Thursday, 25 September 2014

OMG, Isteriku Jadi Datin!!!

"macam mana you boleh jadi 'datin' ni....husband you dapat  'Datuk' ke..??"
"sultan mana yang bagi tu...?"
"oooo please....tak payah nak berlagak sangat lah!! 'Datin' je pun..bukan 'Datin Sri'.."
"ni mesti kes bayar nih..."

haha...terkejut korang baca tajuk entri nih...

takde apa2pun sebnarnya...sajer je nak tulis pasal bnda nih, sbb ianya melibatkan hubungan suami isteri...

chop2..jangan la berhenti baca dulu..

saya tulis ni bukan sajer2 tau..tapi penting untuk pasangn yang dah kawen atau yang akan berkahwin. tak kisah laa sama ada dalam masa terdekat or yang masih belum ada perancangan..

korang perasan tak, atau dalam bahasa lain, korang tahu tak..
yang kalau seorang lelaki dapat 'Datuk', secara automatik si isteri tu akan dapat 'Datin'..
tapi..kalau perempuan dapat 'Datin', belum tentu si suami tu akan dapat 'Datuk'.

kan2...*terhangguk2 kepala*.

jadi..apa yang saya nak sentuh kat sini ialah dari segi konsep ganjaran ibadat bagi pasangan suami isteri, terutamanya bagi si isteri..

saya bagi contoh yang simple sangat2..dah taboo sangat contoh ni sebnarnya..tapi takperrr, nak guna jugak..=p

untuk seorang suami yang solat berjemaah di masjid(1), ganjarannya kita assumekan sbanyak 27 pahala..(saya tulis assume tu sbb dalam hadith yang saya baca, Nabi bagitahu dalam bentuk gandaan lebih baik, bukan pahala.."27 kali ganda lebih baik"-nak bagi mudah faham)..
 
that's mean, mengikut perkiraan matematik, ganjaran pahala untuk si isteri adalah 28 pahala kalau isteri solat di rumah sendirian..

27+1=28 

senang kan kira2 ni...jadi, maknanya apa??

pahala suami tu pahala isteri
pahala isteri tu pahala isteri 

bila suami buat ibadat, si isteri jugak akan dapat pahala yang sama macam suami dapat..
tapi, bila isteri buat ibadat, pahala tu akan dapat pada suami..hanya untuk dirinya..

suami zikir pun isteri dapat..
suami makan pun isteri dapat..
suami pergi masjid pun isteri dapat..
suami balik umah mak pun isteri dapat..

semuaa dapatttt...bestttt woooooo.....!!!!

 boleh goyang kaki la orang perempuan kat umah..TU PUN KALAU DAPAT SUAMI YANG SOLEH SIKIT DARI ORANG LEN...

last but not least, 
sbb tu, jangan jadi BODOH(maaf bahasa kasar) wahai isteri2,. Galakkanlah suami2 uolls untuk banyakkan ibadat/amalan..tolong jangan halang kami/jangan pujuk rayu kami/ , kerana kami sedar kami pun lemah dan kami teramatlah mudah untuk 'cair' dengan uollss..

untuk yang belum kawen, carilah yang rajin ibadatnya. jangan cari yang hensem sajer..jangan cari yang pandai bodek sajer..jangan  cari yang pandai cari duit sejer..nak jadi jutawati(betul ke tidak perkataan nih), jadilah jutawati akhirat...

p/s: sekadar perkongsian hasil program 40 hari. untuk rujukan boleh refer hadith sayyidatina Asma datang bertanya soalan kepada Rasulullah. kalau ada silap, betulkan saya.

(1)Sunnah asal solat berjemaah adalah di masjid.Bukan di rumah.

semoga Allah beri saya dan kita semua pengampunan dan hidayah.
Usaha Atas Iman dan Amal..
 



No comments:

Post a Comment