Saturday, 16 January 2016

Apabila Suami Jealous(Tercabar)

ada satu kisah mengenai satu pasangan suami isteri.

Suatu hari, si suami berada di hadapan TV, berehat dan telah datang mertuanya dari arah belakang.
Pasangan itu tinggal di rumah ibu bapa mereka.

"Nah, ni minyak angin untuk anak kamu." beritahu bapa mertua kepada kepada menantunya.

menantu yang tidak tahu menahu soal itu hanya membalas pendek," Owh. Okey.. Terima Kasih."
Namun dalam hati, disimpan rasa 'makan hati'.

Apabila si suami duduk bersama isterinya, langsung ditanya.

"Kenapa Awak suruh ayah belikan minyak untuk anak kita?"

"Alaa, takpe la. Minyak jer pun." Balas isterinya tanpa memahami maksud tersirat dari soalan suaminya.

Suami terus merajuk mendiamkan diri kerana merasakan maruahnya diinjak2. Seolah-olah dirinya tidak mampu untuk menanggung keluarga sendiri, sehingga isteri sendiri hilang bergantung harap pada dirinya.

"Maafkan Saya Awak." Pujuk isteri setelah melihat perubahan suaminya, namun suami tetap mendiamkan diri. Anak kecil yang ada bersama ketika itu diguna untuk memujuk suami tercintanya.

"Adik, tengok Abah. Merajuk dengan Mama." Sedang si anak tidak langsung memahami kata-kata itu mahupun apa yang berlaku.

Kata-kata kemaafan terus dilafaz dengan ikhlas, akhirnya si suami lembut hatinya dan memaafkan perbuatan isterinya.

Kisah yang saya tuliskan itu realiti-realiti yang sering berlaku dalam kehidupan rumah tangga, Namun, ada satu pengajaran bersifat ketuhanan yang boleh dipelajari daripada kisah tersebut.

Kalau seorang suami boleh merasa tercabar hanya kerana isterinya yang terminta pertolongan dari ayahnya sendiri berbanding menyatakan keperluan kepada suami, hanya kerana merasakan keluarga dan segala keperluan keluarga merupakan TANGGUNGJAWAB dirinya, dan merasakan dirinya adalah TUAN kepada anak isteri,...

Maka, apatah lagi dengan Allah. Dia yang merupakan TUAN dan juga TUHAN kepada seluruh makhluk pasti akan merasakan sangat tercabar apabila ada kalangan hambaNYA yang beralih dari memohon kepadanya, meminta daripada MAKHLUK.

Sebagaimana, suami yang gembira apabila isteri memohon bantuan daripadanya, dan gembira untuk memenuhi keperluan isterinya, maka begitulah ALLAH YANG PASTI LEBIH GEMBIRA APABILA HAMBANYA MENADAH TANGAN MEMINTA DARINYA DAN TERSANGAT GEMBIRA UNTUK MEMENUHI HAJAT KEPERLUAN HAMBANYA.

wallahu'alam.

p/s: Sebenarnya isu yang berlaku dalam rumah tangga berkaitan psikologi suami isteri. Suami sering kali akan bersifat sebagai TUAN, kerana itu, walaupun sesuatu yang dianggap remeh oleh pasangan membwa kesan yang besar dalam perhubungan rumah tangga. Untuk memahami boleh cuba baca buku Men from Mars, Woman From Venus..

No comments:

Post a Comment