Wednesday, 4 June 2014

Alamakk!!Baju Tak Angkat Lagi...

Minggu ni, kat tempat saya hampir setiap hari hujan. Bermula dengan hari isnin sampai la esok(kalau ikut ramalan cuaca).  Gambar yang kat atas tu, latest gambar keadan langit hari ni kat tempat saya. Time tu, baru balik dari prayer room dalam pukul 1 satu. Gelap kan?? Dah nak mcm lepas asar dah. 
Skarang ni, saya nak cerita pengalaman saya tahun lepas berkaitan dengan hujan.
Tahun lepas, pernah sekali tu, saya terjatuh 'badak' time hujan. Nak dijadikan cerita, time tu saya dari rumah saya menuju ke arah bangunan universiti saya, dan dari arah berlainan ada satu orang gadis japanese. Saya pun cuba la nak jarakkan sikit jarak kami, dan saya pun berjalan la kat pinggiran jalan yang kat situ ada penutup longkang(besi). Time tgh jalan tu, saya memang dah sedar yang jalan tu licin, jadinya saya pun jalan la dengan berhati-hati. Tapi, nak buat macam mana, qadak dan qadar Allah menjangkaui segalanya, saya pun terjatuh 'badak'. Bedebukk!!!. Bab yang jatuh tu memng takde apa sangat, yang memalukan sikit adalah jatuh depan orang. Huhu...end of story. Haha, takde punch line langsung citer tadi.
Berbalik Pasal hujan ni, saya takder la benda nak citer sangat pun tapi just nak share beberapa perkara. Hopefully, bermanfaat untuk kita semua.

Benda first saya nk share dengan korang adalah doa time hujan. Mudah je doa ni. Nnti sama2 hafal dan amal dan sebarkan yer. Saya nk buat MLM pahala untuk saya..huhu..

"Allahumma shoyyibann naafi'a" 
(Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)

Yang kedua saya nak share jugak pasal doa. Doa ni saya memang pernah amal beberapa kali, tapi kena ada keyakinan dalam hati( termasuk apa2 doa sekali pun). Allah dah tunjukkan depan mata saya dan teman2 saya waktu tu betapa mustajabnya doa tu, dan betapa cepat penerimaan doa dari Allah.Doa ni saya dapat dari seorang pakcik India yang tinggal kat Arab. Pak cik ni seorang profesor, tapi sebab Allah bagi kefahaman agama yang tinggi untuk beliau, 2 orang anaknya jadi ulama. Amal ibadat beliau, tak payah nak citer. Hmpir 24 jam penuh dengan zikir dan solat. Saya sempat berkhidmat (sediakan keperluan)dengan beliau lebih kurang 20 hari tahun lepas. 

Doanya

"Allahumma hawaa laina wala 'alaina"
(Ya Allah, turunkan hujan ke kawasan sekitar kami dan bukan ke atas kami)

Time saya amal doa ini dengan teman2 saya yang lain, kami baru keluar dari masjid Gunma untuk pergi ziarah saudara muslim yang lain. Jadi, kami baca sebanyak mungkin doa ini, sehingga hujan itu berhenti. Setelah kami pulang dari ziarah tersebut nak ke masjid balik, hujan pun turun balik. SubhanaLlah!!! Bantuan Allah yang diturunkan secara nyata dan depan2 mata saya.

Last sekali, saya nak share pasal amalan Rasulullah saw time awan hitam muncul. Iman saya punya la lemah, langsung tak macam Rasulullah langsung. Rasulullah bila nmpak je awan hitam, terus baginda takut dan akan ke masjid dan tak akan keluar masjid sehingga awan hitam tu hilang. Takut bala nak turun. Tapi, saya hari ni, bila awan hitam datang bukan nak takut ke, paling kurang istighfar ke kan, malangnya, saya buat tak tahu je. Dah la, angin kat jepun ni, kuat sangat, dah rasa macam nak taufan je. Mungkin ada yang akan fikir, "alah, angin je kot. best apa, sejuk." Jawapan saya, memang betul tu angin biasa, dan best sangat sebab sejuk. Cumanya, sebagai refleksi diri sendiri, betapa jauhnya diri kita(saya terutama) dengan akhlak Rasulullah. Rasulullah takut dan bimbang, tapi saya senyum dan ketawa.Umat dahulu ada dilaknat Allah, mereka ingat yang awan hitam tu datang bawak hujan, tapi sebenarnya bawak bala untuk mereka. 

Astaghfirullahal'azhimm. 
Ya Allah, ampuni saya.

* untuk tahu lebih lanjut dan lebih detail doa, boleh rujuk Mr Google.
* masih banyak lagi doa2, dan amalan yang kita tak tahu, so, keep learning and do not forget to practice it

Tidak!!!Jangan Hancur!!!


Haaa...gamabr kat atas tu adalah gambar model kapal terbang yang kitaorang buat. lama jugak nak buat bendalah ni, hampir sebulan rasanya, walaupun sebenarnya bukan saya yang buat. saya ni pemerhati sahaja. nak tolong pun dah ada dua orang yang buat. Nak rajin-rajin sangat pun tak boleh, sebabnya nanti kalau potong part-part kapal terbang tu awal sangat, takutnya nanti part2 tu hilang, tak boleh terbang langsung. 
So, citernya semalam, senpai saya pun book la gymnasium untuk 2jam, dari pukul 3ptng sampai 5ptng, semata-mata untuk test kapal terbang tu. Time senpai master yang bawak kapal terbang tu, memang nice rrr. Siap boleh pusing satu dewan gymnasium. 


Cumanya, time budak2 degree(termasuk saya) yang control kapal terbang tu, memang hampehh. Kipas tak guna langsung, sebabnya kitaorang nak control pun tak pandai lagi, jadinya sekadar untuk latihan bagin landing dengan cantik dulu. Seorang akan lempar kapal terbang tu, and nanti seorang kena control biar dapat landing dengan baik. Time tu, semuanya ada 7 orang termasuk senpai master tu. Senpai tu akan jadi penasihat kepada oarang yang akan control kapal terbang tu. Seorang akan baling kapal terbang tu. Yang lain pulak, kena ambik position masing2 untuk kutip kapal terbang tu(macam main besbol pulak, bila tengok gaya yang ambik position ni). Bila member yang first(Kanno) buat, semua percubaan landing berjaya mendarat dengan selamat tanpa kerosakan. Time member yang kedua(Hoshimoto) try, last percubaanya tak berapa nice, menyebabkan enjin kipas tu tercabut dari bahagian hadapan kapal terbang. Haha!!terkejut semua. Tapi, lepas repair kejap, tampal part enjin tu dengan gam jepun(memang kuat melekat punya gam), kapal terbang tu dah boleh terbang balik, Alhamdulillah. Masuk member yang ketiga(Nakamura), percubaan landing semua selamat. Lepas tu, orang yang keempat, iaitu saya sendiri. Mula2 saya memang tak nak try control sebab tak berani, walaupun hati nak main jugak kapal terbang tu..hehe. Tapi, lepas member bagitahu yang setiap orang kena try control kapal terbang tu, saya pun dengan suka hati la ambik alih remote control tu. 

Malapetakanya, bermula setelah itu.
Dalam banyak-banyak hampehhh, yang ni la paling hampehh!!!. Bila time saya control kapal terbang tu.
Untuk first time, memang senpai puji rr, sebab berjaya mendarat dengan baik.
 "a`, iinnjyaann" (ha, nice one).
Tapi, untuk second time, bukan kena puji, tapi saya pulak kena mintak maaf dengan member2 lain, sebab telah menjahanamkan kapal terbang tu. Saya tak sengaja buat kapal terbang tu, jatuh menjunam ke lantai. Al-hasilnya, bahagian depan kapal terbang tu hancur dan patah.


Tu dia kerosakan kapal terbang ni...

Aduhhhh!!!!

Nasib baik la, senpai tu macam senpoi je. Dia dah tahu yang kapal terbang tu maybe akan rosak. So, dia bagitahu yang nanti, sambungkan balik bahagian yang patah tu dengan badan kapal terbang, dan minggu depan kitaorang akan practice sekali lagi. Nasib baik, sayap tu tak hancur ke apa, Alhamdulillah.

Jadinya, record penerbangan yang sepatutnya 2 jam menjadi lebih kurang 45 minit. macam flight dari KL ke Kota Bharu je. Kalau 2 jam tu, dah boleh samapai Tokyo dari Fukuoka,Kyuushuu.

Lepas dah confirmkan dah tak ada serpihan-serpihan kapal terbang yang lain, kitaorang pun balik ke lab kitaorang, dan repair balik kapal terbang tu. Tu pun, bukan saya yang repair, sebabnya kalau bagi saya yang repair, entah apa yang yang akan jadi kat kapal terbang tu pun, saya tak tahu. Yang repairnya adalah Kanno, pembuat kapal terbang ni yang asal merangkap, Main Pilot tu kapal terbang ni jugak. Repairnya pulak, pakai gam jepun tu jugak. Memang kuat betul gam jepun ni.

Time2 tgh repair tu, saya pun mintak izin ngan Kanno tu untuk gi solat Asar jap. Biasa la, bila kita yang menjahanamkan something, kita kena bertanggungjawab. So, atas dasar tanggungjawab tu, saya mintak izin(biasanya tak bagitahu pun).

Siap je solat Asar dengan yang lain pukul 4 lebih sikit, bila saya masuk balik lab saya. tengok2 Kapal Terbang tu dah tercantum balik dah. Macam keadaan yang asal. Alhamdulillah. Hilang sikit rasa bersalah. haha..

Jadi, kesudahannya..InsyaAllah, minggu saya ada lagi peluang nak menjahanamkan Kapal Terbang tu lagi. haha, takdelah.. InsyaAllah, minggu depan kitaorang dah boleh improve skill control kitaorang, sebabnya, senpai kitaorang tu(Maeda) dah sediakan kitaorang game simulation untuk kitaorang training dulu untuk control kapal terbang. Controller sama, cuma bezanya simulation ni dalam komputer dan minggu depan guna kapal terbang yang betul. Sekarang baru saya tahu betapa susahnya nak control Kapal Terbang.

To all the pilots around the world, thanks for drive safely the airplane. =)

Tuesday, 3 June 2014

Ikan Siakap Stim/Kukus

Hari ni saya sebenarnya tak ada berapa mood nak menulis, tapi terpaksa. Biasa la, orang baru nak berblog ni, kena la rajin-rajinkan diri untuk menaip something. otak ni, nak tak nak kena fikir something new untuk next entri.so, untuk kali ni, saya nak share resepi. macam yang saya citer dalam entri sebelum ni, saya ada gi beli ikan kat pasar ikan kat tempat saya. Tak jauh pun, dalam 20 minit naik basikal tua(feberet basikal tu!!!, sebab dah lama takde basikal sejak sekolah rendah). Berbalik kepada resepi, saya dapat resepi ni dari mama saya. biasanya, saya tengok dalam internet je. Cumanya, this time, i want to make a delicious menu, but with simple ingredients. LAgipun, yang saya tengok dalam blog2 masakan(nanti entri pasal ni akan saya share yer), banyak jugak sos2 yang susah nak dapat kat sini dan saya pun malas nak cari sangat terpaksa digunakan. Sos tiram la, sos ikan la. Dipendekkan pot pet pot pet  ni, menunya adalah IKAN SIAKAP STIM. 
Ni mesej WhatsApp resepi dari my mom!! 

Ni pulak gambar Ikan Siakap Stim yang saya buat. Sorry la, gambar tak berapa menarik sangat.

Bahan-bahan Utama
Ikan siakap
Halia
Bawang Putih
Serai
Bawang Besar

Bahan-bahan tambahan(Ikut Suka)
Tomato
Cendawan
Capcicum
Bawang Besar

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan sebaiknya. Perut, Insang, Sisik mesti dibuang. Badan ikan juga dikelar depan dan belakang
2. Cukakan ikan selama 15 minit untuk hilangkan bau.
3. Sementara itu, blend halia dan bawang putih dan garam bersama untuk dijadikan bahan lumur ikan.
4. Setelah 15 minit, bersihkan ikan dengan air untuk hilangkan rasa cuka, kemudian lumurkan ikan dengan bahan yang yang dah diblend tadi.
5. Biarkan selama 10 minit.
6. Kemudian, letakkan halia  yang dipotong kecil2 di atas pinggan dan letakkan ikan diatasnya.
7. Taburkan diatas ikan dengan bawang besar dan sayur-sayur lain.
8. Taburkan gula di atas ikan dan tuangkan minyak lebih kurang 2 sudu(sebaiknya minyak sayur)
9. Last step, kukuskan ikan di atas pengukus yang sudah mendidih selama 15-20 minit. Pastikan guna api yang sederhana.


Enjoy the Recipe!!!

Monday, 2 June 2014

It's Coming Again 5

Hadis kelima dari tulisan Maulana Zakaria alKandahlawi mengenai Kelebihan Ramadhan. Semoga entri ini membawa manfaat kepada saya dan pembaca sekalian.

Daripada Hazrat Abu Sa'id-Khudri ra Rasulullah saw telah bersabda," Sesungguhnya Allah swt mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari api neraka) pada setiap siang dan malam(pada bulan Ramadhan) dan bagi setiap orang Islam ada satu doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan)."

Sunday, 1 June 2014

It's Coming Again 4

Hadis 4 Ramadhan-
Daripada Hazrat 'Ubadah Bin Somit ra, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami," Telah datang kepada kamu Ramadhan,, bulan yg diberkati. Allah swt akan akan menumpukan perhatianNya kepadamu dalam Ramadhan, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah swt pada bulan ini.

Gambar selfie time saya menziarahi bumi Hong Kong. Seluruh Hongkong ada 20 surau dan 5 masjid. Setiap dari masjid dan surau akan ada kelas al-Quran. Bahkan, ada program hafiz untuk kanak-kanak. Hebat kan?? Di sebuah negara nonmuslim, tapi Allah boleh hidupkan suasana agama di sana.


Hepi Befday Mas Hilman dan Mas Aspar

Hari jumaat lepas, saya dapat mesej Line dari seorang kenalan Indonesia yang baru saya kenali hari Rabu lepas time saya gi beli santan kat Gyoumu Supa. Nama dia Dodo dan Latip. They are a nice guy. Bila saya borak2 ngan mereka, baru saya tahu yang mereka ni ada training perusahaan di Ube, daerah saya belajar. Saya tak pernah tahu dan dah mengangap yang kat Ube ni memang takde kensyuusei(trainee) dari Indonesia. Saya ingat kensyuusei hanya ada di daerah2 lain macam di Shimonoseki, ShunanShi(Shunan city), OnodaShi, OnodaKou(Onoda port). Lepas dah dapt contact number mas Dodo dan tempt tinggal mereka, saya pun plan la yang hari ni, saya nak gi rumah mereka untuk kenal2 lebih rapat, lagipun hari ahad memang hari libur(cuti) mereka. Tapi perancangan Allah telah mendahului perancangan saya. Bila saya dapat mesej Line dari mas Dodo, dia ajak saya untuk hadir acara kesyukuran sama teman2 kensyuusei yang kerja di kilang yang sama, Ube Steel. Saya pun tanpa berfikir panjang, terus terima pelawaan mas Dodo. Saya gembira bila dapat kenal orang2 baru. Lagipun, kelebihan bila kita ziarah saudara kita besar sangat. Ada hadis yang bagitau yang akan ada 70000 malaikat akan bersama dengan orang yang berziarah; besar kan?? Sebenarnya, ada lagi kelebihan yang lain. Okeyy, berbalik pada citer semalam..sebab ini first time saya nk gi rumah mereka, jadi saya dan mas Dodo janji untuk berjumpa di Shiyakusho(city office) pukul 5:45 ptng, n lepas tu mas Dodo akan guide saya untuk ke rumah mereka. Kat sana la saya jumpa kensyuusei yang lain; mas Rosyid, mas Hilman, mas Aspar, mas Erin. Dipendekkan cerita, setelah semua  dah hensem2 kami pun berangkat ke restoren susume viking( ye la kot, saya pun tak ingat sangat nama restoren tu). Restoren ni restoren TabeHoudai( bayar satu harga, tapi makan sampai puas). Yang kelakarnya, restoren ni ada limit waktu. Kitaorang kena ada dalam restoren sampai 8:54 mlm. Kitaorang sampai pulk lebih kurang pukul 7 lebih. Restoren ni semua ada, daging, sayur, buah, aiskrim, sushi, nasi goreng, spagheti, nasi biasa dan lain2 lagi. kalau yang seafood, inyaAllah boleh makan. Saya pun semalam makan nasi putih, buah, sayur(salad), dan sushi. Kek dan puding nmpak sedap, tapi tak berani nak makan. Oh, lupa nak beritahu, majlis kesyukuran ni sempena hari jadi Mas Hilman dan mas Aspar. Befday mereka dah lama sebenarnya, tapi sebab shif kerja mereka( kensyuusei yang lain) tak sama untuk setiap hari, dan Alhamdulillah untuk semalam, time malam tu, semua tak bekerja, jadi mereka pun keluar mkn sama2 untuk meraikan hari jadi mereka. Jadi, time waktu makan semalam, sebab kami nak memanfaatkan seluruh masa makan sampai 8:54 tu, kami pun solat Maghrib kat kedai. Untuk mereka, solat kat public adalah first time bagi mereka. Time solat tu, memng ada Japanese yang tgk, tapi apa nak peduli kan. Semoga Allah bagi hidayah kepada yang melihat kami solat. Lepas solat Maghrib, kami sambung makan lagi. Saya ambik sushi. Makan pulak ngan wasabi, memng sedap. Saya suka sangat!!! Sushi Daisuki!!haha...lebih kurang 8:54, kami pun balik. Total 8 orang makan adalah 16,400 yen sahaja. Pandai2 la korang kira berapa untuk satu kepala. Alhamdulilah, semua tu dibelnja oleh mas Hilman dan mas Aspar. Bila balik tempt tinggal kensyuusei2 tu, kami pun solat isyak sama2. 
End of story(dah penat menaip).
Apa2 pun, saya syukur sebab dapat jumpa saudara seagama yang baru. Mudah-mudahan, kalau nnti mas2 atau siapa2 yang saya kenal atau kenal saya masuk syurga, boleh la tarik saya stau bagi syafaat kat saya sekali supaya boleh masuk syurga jugak.  Dalam entri ni jugak, saya nk ucapkan semoga panjang umur kat mas Hilman dan mas Aspar sempena ulang tahun kelahiran mereka. Semoga juga mereka bertambah rezeki, dan sentiasa diberikan taufik dan hidayah agar bertambah iman dan amal. Amiin.
Ni rumah mereka. Satu bgunan. Tinggalnya 7 orng sahaja.

Ni antara teman2 baru saya..:)

* Takde gambar time kat kedai..😢



Roti...Roti!!!Roti...Roti!!!

Siapa suka roti angkat tangan!!! Haha.. Saya suka roti, tapi saya lagi suka nasi!!
Kalau saya tak makn roti seminggu pun takpe, tapi kalau bab nasi , kalau saya tak makan nasi satu hari je, Allah je la yang tahu keadaan saya. Tak tentu hala jadinya. Citer bab roti ni, saya nak introduce roti Topvalue. 

Jeng jeng jeng!!!
Pastikan no kod: J688.Ada roti yang sama, tapi sebab dibuat di kilang berbeza, jadi kandungan roti tu lain. Ada beberapa kod lagi, yang rotinya boleh dimakan, insyaAllah.

Alaahhhh...,roti buku je pun, apa nak heran. Cop3,dengar dulu explaination saya.  Tujuan saya introduce roti ni, sebabnya dalam banyak2 roti yang kat Jepun ni, ni la satu-satunya yang saya yakin boleh makan. Tahun lepas, Saya ada call syarikat tu tanya pasal kandungan dan hasilnya, kandungan roti ni semuanya daripada tumbuh-tumbuhan. Kalau member2 saya yang lain, ramai je yang mkan roti2 lain. 
Kalau yang tinggal di area Tokyo, untuk dapat roti halal lagi la mudah sangat2. Ada pakcik Indonesia yang buat sendiri roti tu, Pak Idris kot rasanya nama pak cik tu. Ada juga bakery halal milik orang Pakistan atau Bangladesh di Ebina, Kanagawa. Nama kedai bakery tu, Safee Bakery. Kalau saya ke Ebina, memng saya akan ke Safee Bakery. Kalau kat kedai makanan halal( byk ada di area kansai dan tokyo) roti pita yang halal dan besar pun ada. Kalau kes saya ni, sebab saya tinggal di kawasan hujung Jepun, berlaku sedikit kesukaran untuk dapat bekalan roti Halal. 
So, kepada kouhai2( junior2) yang nak datang ke Jepun, "Irasshaimase". Soal roti dan makanan halal, insyaAllah mudah untuk diperoleh.😄

Ni la tempat saya beli roti Topvalue tu. Kalau kat Malaysia, Maxvalue ni dikenali dengan Aeon ataupun Jusco

Jangan tertukar ye..roti Topvalue di supermarket Maxvalue.