Ulama menyarankan untuk membicarakan perkara2 membesarkan Allah, perkara iman, sekurang-kurangnya 25 kali sehari dan itupun hanyalah memantapkan dan meneguhkan iman sedikit sekali.
Apa yang nampak dan yang tak nampak berasal dari khazanah Allah,
Allah mencipta mengikut kudrat dan iradat Allah,
Allah mencipta tidak memerlukan bantuan makhluk,
Makhluk tidak boleh memberi manfaat dan mudharat kecuali dengan izin Allah.
Penjelasan
Allah adalah zat yang mencipta segalanya, baik di langit mahupun di bumi, malaikat, jin, syurga, neraka dan segalanya selain dari Allah.
Allah adalah zat yang memelihara akan segala apa yang dicipta. Allah memelihara lautan supaya tenang, Allah memelihara deruan angin supaya damai, Allah memelihara jantung manusia supaya berdegup dengan sekata, Allah memelihara putaran n pusingn bulan bintang. Seandainya Allah tidak bersifat dengan pemelihara, pasti dunia akan kacau bilau, bumi, lautan, bulan, bintang membawa haluan masing2, bersengkata antara satu sama lain sebagai mana manusia dan jin bersengketa dek sedikit kebebasa yng dikurniakan
Allah memberi rezeki kepada setiap makhluknya, malaikat, jin, manusia, haiwan, tumbuhan. Saat Allah berhenti memberikan rezeki kepada mana2 makhluknya, sampailah ajalnya. Pasti!!!!
Apa yang mampu dilihat dengan mata kasar, manusia, bangunan, bulan, duit, makanan adalh dari khazanah Allah. Begitu jugak apa yang tidak pernah dilihat juga dri Allah. Malaikat jibrail dengan 600 sayap yang satu sayap sahaja sudah menutupi timur dan barat, malaikat israfil yang seluruh dunia ini sahaja pun sudah berada di hadapan sangkekalanya, betapa besarnya akan peniup sangkekala itu sendiri; maka ini juga dari khazanah Allah. Begitu juga, nikmat2 dalam syurga, ianya dari khazanhnya Allah.
Allah mencipta mengikut kudrat dan iradatNya. Kemampuan dan keinginannya Allah. Tidak gugur satu helai daun di hutan belantara, kecuali dengan kuasa dan keinginan Allah. Tidak akan berlaku sesuatu kecuali dengan kudrat dan iradat Allah.
Allah mencipta dan mentadbir sesuatu tanpa perlukan sedikit pun bantuan makhluk. Allah mencipta sesuatu dari nothing to something. Manusia mencipta sesuatu from something to something. Manusia mencipta kapal dari logam yang sedia ada di bumi, hanya dirubah bentuk dan hanya perlu diproses, sedangkan Allah sendiri mencipta logam tanpa ada sesuatu sebelum logam. Allah mencipta dengan diriNya sendiri, sedangkan manusia mencipta wajib memerlukan bantuan lain.
Makhluk tidak boleh memberi manfaat dan mudharat kecuali dengan izin Allah.
Contoh Api:
Api adalah makhluk Allah,
Api hendak mnjadi panas berhajat kepada Allah,
Allah hendak menjadikan panas tidak berhajat kepada Api
Apabila Allah berkehendak api menjadi panas, ianya akan jadi panas dan
Apabila Allah tidak berkehendak Api menjadi panas, ianya tidak akan menjadi panas.
No comments:
Post a Comment