Tuesday 27 May 2014

It's Coming Again

Haa...tak lama lagi, kurang lebih satu bulan, Ramadhan dah nak datang. Bulan yang Allah swt telah letakkan pelbagai kelebihan untuk mereka yang beramal. Saya ni tak banyak ilmu, cumanya saya terpanggil untuk share mengenai kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan melalui pembacaan-pembacaan saya. Mudah- mudahan mendapat manfaat untuk saya dan seluruh umat. Rujukan saya dari penulisan Maulana Zakaria alKandahlawi, yang bertujuan untuk meningkatkan keghairahan dalam beramal. Selamat membaca!!!😊

Hadis 1-
Hazrat Salman ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.Satu Bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatuqadar)yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu Buln yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari(bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat r.hum lalu berkata," Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa." Maka Rasulullah saw bersabda," Allah swt memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ."

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa  yang meringankan bebanan hamba-hambanya(pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah swt dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini 4 perkara. 2 perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kami dan 2 perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun 2 perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripda Allah swt(Lailahaillallah)* dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Manakala 2 perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah swt dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah swt akan memberinya minum dari telagaku( pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."

*memperbanyakkan zikir Lailahaillallah

No comments:

Post a Comment