Friday 30 May 2014

Memancing di Pasar Ikan Ube, Yama

Awal2 pagi hari ni(7 pagi-tapi sebab ni dah nk masuk summer, 7 pagi pun dah mcm 9 pgi kat Malaysia), saya dan member saya, Arsyad dah gi ke pasar ikan kat Ube, Yamaguchi.. Next mission saya adalah untuk masak ikan siakap masak stim. Ikan siakap ada ke tak, tak tahu la. Tapinya, ikan yang rupa macam ikan siakap tu ada. Nnti saya tunjuk gambar ikan tu. saya suka sangat kalau dapat dtang sini, sebabnya pasar ni kat tepi pantai(macam pelabuhan jugak la) dan ikan2 pun fresh2. Ikan pun, macam2 jenis ada. Ikan yang kita tak pernah nampak kat Malaysia pun banyak. Of course la, sebab ni kat Jepun..hihi. Selain tu kan, bukan setakat ikan je yng ada, sotong udang dan benda2 lain pun ada. Harga tu pulak kalau nak compare ngan Malaysia hampir sama la kot,sebabnya ikan kat Malaysia pun dah naik harga. Tu kes kalau kita convert duit jepun ke duit Malaysia. Tapi kalau kita tak try convertkan duit jepun tu, ikan tu akan murah sangt2. Nak bagi korang yang baca faham, saya buat contohnya. 100 yen jepun kalau convert ke duit rm nilainya rm3, tapi kadar penggunaan nilai 100 yen kat jepun tu sama macam kadar penggunaan rm1 kat Malaysia. Beli coklat atau kelepek sikit dah cukup rm1. Beli2 sikit dah cukup 100 yen😚.........korang faham ke tak ni??hopefully, korang faham la kan. Okey, berbalik pasal ikan2 ni, korang tgk gambar2 je la ek. 

Nampak tak, kebanyakannya orang tua2 kan.kat Ube ni memang banyak orang tua2, Orang muda biasa kat bandar.

Haaa..yang ni pulak octopus. Harganya jgn convert. Anggap je macam 13.50 ringgit. Murah kan..πŸ˜„. Kalau convert,harga dia jadi dalam rm40.

Beli...beli..!!!Beli...beli..!!!

Macam2 ada..

Yang ni pulak sotong..😁

Nani kore kana...(agaknya ni apa yer..)

Fuhhhh,..udang ni bro.. My feberet!!

*sebenarnya ada satu lagi gambar yang menarik kat pasar ni, tapi terlupa nk ambik. Kat pasar ni, ada satu mimbar tau, lepas tu nnti dalam kul 7 pagi, akan ada satu orang pakcik ni, dia akan baca mantera. Sempai(senior) kata dia tgh berjual beli sebenarnya ngan peniaga2 lain. Kiranya, pakcik yang baca mantera tu adalah pembekal ikan kat peniaga2 kecik. Dan kitaorang beli ikan dari peniaga2 kecik2 tu.
* harga ikan yang macam ikan siakap tu pulak, saya beli dengan harga 100 yen. Besar tau. Tu pun saya beli yang antara paling kecik, takut tak muat periuk untuk kukuskan ikan tu nntiπŸ˜‰.









Gyoumu supa No Items (Gyoumu Supa Punya Barang)


   

Kon Ais Krim, boleh beli sebagai persiapan untuk mengharungi kepanasan summer yang akan datang. Jangan lupa beli aiskrim yerr. Pastikan beli aiskrim yang boleh makan yer...

Ni kalau minat untuk berbakery, boleh beli kulit pastri ni. Saya nak beli sebenarnya, tapi takde oven. Saya Taknk beli oven, sebab dah tak sampai sethun lagi nak graduate. 


Haaa...maggi!!! Tak payah bawak stok banyak2 dari Malaysia dah...!!!


Biskut dalam plastik biru tu, memang feveret saya sebab ada buat jabit(kismis). Saya ada 2 bungkus sebagai stok time nak mengunyah ada untuk keperluan tertentu.πŸ˜ƒ


Marsmallow!!! Kalau kat Malaysia banyak marsmallow yang diragui, tapi kat jepun ada marsmallow yang ada logo hal. Kalau korang peminat marsmallow, insyaAllah boleh la korang makan banyak2 tanpa ragu-ragu.😁


Walaupun ada gambar anjing, tapi ada logo halal. InsyaAllah, boleh dikonsumi la kot.

Kekkk!!! Sedap ni...pernah makan yang coklat je.πŸ˜‰

Habissss!!! Ada banyak lagi sebenarnya yang boleh makan, tapi ni antara produk yang ada logo halal..Enjoy it!!!






Nak Ais krim!!!

Kelmarin saya pergi ke pasaraya gyoumu supa sebab nak beli santan dalam tin sebab nak buat pulut mangga. Ni bukan kes mengidam, tapi sebab 2 hari lepas saya ada buat kuih seri muka, jadi saya pun rendam la beras pulut tu. Bila dah rendam lebih semalam( sepatutnya 5-6 jam sajer), saya pun fikir balik, yang beras ni byk sangat, jadinya saya ambik yang nak guna je dan gaul dengan santan. Disebabkan ada lebihan, saya pun decide nak try buat pulut mangga, sebab alang-alang dapt free gift mangga dari online halal shop kat jepun ni. Cerita pasal pulut mangga, free gift dan santan tin tu saya citer len kali, sebab skang nanti pasal ais krim. Bila saya pusing2 kat dalam gyoumu supa, teringin pulak nak makan ais krim batang jenama PALM. Best sangat ais krim tuuu. Tapi, aiskrim tu dah habis. Jadinya, sambil tengok2 aiskrim yang lain, terjumpa pulak kelepek aiskrim( kon aiskrim)..waaa, natsukashii!!! Terbayang pulak diri sendiri tengah pegang aiskrim dalam kon. Dah la susah nk jumpa kon aiskrim yang ada logo halal kat jepun ni. Memang best dapat makan aiskrim, tapi malangnya buat masa sekarang saya tak boleh nk makan aiskrim, sebabnya nak kena catu makanan manis sebab time buat kuih seri muka tu, banyak sangat guna gula. Baru saya tahu. Takpelah, insyaAllah minggu depan kalau dah takda masalah dah boleh makan aiskrim balik. 

Tu logo halal, nampak tak??

Yang ni pulak, jenis kon aiskrim feveret.

*gyoumu supa ni paling banyak jual makanan dengan logo halal

Thursday 29 May 2014

Kyouka Moratta Zou!!!(I Got The Permission)

Alhamdulillah,..ni sebenarnya cerita pasal semalam. Tujuan saya tulis cerita ni pun, saya tak tahu. Hopefully, korang yang baca cerita ni boleh try analysis and fikir-fikir la kan. Ceritanya bermula hampir 2 bulan lepas. waktu tu, saya tengah fikir-fikir pasal tarikh. "Ehmmmm, berapa ari bulan nak balik Malaysia ni?" ye la kan..kalau beli tarikh tiket awal sangat, takut tak dapat permission dari sensei. last-last, saya pun decide untuk balik 3 hari sebelum raya,26 Julai(Tiket dah beli pun time tu) dan saya juga sebenarnya plan nak balik lama sikit, sebabnya I GOT SOMETHING TO DO. if possible saya nak cuti untuk 2 bulan, because i want to spend my time with my family and my wife and also for the "SOMETHING".   So, semalam saya pergi la berhadapan dengan my sensei, Ogawara Sensei untuk mintak izin setelah dah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan balik ke Malaysia untuk sekian lamanya. Bila saya cakap yang saya nak balik lama; terus dia naik angin. dia cakap "Sotsugyoushinakutemo daijoubu toiu imi" -(Kalau nanti tak graduate pun tak apa ke maksud awak). Sebenarnya, sensei ni baik orangnya, tapi logik la kan bila saya bagitau nak balik lama dia marah, sebabnya maybe dia bimbang nanti tak sempat siapkan thesis dan sebagainya, so tak boleh nak graduate dengan jayanya. Lagipun, tak pernah dibuat orang mintak cuti lama-lama ni. Dah la budak final year. Tapi lepas tu, saya pun explain situasi yang sebenarnya, yang saya nak balik time natsu yasumi(summer holiday). OOOOOOO!!!!!!!! Lepas dah explain bila nak balik dan berapa lama akan berada di Malaysia, sensei tu pun bagi la KYOUKA(Permission tu)..Alhamdulillah. YEAYYYYY!!!!!!! Tapi time-time nak keluar tu, sensei tu bagi satu lagi task untuk pergi jumpa satu orang lagi Sensei, Syingin Sensei untuk bincang ngan dia pulak pasal cuti panjang ni. Lepas solat asar, saya pun mengadu kat Allah yang saya nak balik, and so doa supaya Allah lembutkan hati Syingin Sensei. Saya siap sebut-sebut nama Syingin Sensei tu dalam doa saya. After that, i went to meet my sensei and have some talk about that. Bila saya explain reason nak balik lama-lama tu, terus Syingin sensei tu terkejut. Bukan terkejut tak nak bagi, tapi terkejut sebab benda SOMETHING yang saya nak buat. Dia macam respect bila saya bagitau yang saya nak buat benda ITU dan INI. ENd of my story, sensei pun bagi KYOUKA jugak kat sana. Now, saya officially, boleh balik ke Malaysia bermula 26 Julai sampai 18 September InsyaALLAH.

*Kesimpulan nya, everything that we plan to do must be with doa(prayer-kalau boleh buat solat hajat lagi hebat =) ). Bukan setakat selepas buat sesuatu perkara, tapi kita kena mintak ngan ALLAH SWT setiap masa. SEBELUM BUAT, SEWAKTU BUAT, dan SELEPAS BUAT. Ini perkara yang saya boleh faham dari Konsep Tawakkal yang sebenarnya.
Wallahualam.

It's Coming Again 3

Ni hadis ketiga dari susunan Maulana Zakaria alKandahlawi mengenai Kelebihan Ramadhan. Ya Allah, kurniakan kami taufik untuk memuliakan Ramadhan, mempertingkatkan IMAN DAN AMAL kami sewaktu RAMADHAN dan SEBELUM DAN SELEPASNYA. Ya Allah, jadikanlah lidah kami sentiasa basah dengan selawat kepada Kekasih Kami, Kecintaan Kami setelah Kecintaan terhadapMu, Sayyidina Rasulullah Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat Baginda. Ya Allah, jadikanlah hati kami kasih akan kedua ibu bapa kami, dan kuatkanlah diri kami agar dapat berbakti kepada mereka berdua yang telah , melahirkan kami, membesarkan kami, menyayangi kami sejak dari kecil. Ya Allah, kami lemah ya Allah, tidaklah kami dapat berbuat apa-apa kecuali dengan taufik dan hidayah dariMu, dengan iradatMu, dan KudratMu.

* Salam kasih sayang buat kedua ibu bapa saya, Hajah Salma binti Mahmad dan Haji Mohd Fadi@Mohd Fadzil Bin Ibrahim.
* sambil menaip tgh mendengar Qasidah2 buat Baginda Rasulullah SAW.😊

Hadis 3 Ramadhan
Daripada Hazrat Ka'ab Bin 'Ujrah ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda," Hadirlah ke mimbar!" Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata 'Amin' dan apabila Baginda naik tangga yang kedua Baginda berkata 'Amin' dan apabila naik anak tangga yang ketiga Baginda berkata 'Amin'. Apabila Baginda turun, kami telah bertanya, " Ya Rasulullah ! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar daripada Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar." Baginda bersabda, "Sesungguhnya Jibrail as telah muncul kepadaku dan berkata,  'binasalah seseorang yg didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan.' Maka aku berkata 'Amin'. 
Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata 'binasalah seseorang yang apabila nama engkau disebutkan kepadanya, tidak pula dia menselawatimu.' Aku juga berkata 'Amin' dan
apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata ' binasalah seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga.' Aku berkata 'Amin'."



Wednesday 28 May 2014

It's Coming

Hadis kedua daripada Buku Kelebihan Ramadhan karangan Maulana Zakaria alKandahlawi. Semoga bermanfaat kepada saya dan semua pembaca dan semua ummat.

Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw telah bersabda,"  Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka. 
1. Bau busuk orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. 
2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah swt akan menghiaskan syurgaNya dan berkata" Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadhan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Rasulullah ditanya," Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."

Dah Dah La Tu Berehatnyer..

Ni sebenarnya citer semalam..time tgh duduk-duduk dalam lab sambil baca buku, sensei saya pun masuk la dalam lab kitaorang, budak undergraduate final year. Lepas tu, sensei pun borak-borak la ngan budak-budaK UAV(unmanned aerial vehicle) dan budak-budak tu termasuk saya..hehe. Tapi, aku buat tak tahu sangat, sebab saya tak berapa faham content perbualan. Tiba-tiba, sensei sebut nama saya, gelabah la sikit tak tentu pasal, n saya tengok member lain semua ambik buku nota dan keluar. Saya yang tak faham, follow je. Masuk la ke official lab kitaorang kat tingkat empat dalam mechanical building. Masuk-masuk je, kitaorang pun buat bulatan. Dipendekkan cerita, rupa-rupanya sensei nak mula bahagikan tema research masing-masing. Yeayyyy!!!!setelah kurang lebih 2 bulan tak buat apa-apa.:)

Semuanya ada 5 tema, yang first tema kena buat model kapal terbang, dalam bahasa jepun benda tu disebut kitai(ζ©Ÿδ½“);second kena buat research pasal kapal terbang untuk terbang kat persekitaran luar-reseach lain semua buat dalam ruangan tertutup. Yang third dan yang keempat pasal image display. Yang ni kena tampal kamera kat kapal terbang, lepas tu nanti ada beberapa gerakan dan kamera akan record time buat gerakan tu. yang ketiga kena buat gerakan pusingan( mcm tang terconteng kat papan putih) dan yang keempat gerakan landing. Dan yang last sekali, yang paling leceh, sampai tak ada antara kitaorang yang teringin nak pilih yang ni adalah simulation. Dari explanation sensei, macam susah sebab nnti kena kira semua variable dan masukkan dalam simulation. Kalau yang member jepun, tak tahu la kenapa tak nak ambik, tapi saya memang tak suka benda-benda pasal komputer ni.

Last sekali, nak share ni je. For me, it's quite funny moment. Citernya, time sensei tengah explain pasal tema-tema tu, sensei ada guna istilah ma-ka-(γƒžγƒΌγ‚«γƒΌ). Time tu, saya blur sangat apa ke halnya guna marker("ma-ka-" tu marker dalam english maksudnye). Dalam explanation tu, sensei bagitau yang nanti kat bahagia sayap kapal terbang, kita buat marker..n bla bla bla, marker, bla bla bla...sampai abis explaination pasal tema tu(tema nombor 4). Saya pun still lagi blur. Apa kaitan ngan marker pen nih..?? Lepas tu, baru saya faham.. Saya try translate balik istilah ma-ka- tu kepada english dan lepas tu kepada bahasa melayu. ooooooo!!!! patut la. Rupa-rupanya, saya yang salah faham. Ma-ka- tu memang betul marker, kalau translate ke bahasa melayu  jadinya penanda. Yang salah fahamnya adalah, saya faham yang ma-ka- tu adalah marker pen. Sebabnya, time kat malaysia dah terbiasa bahasakan 'marker pen' tu sebagai 'marker' je. Haha..itulah cerita saya. 
Last sekali,
 Yang pentingnya, dah dah la tu berehatnyer..!!

Birthday Party in my Lab


Ari ni, kat lab kitaorang ada tanjoubikai(θͺ•η”Ÿζ—₯会). Birthday party ni untuk 2 orang, hoshimoto dan yoshimoto. Haha, yang paling bestnye..saya tak makan pun, sebab saya puasa. Sekadar join je. Tapi nasib baik jugak saya puasa, sebab saya pun tak berani nak makan kek-kek tu. Takut ada arak dan benda-benda lain. Almaklumlah kat negara yang bebas nak makan apa-apa je ni, makan kena la beringat. Kan? Kan?
Oklah, apa-apa pun i'm just can wish that may Allah will give to my Japanese Friends the Hidayah of Islam. They are so kind, respect to others. But, most important, they are also the Ummat of Rasulullah saw. 
Kat bawah ni, ada gambar gambar lain time celebration yang tak seberapa ni.πŸ˜„


Yang baju pink tu, birthday boy: hoshimoto kun

Yang baju putih tu birthday boy jugak, Yoshimoto san




Tuesday 27 May 2014

It's Coming Again

Haa...tak lama lagi, kurang lebih satu bulan, Ramadhan dah nak datang. Bulan yang Allah swt telah letakkan pelbagai kelebihan untuk mereka yang beramal. Saya ni tak banyak ilmu, cumanya saya terpanggil untuk share mengenai kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan melalui pembacaan-pembacaan saya. Mudah- mudahan mendapat manfaat untuk saya dan seluruh umat. Rujukan saya dari penulisan Maulana Zakaria alKandahlawi, yang bertujuan untuk meningkatkan keghairahan dalam beramal. Selamat membaca!!!😊

Hadis 1-
Hazrat Salman ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'aban:
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.Satu Bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatuqadar)yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu Buln yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari(bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat r.hum lalu berkata," Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa." Maka Rasulullah saw bersabda," Allah swt memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ."

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa  yang meringankan bebanan hamba-hambanya(pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah swt dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini 4 perkara. 2 perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kami dan 2 perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun 2 perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain daripda Allah swt(Lailahaillallah)* dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Manakala 2 perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah swt dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah swt akan memberinya minum dari telagaku( pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."

*memperbanyakkan zikir Lailahaillallah

Saturday 24 May 2014

JaCoB`s

Makan Tengahari Saya!! Penyelamat time malas nak masak..JaCoB`s

Lemak dan Darah

I`m just finished doing my routine for today. O Allah, thanks for make everything easy for me, Alhamdulillah. Hari ni, saya baca satu kisah dari satu kitab ni..pasal sahabat-sahabat Nabi saw. ada satu kisah ni pasal sahabat Nabi yang namanya Khabbab bin al-Aratt ra. saya kagum dengan sahabat ni, so saya pun terpanggil la untuk share pasal citer ni dan antara kata-kata sahabat yang hebat ni. oh ya, sahabat ni adalah golongan awwalin(golongan yang awal) yang memeluk Islam. kalau ikut sumber dari kitab yang saya baca ni, penulis kitab ni beritahu yang Hazrat Khabbab ni masuk islam setelah 5 ke 6 orang yang baru memeluk Islam. Sahabat ni jugak seorang hamba kepada seorang wanita. Kisahnya begini.....Sewaktu pemerintahan Umar ra, beliau telah ditanya oleh Hazrat Umar ra secara terperinci tentang segala penderitaan yang telah diaalaminya. Hazrat Khabbab beritahu;"Lihatlah belakang saya". Setelah Saidina Umar melihat belakang Hazrat Khabbab, Saidina Umar beritahu;" Saya tidak pernah melihat belakang yang begini." setelah itu, Hazrat Khabbab telah berkata;" Saya telah diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah dari belakang saya memadamkan bara api tersebut."

Subhanallah!!Hebat kan!!!..ini kisah benar yer. Bukan movie Hollywood. Kalau orang Jepun, mesti dia akan cakap;"Uso!!!","Arienai!!","Majide!!",sebab citer-citer macam ni, tak boleh diterima akal. tapi, kita sebagai orang yang beriman, kisah-kisah sebegini sebenarnya adalah benar dan perlu diambil pengajaran agar kita pun dapat meningkatkan iman kita dan amal kita..huhu

okeeyy, ada satu lagi kisah pasal sahabat hebat ni. Hazrat Khabbab telah menangis apabila Islam telah maju dan pintu kemenangan telah terbuka. Kata beliau;" Saya berlindung dengan Allah swt daripada Dia mengganjarkan segala penderitaan kita yang lalu di dunia ini lagi."

apa yang saya boleh faham dari kata-kata hazrat Khabbab ni,.Hazrat Khabbab telah buat macam-macam pengorbanan dan telah alami macam-macam penderitaan time awal-awal dulu. so, hazrat Khabbab bimbang seandainya, kot-kot Allah bagi ganjaran kat dunia lagi, dan bila kat akhirat, sudah tidak ada ganjaran untuk dia, sebabnya semua telah dibalas ketika di dunia ini lagi. ini sekadar kefahaman saya yang lemah dan jahil ni.

mudah-mudahan, Allah bagi saya dan seluruh umat dengan taufik dan hidayah agar dapat amalkan agama dengan sempurna, ikut cara Rasulullah saw yang mulia. Banyak lagi umat Nabi yang belum dapat Lailahaillallah.


Hari Bermalasan

(Sabtu,2014/05/24)Hari ni, saya malas sangat. Walaupun macam-macam dah plan, tapi dengan kehendak Allah, qadak qadar Allah swt, sedikit sahaja yang dapat disempurnakan. Kelemahan saya, banyak masa dari waktu-waktu yang diberikan oleh Allah swt terbuang. tidak diisi dengan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk diri saya, baik untuk kebaikan dunia apatah lagi untuk kehidupan akhirat. saat menaip entri first ini, saya teringat akan hadis Rasulullah saw yang mafhumnya bermaksud; tidak akan bergerak tapak kaki anak adam ketika hari akhirat sehingga ditanya mengenai akan umur yang diberikan, samaada digunakan untuk urusan kebaikab/kebajikan atau urusan yang tidak baik. Ya Allah, ampunilah saya ya Allah. Saya banyak kelemahan. berilah kepada saya, saudara-saudara saya, dan kepada seluruh umat Rasulullah saw taufik dan hidayah agar kami dapat menggunakan waktu-waktu untuk menghambakan diri kami kepada-Mu ya Allah.

#Ini adalah entri pertama saya, baru belajar-belajar untuk berblog. mudah-mudahan membawa manfaat.=)