Wednesday, 14 January 2015

Perbezaan Waktu Solat Jepun n Malaysia serta Cara Mengatasinya

Assalamualaikum semua..
First of all, saya nk ucapkan Selamat Tahun Baru n semoga tahun 2015 menjadi permulaan yang baik buat kita semua. Baik dari segi karier kita sebagai pelajar atau orang yang dah bekerjaya. Dan semestinya baik untuk bekalan kita di akhirat nnti. 

Untuk topik kali ni, saya nak tulis a little bit my experience di Jepun berkaitan dengan waktu solat. Mungkin ada orang yang akan concern dengan benda ni dan saya tak nafikan akan ada jugak orang yang tidak concern akan benda ni.  But, as long as i can see, kebanyakan student  kat Malaysia kat Jepun sangat2 bagus. Mungkin saya boleh bagi 80% dari the whole student yang take care pasal solat. 

So, for the starting, saya nak bagitau sedikit perbezaan waktu solat kat Malaysia dan Jepun. 
- waktu solat kat Malaysia(generally), hampir sama untuk sepanjang tahun. Range untuk subuh dari 5:30 pagi~6:00. Zohor pulak 1:15 ptg~1:45. Asar dari 4:15 ptg~4:45. Maghrib,7:00 mlm~ 7:30. Isyak, 8:05 mlm~8:45 mlm.
- waktu solat kat Jepun pulak akan ikut musim. Kalau kat tempt saya, Yamaguchi  , untuk waktu subuh, time musim sejuk(right now) ia akan jadi semakin lewat sehingga paling maksimum pukul 6 pagi. Tapi, bila masuk musim panas      (bulan 7-9), waktu subuh akan jadi awal hingga pukul3:30 pagi tu dah masuk waktu. Time tu, kalau yang terqadha subuh tu dh jadi mcm normal. Cuma satu je yang sama sepanjang tahun, waktu Zohor. Rangenya adalah dri pukul 12:00 tgh hari~ 12:30.

Perbezaan yang kedua, perubahan waktunya. Kalau kat Malaysia, untuk satu2 waktu solat berubah 1 minit awal/lewat, ia akan ambik masa 1 minggu kebiasaannya. Tapi kalau kat Jepun untuk setiap hari, waktunya akan berubah dari hari yang sebelumnya.

Itu laa serba sedikit pasal keadaan waktu solat kat Malaysia dan Jepun.

Cuma bukan itu tujuan saya menulis entri ini. Apa yang saya nak tekankan adalah kaedah yang sesuai untuk pelaksanaan solat berjemaah di Jepun.

Kalau di Malaysia, untuk setiap waktu solat, sekitar 10 minit selepas azan, orang ramai akan solat jemaah di masjid. Meraikan pendapat solat di awal waktu.

Tapi kalau kaedah yang sama, diamalkan di Jepun, ianya kurang praktikal menurut saya. Waktu solat yang sentiasa berubah dan jarak masa antara 2 waktu solat kadang kala menjadi pendek. Menyebabkan kesukaran kepada orang awam. Baik yang bekerja atau pelajar.

Dan alhamdulillah, taun lepas sewaktumusim  panas saya berpeluang untukmelakukan kembara dakwah ke masjid2 di Jepun. Di Jepun terdapat sekitar 150 buah masjid dan musolla2. Dari jumlah itu, mungkin 1/16 sudah saya pergi dan bersua muka dengan orang2 Islam di sana.  

Ada masjid yang majoriti muslim sekitarnya dari myanmar. Ada masjid yang sekitarnya majoriti muslim Sri lanka. Ada masjid yang sekitarnya majoriti Muslim orang Negro. Ada yang majoriti muslim Bangladesh. Ada yang majoriti Sri  Langka. Dan ada masjid yang tinggal bangunan semata-mata tanpa orang mengimarahkannnya:'(

Melihatkan pengurusan waktu solat di masjid2 tersebut, solat berjemaah tidak dilaksanakan mengikut waktu solat, tetapi satu waktu yang tetap telah ditetapkan mengikut musim, jadi orang ramai boleh datang pada waktu tersebut.

Sebagai contoh, untuk waktu asar, walaupun waktu mula masuk bermula jam 3:15, tetapi solat jemaah akan bermula jam 5:00ptg. Jadi orang ramai, boleh datang pada jam 5:00 petang.

Praktis seperti ini banyak diamalkan di masjid2 di Jepun, MUNGKIN mempunyai perkaitan degan Mazhab Hanafi. Wallahua'lam.

Berbeza dengan Mazhab Syafie yang menggalakkan untuk solat di awal waktu.

Jadi, menurut saya, di Jepun oleh kerana setiap orang mempunyai situasi yang berbeza2, adalah tersangat sesuai dan amat praktikal kaedah pelaksanaan solat berjemaah seperti ini diamalkan. Solat Jemaah dilaksanakan mengikut waktu yang dipersetujui,bukan mengikut waktu mula masuknya satu-satu solat. 

Bagi yang sedang belajar atau akan datang belajar di Jepun, usahakan untuk wujudkan satu bilik untuk solat berjemaah dengan semua Muslim di satu tempat walaupun aparto(apartment) masing2 adalah berbeza lokasi. 
 
Semoga Allah terima amalan kita semua
Usaha atas iman dan amal

1 comment: