Friday 17 October 2014

Masa Depan

beberapa minggu sebelum ni, saya ada ke ATM dekat ngan umah saya untuk bank in kan duit sewa rumah. Kebetulan, saya bertemu dengan kawan saya.  Saya tanya dia,
"Kau tak pergi lab ke..?"

"Dah siap dah jikken(eksperimen) aku.."

"Perghhh!!cepat gilerr..."

"Kau nampak je aku macam ni, nampak macam tak buat apa2, tapi aku pun ada pikir masa depan jugak..."

waktu tu, dalam hati saya, "kenapa ngan masa depan bagai pulak ni.."

haa, lebih kurang macam tu la conversation kitaorang hari tu...

Lepas tu, beberapa hari yang lepas, dah lebih kurang seminggu kot, ada sekali tu punya la susah saya nak tidor malam. Padahal dah lewat dah. Golek sana. Golek sini. Macam2 posing saya dah buat.
Semuanya gara-gara sebab pikir masa depan. serabut bukan main. Pikir nak bawak balik kereta. pikir nak sambut baby lagi. plus, duk pikir pasal kerja lagi. Kat2 sejam jugak rasanya.

macam2 perasaan datang time tu. Nak salahkan orang tu la. orang ni la. Menyesal tu la. Menyesal ni la..'kalau' tu la, 'kalau' ni la..

last2 sekali apa saya buat, saya try baca selawat. Memang berat mulut nak baca tu, tapi saya paksakan jugak. Kali ketiga or keempat saya selawat, saya dah mula rasa hanyut, stress2 tu semua dah hilang. Saya teruskan jugak baca selawat tu, samapai kali keenam saya baca terus lena..

Kesimpulannya, memang manusia ni, kalau kita duk pikir masa depan kat dunia ni, memang tak akan pernah abis. Stress memanjang. Sebab tu, nabi ajar kita balik kepada agama. Sama macam kes saya susah nak tidur tadi. Selawat je terus tidor.

Satu lagi, macam kisah saya ngan kawan saya tu, dia, saya dan kita semua plan masa depan kita kat dunia macam2, tapi kat akhirat, kat tingkat syurga mana kita nak duduk, rumah besar mana kita nak,hari first masuk syurga kita nak buat apa, kita dah plan dah ke...yang penting lagi, macam mana nak masuk tu haa..

untuk peringatan diri saya jugak,.
Rasulullah saw membaca ayat ke-20 surah as-Syura lalu bersabda bahawa Allah swt telah berfirman,"Wahai Anak Adam, lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu,Aku akan memenuhkan dadamu dengan kekayaan dan Aku akan menghapuskan kemiskinanmu.Jika tidak, Aku akan memenuhkan dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghapuskan kemiskinanmu."

Usaha Atas Iman dan Amal.



No comments:

Post a Comment