Monday, 30 June 2014

KAWAI(cute) Vs KAWAISOU(kesian)


Hai korang...

Puasa macam mana??

kalau ikutkan, hari ni dah hari ketiga kita berpuasa..Hopefully, Allah terima puasa kita dan ganjarkan kita dengan ganjaran yang infiniti. Saya tak nak sebut 'ganjaran yang banyak', sebabnya perkataan 'banyak' tu, kita still dapat bayangkan nilai dia. Kalau macam saya,perkataan 'banyak' tu, saya akan bayangkan benda tu banyak macam bukit.

tapi, kalau perkataan infiniti, kita(especially saya) tak dapat nak bayangkan macam mana 'nilai' infiniti tu..

Amiinn..

okeylah, hari ni saya nak citer something. Baru lagi terjadi benda ni. Semalam. Harap2, korang akan sudi baca entri ni jugk, lepas tu kita sama-sama fikirkan...

READY yer..dah nak mula tulis ni..


Minggu lepas, saya ada dapat call dari Kadota-san(Foreign Student's Officer). Dia minta saya datang ke bilik dia, time waktu yang free.

Sebetulnya, memang silap la soalan Kadota-san tu, sebab saya selalu free. asyik merayau je kerja skang ni. Pergi sana. Pergi sini.

By the way, saya pun janji la nak pergi jumpa dia hari esoknya, jam 10 pagi.

Esokkannya tu, bila dah jumpa dia, dia explain kat saya, yang dia nak mintak saya pergi bagi penerangan sikit2 pasal Malaysia kat budak sekolah rendah Jepun. Macam-macam yang dia try bagitau saya. maybe untuk ‘convince'kan saya biar saya sudi jadi volunteer untuk explain kat kanak-kanak tu pasal Malaysia.

Tak ramai pun. dalam 5-6 orang je murid-muridnya. tujuan explaination ni, adalah sebagai aktiviti salah satu club kat sekolah tu.

Fikir-fikir balik, memang betul jugak kata Kadota-san tu kenapa saya perlu jadi volunteer untuk aktiviti ni. Dipendekkan cerita, saya pun terima la offer tu. 

.............

Then, until yesterday morning, baru la saya terhegeh-hegeh nak pergi buat preparation untuk explain pasal Malaysia. Saya gi library untuk cari gambar2 yang ada kaitan pasal Malaysia.

Maksud saya, bukan cari dalam buku tau. Tapi saya cari dalam internet, pakai komputer library, then ‘compile’kan, then print kat sana jugak.

Tak banyak pun yang saya cari, just simple things about Malaysia. Traditional Foods, Traditional Cloths, something that normal in Malaysia but quite rare in Japan and others.

Untuk bab makanan, saya ada mintak isteri saya untuk buatkan sikit kuih Cara, untuk bagi kanak-kanak tu try makan.

Mula-mulanya, saya ingatkan saya berseorangan time pergi tu, jadi saya bawak la sekali isteri saya ke sekolah rendah tu. boleh jumpa budak2 jepun yang Kawaii(comel). 

Gambar bgunan sekolah 上宇部小学校


But then, rupa-rupanya, member saya Hakim pun pergi jugak. Geng Kelate jadinya, sebab semua dari Kelantan. Hoho…

Haha..dah panjang sangat nih…Dipendekkan cerita, waktu kat sekolah tu, kami bertiga diperkenalkan ngan pengetua sekolah dan kami dijamu ngan air teh. Lepas tu, kami mintak maaf dan explain kat pengetua dan Nawata Sensei(cikgu yang bawak kami ke sekolah tu), yang kami puasa hari ni. Jadi, tak boleh minum air yang disediakan.

kena ingat pasal ni, sebab ni keypoint apa yang saya akan cerita seterusnya...

Waktu nak ke kelas aktiviti tu, ada seorang cikgu Jepun datang bagi salam kat kami. Wallahu'alam kenapa.  mungkin sebab sensei tu dah knal rupa orang Islam macam mana.

Dipendekkan cerita lagi, bila dalam kelas tu, dah jumpa semua murid2 semua. Nawata Sensei ada bagitahu kat anak muridnya tu, yang pasal kami tak minum air bila staff sekolah tu jamu kami dengan air. 

Kata sensei tu, ni setakat yang saya faham, dengan bahasa Jepun yang tunggang-langgang ni. Maybe Hakim faham lagi betul kot.

Saya translatekan ke dalam bahasa Malaysia dan bahasa orang muda la ek..
"Diaorang ni tak minum, tak makan time hari siang. Selama Sebulan. Sebabnya, ini adalah perayaan(omatsuri) mereka. Diaorang ada banyak jenis perayaan."

Saya yang dengar kata2 Nawata sensei tu, 
rasa gembira sangat..

Kenapa saya gembira???
Sebabnya, orang non-muslim jauh lebih faham dari saya dan umat Islam hari ini, yang sebenarnya, RAMADHAN KARIM, adalah perayaan. PERAYAAN IBADAH. Bukan semata-mata Syawal itu adalah PERAYAAN. Kita sering terlupa yang Ramadhan ini, nilainya tersangat besar. Ganjaran yang dilipatkan gandakan oleh Allah swt.

Semoga ALLAH ampuni saya dan kita semua/

Lagi, antara perkara yang menarik perhatian saya adalah berkaitan agama. Saya dan seluruh umat kena kasihankan orang Jepun dan nonmuslim lain. Mereka langsung tak kenal Allah.

Ada dalam explaination pasal Malaysia dari Hakim, dia ada sebut satu term yang merujuk kepada agama. Term tu adalah

宗教(Shuukyou)= agama

Tapi yang saya terkejut, kanak2 tu tak faham term SHUUKYOU(agama) tu. 

ye la kan, cuba bayangkan kalau kita sebut perkataan 'agama' kat budak2 sekolah rendah Malaysia, mesti diaorang faham, or at least diaorang akan nmpak imej2 agama mcm kna solat dan kena puasa.

tpi, kank2 jepun tu, tak tahu pun.

benda first yang saya boleh fikir adalah, agama memang tak diterapkan dalam diri orang Jepun. Sebab itu, mereka amalkan agama ikut suka mereka je. Time kahwin pakai christian. Time mati pakai budha. 
Ya Allah...kesian mereka..
Mereka pun umat Nabi saw..
Nabi sedih tgk umatnya tak kenal Allah..

Semoga Allah ampun kelemahan saya dan seluruh umat dan beri hidayah kepada orang Jepun dan seluruh manusia..

Semoga bermnfaat..

 

 

 

Sunday, 29 June 2014

Majlis Sambut Menantu

Hai korang...

Alhamdulillah, dalam seminggu ni saya bahagia sangat isteri saya berada dekat ngan saya. Kami dpt masak sama2. Mkn sama2. Everythings that we done, we made it together.

"Patut la blog tak ber'update' dah 2-3 hari.."

Huhu...mgkin kot. No comment..=)

Dah2..taknk citer lebih2 pasal kawen2 ni. Nnti ada jugk yang taknk follow blog saya nih sebb 'mkn hati' ngan entri ni..hihi

Hari ni, saya nk share something ngn korang yang sudi baca blog nih..something yang maybe korang bleh ambik as lesson in our everyday life.

Last thursday, saya ada buat majlis sikit untuk kenalkan isteri saya kepada semua Malaysian females yang ada kat Ube ni. Ada la lebih kurang 15 orang semuanya.

Jadinya, untuk majlis ni kena la buat makn sikit2..

Yer dokk??

Kebetulan hari khamis tu jugak, saya kena gi repair kereta kat kedai. Sebb saya dah janji ngn mekanik tu, saya tak nk la ubah tarikh tu. dah la janji pukul 5:00 ptng pulk tu. 

majlisnyer pukul 8:00.

Saya bajet, repair2 tu akan ambik masa 1jam setengah

Kiranya, hari tu, saya agak kelam kabut. Nak tolong isteri saya masak2 lagi. Nak cari iron lagi, untuk isteri saya seterika tudungnya. 

Dalam kelam kabut tu, bila saya sampai kat kedai kerta dalam pukul 5 tu, orang  kedai tu kata mgkin untuk repair kerta saya tu, ambik masa 2 jam. Saya dah cuak. Takut terlambt pulk saya blik ke rumah nnti. At that time, bnda yang terlintas dalam kepala saya, adalah untuk doa kat Allah biar Allah permudahkn, percepatkn urusan repair kereta tu. tapi, sebb kelemahan saya, i'm just ignored the 'feeling'. 

Saya memilih untuk duduk menunggu sambil Update blog saya.. 

Blogger baru kena la rajin2 sikit..hihi

But then, with the power of Allah, Allah jadikan urusan repair kereta tu siap dalm masa kurang lebih 1 jam 10 minit. Subhanallah dan Astaghfirullah atas kemalasan saya nk doa kat Allah swt.

Lebih cepat dari expectation saya dan expectation orang kedai tu..

Lepas repair, saya terus pulang ke rumah  untuk tolong isteri saya. Before tolong masak2, Bila sampai umah, saya cepat2 mesej kawan perempuan saya nk mintk pinjm iron. 

Nama kawan saya tu, tak perlu mention la kot ek...biarlah rahsia..

Member saya tu pun kata 'okeyy', saya terus naik basikal dan gi rumah member saya tu nk ambik iron.

Nak dijadikan citer, dalam hati saya, saya terlintas yang alangkah untungnya kalau member perempuan tu bagi je terus pada saya. Dulu saya ada simpan iron, tapi sebb jarang guna, saya bagi kat junior perempuan saya yang baru datang . Takdela dia perlu beli yang baru iron tu.

Dah nama laki, mana nak guna sangat iron2 ni.. 

Bila saya terlintas tu, saya terlintas lagi untuk doa dengan Allah biar Allah buat member saya tu, beri terus saya iron tu. tapi , once again, i'm just ignored the 'feeling'.

Alhamdulillah, bila saya sampai kat umah member saya tu, bila saya ambik je iron tu dari tangan member saya, dia terus kata..

"Kau ambik je la iron ni.."

Saya yang dengar terus serba salah..

Tak nak terima offer tu, tapi hati berkehendak kat iron.

Nak ambik iron tu, tapi malu2 pulk..

Akhirnya, tanpa fikir panjang saya terima offer tu. kiranya kes memalukan diri jugak la. Walaupun tak memalukan sangt..

Tengok tu korang...
Allah always know what in our heart. Walaupun saya yang lemah ni malas berdoa kat Allah, tapi Allah bagi mcm tu je benda yang terlintas kat dalam otak saya ni..

So, maybe korang boleh fikir fikirkan sendiri apa yang saya nak sentuh dalam entri saya kali ni... It's quite a lot beneficial to those who want to think....maybe..

But, one thing that i can conclude is that, always pray to Allah in whatever we want, or whatever we are going to do..
Bila kita mintak ngan Allah, dan Allah makbulkan doa kita ngan segera, bayangkan betapa kita akan rasa Yang Allah Dekat sangat ngn kita...

Wallahua'lam

P/s: happy RAMADHAN untuk semua..dan in case, my junior yang saya beri iron tu, terbaca entri ni, tak perlu rasa bersalah, just use it. It is yours.

Thursday, 26 June 2014

Budak Baru Belajar

Recently, saya banyak kena translate bahan2 rujukan untuk research saya dari bahasa english ke bahasa jepun.

Lepas translate, saya kena 'present'kan kepada junior2 saya. Pun dalam bahasa jepun. Esok ni, adalah last presentation saya untuk junior dan ini bererti, lepas ni saya akan terus go on ngn research saya. Research yang akan saya buat ada kaitan ngn Archimedes spiral. 

Ni la rupa Archimedes Spiral yang tak berapa Spiral ..saya lukis pakai tangan je, tak nk ambik dari google or any sources sbb bimbng tak pasal2 nnti kena saman sbb mencuri hakcipta orang lain..huhu


Sebab takde ada senpai(senior) yang pernah buat research ni, agak 'taihen'(susah) la jugak research saya ni.

Soooooo...

Hari ni, saya nak kongsi ngan korang benda yang saya belajar time saya 'translate'kan semua nota2 tu.

Tak susah pun. Simple je. Lagipun, benda ni saya supposely tahu time sekolah rendah lagi, tapi sebab time kecik2 dulu tak berapa minat sangat ngan English, itu yang time tua2 macam ni baru tahu.

Time translate tu, saya terjumpa "i.e." tapi  saya tak faham apa mksudnya. Disebabkan nk tahu lebih detail, saya pun google la apa benda i.e. dan e.g. tu.

i.e.
i.e. bererti id est yang berasal dari bahasa latin yang bermaksud that is/in other words. Cara sebutan pulak, boleh sebut sebagai dua huruf iaitu i.e. ataupun that is

e.g.
e.g. bererti exemplum gratia yang juga berasal dari bahasa latin yang membawa maksud for example. Cara nk sebut macam i.e. jugak, sama ada nk sebut sebagai 2 huruf, iaitu e.g. ataupun boleh sebut sebagai for example

Itu la lebih kurang pasal entri hari ni. Semoga bermanfaat untuk semua.


Tuesday, 24 June 2014

Penangan Stress

Hoooolaaaaaa....

Lama tak kongsi citer ngn korang. Sori la ek...sebenarnya, 2-3 ari lepas saya stress. Itu yng nk mengupdate blog pun malas..

**septutnya saya update entri ni ke dlam blog saya 2 hari lepas

"Apa kau stress do??kau bukan buat apa2 pun..."

Haaa..itu la jawapan dia. Sebab tak buat apa2 tu la saya stress. Kalau nak ikut citer sebenarnya, saya dah plan banyak benda nak buat time2 hujung minggu lpas.

Saya plan nak gi tidur kat umah member saya kat Shunan-shi. Kalau kat sana nnti, saya boleh buat byk benda kat sana. Tapi, kekkyoku(last2) saya tak pergi dan tak buat apa2 kat umah. Dah janji pun kena cancel balik ngn Mas Tono, member saya tu. Nasib baik, Mas Tono ni baik orangnya, mudah memahami.

Stress tu benda biasa sebenarnya dalm life ni. Saya tahu. Cuma bila saya tak dapat control dan cuba cari jaln untuk hilangkan stress tu ngan benda2 mengarut, itu yang menambah parah stress saya tu.

Saya gi supermarket untuk beli barang2 makan. Time tu, saya hanyalah nak release stress ngn 'shopping. Time beli tu, saya ambik je semua benda yng terlintas dalam kepala. 
Ambik dan bayar terus.

Kalau ikut kebiasaan saya, saya hanya akan ambik barang yang perlu je. Tapi time stress hari tu, memang tak peduli, perlu ke tak barang tu, ambik je. Tak nk pikir byk2. Itu yang sampai terbeli KATIL tu. 

katil??

Yer katil..


Rumah saya takde katil. Awal2 dulu, saya sengaja taknk beli katil, sebbnya nk bagi bilik saya luas, biar nnti boleh guna bilik saya tu untuk solat jemaah. Lepas tu, kalu ada tetamu, diaorang boleh menginap di rumah saya. 

Tu plan asal sebenarnya. Tapi, sbab gara2 stress, tanpa fikir panjang saya terus beli katil. Beli yang murah je. 

Murah2 pun, lebih kurang 6000 yen juga!!

Adoiii..poket saya sakit..

Haaa..tu citer saya pasal stress. Sebelum saya tamatkn entri ni,  One thing yang saya betul2 dpt rasa time stress tu dan saya nak kongsi ngan korang yang baca blog saya yang tak semengah ni..

During that time, saya try buat mcam2 untuk hilangkn serabut saya. Not just shopping all the things, but also saya dengar lagu dan tengok movie. 

Saya abaikn Quran dan zikir. Perasaan nk baca ada, tapi time tu saya lebih memilih untuk dengar lagu dan tgk movie. 

"So, apa masalahnya??"

Bila saya dengar lagu dan tgk movie, hati saya memang tak serabut. Relaks. Damai. Tapi, saya dapat rasa ada something yang tak cukup dalam diri saya time tu. saya nk describe benda apa tu pun tak boleh. Saya tak tahu.

But, alhamdulillah. Once saya try untuk concentrate on my solat, saya dapt rasa the 'real peace'. Ketenangan yang jauh lebih seronok dari shopping, dengar lgu dan tgk movie. Real peace yang saya pun tak dapt nk 'describe'kan macam mana.

That's why my dearest brothers and sisters, i'm telling you this.

Please do not neglect our Religion. Try to make some effort for our imaan and amal.

O Allah, please forgive me and all of this ummah for our sins.

Monday, 23 June 2014

Cuba Teka Ni Apa..??

Cuba teka ini apa??

Jangan baca dulu yang kat bawak. Cuba teka dulu.

:)

:p

:(

0_0

[•]_[•]

^_^

Mesti korang ingat ni SINK kan..
Tapi jawapan tu salah sebenarnya.

Jawapan yang sebenar adalah...
LUBANG TANDAS.

Time saya jumpa bndalah ni, saya berhenti kat Nitori, sebab nk solat Zohor jamak ngn Asar terus.
Jadinya saya masuk ke tandas OKU sbb nk ambik wuduk. Masuk2 je, bila nampak bendalah ni, saya 'maki' NITORI.

"Mentang2 jual barangan keperluan rumah, tandas sendiri pun nak promote barang jualan ke.."

Lebih kurang mcm tu la..

Lepas dah tanggal sweater dan lain2, nasib baik saya perasan yang kat dalam sink tu ada air. Siap ada flush lagi. 

"Apasal pelik semacam je sinki nih..?"

Ooo..ruparupanya tu TANDAS.
Terus tak jadi ambik wuduk kat situ.


 
Huhu...ONLY IN JAPAN.

P/s: saya tertanya2 pulak, kalau ni tandas untuk OKU. Kenapa ada lubang tandas mcam ni. Nak buang air besar pun susah ni.

Yamaguchi-Fukuoka-Osaka

Hari ni, saya ke Fukuoka airport dengan kereta. Saya nak gi ambil wife saya kat Osaka Airport.

"Mana satu ni, Fukuoka Airport atau Kansai Airport"!!!
"Cakap laa betul2...!!"


Sabar dulu..jgn melenting..let me explain first.

Saya ke Fukuoka Airport tu, sebabnya saya nak naik flight ke Kansai Airport. Nak ambik wife saya kat sana.

"Mak ooooiii..."
"Nak ambik orang pun sampai kena naik flight dulu..maknanya mesti jauh kan Kansai Airport tu??"

Memang jauh pun..kalau dari tempat saya ni, kalau pergi ngn kereta ambik masa 6-7 jam kalau pakai highway. Kena highlight ni. HIGHWAY. Bukan jaln biasa tau.

Mula2 memang ingat nk gi ngan kereta je ke Kansai Airport tu, tapi fikir2 blik sebb nnti takut penat badan and some other reasons. Saya buat decision gi ambik wife saya ngan Flight+kereta. 

Kalau dari tempat saya Yamaguchi ke Fukuoka airport ni, ambik masa lebih kurang 4 jam guna jalan biasa. Traffic light bukn main bnyk. 

Ni gambar maps untuk lebih detail.


Dah la time bawak kereta, kereta buat hal. Break clamper saya dah haus. Hampir sepnjang jalan ke airport tu la, kereta saya 'meroyan'. Yang paling hardcore, bila dah masuk je bndar Fukuoka, terus tayar saya 'mengamuk'. Dah keluar suara sebenar tayar tu. 

Terpaksa la tebalkan muka..

Tapi kan yang peliknya, kereta2 lain or orang yang jaln kaki, takde pulk pandang saya semacam je. Tak tahu la sama ada, diaorang buat2 tak tahu sebb taknk bagi saya malu, atau sebb bunyi kereta saya tu dah bercampur dengan bunyi2 lain, jadi diaorang mcm tak kisah sangat.

Skang ni, saya dah kat airport. Nk tidor kejap before flight saya malam ni kul 9:30 mlm. Penerbangan ke sana 1 jam.

Pasal break clamper tu, saya pergi check kat kedai kereta. Ingat nk repair terus, tapi barang takde. Kena order dulu. Ari khamis baru boleh repair, tunggu barang tu sampai. Hoho...

Tak boleh nak imagine perjalanan balik dari Fukuoka ke Yamaguchi esok ni. Dah la flight sampai malam kat Fukuoka.

Tayar tu, dari suara Godzilla jadi pulak suara Pontianak pulak nnti..sakit telinga nnti. 
 
Oklah, nak tdor dulu yer..

Haa, lupa..time saya otw tu, saya jumpa something menarik tau. Untuk saya laa. Korang tak tahu la sama ada teruja atau tak. Tapi tu first time saya jumpa bnda ni.

Kalau nk tgk boleh ke next entri. Kalau yang pakai Iphone or any smartphones, just slide je screen korang ke kiri. 

"Allahumma bismika amuutu wa ahya"
Doa tidur.

Wednesday, 18 June 2014

Last Entri Dah

"Aikk,awalnya... baru sebulan buat blog. dah nak stop dah.."
"Ni mesti kes pageviews tak ramai ni.."
"Cehh..buat kerja tak ikhlas langsung..."
 

**Saper yang rushing boleh, scroll ke bawah terus..baca part post-script(p/s)**

op!op!...sat dulu..
Takder saper yang kata ni last entri untuk blog ni...maksud saya, ni last entri untuk himpunan hadis mengenai kelebihan Ramadhan. Sebabnya, saya dah lama tak update pasal entri ni, jadi nak qada` balik semuanya.

"ooooooooooo"

Lagipun, hadis2 yang tinggal dah tak panjang mana dah, so saya `compile`kan 4 hadith sekaligus mengenai kelebihan-kelebihan Ramadhan. Hadith2 ni, saya ambik dari kitab Kelebihan Ramadhan, karangan Maulana Zakaria al-Kandahlawi.

Saya nak kumpul hadis2 ni sendiri, memang tak laa...tak mampu saya..huhu
Penerangan untuk setiap hadis ada panjang sebenarnya, tapi kalau berminat untuk baca lebih detail, boleh cari kitab ni.  Saya akan try untuk tulis sikit2 je penerangan hadis tersebut, berdasarkan kitab ini.

Lepas 10 hadis kelebihan Ramadhan ini, Maulana Zakaria, meneruskan penulisan beliau dengan bab LailatulQadar. Nanti, insyaAllah saya akan sharekan hadis2 tersebut di lain entri. Baca Yer!!

Mungkin ini tahun terakhir kita di dunia, tetapi seandainya, ditakdirkan Allah kita bertemu dengan LailatulQadar tahun ini dan kita memanfaatkannya sebaik mungkin, maka seumpama kita telah beramal 83 tahun.

Try bayang umur baru 22.
22+83=105...dalam 105 tahun tu, 83 tahun full dengan ibadah, dan 22 tahun tu campur2. Kadang2 rajin buat amal, kadang2 malas buat amal.
InsyaAllah, bila bertemu dengan Allah tak rugi langsung..

Okeylah, tak nak bagi panjang sangat entri ni..korang baca ek..

Hadith7
Hazrat Ibnu `Umar r.anhuma berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda,"Allah swt dan para malaikatNya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur."

**Baginda telah memberi galakan untuk bersahur dalam banyak hadith sehinggakan Baginda telah bersabda,"Jika tiada apa-apa, maka makanlah walaupun sebiji tamar kering dan minumlah walaupun seteguk air."

Hadith 8
Daripada Hazrat Abu Hurairah ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda," Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam."

Hadith 9
Daripada Hazrat Abu `Ubaidah ra beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya."

**Satu riwayat mengatakan puasa menjaga seseorang itu daripada syaitan. Satu riwayat lain menyatakan bahawa puasa adalah penjaga yang akan menyelamatkan seseorang daripada azab Allah swt. Riwayat yang lain pula menyatakan puasa akan menyelamatkan seseorang dari neraka jahanam,. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa seorang telah bertanya," Wahai Rasulullah!Apakah perkara yang merosakkan puasa?" Baginda menjawab," Berbohong dan mengumpat."

Hadith 10
Daripada Hazrat Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda," Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadakan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, walaupun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian.

**Menurut pandangan ulama feqah, hari yang tidak berpuasa boleh diqada, namun seseorang itu tidak akan mendapat keberkatan berpuasa yang diperoleh dalam Ramadhan

p/s: Mesti korang yang jenis blogwalking ni, bila baca entri yang ala-ala islamik ni, korang tak berapa nak baca kan. baca pun main lompat2 je. Jangan nak tipu.Saya tahu..sebb saya pun sama. Cumanya, bila saya copy paste hadis2 ni ..saya copy paste dengan sepenuh hati. Sebab itu, saya sarankan, kalau korang mampu buat, copy paste dulu hadis2 ni ke dalam Word,  dan printkan. Lepas tu, korang baca hadis ni biar keluar suara,biar telinga korang dengar. InsyaAllah korang akan dapat rasa betapa besarnya kelebihan Ramadhan. Ulang 3 kali untuk setiap hadis. Cara korang nak baca tu, satu hari satu hadis or satu hari 2 hadis tu terserah pada korang laa..saya beritahu ni hasil pembelajaran saya bersama teman2. semoga bermanfaat.
p/p/s: Alhamdulillah, sehingga hari ini, Allah kuatkan saya untuk baca hadis2 mengenai kelebihan amal selama kurang lebih 30 minit setiap hari..(ada juga waktu2 yang saya tak dapat buat)

Koleksi hadis lain
It`s coming again 1It`s Coming Again 2, It`s Coming Again 3, It`s Coming Again 4, It`s Coming Again 5, It`s Coming Again 6