Wednesday 15 October 2014

RezeKiku yAng BerKuraNg

Alhamdulillah..hari ni, saya secara officialnya telah berumur 22 tahun. Yang tu kalau ikut kalendar masihi la kan. Kalau ikut kalendar hijrah, saya dah berusia 22 tahun lama dah. Lagi beberapa bulan dan nak masuk umur 23 tahun dah..By the way, saper yang nak check tarikh lahir dalam bulan hijrah boleh click TARIKH LAHIRKU ni.

sepanjang 22 tahun saya hidup ni, saya rasa dah banyak juga laa sambutan yang pernah dibuat sempena befday saya, cuma yang selalu bermain2 kat dalam otak saya ni, ada laa beberapa kali sahaja. memang melekat lah sampai sekarng..

First yang saya ingat, bila time saya sekolah rendah. Time tu, abah dan mama saya hadiahkan saya sejadah. Sambutan makan kek bagai tu takde la, sekadar dapat hadiah macam tu jerr..Kaler sejadah tu hampir2 warna pink(tak tahu nak describe macam mana). Walaupun agak frust time dapat hadiah tu, tapi ada la jugak perasaan happy. Ye la kan, lagi nama budak, mesti la nak adiah mainan ke, gameboy ke, playstation ke. Part yang hepi tu, At least, saya ada sejadah yang memang milik saya punya, padahal kat umah saya tu berlambak sejadah. Banyak sangat, macam2 kaler dan corak ada.

Kenangan saya yang kedua adalah, bila saya kat sekolah menengah. Time tu dah form 5. Waktu befday saya tu, saya ada kat sekolah, kat asrama. nak gi makan2 kat luar tak boleh. Jadi, saya puasa la hari tu..siang tu macam biasa laa, cuma lepas dah abis makan supper kat dewan makan, saya naik asrama nak masuk tidor, tapi Allah maha kuasa, saya tak ingat sama ada saya yang pergi masuk bilik kawan saya atau saya diajak masuk, hampir semua kawan sekelas saya ada kat sini dan mereka tengah makan2. Makan kek pisang je pun, tapi entah kenapa saya rasa yang seolah2 Allah sedang menyambut befday saya. Balik bilik tu, memang saya hepi la malam tu...

The last one yang saya boleh ingat, taun lepas laa..bila birthday saya disambut oleh isteri saya. taun lepas adalah pertama kali saya menyambutnya dengan isteri saya. Cuma, berbeza sikit dari cara biasa. Disebabkan saya duduk jauh dari isteri, dan time befday saya tu, saya dah berada di jepun balik(lepas cuti), isteri saya dah siapkan kek dan hadiah lebih awal lagi untuk saya. Dibuat kek dan diambil gambar dan diletakkan gambar tu dalam satu kotak bersama hadiah baju. Maknanya, kek tu saya tak makan, sekadar tengok je laa..ISteri saya pesan untuk jangan bukak hadiah tu sampai la tarikh 16 Oktober 2013. Baju tu, dah agak kecik sikit. huhu..cepat sangat membesar saya ni..

Tu la lebih kurang kenangan saya dengan birthday..

korang pun masing2 pasti ada kenangan tersendiri, cuma sikit lagi yang saya share. sejak saya pandai guna otak ni, ada la beberapa ketika yang saya berharap sangat biar Allah tarik nyawa saya awal2. Stress punya pasal. Nak lari dari masalah. Tapi tu la, nampaknya Allah tak perkenankan doa saya ni. Wallahua'lam, apakah hikmahnya, tapi mesti Allah nak saya terus maju ke depan. cari kebaikan manusia. Cari khazanah akhirat. Lagipun, fikir balik memang saya tak bersedia nak mati sebnarnya. Kalau dengan keadaan saya (iman dan amal)sekarang, insyaAllah tak lepas nnti kat akhirat.

Sebb tu, keinginan saya sekarang, disebabkan saya pun dah kawen, saya nak bawak diri saya, isteri saya, dan baby2 yang bakal lahir nnti sebagai orang yang kaya kat akhirat nnti. Saya pun sayang keluarga saya, mama-mama saya, abah saya, We(panggilan untuk bapa mertua) saya dan adik beradik serta ipar2 yang lain, jadi semoga Allah jadikan saya sumber hidayah buat semua.

Semoga saya balik jumpa Allah, dalam keadaan bumi menangis, langit bergembira.
Btw, thanks to my mom, sebab melahirkan saya..dan erima kasih untuk abah saya, sebab membessarkan saya...

Rezekiku yang berkurang=Umur makin pendek=Selamat Hari Lahir

USaha AtaS Iman & Amal

p/s: Taun ni tak dapat nak puasa time befday, sebab saya ada majlis makan2 dengan member satu lab. Tak nice la nnti, kalau saya puasa.
 
Btw, thanks to my mom, sebab melahirkan saya..

No comments:

Post a Comment