Tuesday, 30 September 2014

Kerja laa, Kalau Nak Kerja Sangat!!

Hi guys…assalamualaikum semua…
Hari ni, saya nak share something ngan korang semua…ianya pasal satu hadis yang kita sering dengar. Selalu sangat. Tipu laa kalau ada antara kita yang bagitau yang dia tak pernah tahu or tak pernah dengar pasal hadis ni…sebabnya, dalam kebanyakan kem motivasi untuk budak2 yang nak exam, hadis ni akan disebut2..

Apa dia hadis tu..??

Meh sini nak habaq..
bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun, dan beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari..

Apa yang menarik tentang hadis ni..??

Opss, korang silap..Apa yang saya nak tulis bukan pasal hadis ni, tapi pasal diri kita. Our ‘true colour’. Kalau istilah agama, ustaz2 akan bagitahu ‘keadaan iman kita’..

*saya pun baru tahu tentang hadis ni. setelah kawan saya explain kat saya..

Bila kita baca hadis ni, apa yang kita selalu kaitkan.?Apa yang kita faham.?

Saya percaya hampir 90% daripada kita akan kata yang hadis ni suruh kita kerja betul2. Jadi, ramai la orang akan guna modal ni.

“Kerja pun ibadah jugak.”
“Kan Islam tu suruh kita kerja rajin2.”
“Kan cari nafkah tu wajib”

Jadinya, boleh la kerja sampai lewat malam. Pagi, Petang, Siang, Malam duk pikir pasal duit.Nak jadi kaya..

Betul ke salah tu??

Memang betul Islam suruh kerja, tapi cuba kita fikir betul2. Solat Jemaah 5 waktu kita hadir tak??Kelas agama kita pergi tak??Orang sakit kita ziarah tak??Orang susah kita tolong tak??
Ni semua amalan dan perintah Allah jugak tau. Agama pun ada Priority. Dalam senarai ranking ibadat, bekerja tu antara yang paling2 bawah..

Apa kaitan dengan Hadis di atas.

Saya dalam usaha nak memendekkan setiap entri saya(tak nak bagi korang bosan), jadi straight to the point, saya bagi persoalan untuk korang jwab.

Soalan 1                                                                                                                                
Anda telah ditugaskan untuk menyiapkan satu assignment oleh professor anda  dan perlu  submitnya dalam tempoh sebulan. Apa tindakan anda??

   A.  Siapkan assignment tersebut dalam satu hari
   B.  Siapkan assignment tersebut sedikit demi sedikit sehingga dateline

Saya percaya ramai antara kita akan memilih jawapan B, sebabnya nanti boleh buat dalam keadaan relax tak perlu tergesa2. Tetapi pada masa yang sama, secara tak sedar kita sebenarnya menggunapakai jawapan A dalam memahami hadis di atas.

Soalan 2
Anda akan dihukum gantung sampai mati pada hari esok, apakah tindakan anda??

   A.  Bertaubat
   B.  …………….

Saya yakin, semua daripada kita akan memilih jawapan A, kerana itu memang keadaan diri kita yang sebenarnya sewaktu menghadapi kematian. Dan saya pasti yang kita semua akan bersungguh2 untuk menangis sewaktu bertaubat.

Apa yang saya nak konklusikan ni agak panjang, baca dengan sabar yer..

apa yang saya faham dari hadis ini adalah, hadis ni nak bagitahu adalah agar setiap orang bekerja(mencari rezeki-perintah Allah), dalam keadaan tidak menjadi ‘ahli dunia’. dan Fokus utama hadis adalah agar setiap orang bersungguh2 dalam ibadat. Sebab tu nabi bagitau kita nak mati esok.

Saya ada tulis kat atas, kalau dalam istilah agama, kita akan tahu ‘keadaan iman kita’ bila kita faham hadis ni betul2. Kita kena banyak istighfar dan minta ampun dengan Allah.Sebabnya, kalau kita faham hadis ini sebagai saranan untuk kerja rajin2, itu tanda iman kita sikit sangat. Dalam hati kita ada cinta dunia. Kita ahli dunia sebenarnya. itu tanda Kita sebenarnya tak YAKIN dengan rezeki ALLAH. Kalau kita sudah ditakdirkan untuk hidup 1000 tahun, bermakna rezeki kita untuk 1000 tahun Allah dah tulis. Jadi kenapa kita nak kena pulun habis-habisan kudrat kita hari2 untuk dapat rezeki 1000 tahun tu sekaligus. Kerja biasa2 je macam time kita nak kena buat assignment yang nak kena antar sebulan kemudian. Saya nak explain lagi, tapi takut jadi panjang sangat. Semoga Allah beri saya dan kita semua kefahaman.

sedara-sedari, akidah kita lemah sesangt. Kita tak ikut shiah,muktazilah dan sebagainya. Betulllll!!!saya tak nafikan..namun, sebenarnya, kita pun tak ikut Rasulullah. Kita sedang ikut DUNIA. KITA HAMBA DUNIA..

Kalau dalam psychology, kita sebnarnya berada dalam kategori tamak. Bila nabi kata bekerjalah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun, otak kita waktu tu mainkan peranan dengan bagitau kita bahawa kita akan hidup 1000 tahun, jadi mesti nak harta banyak, duit banyak. Then, bila imej 'nak harta banyak' tu lekat dalam otak kita, otak kita dah lupa nilai 1000 tahun tu dan tak dapat analysis nilai 1000 tahun tu lagi. As the result, badan kita bekerja kuat2 sampai kita penat, sebab nak cari duit punya pasal, dan kita dah terlupa yang ESOK MASIH ada. bukan setakat esok,  kita still ada 999 tahun 394 hari lagi.. 
Kenapa jadi macam tu? Sebabnya, kebanyakan manusia cenderung untuk berehat2. Kita sedar yang kita perlu bekerja, jadi kita nak pulun habis-habisan dalam 1 hari dan nak berehat untuk hari2 seterusnya. Buktinya simple. Kenapa orang kerja kuat time muda. sebabnya nak senang time tua. Kenapa ramai orang kat masjid time bulan puasa, sbbnya nanti bulan lain boleh enjoy.

Wallahua'lam..Semoga bermanfaat
Sedara-sedari, tolong sebutkan nama saya yang hina-dina  ni dalam istighfar korang yer. Doakan agar Allah beri saya taufik dan hidayah

Usaha atas Iman dan Amal

p/s; Silalah betulkan saya kalau ada kesilapan..




No comments:

Post a Comment