Baru2 ni, mungkin 2 minggu yang lepas ,negara Malaysia telah dikejutkan dengan insiden berpelukan gadis-gadis bertudung dengan jejaka2 K-pop. Maka banyaklah statement2 dari pelbagai lapisan masyarakat. Baik pemimpin negara, para asatizah, makcik-makcik, pakcik-pakcik, malah mungkin kanak-kanak juga.
saya mula melihat video ini, apabila ianya telah menjadi satu viral, dan video ini telah disharekan dalam salah satu group whassap saya. Saya tidak sempat untuk menghabiskan video tersebut kerana perasaan sebak, sedih. Saya tutup video itu dan pulang ke rumah sambil beristighfar. Dalam sangkaan saya pada waktu itu, lokasi video itu dirakam di Indonesia, kerana imej negara indonesia dalam minda saya adalah agak sebuah negara yang agak liberal, walaupun saya sendiri telah bergaul dan bersahabat dengan ramai orang Indonesia yang baik2. * mohon maaf*
Walaupun dalam kesedihan, apabila ianya berlaku di negara Indonesia, ianya tidaklah menjadi suatu kepelikan, malah saya menganggap ianya perkara yang biasa. Namun ternyata, apa yang saya menduga itu salah, kerana ianya berlaku di negara Malaysia, tanah airku. Tanah Kebanggaanku.
Ada pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.
Ada yang mengambil kaedah untuk menghentam kerajaan, kononnya kerajaan gagal dalam mendidik muda-mudi negara.(Betul ke Salah Tindakan ini??)
Ada yang mengambil jalan untuk menakut-nakutkan mereka yang terlibat dengan acara tersebut, dengan ancaman-ancaman dari al-Quran dan Hadith.(Betul ke Salah Tindakan ini??)
Ada yang mengambil pendirian berdiam diri , tidak ambil kisah.(Betul ke Salah Tindakan ini??)
Ada yang mengambil pendekatan membela mereka yang terlibat, terutama gadis2 tersebut dengan alasan 'biadap' apabila menolak untuk bersalam dan berpelukan. (Betul atau salahTindakan ini??)
Ada yang mengutuk ibu bapa gadis-gadis tersebut.(Betul atau Salah Tindakan ini??)
Ada yang mengutuk gadis-gadis itu sendiri.(Betul atau salah Tindakan ini??)
Forget about others, How about us??What is our position??
Jujur saya katakan, dan ini hanyalah pendirian saya. Mudah untuk kita menunding sesuatu kesalahan yang berlaku dalam masyarakat ke arah orang lain, tetapi tersangat sukar untuk kita meletakkan kesalahan ataupun kesilapan orang lain menjadikan ianya sebagai kesalahan diri kita sendiri.
Apabila sesuatu kesalahan dan kesilapan(saya guna istilah ini, kerana saya menganggap ianya suatu perkataan yang lembut berbanding perkataan KEMUNGKARAN), seperti insiden ini berlaku ,mungkin orang hanya mampu menilai dari kaca mata sosial budaya dan agama.
Budaya Melayu sudah luntur!!! Mana gadis-gadis Melayu yang sopan!!!
Korang berpeluk!!!Haram!!!Berdosa!!!
Tapi tak ramai mampu melihat dari kaca mata Allah dan Nabi Muhammad.
Saat insiden itu berlaku, Allah sedang marah. Allah ingin turunkan bala, tetapi Allah masih memberi jalan kepada kita. "Bertaubatlah hambaKu!!!. Seandainya engkau bertaubat dan memohon ampun, aku akan ampunkan."Inilah kasih sayang Allah.
Sedangkan Rasulullah pula mungkin sedang bersedih.
"Umatku!!Umatku!!Kenapa engkau langgar perintah Allah??Tolong jangan buat begini. Aku tak nak kamu masuk neraka." Rintih Rasulullah.
Itulah gambaran Allah dan Rasulullah saw. Agama tidak rigid. Allah tahu yang kita ada nafsu, ada keinginan, dan Allah tidak suka kalau kita langgar perintahNya, tapi Allah masih beri jalan untuk kita balik kepadaNya.
Kalau Allah dan Rasulullah tidak menunding jari, apakah hak kita untuk menunding jari kepada orang lain??
Namun, apakah dengan berdiam diri itu, sikap yang baik??
Jawapannya tidak. Teguran perlu dibuat, tetapi bukan dengan cara mengutuk atau menjatuhkan. Di peringkat kepimpinan negara, usahakan supaya pembangkang dan kerajaan dapat bekerjasama untuk membangunkan muda-mudi negara. Berhibur boleh tetapi jangan sampai melampaui batas agama.
Di peringkat asatizah, jangan hanya mengkritik, tetapi sediakan jalan untuk mereka bertaubat. Saya tak dapat fikir, yang gadis-gadis tersebut still tidak berubah setelah Allah sudahkan malukan mereka di atas dunia ini lagi. Walaupun bukan sekrang, mungkin suatu hari mereka akan malu dan akan balik kepada ALLAH.
Peingkat ibu bapa, jangan hanya berceloteh omong kosong. Mengkritik ibu bapa mereka yang hadir. Ini ujian Allah untuk mereka, mungkin ujian kita lebih berat yang Allah akan kenakan ke atas kita. tolong istighfar dan minta ampun untuk ibu bapa ini, dan doa agar sama-sama diberi taufiq dan hidayah agar dapat membimbing keluarga ke arah mentaati Allah.
Last sekali, di peringkat muda-mudi macam saya. Jangan dicemuh mereka yang hadir. Mereka tidak tahu. Mereka hanya TERLEKA. Kita juga boleh jadi berada dalam acara yang sama, tetapi Allah yang selamatkan dan lindungi kita. Mungkin mereka itu bukan kawan kita, bukan juga kenalan kita, tetapi mereka adalah saudara sebangsa dan seagama dengan kita. Doakan yang baik-baik buat mereka, semoga Allah membimbing kita dan mereka ke arah lebih baik.
Sebagai penutup, kasihanilah diri kita dan orang-orang di sekeliling kita. Banyak yang menjauhi Allah. Jangan kita tunding kesalahan kepada orang lain, kerana hakikat sebenar ianya akan mengeraskan hati kita. Jadikan, setiap apa yang berlaku atas dunia ini jikalau mampu, sebagai kesalahan diri kita sendiri. Kalau ada bayi zina yang lahir di hujung dunia sekalipun, katakan ianya kerana kesalahan diri kita sebab tak mampu nak cegah kemungkaran. Carilah apa-apa alasan untuk menyalahkan diri kita. Percayalah, dengan cara itu kita akan lebih dekat dengan Allah.
K-pop 'membahayakan', tetapi apakah dengan menunding jari itu, ianya akan mengubah hakikat, masyarakat sedang berada dalam situasi 'merbahaya'. Tidak!!! Ini salah saya dan saya bertanggungjawab untuk membawa masyarakat ke jalan yang benar kembali.
#IniSalahSaya
Semoga bermanfaat untuk semua.(Wallahua'lam)
Usaha atas iman dan amal
p/s; ujian terhadap umat Islam dengan ISIS.huhu. semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. aminn..
No comments:
Post a Comment