Monday 13 October 2014

3 Sahabat yang Berkelana

hari ni,stress betul..stress sebb tak buat apa2..nak buat assignment, mood tak mari. nak mengarang entry baru, takde feel. nak memasak, malas. maybe, sebab banyak benda kot yang nak kena settlekan dalam minggu ni jugak...research presentation, task presentation, dan research tu sendiri.

tengah2 berfikir nak tulis apa dalam entry kali ni, saya teringat pasal satu citer yang saya baru baca dalam sebuah kitab. Saya nak salin balik je word by word dan insyaAllah takkan ubah sedikit pun dari tulisan asal kisah ni., sebab kitab ni ditulis dan dialih bahasa oleh orang2 soleh(ulama).

sedikit komentar pasal kisah ni, secara personally, saya menganggap ianya sebuah citer yang kelakar(pada part awal2) dan sedih(pada pengakhiran) dan sebuah renungan untuk saya dan kita semua..

Sebelum menjadi khalifah, Hazrat 'Umar ra juga menjalankan perniagaan. Setelah dilantik menjadi khalifah, bantuan kewangan dari Baitul Mal telah ditentukan untuk beliau. Beliau telah mengumpulkan orang ramai di Madinah dan berkat kepada mereka," Dahulu saya berniaga, sekarang kamu telah menyibukkan saya dengan urusan ini. Sekarang ini bagaimana hal saraan saya?"

Orang ramai telah mencadangkan pelbagai kadar wang untuknya tetapi Hazrat 'Ali ra berdiam diri sahaja. Hazrat 'Umar ra bertanya," Apakah pendapat kamu?"

Hazrat 'Ali ra berkata," Ambillah kadar sederhana yang mencukupi keperluanmu dan ahli keluargamu."Hazrat 'Umar ra menyukai cadangan tersebut dan terus menerima cadangan itu. Oleh kerana itu, satu jumlah yang sederhana telah ditetapkan untuk beliau.

Selepas beberapa lama, dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Hazrat 'Ali ra, disamping Hazrat 'Uthman ra, Hazrat Zubair ra dan Hazrat Talhah ra perbincangan dibuat untuk menambah wang saraan Hazrat 'Umar ra kerana kehidupan beliau yang sempit. Walau bagaimanapun, mereka tidak berani menyampaikan sendiri perkara ini kepada beliau. oleh kerana itu, mereka telah berjumpa Hazrat Hafsah r.anha anak perempuan Hazrat 'Umar ra. Beliau juga merupakan Ummul Mukminin kerana telah menjadi isteri kepada Rasulullah saw. Melalui Hazrat Hafsah r.anha mereka berusaha untuk mendapatkan keizinan dan pendapat Hazrat 'Umar ra. Mereka juga telah berpesan supaya nama-nama mereka tidak diberitahu kepada Hazrat 'Umar ra.

Apabila Hazrat Hafsah r.anha mula menyebutkan perkara itu kepada Hazrat 'Umar ra, maka telah lahir tanda-tanda kemarahan pada wajah beliau. Beliau telah bertanya nama-nama mereka.Hazrat Hafsah r.anha berkata," Nyatakan pendapat ayahanda terlebih dahulu?"

Hazrat 'Umar ramenjawab," Sekiranya aku tahu nama-nama mereka pasti aku akan ubah wajah-wajah mereka."(Yakni aku akan denda mereka sehingga kesannya jelas pada wajah mereka.)Engkaulah yang boleh menceritakan apakah sebaik-baik pakaian Nabi saw di rumahmu?"

Hazrat Hafsah r.anha berkata,"Dua kain yang kemerah-merahan yang Baginda saw pakai pada hari jumaat atau ketika menyambut rombongan."

Kemudian beliau bertanya," Apakah makanan yang terbaik dimakan oleh Baginda saw di sini?"

Jawab Hazrat Hafsah r.anha,"Makanan kami ialah roti daripada barli. Pada suatu kali saya telah menyapukan roti yang masih panas dengan saki baki minyak sapi. Rasulullah sendiri memakan roti itu dengan lazat dan menghulurkan roti itu kepada orang lain."

Hazrat 'Umar ra bertanya lagi,"Apakah hamparan tidur yang terbaik yang kamu hampar untuk Nabi saw?"

Jawab Hazrat Hafsah r.anha," Sehelai kain yang agak tebal. Pada musim panas saya hampar  kain itu berlipat empat dan pada musim sejuk separuh digunakan untuk hamparan dan yang separuh lagi sebagai selimut."

Hazrat 'Umar ra pun berkata," Hafsah! Sampaikan kepada mereka bahawa Rasulullah saw telah menentukan satu cara hidup melalui bentuk amalan Baginda saw dan berpada dengan harapan akhirat. Perumpamaan daku dan dua rakanku Rasulullah saw dan Abu Bakar ra ialah seperti tiga orang yang melalui satu jalan. Orang pertama telah memulakan perjalanannya dengan membawa satu bekal dan telah sampai ke destinasinya. Orang kedua pun telah mengikut orang yang pertama, berjalan di jalan orang pertama dabn telah sampai ke sisinya. Kemudian orang yang ketiga memulakan perjalanan. Sekiranya dia berjalan di atas jalan mereka maka dia akan bertemu dengan mereka. Sekiranya dia berjalan di jalan yang lain daripada jalan mereka, tidak mungkin dia akan bertemu dengan mereka."(Ashar) 

Semoga setiap daripada kita diberi taufik dan hidayah untuk berjalan di atas jalan yang sama.. 
I Miss Rasulullah saw.

Usaha atas Iman dan AMal..

No comments:

Post a Comment