Saturday, 16 January 2016

Fitnah Terhadap Tuan Guru Nik Aziz

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama saya tidak menulis dalam blog ni..actually, saya baru balik dari 'keluar' 4 bulan di India dan Bangladesh. Saya pergi ke sana untuk usahakan atas iman dan yakin saya dengan perantaraan dakwah(keluar di jalan Allah). Sebenarnya, terlalu  banyak yang saya belajar sewaktu di sana, dan saya simpan niat untuk amalkan bila saya balik ke  Malaysia.

Subhanallah. Sifat orang India dan Bangladesh, seolah2 reflection bagi sifat sahabat. Cara mereka memuliakan tetamu dan layan kami,(FOREIGNS), sedangkan mereka tak kenal kami langsung. Hari2, kami diberi makan beriani, sedangkan mereka orang miskin. terlalu miskin. Mereka hidang pada kami daging macam2. Kerbau, Lembu, Kambing, Ayam. Ikan. Semua ada.

Salah satu sifat yang Allah bagi pada mereka..

Sekarang, dalam waktu yang singkat ini, saya nak tulis sesuatu mengenai Tuan Guru Nik Aziz. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa Tuan Guru Nik Aziz?

untuk sekian lama, saya telah mendengar fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan beliau seorang Wahabi, dek semata2 kerana pernah ada isu beliau menolak belajar sifat 20 dan menolak amalan tahlil dan mungkin ada beberapa isu lain.

Saya pernah mempercayai fitnah itu untuk seketika, tapi akhirnya, apabila saya pergi ke India dan Bangladesh, saya mula menyakini yang Tuan Guru masih berpegang dengan salah satu mazhab yang 4 dan merupakan ulama yang besar.

Kenapa??

Kalau mengikut sejarah pengajian Tuan Guru, beliau pernah datang belajar di India dan saya sendiri pernah berada di India walaupun untuk seketika(1 bulan lebih), yang bermazhab Hanafi. Walaupun saya tidaklah belajar hukum2 mazhab Hanafi secara formal, tapi saya telah berada dalam masyarakat India yang berpegang kuat dengan Mazhab mereka. Saya percaya yang itu sudah mencukupi(Bagi SAYA SENDIRI) untuk mula bersangka baik dengan Tuan Guru.

Saya percaya, dengan keberadaan Tuan Guru di India, kemungkinan untuk beliau tidak belajar mazhab hanafi adalah mustahil. Maksud dari belajar mazhab Hanafi adalah belajar hukum berserta dalil2 bukan sekadar hukum wajib,sunat, haram, makruh,harus semata2.

MENURUT SAYA, bagi mereka yang faqih dalam syariah(4 mazhab), maka layak bagi mereka untuk diri mereka sendiri memilih hukum yang menurut ijtihad mereka  lebih dekat dengan sunnah. Tapi, dalam beramal, ada syarat2 yang ulama terdahulu telah tetapkan, dan saya yakin yang ulama2 termasuk Tuan GURU Nik Aziz lebih arif.

Maka, saya di sini menyeru kepada seluruh umat agar bersangka baik dengan TUAN GURU, kalau ada yang pernah menyebarkan fitnah tentang beliau, meminta ampun adalah yang paling baik.

Kalau ada yang tidak menerima artikel ini, maka bersifat berdiam diri tanpa memburukkan Tuan Guru, atau mana2 ulama adalah lebih baik


p/s: apa yang ditulis hanyalah semata2 berdasarkan pengalaman dan kefahaman saya. SILA RUJUK KEPADA USTAZ2 YANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

No comments:

Post a Comment