Thursday 29 May 2014

Kyouka Moratta Zou!!!(I Got The Permission)

Alhamdulillah,..ni sebenarnya cerita pasal semalam. Tujuan saya tulis cerita ni pun, saya tak tahu. Hopefully, korang yang baca cerita ni boleh try analysis and fikir-fikir la kan. Ceritanya bermula hampir 2 bulan lepas. waktu tu, saya tengah fikir-fikir pasal tarikh. "Ehmmmm, berapa ari bulan nak balik Malaysia ni?" ye la kan..kalau beli tarikh tiket awal sangat, takut tak dapat permission dari sensei. last-last, saya pun decide untuk balik 3 hari sebelum raya,26 Julai(Tiket dah beli pun time tu) dan saya juga sebenarnya plan nak balik lama sikit, sebabnya I GOT SOMETHING TO DO. if possible saya nak cuti untuk 2 bulan, because i want to spend my time with my family and my wife and also for the "SOMETHING".   So, semalam saya pergi la berhadapan dengan my sensei, Ogawara Sensei untuk mintak izin setelah dah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan balik ke Malaysia untuk sekian lamanya. Bila saya cakap yang saya nak balik lama; terus dia naik angin. dia cakap "Sotsugyoushinakutemo daijoubu toiu imi" -(Kalau nanti tak graduate pun tak apa ke maksud awak). Sebenarnya, sensei ni baik orangnya, tapi logik la kan bila saya bagitau nak balik lama dia marah, sebabnya maybe dia bimbang nanti tak sempat siapkan thesis dan sebagainya, so tak boleh nak graduate dengan jayanya. Lagipun, tak pernah dibuat orang mintak cuti lama-lama ni. Dah la budak final year. Tapi lepas tu, saya pun explain situasi yang sebenarnya, yang saya nak balik time natsu yasumi(summer holiday). OOOOOOO!!!!!!!! Lepas dah explain bila nak balik dan berapa lama akan berada di Malaysia, sensei tu pun bagi la KYOUKA(Permission tu)..Alhamdulillah. YEAYYYYY!!!!!!! Tapi time-time nak keluar tu, sensei tu bagi satu lagi task untuk pergi jumpa satu orang lagi Sensei, Syingin Sensei untuk bincang ngan dia pulak pasal cuti panjang ni. Lepas solat asar, saya pun mengadu kat Allah yang saya nak balik, and so doa supaya Allah lembutkan hati Syingin Sensei. Saya siap sebut-sebut nama Syingin Sensei tu dalam doa saya. After that, i went to meet my sensei and have some talk about that. Bila saya explain reason nak balik lama-lama tu, terus Syingin sensei tu terkejut. Bukan terkejut tak nak bagi, tapi terkejut sebab benda SOMETHING yang saya nak buat. Dia macam respect bila saya bagitau yang saya nak buat benda ITU dan INI. ENd of my story, sensei pun bagi KYOUKA jugak kat sana. Now, saya officially, boleh balik ke Malaysia bermula 26 Julai sampai 18 September InsyaALLAH.

*Kesimpulan nya, everything that we plan to do must be with doa(prayer-kalau boleh buat solat hajat lagi hebat =) ). Bukan setakat selepas buat sesuatu perkara, tapi kita kena mintak ngan ALLAH SWT setiap masa. SEBELUM BUAT, SEWAKTU BUAT, dan SELEPAS BUAT. Ini perkara yang saya boleh faham dari Konsep Tawakkal yang sebenarnya.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment