Sunday 26 October 2014

Kisah Seterika

Catatan 22/10/2014
Semalam saya tak dapat tidur. Ingat nak tidor awal, sebab hari ni saya ada mid-presentation untuk research saya. Alang2, tak boleh tidor tu, saya pun bangun dari katil untuk gosok baju untuk presentation hari ni. Sebab takut nanti kelam kabut.

Saya bab2 gosok baju ni, memang leceh sikit. Tak mahir. Kalau orang ambik masa 5 minit, saya boleh ambik masa 15-30 minit. Perfectionist sangat. Saya pantang tengok tempat yang saya dah gosok tu berkedut balik, walaupun sikit, mesti saya nak gosok balik.

Semalam pun, rasa dekat setengah jam jugak gosok baju ngan seluar sahajer. Fuhhhh!!!
Time tu la, saya terfikir pasal nak buat entri ni…sebabnya apa tau, saya terfikir yang saya ni gosok baju sebab saya duk jauh ngan isteri saya, kalau isteri saya ada ngan saya, memang insyaAllah saya suruh isteri saya gosok.

Cumanya,ada masalah sikit. Saya ni jenis yang tak suka mengarah2 orang. Saya kalau boleh tak nak jadikan kerja2 rumah tu sebagai kerja wajib isteri. Setakat yang saya tahu, semua tu bukan tugas isteri. Memasak, kemas rumah dan lain2. Tugas isteri hanya layan suami dan jaga kehormatan diri.

Mungkin sbb dah jadi adat, bila perempuan kawen je, kena buat segala-galanya untuk suami. Tapi, kena ingat tak bermakna hakikat tanggungjawab sebenar tu akan berubah.

Tapi..Tu la pasal, bayangkan kalau nanti saya (or kita)dah kerja, hari2 nak gi kerja nak kena gosok baju atau apa2 pun dan benda2 tu saya(or kita) tak suka sangat dan isteri pulak tak datang tolong, atau paling kurang offer nak tolong,  baik tak payah kawen. Bila kita kwen, seharusnya, beban2 itu berkurangan. Otak kita dah tak jadi satu, tapi jadi dua. Masalah suami adalah masalah isteri. Masalah isteri adalah masalah suami.

Orang laki ni, sifat kitaorang lasak. Takder umah, makan kicap ngan telur hari2 pun takde masalah. Tapi bila masuk bab perempuan, kitaorang tak akn sanggup tengok isteri hidup susah. Sebab tu, ada orang yang kerja teruk2. Sebab tu, (kalau mampu) orang perempuan kena tolong suami. Dan memang sifat orang wanita, tak suka suaminya susah, dan pasti mereka akan tolong..=)

Bukan setakat kerja rumah. Semua benda. Dari bab masak, hinggalah bab kewangan. Sebab,hakikat sebnarnya dalam pandangan saya, setelah berkahwin, Duit suami tu duit isteri. dan Duit isteri tu duit isteri. Oleh kerana itu, isteri kenalah mudahkan urusan suami.

Tak adil kalau saya tulis entri ni nak menangkan orang laki jer kan. Kita sebagai suami, bila isteri dah tolong kita, maka kita kena hargai. Tak payah orang perempuan ni, kalau ada 3 ringgit pun dh boleh beli bunga ros palsu sebatng dan bagi dekat dia sbgai tanda perhargaan dan kasih sayang. Kalau takde duit, berikan ciuman di pipi pun dah cukup, dan ucapan terima kasih. Inilah sifat orang perempuan yang perlu difahami iaitu nak dihargai untuk terus memberi

 A’la kulli hal, semuanya berbalik pada percaturan Allah.

Usaha atas Iman dan Amal.
p/s: saya sengaja ‘highlight’ kan, pasal kewangan tu, sebab ramai orang yang kawen muda dan kewangan boleh jadi isu dalam rumah tangga.


No comments:

Post a Comment