Saturday 4 October 2014

Ber'korban' ke KIta ni..?

Selamat Hari Raya Aidiladha semua..
Saya rasa, raya haji tahun ni mesti meriah kat Malaysia. Sbb, raya haji jatuh pada hari ahad, dan kebanyakan orang akan dapat cuti pada hari isnin. Ramai la yang akan pulang ke kampung halaman masing2..

untuk saya pulak, tahun ni adalah tahun kedua saya beraya kat Jepun. Nak kata sedih tu, tak la sedih sebb raya haji je pon..cuma rugi sikit la tak dapat nak merasa daging local..bestt wooo..bau daging pun dah lain macam..

Keluarga saya ni, keluarga yang besar. Mak sedara dan pak sedara ramai. tiap2 taun, memang meriah la raya ni.. dan memang tradisi, saya dan abang2 saya yang lain akan main bahagian perut. Main ngan taik2 lembu tu memang saya dah biasa sangat..huhu..

Dan bab2 khutbah rayer nih..dah boleh hafal la kot apa yang tok imam tu nak bagitau..alih2 mesti ada citer pasal Nabi Ibrahim yang nak sembelih Nabi Ismail..tapi khutbah hari ni,(kat tempat saya), memang nice...terbaik ah untuk khatib khutbah saya hari ni....tak sentuh langsung pasal Nabi Ibrahim, tapi content khutbah sentuh pasal perpaduan..siap bagi cara lagi...Siap citer pasal sahabat Abu Talhah(jarang nak dengar citer sahabat2 dalam khutbah, seriously!!!)

haha..tu cerita rayer saya...tapi apa yang saya nak bangkitkan kat sini..betul kita dah ber'korban'..? Walaupun ada yang kata saya dah ambik 1 bahagian lembu or seekor kambing. Bagi saya orang tu masih belum berkorban..

Bagi saya, Kita ni sebenarnya penipu. Kita sebenarnya sedang tipu diri kita. Orang yang berkorban adalah orang yang akan rasa keperitan dalam buat sesuatu. Ada orang yang 'berkorban' lembu, tapi sebnarnya adalah sebb adat setempat. Nak rasa feel raya punya pasal.!!!Daging tu pulak, sepatutnya dibahagi-bahagikan, kita ambik kat kita semua pulak..

Dalam bab raya korban, kita cukup faham.. tak payah nak ajar. Nak sembelih lembu dan sebagainya. Tapi, pasal bab lain kita buat2 tak faham. berapa banyak amalan agama dan sunnah yang kita tak buat. fikir-fikirkanlah. Tidur, makan, pakai baju, buang air pun kita malas nak ikut agama(sunnah Nabi). Kita tak pernah Berkorban!!!!!

Usaha atas Iman dan Amal

p/s: Terfikir nak buat akikah bila  untuk taun depan. Time raya haji ke sebelum tu lagi..huhu..Tak sabar..

No comments:

Post a Comment