Wednesday, 11 June 2014

Ni Entry Serius Yer.!!!



Assalamualaikum semua..Entry kali ni adalah entri yang agak serius. Saya tak main2!!
Saya tak nak cerita panjang, takder story-mori, saya just Copy Paste dari pengkongsian teman saya. Mula-mula memang ingat nak buat artikel sendiri or letakkan video2 para alim ulama berkenaan topik kali ni, tapi bila bukak2 FB, saya terbaca perkongsian dari Abang Fudhail.

macam la korang kenal Abang Fudhail ni, kan... hihi
apa saya kisah?? ...ahaksss

Entri kali ni adalah pasal Nisfu Syaaban. Keep reading!! dan make sure baca komen saya pasal artikel ni.

*********************Beribadah di Malam Nisfu Sya’ban*****************************
Dalam tidak sedar kita telah berada pada pertengahan bulan Syaaban dan ini bermakna kurang sebulan lagi kita akan sampai kepada bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh keberkatan. Pada bulan Syaaban ini kebanyakan orang yang beriman telah mula bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadan dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berpuasa sunat, membaca al-Quran, berjaga malam dan sebagainya.
Namun dalam pada itu ramai juga yang sangat teruja untuk melakukan amalan sehinggakan menggunapakai semua hadith yang tersebar luas tanpa mengenalpasti tentang kesahihannya. Selain itu, orang ramai juga ada yang terkeliru dengan catatan amalan yang diangkat. Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Sya’ban:
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:
عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)
[HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Sya’ban:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”.
[Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut].
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).
Buku amalan ditukar
Hadith- hadith yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)
Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ
".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
"Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-
3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa”
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Berdasarkan perbahasan yang dinyatakan bahawa menghidupkan malam nisfu syaaban adalah perkara yang dituntut dalam Islam akan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak menunjukkan khaifiat tertentu dalam menghidupkan malam nisfu Syaaban. Adalah lebih baik kita sama-sama menghidupkan malam-malam bulan Syaaban dengan memperbanyakkan zikir, berpuasa pada bulan syaaban, membaca al-Quran, Berselawat keatas baginda Rasulullah s.a.w dengan sebanyak-banyaknya.
Semoga kita semua yang mengaku sebagai muslim akan terus istiqomah dalam melaksanakan ibadah walaupun terpaksa bersaing antara nafsu untuk menonton bola sepak dunia dan juga berjaga malam sebagai menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT.
PUSAT ISLAM
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

**********************************************************************************

Ulasan saya:
Saya bersetuju dengan penulisan ini 100%, walaupun saya sebenarnya tidaklah berkelayakan untuk mengeluarkan sebarang komentar mengenai hal ini, dan apa jua bentuk penulisan agama yang lain.
Biarlah dalam apa jua bentuk amalan kebaikan dan soleh yang kita lakukan, mestilah didasari dengan keilmuan. Berkaitan nisfu syaaban, amalan setempat di Malaysia, rata-rata umat Islam membaca Yassin sebanyak tiga kali. Ada pihak yang secara lantang membidaahkan akan bentuk amalan ini dan amalan2 lain, dan ada pula pihak yang mewajibkan amalan2 ini. Sebagaimana yang tertulis dalam artikel yang diCopyPaste di atas, Rasulullah saw tidak menunjukkan sebarang bentuk amalan khusus pada malam Nisfu Syaaban, ini menjadikan setiap bentuk amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban boleh diamalkan, asalkan tidak mengatakan amalan tersebut datangnya dari Rasulullah saw.
Pandangan ini, saya ambil dari video Ustaz Azhar berkenaaan malam Nisfu Syaaban.


Sudut pandangan peribadi saya berdasarkan kefahaman dan melihat akan amalan para ulama, saya tersangatlah menggemari untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan amal2 soleh, apatah lagi, pada tahun ini, Malam Nisfu Syaaban jatuh pada hari khamis malam jumaat.Penghulu Segala Hari. Hari yang mempunyai banyak kebaikan tersendiri.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada saya, para pembaca dan seluruh umat untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, dan malam-malam dan juga siang-siang yang seterusnya, sehinggalah saat kita bertemu dengan maut. Semoga ajakan Selamat Datang terhadap Izrail(maut)mengiringi rasa hati, dek kerinduan terhadap Allah dan Rasulullah saw.

**sedih la pulak teringat orang Jepun yang belum kenal Allah dan Rasulullah-ya Allah, berilah hidayah kepada orang Jepun,amiinnn**

Melayu vs Jepun

"Aku takut la Danial.."
"Kau takut apa...??"
"Aku takut tak boleh graduate la.."
Member saya pun gelak..haha..

End of story.

 Haha..takdelah, ada pnjang lgi bnda nak citer ni. Sebenarnya gini citernya,..dalam 2-3 minggu lepas, sensei saya dah bgi senarai tema untuk research saya dan member2 yng lain jugak. Cumanya, untuk tema tu, secara general je. Nak buat research mcm mana tu, saya kena fikir sendiri. 

Haa..tu la yang pening2 ni. saya tak tahu nk buat research apa. Jadinya, saya  dengan semangat pergi la cari past year thesis milik senpai2 kitaorang. Nak cari ilham la katakan.

 Lagipun, saya masih blur konsep 'kenkyuu', which mean research kat Jepun ni. Maklum laa..sepanjang saya di beljar di Malaysia kat Unisel, semuanya sensei 'suap' je. Takde yang nk kena fikir sendiri. Kalau buat jikken(experiment) pun, result experiment tu pun kita dah tahu mcm mana, just kena buat experiment tu blik, dan dapatkan result yang sama. 

Herrmmm...

Ok, sambung citer balik.
Lepas tu, saya pun ambik baca beberapa thesis yang senpai2 lab kitaorang buat. 

Oooo...mcm ni ruparupanya ronbun(thesis).^_^(happy face)

Walaupun saya dah tahu kenkyuu ni mcm mana, yang tak bestnye sebab benda tu still dalam japanese...arrrrrggghhh 

Ni la thesis senpai Melayu saya. Nama tu, saya tak tunjuk, sbb nk jaga privasi senpai ni.


Dah kau kat jepun, memng sah2 la thesis tu dalam bahasa jepun. Huhu..
Takpelah, baca je la..nk buat mcm mna...

Time saya nk pilih2 fail2 Thesis tu, terpaksa la saya 'patah'kan tengkuk saya , sebab fail2 tu disusun menegak kat almari. Oghe kelate sebut 'teleng' gaya tu. Dah la kena 'teleng', kena pulk bongkokkn belakang. 
Aduhhhh...!!!

Iiisshh, tak bersyukur betul saya ni, asyik mengomen je..hihi

Time tgh2 cari tu, ternmpk la satu tulisan dalam huruf roman. Takde kanji. Takde hiragana. Takde katakana.

Owhhh..terus je saya ambik thesis tu. Sah2, kalau tulisan panjang mcm tu dan dalam huruf roman, memng nama orang Melayu. Dan memang betul thesis tu milik senpai melayu 2 tahun lepas. Maksudnya, time saya baru datang jepun, senpai tu dah abis study.

Saya pun terus ambik dan baca laaa thesis tu. baca punya baca. Ehhh, dah abis dah. Nak baca japanese punya thesis punya la merangkak, tapi baca yang student melayu buat, tup2 dah abis..
(Ceee..nada tak puas hati)

Nipis sangat ke thesis ni??Tgk muka surat, bnyak jugak. dalam 30-40 muka surat.
 
Ke thesis ni dalam english?? Tak jugak. Semua kanji je ni. Kanji pun susah2.

Ke banyak gambar??tak jugak. lebih kurang thesis japanese jugak. 

Ke bahasa jepun aku power sangat ni?? 'Power' la sangat..huhu..

Kenapa ek??*garu kepala*

Ke sebab thesis ni, orang melayu yang tulis? Errrr..mgkin la kot. sebab bila ingat2 balik, memng time saya belajar bahasa Jepun ngan sensei Hasparina dan Sensei Rohana time kat JAD dulu, walaupun mereka cakap jepun laju, tapi saya sebagai student mereka ni dapat tangkap apa sensei2 ni nk cakap. Tapi, bila sensei2 jepun yang cakap, kadang2 tu, kita kena fikir blik apa yng sensei tu nk cakap. Sampai saya kena tanya member lain," apa sensei xxx ni cakap??" Hoho..

nk bgi bukti saintifik takde la pulak..cumanya memang mcm tu..mungkin ni sebb sense/instinct orang melayu kot..

Sebut nama sensei bahasa jepun saya tadi, buat saya teringat kat diaorang..
TERIMA KASIH SENSEI HASPARINA DAN SENSEI ROHANA SEBAB MENGAJAR KITAORANG...

Ehhh..apa saya nak citer ni..
Entahlaa...saya nak 'refleksi diri' balik pun dah tak boleh..sbb otak dah slow
Maybe satu je la kot..

JGN BYK KOMEN TAPI BANYAKKAN BERSYUKUR. 

Oklah..eden nak masuk beristirehat dulu..
Letih jugak ber'blog' ni..
 
Semoga entry ni bermanfaat ek..

Usaha atas iman dan amal





Sunday, 8 June 2014

Happy Birthday Faqih

Semalam(08 Jun) adalah birthday adik bongsu kitaorang kat Ube. Kitaorang kat Yamaguchi ni dah ibarat satu keluarga. Sebabnya, bilangan kitaorang pun takde la ramai sangat, sekitar 35 orang je. Lepas tu, campur dengan Malaysian seluruh Yamaguchi prefecture ni, ada la lebih kurang 40 orang kot. Majoritinya, kitaorang tinggal di satu area(Ube), 2-3 orang tinggal di Tokuyama, dan seorang di Yoshida. Yang tinggal kat Ube(termasuk saya) memang best la. Kalau nak gi jalan umah member tu, boleh gi jalan kaki je.Tak payah naik basikal. Dah macam perkampungan Melayu Malaysia pulak. Kalau nak campur dengan student Indonesia, memang dah jadi perkampungan Melayu la jawabnya.

Dah2..citer pasal yamguchi len kali.

Sekarang ni saya nak citer pasal Birthday Boy pulak. Kalau entri sebelum2 ni, saya ada citer pasal majlis kesyukuran teman-teman Indonesia saya, tu pun diaorang dah usia 20 tahun ke atas. Tapi semalam adalah birthday anak kedua pasangan Abang Fudhail dan Kak Dudi. Namanya Faqih. (errr, nama penuh tak sure la pulak). Faqih ni baru je masuk 3 tahun 1 hari(waktu entri ni ditulis). Still kodomo(kanak-kanak). Faqih ni, a very cute boy. Kalau yang saya perasan, muka Faqih ni ikut macam wajah ibu dia, Kak Dudi. Dan abang kepada si Faqih, Umair pulak ikut muka daddy dia, Abang Fudhail. 

Sebagai meraikan 'birthday'nya si Faqih ni, jadinya Kak Dudi dan Abang Fudhail pun buat la sikit majlis Hari Jadi pada malam sebelum. Maybe sebagai acara kesyukuran.Ye la kan, kalau Rasulullah puni, cara Rasulullah sambut hari jadi baginda adalah dengan berpuasa hari Isnin. Jadi bagi kita hari ni, kalau nak puasa pun boleh, dan kalau kita nak buat makan2 pun boleh. Semoga, Allah murahkan rezeki Abang Fudhail dan keluarga. 

Jadi majlis,ni dimulai dengan solat Maghrib berjemaah. Tapi disebabkan tak semua boleh hadir before Maghrib, jadi kitaorang pun solat dengan bilangan yang ada sahaja. 

Sambil menunggu yang lain datang, baru saya sedar yang birthday boy takde, jadi saya tanya abang Fudhail, "mana birthday boy, abang Fudhail?" N jawapan abng Fudhail, "budak-budak ni ada kat rumah orang lain." 
Ye la kan, budak2 kan mesti nak berlari sana, berlari sini. Dan, si ibu pulak sibuk nak prepare hidangan, takut la jugak terjadi apa2 kan. Buatnya terlanggar kuali panas, tak ke sakit budak2 tu nanti.  

Lepas tu, bila dah hampir semua datang, barulah majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk Faqih. Pembaca doa ni, dijemput khas dari Ube Kousen(College Technology of Ube ), Hakim. Oghe Kelate Boh. ..huhu
  Hakim bersama Abng Fudhail

 Lepas hakim baca doa, kitaorang pun mula makan. Yang lelaki makan kat Ruang Tamu, dan yang perempuan makan kat dapur. Menu utama adalah nasi beriani dengan ayam masak merah campur acar sayur.Terbaikkk !!!!Ada lagi nasi impit dengan kuah kacang dan kuah Lodeh (mula2 tu, saya panggil kuah londeh. Tu pun main sebut je sebab ikut orang sebut). Umaiiiiii!!!!!Lagi, time tu ada menu tambahan lain, Lasagna.Marbelessss!!!! Lasagna ni dibuat oleh brother kitaorang merangkap super senior kitaorang yang buat pHd bersama dengan Abang Fudhail. Dari banchelor, master dan sampai sekarang pHd, semua di university yang sama. Azmi senpai. Lagi, kita ada kek pisang coklat dari Nazib. Oishii!!!api saya panggil Najib). Kita jugak ada cupcake, tapi saya tak tahu saper yang buat. Niceee!!!Lepas tu, kita ada puding kiwi dan pisang yang dibuat oleh Hamzah. Besttt!!!Paling best, kitaorang dapat makan kek hari jadi. Yang ni, kak dudi mintak tolong sister kitaorang yang baru jugak kahwin tahun ni, Furqan senpai untuk buatkan kek tu. Sedapppp!!!(dah mengidam nak makan kek lagi. Rindu nak makan kek Malaysia, oh secret recipe..:(..)


cop2...before makan tu, saya teringat yang sebelum kitaorang makan, ada acara tiup lilin oleh Faqih. Mula-mula, Faqih ni tak berapa nak tiup lilin tu, tapi last2 dia tiup jugak. Lepas tu,malu sorang-sorang dengan akak kesayangan dia. Kak Ya.


Si abang kepada Faqih pulak, bila kitaorang tanya bila birthday dia. Dia tak ingat, so dia pun tanya ibu dia. ibunya beritahu dia yang birthday Umair bulan Ogos. Lepas tu, dia tanya kitaorang, "Ogos tu bila?". Haha...takpelah kodomo lagi. 
So, kitaorang explain yang Ogos tu bulan 8. Lagi 2 bulan birthday Umair pulak. 

Majlis ni jugak turut dihadiri oleh Bro Asyraf dari Mesir dan pak Herman dan ibu Laila serta anak2 diaorang dari Indonesia.
 Maybe, Memang sifat orang Arab la kot, diaorang suka kat kanak-kanak. So, bila bro Asyraf ni datang, nampak je Umair terus dia cium kepala Umair. haha.. time tu la, kitaorang dapat tengok tiba-tiba je Umair jadi `budak baik`. Tak melawan dan diam je. Biasa la kan budak-budak.

Last but not least,  saya doakan agar mudah-mudahan Faqih akan jadi anak yang soleh yang akan berbakti kepada Kak Dudi dan Abang Fudhail. Mudah-mudahan, Allah akan sentiasa membimbing Faqih ke jalan kebaikan dan akan dilindungi dari sebarang kejahatan dan musibah. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Untuk Abang Fudhail dan Kak Dudi, (i`m not sure about others, but i think all of us have the same feeling), kitaorang dah anggap  abang Fudhail dan kak Dudi macam abang dan kakak Kitaorang. Umair dan Faqih pulak dah macam adik saya. For all this time, thanks a lot for gave your sincere advice and Hopefully, for next time also, please keep giving us advice. Coz we are still young.

 Untuk Umair dan Faqih(walaupun diaorang mungkin tak akan baca entri ni) you guys are very so lucky, for having so many lovely brothers and sisters here in Ube. 
 
The End

Opsss..last2..

Hari tu, saya tak sempat nak baca doa ni untuk Kak Dudi dan Abang Fudhail serta untuk semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Hari Jadi Faqih tu, jadi saya tulis kat sini.

"Allahumma att`imman att`amani, wasqiman saqaani"
Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberi kami makan, dan berilah minum kepada orang yang memberi kami minum

Faqih yang baju Purple dan Umair yang baju Oren

Saturday, 7 June 2014

Sekarang Ni Waktu Orang Kahwin..

Haha...mesti korang yang baca entri ni, ingat saya nak tulis pasal kahwin kan.. Sorry la ek.. sebenarnya, entri ni bukanlah totally pasal kahwin, cumanya ada sedikit pengalaman atau kisah yang boleh diambil manfaat bagi orang yang akan berkahwin dalam masa terdekat dan juga untuk yang masih belum ada perancangan untuk kahwin.:). .
(Haa..ok la tu, ada sikit kaitan dengan kahwin. Jangan sedih2, just keep going read this entry)

Entri ni sebenarnya bersempena penkhataman pengajian kitab( entri sebelum ini), so kiranya ni siri kedua dan final la kot. 

Pengajian agama saya dan teman2 yang lain bermula ketika kami masih di Malaysia. Waktu itu,saya masih lagi di tahun pertama dan pengajian kami sepenuhnya diadakan di surau Taman Bukit Pelangi(asrama kami). Peringkat awal pembelajaran kami yang hanya mengambil waktu antara Maghrib dan Isyak dan hanya pada hari isnin, guru kami, Ustaz Zamil hanya menekankan pembelajaran ilmu Tauhid(sifat 20) dan ilmu solat. Dan, biasa la kan, kalau lepas kuliah, mesti ada sesi soal jawab. Jadinya, kat tempat kami pun memang ustaz buat sesi soal jawab tu. Saya dan teman2 pun tanya la soalan2 yang kitaorang tak tahu or tak sure pasal ibadat kitaorang. Tapi, nak buat macam mana kan, dah nama pun budak sekolah sains, bab2 agama ni mana la nak ambik kisah sangat. Jadinya, soalan2 yang saya pun bukan2 laa. Maksud saya, soalan yang saya tanya tu basic sangt, dan sepatutnya dengan umur 18 tahun time tu dan dengan status 'budak nak gi study oversea' saya dah tahu pasal ilmu2 fardu ain. Ustaz pun, bila dah anak murid tanya, beliau jawab laa, cumanya hasil dari soalan2 saya, ustaz rasa banyak lagi bab2 fardhu ain yang kami tak settle lagi. jadi ustaz buat keputusan nak bukak kitab fardhu ain( idaman penuntut). Haha, terukkan saya.. tapi alhamdulillah, dengan keprihatinann ustaz tu, Allah bimbing saya ke jalan yng betul. Biar akidah teguh, ibadat diterima, akhlak pun cantik. 
Dalam tempoh 2 tahun belajar, ustaz pun bincang dengan kitaorang sama ada kitaorang setuju atau tak kalau kelas kami tu, ditambah satu hari lagi, iaitu hari Jumaat. Sebbnya, kalau ada 2 hari, lebih banyak yang kitaorang boleh belajar dan lebih banyak kitab yang boleh abiskan. Kitab ni bukan apa sebenarnya, ianya adalah untuk rujukan kita semua. Maknanya, tidak semua perkara kita kena ingat, kalau time berlaku kemusykilan je, kita ada sumber rujukan dan dengan hasil bimbingan guru atau ustaz, insyaAllah kita tak akan salah faham dalam memahami kaedah ibadatt yang betul. Berbalik kepada citer, jadi kitaorangi pun bersetuju dengan cadangan ustaz tu. 
Then, tahun 2012, senior kitaorang mula melanjutkan pengajian mereka di Jepun,  meninggalkan kami sebagai last batch JAD. Maka, dek komitednya senpai2 kitaorang dengan ilmu dunia dan akhirat ni, lokasi pengajian talaqqi kami beralih tempat di sebuah bilik utiliti, yang disediakan oleh pihak Yayasan Mara untuk tujuan kegunaan pelajar JAD(japanese associate Degree).Tujuannya adalah untuk guna internet connection(nak guna skype dan ustream) agar senpai kitaorang dapat  juga join kelas ni. Ustaz pun, beli la kamera komputer. Tengok, besarnya pengorbanan ustaz!!. Guna duit kocek sendiri pulak tu!!!

Jadi, berlalu la tahun  terakhir kitaorang di Malaysia tu macam tu je..

Op..op!!!tunggu dulu!!mana ada 'Macam tu je'.. Time taun last tu la, saya bertunang dan awal next 'year'nya(2013) saya kahwin.

Dah nk masuk dah citer bab kahwin ni..

Saya bertunang time Raya haji(2013), jadi  dalam tempoh sebelum kahwin tu, saya pun gi jumpa ustaz personally lepas kelas tamat untuk mintak ustaz ajar  saya bab nikah kahwin secara individually.  Cuak jugak time tu dan alhasilnya, Tak pasal2 sayankena tegur ngan ustaz.

'What the hell man'(emo pulak kena marah ngan ustaz)
 
Haha..takdenya saya nak emo macam tu, hati saya ni lembut je..hihi(perasan lebih)

Sebenarnya, Time kena tegur tu, saya takde la melenting, sebab saya faham kenapa ustaz tu tak berapa suka dengan keputusan saya nak kahwin awal tu.  kata-kata ustaz tu, sampai hari ni saya ingat "kenapa dah nak kahwinnya? Tumpukan belajar dulu fardu ain ni.."(lebih kurang mcm tu la kata-kata ustaz). Saya pun senyum je la. Hampir terdiam..

 Saya gi jumpa ngan ustaz untuk mintak nak beljar individually ngan ustaz tu sebab saya sedar yang time tu, ilmu bab nikah kahwin dah jadi fardu ain atas saya, sebab saya dah nak kahwin. Kalau saya kahwin lambt lagi, memang tak rajin saya nk beljar bab ni. Ye ke.. ?? Fikir balik kata-kata ustaz tu betul jugak, sebabnya nnti bila dah kahwin, segala urusan fardhu ain isteri kita akan jadi urusan kita. Bab haid, nifas, kesucian(thaharah) isteri kita perlu kita ambil berat. Kalu isteri kita dah tahu, suami tu akan ringan sikit bebanannya, tapi kalau isteri tak tahu, suami bertanggungjawab untuk ajar isteri atau paling kurang pun hantar isteri ke kelas2 agama. 

Okey tutup dulu bab kahwin, kita sambung sikit lagi pasal citer pengajian kitaorang.(saya try ringkaskan)

Kemudiannya, setelah setahun berlalu, maka tibalah masa untuk saya dan teman2 yang lain pula untuk melanjutkan pelajaran kami ke Jepun. Disebabkan, sudah tidak ada junior dan tidak ada penduduk Taman Bukit Pelangi yang join program kuliah ini, kecuali seorang. Ustaz buat keputusan untuk kendalikan online kuliah ni di rumahnya. Kali ini, pengajian kitaorang sepenuhnya diteruskan menggunakan internet, melalui skype dan juga ustream. Guru di Malaysia, anak murid di Jepun.

Sehingga hari ini, alhamdulillah di bawah bimbingan alFadhil Ustaz Zamil, saya dan teman2 telah menkhatamkan 4 buah kitab termasuk Kitab Pelita Penuntut(entri sebelumnya). 
1. Misbahul Munir(kitab tauhid-sifat 20)

2. Munyatul Musolli( kitab panduan solat-detail)
3.Faridhatul Faraid(kitab tauhid-sifat 20)
4. Kitab Idaman Penuntut(tasawuf-akhlak)


Oleh kerana pengajian kami 2 hari seminggu, pengajian hari Jumaat akan diteruskan dengan pengajian kitab Pelita Penuntut(adab belajar dan mengajar) serta Kitab Idaman Penuntut jilid 2 bab muamalat(jual beli). 
Untuk pengajian hari isnin, pengajian diteruskan dengan Kitab Idaman Penuntut Jilid 1 ( fardu ain- detail) dan Kitab Idaman Penuntut Jilid 2( bab nikah kahwin)

Yeayyy!!!bab nikah kahwin tu...




Sebenarnya, tajuk entri tu, adalah kata-kata dari ustaz Zamil(lebih kurang mcam tu la). Sebabnya, senior2 kitaorang dah graduate dan ustaz faham jiwa anak muda ni. Memang abis je belajar, memang waktu2  untuk mendirikan rumah tangga la semua ni. Jadinya, untuk menyediakan ilmu yang cukup dalam mendirikan rumah tangga ustaz Zamil pun sediakanlh medium pengajian. 

Sob2..orang lain dapt belajar bab nikah kahwin macm tu jer.. Tapi, saya siap kena tegur lagi.:'(

Haha..mengaderrr

End of stori-mori

Ya Allah, berkatilah  para alim ulama kami dan guru-guru kami. Jadikanlah diri kami sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh dan juga guru kami, kerana hampirnya kami kepada mereka menghampirkan kami kepadaMu dan Rasulullah saw. Amiinn

Untuk yang ingin mengikuti pengajian boleh ikuti melalui 
Ustream; taip Tallaqqi ustaz Zamil
Skype; (kena friend dengan admin dulu)

Waktu(setiap isnin dan jumaat): 
Malaysia: sekitar jam 8 mlm
Jepun: sekitar jam 9 mlm

Khatam Sudah!!!

Alhamdulillah walhamdulillah...
Tanggal 2014 Jun 06(sekitar jam 10 mlm), saya dan teman2 yang lain, telah tamat pengajian Kitab Penawar Bagi Hati di bawah pimpinan dan talaqqi bersama guru kami, Yang Dimuliakan Ustaz Zamil. 

Kami telah memulakan pengajian Kitab Tasawuf ini bermula penghujung tahun 2012(Disember). 

 Kitab ini merupakan karangan Sheikh Abdul Kadir bin AbdulMutalib sekitar tahun1387 hijrah. Menjadikan kitab ini, berusia hampir 30 tahun.

Selepas mengkhatamkan kitab, ustaz Zamil  mengetuai bacaan alFatihah sebanyak 3 kali untuk disedekahkan kepada pengarang kitab ini. Setelah itu, diteruskan dengan doa untuk pengarang dan kami semua.

Guru-guru Ustaz Zamil untuk kitab Penawar Bagi Hati
1. Ustaz Darul Zaman
2. Ustaz Shaari
3. Ustaz Muhathir . Ustaz Muhathir belajar dari Tuan Guru Haji Soleh. Manakala Tuan Guru Haji Soleh berguru dari Tuan Syeikh Abdul Qadir(pengarang kitab ni)

Rumusan ringkas mengenai kitab ini
Kitab ini merupakan sebuah kitab tasawuf(akhlak). Pengarang kitab(Syeikh Abdul Kadir) membahagikan kitab ini kepada 2 bab besar iaitu, bab pertama menyentuh berkaitan 7 anggota badan manusia. Mata, telinga, lidah, perut, faraj, tangan dan kaki. Bab kedua berkaitan 10 sifat mazmumah yang menjadi ibu segala sifat mazmumah yang banyak. 

Pentingnya ilmu tasawuf(akhlak) ini, sehingga ianya menjadi salah satu ilmu FARDU AIN yang harus dipelajari setiap umat Rasulullah saw.
Mafhum hadis Rasulullah saw, ada manusia yang dimasukkan ke dalam syurga padahal amalnya sedikit, semata-mata hatinya baik. Subhanallah!!!

Ya Allah, pencantikkanlah amalku sebagai mana engkau telah mempercantikkan jasadku. Ampunilah aku dan seluruh umat ya Allah kerana buruknya akhlak kami. Janganlah Engkau tangguhkan hidayahMu kepada orang Yahudi, orang Kristian, orang Cina, orang India, orang Shiah, orang Jepun, orang Asli dan seluruh umat Nabi saw kerana burukNya Akhlak kami. Amiinn

P/s: untuk next entri, saya nak citer sikit pasal bermulanya era "pencerahan" dari zaman "huahua". Stey tune!!^_^






Thursday, 5 June 2014

Cantiknya Kuku Awak


Semata-mata nk bagi ada gambar original, terpaksa ambil gambar jari sendiri. Hihi.

Hari ni hari jumaat. Penghulu segala hari. Banyak sangat amalan yang digalakkan untuk buat pada hari ni. Kalau saper2 yang ada berpeluang untuk jumpa atau paling kurang dapat dengar kuliah dalam youtube ustaz-ustaz tasawuf, macam Syeikh Nuruddin, kita akan dapat dengar penekanan dari para orng soleh ni untuk memuliakan hari Jumaat. Sangat-sanagt diberi penekanan. Saya pernah dengar tausiah dari Syeikh Nuruddin melalui radio ikim, sewaktu saya belum datang ke Jepun. Disebutkan oleh Syeikh Nuruddin time saya dengar tu mengenai hari Jumaat.

So,pada hari ni, saya nak share satu amalan yang simple tapi digalakkan untuk buat pada setiap hari jumaat. Semoga saya terutamanya dapat istiqamah untuk amalkan dan korang pun dapt sama-sama amalkan.

Minggu ni, saya nak share pasal memotong kuku.

Simple kan??

Walaupun amalan ni simple, tapi kalau kita amalkan ikut cara Rasulullah saw kita dapat pahala. Besar pahalanya!!. Mafhum hadis nabi, kalau kita menghidupkan sunnah baginda ketika zaman kerosakan umat, maka ganjarannya baginya 100 orang mati syahid. Ada riwayat lain mengatakan 1 orang mati syahid. So, nanti kalau kita dah berkeluarga, boleh la ajarkan amalan ni kat isteri dan anak-anak.

Bab potong kuku ni, saya nak listkan sunnah beberapa sunnah mengenainya.

1. Digalakkan Memotong kuku pada Isnin, Khamis, atau Jumaat
(Saya lebih menggemari memotong kuku pada hari Jumaat)

2. Potong kuku pulak, ada urutan dia tau. Kalau ikut suka potong kuku jari mana dulu pun, tak berdosa, cumanya, alang-alang dah nak potong kuku, biar la berpahala. Istilah jepunnya,'sekkaku' (alang2) :^_^:
Urutan cara pemotongan kuku oleh Rasulullah saw ada 3 style. Tapi saya hanya ingat 2 style dan saya lebih suka amalkan satu style je. ( kadang2 je tukar style potong kuku)

a). Bermula dengan tangan kanan; jari telunjuk, jari hantu, jari manis, dan jari kelingking. Lepas tu, teruskan dengan tangan kiri; jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk, ibu jari. Last sekali, teruskan dengan ibu jari tangan kanan.
Boleh rujuk gambar ni. Sumber gambar, http://cadenkilby.blogspot.jp/2013/03/finger-prints_5.html


b). Bermula dengan tangan kanan; jari telunjuk, jari hantu, jari manis, dan jari kelingking. Lepas tu, ibu jari tangan kanan. Kemudian, tangan kiri; jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.

Boleh rujuk gambar ni. Sumeber gambar, http://cadenkilby.blogspot.jp/2013/03/finger-prints_5.html


3. Kuku jari kaki pun ada urutan nak potong jugak. Cumanya, setakat pembacaan saya, saya hanya menjumpai satu je urutan sunnah pemotongon kuku jari kaki nabi saw.
-Bermula dengan kaki kanan; jari kelinking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Next, kaki kiri; ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan  jari kelingking.


Boleh rujuk gambar ni. Sumber gambar, http://www.123rf.com/photo_23659447_feet.html


*saya baru sedar yang saya tak tahu nama panggilan untuk jari2 kaki. Huhu..
Nanti, kalau siaper2 yang berpeluang untuk jumpa mana-mana ustaz, boleh rujuk mereka untuk mendapatkan kepastian mengenai entri saya ini. Kalau saya ada silap, sila betulkan saya.

Selamat beramal.
Usaha atas iman dan amal

It's Coming Again 6

It is about Ramadhan. May Allah swt give us taufik and hidayah to improve our iman dan amal.
Kecantikan bunga datang dari Allah. Maka, kemuliaan Ramadhan juga datangnya dari Allah.

Daripada Hazrat Abu Hurairah ra Rasulullah saw telah bersabda,"3 orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam(pemerintah) yang adil dan doa seorang yang dizalimi. Allah swt akan mengankatnya ke atas awan dan dibuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah swt akan berfirman," Demi kemulianKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika(demi sesuatu muslihat).