Thursday 29 May 2014

It's Coming Again 3

Ni hadis ketiga dari susunan Maulana Zakaria alKandahlawi mengenai Kelebihan Ramadhan. Ya Allah, kurniakan kami taufik untuk memuliakan Ramadhan, mempertingkatkan IMAN DAN AMAL kami sewaktu RAMADHAN dan SEBELUM DAN SELEPASNYA. Ya Allah, jadikanlah lidah kami sentiasa basah dengan selawat kepada Kekasih Kami, Kecintaan Kami setelah Kecintaan terhadapMu, Sayyidina Rasulullah Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat Baginda. Ya Allah, jadikanlah hati kami kasih akan kedua ibu bapa kami, dan kuatkanlah diri kami agar dapat berbakti kepada mereka berdua yang telah , melahirkan kami, membesarkan kami, menyayangi kami sejak dari kecil. Ya Allah, kami lemah ya Allah, tidaklah kami dapat berbuat apa-apa kecuali dengan taufik dan hidayah dariMu, dengan iradatMu, dan KudratMu.

* Salam kasih sayang buat kedua ibu bapa saya, Hajah Salma binti Mahmad dan Haji Mohd Fadi@Mohd Fadzil Bin Ibrahim.
* sambil menaip tgh mendengar Qasidah2 buat Baginda Rasulullah SAW.😊

Hadis 3 Ramadhan
Daripada Hazrat Ka'ab Bin 'Ujrah ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda," Hadirlah ke mimbar!" Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata 'Amin' dan apabila Baginda naik tangga yang kedua Baginda berkata 'Amin' dan apabila naik anak tangga yang ketiga Baginda berkata 'Amin'. Apabila Baginda turun, kami telah bertanya, " Ya Rasulullah ! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar daripada Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar." Baginda bersabda, "Sesungguhnya Jibrail as telah muncul kepadaku dan berkata,  'binasalah seseorang yg didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan.' Maka aku berkata 'Amin'. 
Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata 'binasalah seseorang yang apabila nama engkau disebutkan kepadanya, tidak pula dia menselawatimu.' Aku juga berkata 'Amin' dan
apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata ' binasalah seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga.' Aku berkata 'Amin'."



No comments:

Post a Comment