak saya ni....

Stop pasal tu, saya nak proceed ngan maksud saya pasal statement kat atas ni pulak..

Sejujurnya, Kalau kerajaan Jepun offer kepada saya kewarganegaraan Jepun sekali pun, saya tetap akan fikir 2 kali nk terima atau tak.

Walaupun, jepun dari segi kemudahan teknologi dan kos sara hidup dia sangatlah convenient(in case saya kerja kat Jepun). 

Kalau pasal kadar jenayah kat Jepun pulak, saya citer mcm ni laa..
saya dan member2 tak pernah kunci rumah kitaorang masing2.. Dan alhamdulillah, tak pernah berlaku kes pecah rumah or kena curi duit.

Terus terang, jepun ni memang terbaik. Jauh lebih baik dari Malaysia on most of aspects 

Tapi, Jepun bukanlah tempat untuk saya. Saya tak boleh nk sayang Jepun mcm saya sayang Malaysia.
Teruk mcm mna pun Malaysia, inilah negara saya..

.......................0.......................0..............

Sebab tu, bila saya tulis yang Malaysia masih boleh diselamatkan lagi, saya betul2 maksudkan perkara tu..

Setelah peristiwa MH17 dan MH370, betapa saya melihat kesatuan rakyat Malaysia.

 Setiap agama, baik Islam, budha or hindu or Kristian mengadakan ritual2 masing2 untuk mendoakan agar mangsa2 MH 17 dan MH370 selamat.

Suara2 sokongan dari setiap bangsa, baik Melayu, Cina, India dan lain2 sering kedengaran di radio or tv.

Sensitiviti keluarga mangsa dijaga dalam setiap kata2. Tidak ada cemuhan. Tidak ada makian. 

Sampai ada yang menangis2 bila berdoa dan beri kata2 semangat dan sokongan.

Once in my whole life(until now), saya nampak our nation bersatu. 
Hopefully, one day, our beloved Malaysia akan berubah ke arah lebih baik. Rakyatnya sentiasa bersatu. Tidak ada perpecahan. Tidak ada pergaduhan.
Tidak ada caci maki. Tidak ada racist. And everythings.

I want to be friend with everyone. Baik Cina or India. I love them as malaysian n for some other reasons. 

Last but not least, I LOVE MALAYSIA.

The End

Usaha atas Iman dan Amal

Monday, 21 July 2014

Minggu Terakhir

Pejam celik, pejam celik..

Lagi seminggu kita semua akan mula berhari raya..

Dan kurang lagi seminggu, saya akan mnjejakkan kaki saya di bumi Malaysia..

Hoho.. Tak sabarnya..

Dan lagi seminggu juga la.. Ramadhan akan 'blah' dari kita..

Sejujurnya, saya tak boleh nk state my own feeling pasal bnda nih..sedih ke..gembira ke..
 
I'm just don't know...

So, mlm ni, saya nak bukak stori mori ngn uolls..pasal saya 2-3 tahun yang lepas time waktu2 penghujung Ramadhan..hari yang sama tapi tahun yang berbeza...

Kita flash back dulu tape memori saya..


The story begin when i was in the last year during my study in Malaysia. Waktu tu bulan puasa dan bila time2 nk masuk musim raya tu, pihak YPM(penaja kami), bagi kami pulang bercuti raya selama 2 minggu. Jadi sempat la saya dan teman2 nk puasa kat rumah seminggu dan raya seminggu.

Orang jepun kata "choudou ii"
(maksud dia lebih kurang'sesuai sangat' )

Bagus kan??

 Walaupun sistem pelajaran kami berorientasikan sistem Jepun, tapi Pihak pengurusan takdelah se'rigid' sangat dengan perkara2 mcm ni..
Kalau saya nk compare ngan adik saya sekarang yang belajar kat Mlaysia skrang ni pun, dia boleh balik raya pun 2-3 ari sebelum raya, tu pun seminggu je cutinya.. Terkejut saya bila saya dapt tahu pasal tu dari Abah saya..

Sambung citer balik..

Then, bila saya dapat chance mcm tu, saya tak balik kampung terus..bukan taknk bukak puasa ngan my parents ke..cumanya, saya nk sangat buat 'amal' lebih sikit time2 mcm ni..

So...

Saya guna my last 10 days Ramadhan (precisely around one week) in the path of Allah..saya bersama dengan pakcik2 kenalan saya dari Shah Alam. Antaranya Dr. Fuad dan anaknya, yang hafiz Quran dan skrang beljar di South Afrika dalambidang agama.

Jujur saya katakan, itulah hari2 terbaik saya dalam Ramadhan sepanjang saya pernah hidup. 

Setiap detik dalam tempoh seminggu itu, saya rasakan Allah sentiasa bersama saya.

Mkn saya. Tidur saya. Buang Air saya. Segala-galanya.

Sehingga saya rasa seolah2 yang sekiranya saya mintak(doa) apa2 kat Allah time tu, saya tak akan pernah dikecewakan...Allah akan makbulkan terus.

Hari2 tersebut saya lalui dengan mendengar cerita2 mengenai kebrsaran Allah. 

Hari2 tersebut saya lalui dengan bercakap mengenai kebesaran Allah

Allah itu laa. Allah ini laa.  Bla...blaa..

Hari2 tersebut dengan saya dengar hadith2 Rasulullah saw.

Hari2 tersebut saya lalui dengan membaca hadith Rasulullah saw.

Dari Abu Hurairah...Dari Ibnu Umar..dan mcm2 nama sahabat lagi..

Dan macm2 lagi yang saya buat ngn pakcik2 dan abng2 kenalan saya..

Nikmat sangat2...!!!

Bahkan, kalu Allah nk saya mati time 2 pun , saya tidak ada penyesalan sedikit pun..

Waktu tu, kalau saya ada perasaan jealous pun, saya hanyalah jealous kepada anak dr. Fuad. 

Muhammad Fuad kalau tak silap saya nama dia.

Jealous???kenapa??

Saya jealous sebb, waktu2 siang saya akan baca Quran. Punya saya struggle nk baca Quran tu, Allah je la yang tahu..

Tapi, Muhammad ni boleh baca Quran mcm tu je..laju dan sedap. Sejam dia baca Quran mungkin dah 2 atau 3 kali gnda dari apa yang saya baca..

Kadang2 saya ada curi2 dengar bacaan Quran dia.. 
Biasa la Hafiz quran..

Subhanallah!!

 Ya Allah, mgkin aku tak mampu untuk menjadi hafiz QuranMu, maka Engkau jadikanlah anakanakku sebagai hafiz2 QuranMu.

..................~.................~...................

Okeylah, that's all for tonight. Saya just seronok untuk ingat blik pengalaman2 lepas dan saya RINDU sangat untuk dengan bnda2 itu semua.

Hopefully, apa yang saya share ni bermnfaat untuk saya dan korang..

Usaha Atas Iman dan Amal





Saturday, 19 July 2014

MH17: Ujian Buat Malaysia

Sebagaimana yang kita tahu. 2-3 hari yang lepas, Malaysia sekali lagi telah dikejutkan dengan berita sedih berkaitan kecelakaan Kapal terbang milik Malaysia Airlines. 

Jangan salahkan Malaysia Airlines, saya yakin yang Malaysia Airlines jugak sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak2 penumpang, cuma Perancangan Allah mengatasi akan segala-galanya.

"Manusia merancang, dan Allah juga merancang. Allah lah sebaik2 perancang"

Kalau sebelum ini, kecelakaan melibatkan  kapal terbang MH370. Tapi, kali ini ianya adalah pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam menuju ke KL.

Entri ini bukanlah untuk menambahkan lagi sebarang spekulasi atau 'khabar angin' mengenai 'berita sedih' ini. 

Tetapi adalah untuk support ahli keluarga para penumpang dan juga krew2 MH17. 

Walaupun, saya tak tahu samaada mereka akan membaca atau tidak akan entri ini.

Mengikut apa yang saya tahu, pesawat tersebut telah melalui kawasan 'panas' , akibat konflik antara Ukraine dan Rusia dan tanpa disangka2 pesawat MH17 telah ditembak. Suatu kejadian yang memang tidak boleh dijangka.

Diluar Jangkaan.

Kepada ahli keluarga bagi 280 penumpang dan 15 krew MH17,

Saya doakan agar anda semua dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan ini. 

Saya tahu yang itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah, dan seandainya kejadian yang sama berlaku kepada saya pun, belum tentu saya dapat bersabar dan tabah.

But, saya tetap akan berdoa agar anda semua dapat bersabar dan semoga mereka yang ter'libat' dalam kejadian ini akan ditempatkan di kalangan  orang2 yang beriman dan soleh. 

Dan semoga anda semua dapat meneruskan kehidupan dengan penuh semangat walaupun setelah dugaan ini menimpa kita semua, rakyat Malaysia khususnya.


Untuk rakyat Malaysia, teruskan menyokong ahli keluarga mangsa2 MH17 dan jagalah sensitiviti mereka dalam mengeluarkan kata2. Dan sama-samalah kita menjaga diri kita dari membuat sebarang spekulasi.

Wednesday, 16 July 2014

Rambut dan Hakikatnya.

2-3 ari lepas, saya baru potong rambut..
Hair styler saya mesti la isteri saya..huhu..

Tapi, rambut punya pasal, bukan main lagi saya ber'perang' ngan wife saya ..,

Saya bgitau wife saya yang saya nk botak..boleh jadi ala2 ustaz Don..

Kononnya...

Tapi isteri saya tak setuju..
Siap 'kutuk' lgi ustaz Don.. 

"Tak hensem laa ustaz Don tu..", kata wife saya..sambung wife saya lagi

"Abang lagi hensem...". 
Uihhhh, kembang semangkuk saya dengar 'ayat' wife saya tu..

Ni betul tau, saya tak rasuah isteri saya..

Ustaz Don, sorry ek.. Tak boleh nk tiru gaya mcm ustaz..isteri tak bagi..

"Nak kena ada rambut sikit, tak nk la botak.." Rayu isteri saya..

Haha..sayang punya pasal..oklah, saya pun 'ada'kanlah sikit rambut tu..

10mm..

10mm tu sama ngn 1cm

Kira ok la tu, hmpir menepati kehendak kedua2 pihak..

Then, jadilh rmbut saya yang sekarang..

Nk gambr ke,..??

Tak payah la kot..saya ni pemalu..hihi

Habis part citer saya, sekarang ni saya nk citer psal rambut jugk, tapi part yang berinformasi sikit..

Untuk korang yang belum tahu, antara adab bila kita memotong rambut (n kuku), sebnarnya kita kena menanam rambut (dan kuku) yang dah dipotong.

*ni first time saya simpan rambut dan kuku2 saya untuk ditanam bila balik Malaysia nnti..nk tanm kat Jepun tak boleh, tak 'jumpa' tanah..huhu

Dan

Tahukah kita semua, yang rambut kita apabila dipotong akan 'mati', tetapi rmbut Rasulullah saw, walaupun dah dipotong tetap hidup.

Rambut baginda(yang terpisah dari tubuh baginda), apabila dipotong , helaian rambut tersebut akan kembali menjadi seperti kepanjangan asal. -ustaz Nazrul Nasir

Dan rambut baginda dan Baginda sendiri tidak ada bayang kerana baginda adalah dripada nur(cahaya). Dibuktikan oleh ulama terdahulu dan juga ustaz Harun Din.- ustaz Don dan Ustaz Nazrul Nasir

Lagi,..

Ditanya kepada Khalid al-walid rahsia kejayaan beliau dalam setiap peperangan adalah kerana beliau menyimpn rambut Rasulullah dalam serban beliau. Beliau sanggup dipenggal kepala oleh musuh, seandai rmbut Rasulullah itu jatuh, selagi mana beliau belum mengutip kembli rambut tersebut- ustaz Nazrul Nasir


Wallahua'alam..

Usaha atas iman dan amal


Sunday, 13 July 2014

Ikan Tongkol Di Jepun

Hai korang..

Ari ni, saya nak share pasal ikan tongkol.
To my senior, or any student kat Jepun, saya bukan nk tunjuk pandai, just nk share je..

Mana tahu kan, boleh la bantu sikit2 junior2 yang baru nk datang..or yang dh datang.

let me start from the beginning.

Ari sabtu lepas, ada majlis bukak puasa ramai2 untuk semua muslimin kat tempat saya. Majlis ni guna style potluck, which mean setiap orang digalakkan untuk bawak hidangan bukak puasa sendiri dari rumah masing2..

So, mula-mulanya saya dan isteri ingat nk buat ikan siakap tiga rasa. Tapi, sebb kami terlmbat pergi ke pasar ikan, pasar tu dah tutup dah. Kempunan laa kami..

On the way balik tu, kami pun fikir la nk masak apa untuk time iftar ramai2 nnti. 

Ingat nk buat ayam percik kelantan, walaupun mcm takde feel nak buat sangat ayam percik tu..sebb leceh.

Ada cara mudah kalau nk buat ayam percik tu. guna tips Mama saya. Tapi tak seronok la kalau first time buat pun dah pakai cara mudah. Mesti nk kena guna cara susah dulu..huhu..mengader sesangat..

Lagipun macm tak masuk je, nasi putih ngn ayam percik je. Paling komang pun, biarla nasi tu ada warna sikit. Nasi hujan panas ke, nasi tomato ke kan..

Nak dijadikan cerita, saya try masuk ke satu pasaraya, Maruki. Kot2 ada la jual ikan siakap kat sana ari tu sambil nk beli susu nk buat nasi tomato.

Memang takde la ikan siakap tu..

Tapi..

Ikan HAMACHI ada.. Hiragana dia はまち

Saya tak tahu la pulak ni ikan apa sebenarnya, cuma pernh dengar senior saya sebut2 ikan ni.

Jadi saya pun beli ikan tu. terbayang kari ikan pulak..

Masuk2 kereta, saya bagi ikan tu kat isteri saya. Rupa-rupanya, isteri saya pun terfikir benda yang sama bila tengok ikan Hamachi ni. 

Kari Ikan.

Kami pun balik. 
Dipendekkan citer, kami berdua pun 'settle'kan ikan tersebut. Cuci perut ikan.

Tanda2 macm ikan Tongkol dah ada cuma tak sure je. Tunggu nk tengok isi je dulu..

Bila saya potong ikan tu,..

Jang ja jang...

                 IKAN TONGKOL

Seronok saya jumpa ikan tongkol.. Sebb nnti, kalu nk buat nasi dagang, baru feel..huhu.. Citarasa Malaysia..
  
The end..

Yang bawak ni pulak, gambar kari ikan tongkol
Gambar time bendi baru letak, tu yang duk terapung lgi tu.

The End..
Selamat Mencari dan Mencuba..

Friday, 11 July 2014

10 Julai 2014

This entry, i made special for my beloved mom..last two days was her birthday.

Sori Mama sebab lmbt sikit..hihi

Ehmmm...dari mna saya sepatutnya mulakan penulisan saya..saya akan try untuk pendekkan penulisan saya, but at the same time saya akan luahkan 'rasa' saya. Sebelum dan sekarang...

Kita mula dari saya kecik la ek..


Tanggal 16 oktober 1992, ibu saya yang kami 6 beradik panggil sebagai 'mama' telah selamat melahirkan seorang bayi setelah 9 bulan mengandungkan bayi tersebut. 

Betapa besarnya kurniaan Allah swt kerana memberi kekuatan kepada seorang wanita untuk melahirkan seorang bayi. 

Kemudian bayi tersebut telah membesar. 1 tahun. 2 tahun. 3 tahun. 4 tahun.

 dibelai setiap saat.
 dicium setiap ketika. 
dipeluk setiap waktu

kesabaran yang terlalu besar nilainya. padahal mama saya seorang wanita yang berkerjaya. seorang pemimpin di sekolahnya.

didoa dalam doanya, agar setiap anaknya bakal berjaya. hidup 'senang' pada saat meningkat dewasa nnti.

subhanallah...!!

Malangnya, si bayi yang dibesarkn mnjadi seorang budak, seorang remaja, dan seorang dewasa yang tersangat 'degil'. 
anak yang diharapkan membesar sebagai seorang yang taat dan mendengar kata, menjadi seorang anak yang sering bermasam muka tatkala pertimbangan mama dan dirinya dalam sesuatu perkara berbeza..

merajuk.
 Berdiam seribu kata.
Berkurung dalam bilik

Itulah permainan saya..

bermula dari sekecil2 baju, seperti pakaian hinggalah sebesar2 perkara. 
I'm used to angry with my mom, sebab saya merasakan ibu saya tak pernah cuba untuk memahami kehendak saya.

But, bila saya fikir balik, 

"Adakah saya pernah memahami kehendak ibu saya??"

Memang betul ibu saya seorang yang sangat tegas dan 'keras'. 

Sehingga ke'keras'an Mama saya, selalu menyebabkan sayaberprasangka buruk terhadap Mama saya

Sering menjadi bahan perbandingan saya dengan ibu2 orang lain.

Dan sering kali, Mama saya berpura-pura 'keras'. Lembut nalurinya disembunyikan daripda pengetahuan anak-anaknya.

That's my Mama. That's not her weakness, but actually her uniquness.

Tapi tegasnya ibu saya adalah kerana kasihnya, dan bimbangnya ibu saya terhadap saya dan anak-anaknya..

Saya yang 'buta' mata hati, dalm menilai Mama saya

tak salah langsung, ibu saya untuk berkeras dengan saya, sebb ibu saya adalah pemilik mutlak saya dalam dunia ini. 

menyusu saya dari kecil. 
menyuap saya dari kecil. 
membelai saya dari kecil. 
memakaikan baju untuk saya dari kecil. memasak untuk saya dari kecil. 

Segalanya untuk kami adik beradik.

I don't know how many times i'm already made my mom cried because of me..

But alhamdulillah, Allah make me realize how important my Mama in my life..

before this, i'm used to be too shy just to say to my Mama that 'I LOVE HER', but Nowadays not anymore..I LOVE YOU, Mama..

before this, it is difficult for me to apologize to my Mama for my mistake.
Now,, i'm totally a different person. There were a lot of mistakes that i had done to my Mama.

before this, to have body contact with my Mama, i feel like it such an embarrass things, 
Now, it is no longer..it is a kind of things that should be proud of

Before this, if there was someone told something bad about my Mama, i will defense her, but without true reason. Now, if the same things happen,i will defense her because i love her sooooo much. No doubt!!!

Last but not least,
To my dad, which we used to call as Abah, i want to thanks him because Abah always take care of Mama. Always love her. And always be there for her.

InsyaAllah, Mama's love to Abah will be last forever, and i'm sure that your love to Mama also will be same.

May Allah ease me to always be near to my parents, especially my beloved Mama

Allah's love n Rasulullah's love made me love my mom..

I'm sorry Mama for everything i had done.insyaAllah i'm gonna be a better person, a better son for you.

O Allah, please forgive me, my Abah and Mama and all of Mukmin..(surah ibrahim)

Usaha atas iman dan amal..