Sunday, 26 October 2014

Kurma Daging yang Sodap!!!

Assalamualaikum semua.
Beberapa hari yang lepas, saya ada buat kurma daging. Saya buat ni bukan untuk saya, tapi nak bagi dekat jiran saya, Dato Hashim dan family. Dato Hashim ni sebenarnya ikut isteri dia datang attachment kat hospital di Jepun ni untuk tempoh 3 bulan. Kebetulan( in other word; qada’ qadar Allah) , kena di hospital university  saya. Isteri beliau ni dr pakar mata dekat Hospital USM kat Kelantan.

Alang2 dah memasak tu, saya bagi la jugak sikit untuk member saya yang lain, yang jugak baru datang tapi saya terlupa pulak nak jamu kawan saya ni.HOHO, gomen ne..

Sebenarnya, saya tak mahir sangat nak buat gulai kurma daging yang sedap, jadi saya pun google la kot2 ada resepi yang sedap dan senang.  Jadi, hasil google tu, saya belajar dari blog DARi Dunia Dapurku dan saya ubahsuai sikit ikut bahan yang ada. Maklumlaa duk sorang2, walaupun dah kawin.

Alhamdulillah, sedap sangat(ikut tekak saya laa)!!..opsss, bocor rahsia saya makan jugak..huhu..=)

So,ni dia resepinya, 


Kurma daging
Oleh: Abu Umar

bahan2

Daging setengah kilo
Rempah kurma (1 dan ¾ sudu besar)
Bawang besar( 1 biji )
Bawang putih(3 biji)
Halia (1 inci)
Santan (satu cawan)
Rempah ratus(kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
Asam keping(1 keping)

Cara2
  1. Tumiskan rempah 4 beradik hingga naik bau.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masak
  3. Masukkan rempah kurma dan masak untuk 1-2 minit, Jangan terlalu lama taknak bagi hangit rempah kurma
  4. Masukkan daging dan gaul sebati dan biarkan untuk tempoh 8-10 minit, supaya air daging keluar
  5. Masukkan santan. Kadar santan tu, sesuaikan dengan kuantiti rempah dan daging, Kalau terlebih santan, warna dia akan jadi muda sangat.
  6. Masukkan asam keping.
  7. Masukkan air satu gelas.
  8. Masukkan gula nise.
  9. Rasakan dengan garam dan gula.
  10. Masak hingga jadi pekat, atau ikut keinginan hati kadar kepekatan.

Usaha Atas Iman dan Amal
p/s:gambar ni saya ambik guna kamera laptop, jadi kurang menarik jadinya..

Kisah Seterika

Catatan 22/10/2014
Semalam saya tak dapat tidur. Ingat nak tidor awal, sebab hari ni saya ada mid-presentation untuk research saya. Alang2, tak boleh tidor tu, saya pun bangun dari katil untuk gosok baju untuk presentation hari ni. Sebab takut nanti kelam kabut.

Saya bab2 gosok baju ni, memang leceh sikit. Tak mahir. Kalau orang ambik masa 5 minit, saya boleh ambik masa 15-30 minit. Perfectionist sangat. Saya pantang tengok tempat yang saya dah gosok tu berkedut balik, walaupun sikit, mesti saya nak gosok balik.

Semalam pun, rasa dekat setengah jam jugak gosok baju ngan seluar sahajer. Fuhhhh!!!
Time tu la, saya terfikir pasal nak buat entri ni…sebabnya apa tau, saya terfikir yang saya ni gosok baju sebab saya duk jauh ngan isteri saya, kalau isteri saya ada ngan saya, memang insyaAllah saya suruh isteri saya gosok.

Cumanya,ada masalah sikit. Saya ni jenis yang tak suka mengarah2 orang. Saya kalau boleh tak nak jadikan kerja2 rumah tu sebagai kerja wajib isteri. Setakat yang saya tahu, semua tu bukan tugas isteri. Memasak, kemas rumah dan lain2. Tugas isteri hanya layan suami dan jaga kehormatan diri.

Mungkin sbb dah jadi adat, bila perempuan kawen je, kena buat segala-galanya untuk suami. Tapi, kena ingat tak bermakna hakikat tanggungjawab sebenar tu akan berubah.

Tapi..Tu la pasal, bayangkan kalau nanti saya (or kita)dah kerja, hari2 nak gi kerja nak kena gosok baju atau apa2 pun dan benda2 tu saya(or kita) tak suka sangat dan isteri pulak tak datang tolong, atau paling kurang offer nak tolong,  baik tak payah kawen. Bila kita kwen, seharusnya, beban2 itu berkurangan. Otak kita dah tak jadi satu, tapi jadi dua. Masalah suami adalah masalah isteri. Masalah isteri adalah masalah suami.

Orang laki ni, sifat kitaorang lasak. Takder umah, makan kicap ngan telur hari2 pun takde masalah. Tapi bila masuk bab perempuan, kitaorang tak akn sanggup tengok isteri hidup susah. Sebab tu, ada orang yang kerja teruk2. Sebab tu, (kalau mampu) orang perempuan kena tolong suami. Dan memang sifat orang wanita, tak suka suaminya susah, dan pasti mereka akan tolong..=)

Bukan setakat kerja rumah. Semua benda. Dari bab masak, hinggalah bab kewangan. Sebab,hakikat sebnarnya dalam pandangan saya, setelah berkahwin, Duit suami tu duit isteri. dan Duit isteri tu duit isteri. Oleh kerana itu, isteri kenalah mudahkan urusan suami.

Tak adil kalau saya tulis entri ni nak menangkan orang laki jer kan. Kita sebagai suami, bila isteri dah tolong kita, maka kita kena hargai. Tak payah orang perempuan ni, kalau ada 3 ringgit pun dh boleh beli bunga ros palsu sebatng dan bagi dekat dia sbgai tanda perhargaan dan kasih sayang. Kalau takde duit, berikan ciuman di pipi pun dah cukup, dan ucapan terima kasih. Inilah sifat orang perempuan yang perlu difahami iaitu nak dihargai untuk terus memberi

 A’la kulli hal, semuanya berbalik pada percaturan Allah.

Usaha atas Iman dan Amal.
p/s: saya sengaja ‘highlight’ kan, pasal kewangan tu, sebab ramai orang yang kawen muda dan kewangan boleh jadi isu dalam rumah tangga.


Friday, 17 October 2014

Masa Depan

beberapa minggu sebelum ni, saya ada ke ATM dekat ngan umah saya untuk bank in kan duit sewa rumah. Kebetulan, saya bertemu dengan kawan saya.  Saya tanya dia,
"Kau tak pergi lab ke..?"

"Dah siap dah jikken(eksperimen) aku.."

"Perghhh!!cepat gilerr..."

"Kau nampak je aku macam ni, nampak macam tak buat apa2, tapi aku pun ada pikir masa depan jugak..."

waktu tu, dalam hati saya, "kenapa ngan masa depan bagai pulak ni.."

haa, lebih kurang macam tu la conversation kitaorang hari tu...

Lepas tu, beberapa hari yang lepas, dah lebih kurang seminggu kot, ada sekali tu punya la susah saya nak tidor malam. Padahal dah lewat dah. Golek sana. Golek sini. Macam2 posing saya dah buat.
Semuanya gara-gara sebab pikir masa depan. serabut bukan main. Pikir nak bawak balik kereta. pikir nak sambut baby lagi. plus, duk pikir pasal kerja lagi. Kat2 sejam jugak rasanya.

macam2 perasaan datang time tu. Nak salahkan orang tu la. orang ni la. Menyesal tu la. Menyesal ni la..'kalau' tu la, 'kalau' ni la..

last2 sekali apa saya buat, saya try baca selawat. Memang berat mulut nak baca tu, tapi saya paksakan jugak. Kali ketiga or keempat saya selawat, saya dah mula rasa hanyut, stress2 tu semua dah hilang. Saya teruskan jugak baca selawat tu, samapai kali keenam saya baca terus lena..

Kesimpulannya, memang manusia ni, kalau kita duk pikir masa depan kat dunia ni, memang tak akan pernah abis. Stress memanjang. Sebab tu, nabi ajar kita balik kepada agama. Sama macam kes saya susah nak tidur tadi. Selawat je terus tidor.

Satu lagi, macam kisah saya ngan kawan saya tu, dia, saya dan kita semua plan masa depan kita kat dunia macam2, tapi kat akhirat, kat tingkat syurga mana kita nak duduk, rumah besar mana kita nak,hari first masuk syurga kita nak buat apa, kita dah plan dah ke...yang penting lagi, macam mana nak masuk tu haa..

untuk peringatan diri saya jugak,.
Rasulullah saw membaca ayat ke-20 surah as-Syura lalu bersabda bahawa Allah swt telah berfirman,"Wahai Anak Adam, lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu,Aku akan memenuhkan dadamu dengan kekayaan dan Aku akan menghapuskan kemiskinanmu.Jika tidak, Aku akan memenuhkan dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghapuskan kemiskinanmu."

Usaha Atas Iman dan Amal.



Wednesday, 15 October 2014

RezeKiku yAng BerKuraNg

Alhamdulillah..hari ni, saya secara officialnya telah berumur 22 tahun. Yang tu kalau ikut kalendar masihi la kan. Kalau ikut kalendar hijrah, saya dah berusia 22 tahun lama dah. Lagi beberapa bulan dan nak masuk umur 23 tahun dah..By the way, saper yang nak check tarikh lahir dalam bulan hijrah boleh click TARIKH LAHIRKU ni.

sepanjang 22 tahun saya hidup ni, saya rasa dah banyak juga laa sambutan yang pernah dibuat sempena befday saya, cuma yang selalu bermain2 kat dalam otak saya ni, ada laa beberapa kali sahaja. memang melekat lah sampai sekarng..

First yang saya ingat, bila time saya sekolah rendah. Time tu, abah dan mama saya hadiahkan saya sejadah. Sambutan makan kek bagai tu takde la, sekadar dapat hadiah macam tu jerr..Kaler sejadah tu hampir2 warna pink(tak tahu nak describe macam mana). Walaupun agak frust time dapat hadiah tu, tapi ada la jugak perasaan happy. Ye la kan, lagi nama budak, mesti la nak adiah mainan ke, gameboy ke, playstation ke. Part yang hepi tu, At least, saya ada sejadah yang memang milik saya punya, padahal kat umah saya tu berlambak sejadah. Banyak sangat, macam2 kaler dan corak ada.

Kenangan saya yang kedua adalah, bila saya kat sekolah menengah. Time tu dah form 5. Waktu befday saya tu, saya ada kat sekolah, kat asrama. nak gi makan2 kat luar tak boleh. Jadi, saya puasa la hari tu..siang tu macam biasa laa, cuma lepas dah abis makan supper kat dewan makan, saya naik asrama nak masuk tidor, tapi Allah maha kuasa, saya tak ingat sama ada saya yang pergi masuk bilik kawan saya atau saya diajak masuk, hampir semua kawan sekelas saya ada kat sini dan mereka tengah makan2. Makan kek pisang je pun, tapi entah kenapa saya rasa yang seolah2 Allah sedang menyambut befday saya. Balik bilik tu, memang saya hepi la malam tu...

The last one yang saya boleh ingat, taun lepas laa..bila birthday saya disambut oleh isteri saya. taun lepas adalah pertama kali saya menyambutnya dengan isteri saya. Cuma, berbeza sikit dari cara biasa. Disebabkan saya duduk jauh dari isteri, dan time befday saya tu, saya dah berada di jepun balik(lepas cuti), isteri saya dah siapkan kek dan hadiah lebih awal lagi untuk saya. Dibuat kek dan diambil gambar dan diletakkan gambar tu dalam satu kotak bersama hadiah baju. Maknanya, kek tu saya tak makan, sekadar tengok je laa..ISteri saya pesan untuk jangan bukak hadiah tu sampai la tarikh 16 Oktober 2013. Baju tu, dah agak kecik sikit. huhu..cepat sangat membesar saya ni..

Tu la lebih kurang kenangan saya dengan birthday..

korang pun masing2 pasti ada kenangan tersendiri, cuma sikit lagi yang saya share. sejak saya pandai guna otak ni, ada la beberapa ketika yang saya berharap sangat biar Allah tarik nyawa saya awal2. Stress punya pasal. Nak lari dari masalah. Tapi tu la, nampaknya Allah tak perkenankan doa saya ni. Wallahua'lam, apakah hikmahnya, tapi mesti Allah nak saya terus maju ke depan. cari kebaikan manusia. Cari khazanah akhirat. Lagipun, fikir balik memang saya tak bersedia nak mati sebnarnya. Kalau dengan keadaan saya (iman dan amal)sekarang, insyaAllah tak lepas nnti kat akhirat.

Sebb tu, keinginan saya sekarang, disebabkan saya pun dah kawen, saya nak bawak diri saya, isteri saya, dan baby2 yang bakal lahir nnti sebagai orang yang kaya kat akhirat nnti. Saya pun sayang keluarga saya, mama-mama saya, abah saya, We(panggilan untuk bapa mertua) saya dan adik beradik serta ipar2 yang lain, jadi semoga Allah jadikan saya sumber hidayah buat semua.

Semoga saya balik jumpa Allah, dalam keadaan bumi menangis, langit bergembira.
Btw, thanks to my mom, sebab melahirkan saya..dan erima kasih untuk abah saya, sebab membessarkan saya...

Rezekiku yang berkurang=Umur makin pendek=Selamat Hari Lahir

USaha AtaS Iman & Amal

p/s: Taun ni tak dapat nak puasa time befday, sebab saya ada majlis makan2 dengan member satu lab. Tak nice la nnti, kalau saya puasa.
 
Btw, thanks to my mom, sebab melahirkan saya..

Monday, 13 October 2014

3 Sahabat yang Berkelana

hari ni,stress betul..stress sebb tak buat apa2..nak buat assignment, mood tak mari. nak mengarang entry baru, takde feel. nak memasak, malas. maybe, sebab banyak benda kot yang nak kena settlekan dalam minggu ni jugak...research presentation, task presentation, dan research tu sendiri.

tengah2 berfikir nak tulis apa dalam entry kali ni, saya teringat pasal satu citer yang saya baru baca dalam sebuah kitab. Saya nak salin balik je word by word dan insyaAllah takkan ubah sedikit pun dari tulisan asal kisah ni., sebab kitab ni ditulis dan dialih bahasa oleh orang2 soleh(ulama).

sedikit komentar pasal kisah ni, secara personally, saya menganggap ianya sebuah citer yang kelakar(pada part awal2) dan sedih(pada pengakhiran) dan sebuah renungan untuk saya dan kita semua..

Sebelum menjadi khalifah, Hazrat 'Umar ra juga menjalankan perniagaan. Setelah dilantik menjadi khalifah, bantuan kewangan dari Baitul Mal telah ditentukan untuk beliau. Beliau telah mengumpulkan orang ramai di Madinah dan berkat kepada mereka," Dahulu saya berniaga, sekarang kamu telah menyibukkan saya dengan urusan ini. Sekarang ini bagaimana hal saraan saya?"

Orang ramai telah mencadangkan pelbagai kadar wang untuknya tetapi Hazrat 'Ali ra berdiam diri sahaja. Hazrat 'Umar ra bertanya," Apakah pendapat kamu?"

Hazrat 'Ali ra berkata," Ambillah kadar sederhana yang mencukupi keperluanmu dan ahli keluargamu."Hazrat 'Umar ra menyukai cadangan tersebut dan terus menerima cadangan itu. Oleh kerana itu, satu jumlah yang sederhana telah ditetapkan untuk beliau.

Selepas beberapa lama, dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Hazrat 'Ali ra, disamping Hazrat 'Uthman ra, Hazrat Zubair ra dan Hazrat Talhah ra perbincangan dibuat untuk menambah wang saraan Hazrat 'Umar ra kerana kehidupan beliau yang sempit. Walau bagaimanapun, mereka tidak berani menyampaikan sendiri perkara ini kepada beliau. oleh kerana itu, mereka telah berjumpa Hazrat Hafsah r.anha anak perempuan Hazrat 'Umar ra. Beliau juga merupakan Ummul Mukminin kerana telah menjadi isteri kepada Rasulullah saw. Melalui Hazrat Hafsah r.anha mereka berusaha untuk mendapatkan keizinan dan pendapat Hazrat 'Umar ra. Mereka juga telah berpesan supaya nama-nama mereka tidak diberitahu kepada Hazrat 'Umar ra.

Apabila Hazrat Hafsah r.anha mula menyebutkan perkara itu kepada Hazrat 'Umar ra, maka telah lahir tanda-tanda kemarahan pada wajah beliau. Beliau telah bertanya nama-nama mereka.Hazrat Hafsah r.anha berkata," Nyatakan pendapat ayahanda terlebih dahulu?"

Hazrat 'Umar ramenjawab," Sekiranya aku tahu nama-nama mereka pasti aku akan ubah wajah-wajah mereka."(Yakni aku akan denda mereka sehingga kesannya jelas pada wajah mereka.)Engkaulah yang boleh menceritakan apakah sebaik-baik pakaian Nabi saw di rumahmu?"

Hazrat Hafsah r.anha berkata,"Dua kain yang kemerah-merahan yang Baginda saw pakai pada hari jumaat atau ketika menyambut rombongan."

Kemudian beliau bertanya," Apakah makanan yang terbaik dimakan oleh Baginda saw di sini?"

Jawab Hazrat Hafsah r.anha,"Makanan kami ialah roti daripada barli. Pada suatu kali saya telah menyapukan roti yang masih panas dengan saki baki minyak sapi. Rasulullah sendiri memakan roti itu dengan lazat dan menghulurkan roti itu kepada orang lain."

Hazrat 'Umar ra bertanya lagi,"Apakah hamparan tidur yang terbaik yang kamu hampar untuk Nabi saw?"

Jawab Hazrat Hafsah r.anha," Sehelai kain yang agak tebal. Pada musim panas saya hampar  kain itu berlipat empat dan pada musim sejuk separuh digunakan untuk hamparan dan yang separuh lagi sebagai selimut."

Hazrat 'Umar ra pun berkata," Hafsah! Sampaikan kepada mereka bahawa Rasulullah saw telah menentukan satu cara hidup melalui bentuk amalan Baginda saw dan berpada dengan harapan akhirat. Perumpamaan daku dan dua rakanku Rasulullah saw dan Abu Bakar ra ialah seperti tiga orang yang melalui satu jalan. Orang pertama telah memulakan perjalanannya dengan membawa satu bekal dan telah sampai ke destinasinya. Orang kedua pun telah mengikut orang yang pertama, berjalan di jalan orang pertama dabn telah sampai ke sisinya. Kemudian orang yang ketiga memulakan perjalanan. Sekiranya dia berjalan di atas jalan mereka maka dia akan bertemu dengan mereka. Sekiranya dia berjalan di jalan yang lain daripada jalan mereka, tidak mungkin dia akan bertemu dengan mereka."(Ashar) 

Semoga setiap daripada kita diberi taufik dan hidayah untuk berjalan di atas jalan yang sama.. 
I Miss Rasulullah saw.

Usaha atas Iman dan AMal..

Wednesday, 8 October 2014

Kisah Si Keldai..

Malam ni, alhamdulillah saya dan rakan2 yang lain berpeluang untuk buat solat sunat Gerhana Bulan. Kalau nak kata, ni first saya buat tak jugak, sebab time saya sekolah menengah dulu pernah jugak buat ramai2, tapi masa tu tak tahu apa la..dari segi ingatan, saya pun dah tak ingat time tu saya solat macam mana,  apa yang melekat kat dalam otak saya sekarang ni hanyalah bila saya dah kat tangga masjid sekolah, jadi duk berebut nak tengok gerhana matahari tu pakai filem kamera..Tak nampak pun..

tapi Alhamdulillah, untuk gerhana bulan malam ni..saya dapat tengok ngan jelas detik2 bulan tu menghilang..first time tu beb..!!

oklah, tu serba sedikit laa apa yang berlaku malam ni..tapi bukan tu yang saya nak citer..saya nak citer pasal keldai..Kisah Benar.. mula2 saya dengar citer ni bila saya bukak video Ustaz Nazrul Nasir..then, second time saya dengar bila saya bukak video youtube Ustaz Johari (Maulana Johari)

Kisah ni pasal seekor keldai yang namanya Ya'bur. Keldai ni jatuh kepada tangan Rasulullah dalam peperangan Khaibar sewaktu pembahagian harta Ghanimah. Bila Rasulullah berada dengan keldai itu, berlakulah perbualan.

Rasulullah:Apa nama kamu? 

Keldai: Nama aku Yazid

Rasulullah: Bukan, tapi nama kamu adalah Ya'bur.Apa kisah kamu sebelum ini.?

Keldai: Dulu, aku ni adalah milik seorang yahudi. Dia selalu menyakiti aku, dan aku pula selalu menjatuhkan dia. Aku adalah keturunan yang ke 100. Semua nenek moyang aku ditunggang oleh nabi2, aku je yang malang ditunggang oleh Yahudi. Tapi, hari ini, aku sangat bertuah kerana aku telah jatuh ke tangan Nabi akhir zaman. 

Pernah juga Rasulullah tanya kepada Ya'bur,
Rasulullah: Ya'bur, kamu nak bini(pasangan) tak?

Keldai: aku tak berhajat kepada keldai betina, memadailah aku menjadi tunggan Nabi akhir zaman.

Apabila Nabi wafat, Ya'bur secara nalurinya dapat tahu akn kewafatan baginda. Paginya termenung ke arah timur. Petangnya termenung ke arah barat sambil mengalir air mata.

Last sekali, Ya'bur telah pergi terjun ke dalam sebuah telaga dalm kebun tamar milik seorang sahabat  kerana tidak dapat menahan kerinduan terhadap Rasulullah saw..

Ya Allah, kasih seekor keldai kepada Nabi Muhammad.

Adakah kita kasih dan cinta kepada Rasulullah sebegitu rupa?Tepuk dada, tanya iman

Usaha atas iman dan amal

Saturday, 4 October 2014

Ber'korban' ke KIta ni..?

Selamat Hari Raya Aidiladha semua..
Saya rasa, raya haji tahun ni mesti meriah kat Malaysia. Sbb, raya haji jatuh pada hari ahad, dan kebanyakan orang akan dapat cuti pada hari isnin. Ramai la yang akan pulang ke kampung halaman masing2..

untuk saya pulak, tahun ni adalah tahun kedua saya beraya kat Jepun. Nak kata sedih tu, tak la sedih sebb raya haji je pon..cuma rugi sikit la tak dapat nak merasa daging local..bestt wooo..bau daging pun dah lain macam..

Keluarga saya ni, keluarga yang besar. Mak sedara dan pak sedara ramai. tiap2 taun, memang meriah la raya ni.. dan memang tradisi, saya dan abang2 saya yang lain akan main bahagian perut. Main ngan taik2 lembu tu memang saya dah biasa sangat..huhu..

Dan bab2 khutbah rayer nih..dah boleh hafal la kot apa yang tok imam tu nak bagitau..alih2 mesti ada citer pasal Nabi Ibrahim yang nak sembelih Nabi Ismail..tapi khutbah hari ni,(kat tempat saya), memang nice...terbaik ah untuk khatib khutbah saya hari ni....tak sentuh langsung pasal Nabi Ibrahim, tapi content khutbah sentuh pasal perpaduan..siap bagi cara lagi...Siap citer pasal sahabat Abu Talhah(jarang nak dengar citer sahabat2 dalam khutbah, seriously!!!)

haha..tu cerita rayer saya...tapi apa yang saya nak bangkitkan kat sini..betul kita dah ber'korban'..? Walaupun ada yang kata saya dah ambik 1 bahagian lembu or seekor kambing. Bagi saya orang tu masih belum berkorban..

Bagi saya, Kita ni sebenarnya penipu. Kita sebenarnya sedang tipu diri kita. Orang yang berkorban adalah orang yang akan rasa keperitan dalam buat sesuatu. Ada orang yang 'berkorban' lembu, tapi sebnarnya adalah sebb adat setempat. Nak rasa feel raya punya pasal.!!!Daging tu pulak, sepatutnya dibahagi-bahagikan, kita ambik kat kita semua pulak..

Dalam bab raya korban, kita cukup faham.. tak payah nak ajar. Nak sembelih lembu dan sebagainya. Tapi, pasal bab lain kita buat2 tak faham. berapa banyak amalan agama dan sunnah yang kita tak buat. fikir-fikirkanlah. Tidur, makan, pakai baju, buang air pun kita malas nak ikut agama(sunnah Nabi). Kita tak pernah Berkorban!!!!!

Usaha atas Iman dan Amal

p/s: Terfikir nak buat akikah bila  untuk taun depan. Time raya haji ke sebelum tu lagi..huhu..Tak sabar..

Friday, 3 October 2014

Cermin

Story 1

A few days ago..Saya ada borak ngan isteri saya, saya berseloroh la dengan dia.. 
"Nanti S***** dah kerja, abang duk rumah je la, jaga baby..boleh jadi full time blogger..hihi.."

"Haa, bagus jugak tu.. boleh buat duit nanti…ramai tau abang, orang yang buat duit guna blog"

"Betul jugak tu, tapi abang tak tau cara dia..abang ada jugak try baca blog orang2 lain, tapi abng baca macam biasa je….bla bla bla.."

"Haa, kritik la tuu…"spontan isteri saya bagitau saya

Dalam hati aku, 'eh, tu kritik ke…!!'

Story 2

"Kurang masin la benda ni..", "kurang manis la...", "bla bla.."komen saya

“abang tu memang..suka mengkritik...”bagitau isteri saya kat saya..

Herrmmm…menyirap rasanya bila isteri kata macam tu. Tapi, saya diamkan saja..*geleng kepala*

Saya selalu fikir jugak..bila masa pulak aku ni ada mengkritik. Saya ingat apabila kita keluarkan pandangan kita tu adalah perkara biasa. Contohnya, Kalau masakan tak berapa jadi, apa yang tak cukup tu, kita expresskan adalah benda biasa. Kan2..?  

Tapi tu la..betul la kata orang. Kita tak akan sedar kekurangan diri sendiri. hanya orang lain akan nampak keburukan kita. Kita akan nampak baik je diri kita.Orang lain adalah cermin untuk diri sendiri...Btw, thanks to my wife for the comment..

Perit jugak nak tulis pasal entri nih, sebabnya, saya still  tak dapat nak terima yang saya ni kuat mengomen..huhu.. Kiranya lawan nafsu diri jugak la nih.., secondly, story 1 tu pasal bloger2. Depa tu pulak, veteran2 dalam dunia blogging nih..Hopefully, diaorang tak ban saya laa.. maklum la, saya budak baru nak belajar..huhu..



Usaha atas Iman dan Amal