Wednesday 8 October 2014

Kisah Si Keldai..

Malam ni, alhamdulillah saya dan rakan2 yang lain berpeluang untuk buat solat sunat Gerhana Bulan. Kalau nak kata, ni first saya buat tak jugak, sebab time saya sekolah menengah dulu pernah jugak buat ramai2, tapi masa tu tak tahu apa la..dari segi ingatan, saya pun dah tak ingat time tu saya solat macam mana,  apa yang melekat kat dalam otak saya sekarang ni hanyalah bila saya dah kat tangga masjid sekolah, jadi duk berebut nak tengok gerhana matahari tu pakai filem kamera..Tak nampak pun..

tapi Alhamdulillah, untuk gerhana bulan malam ni..saya dapat tengok ngan jelas detik2 bulan tu menghilang..first time tu beb..!!

oklah, tu serba sedikit laa apa yang berlaku malam ni..tapi bukan tu yang saya nak citer..saya nak citer pasal keldai..Kisah Benar.. mula2 saya dengar citer ni bila saya bukak video Ustaz Nazrul Nasir..then, second time saya dengar bila saya bukak video youtube Ustaz Johari (Maulana Johari)

Kisah ni pasal seekor keldai yang namanya Ya'bur. Keldai ni jatuh kepada tangan Rasulullah dalam peperangan Khaibar sewaktu pembahagian harta Ghanimah. Bila Rasulullah berada dengan keldai itu, berlakulah perbualan.

Rasulullah:Apa nama kamu? 

Keldai: Nama aku Yazid

Rasulullah: Bukan, tapi nama kamu adalah Ya'bur.Apa kisah kamu sebelum ini.?

Keldai: Dulu, aku ni adalah milik seorang yahudi. Dia selalu menyakiti aku, dan aku pula selalu menjatuhkan dia. Aku adalah keturunan yang ke 100. Semua nenek moyang aku ditunggang oleh nabi2, aku je yang malang ditunggang oleh Yahudi. Tapi, hari ini, aku sangat bertuah kerana aku telah jatuh ke tangan Nabi akhir zaman. 

Pernah juga Rasulullah tanya kepada Ya'bur,
Rasulullah: Ya'bur, kamu nak bini(pasangan) tak?

Keldai: aku tak berhajat kepada keldai betina, memadailah aku menjadi tunggan Nabi akhir zaman.

Apabila Nabi wafat, Ya'bur secara nalurinya dapat tahu akn kewafatan baginda. Paginya termenung ke arah timur. Petangnya termenung ke arah barat sambil mengalir air mata.

Last sekali, Ya'bur telah pergi terjun ke dalam sebuah telaga dalm kebun tamar milik seorang sahabat  kerana tidak dapat menahan kerinduan terhadap Rasulullah saw..

Ya Allah, kasih seekor keldai kepada Nabi Muhammad.

Adakah kita kasih dan cinta kepada Rasulullah sebegitu rupa?Tepuk dada, tanya iman

Usaha atas iman dan amal

No comments:

Post a Comment