Wednesday 19 November 2014

WahaBi Lebih Baik..

Assalamualaikum minna...
dah seminggu lebih saya tak update blog ni. Sibuk ker?? Takdelah sibuk sangat, cuma takde ilham nak menulis..malam ni pun, saya paksakan diri saya untuk tulis something..errmmmm..

pernah tak korang ada cita2 time kecik2 dulu?? Mesti ada kan. Dah nama pun budak2. Saya masih ingat lagi, kalau time kecik2 dulu, saya minat nak jadi angkasawan. Tapi, bila rasa cita2 tu macam mustahil jer, saya downgradekan cita2 saya jadi ahli astronomi. Macam mustahil jugak tu, saya downgradekan lagi nak jadi cikgu. Banyak la cita2 saya, cuma malam ni, saya nak sentuh pasal satu profesion kerjaya yang saya pernah terlintas dalam hati. Ustaz..

Citer macam mana boleh terlintas nak jadi ustaz ni, bila saya di sekolah menengah rendah. Sekolah Agama Falahiah. kat sana la, saya banyak belajar agama. Time sekolah rendah, saya banyak main2. solat main2. Quran tak pernah khatam. and banyak lagi la kot benda2 yang saya tak 'lepas'. 3 tahun kat sekolah Falahiah tu, saya mula sedar yang banyak hukum2 yang secara logik akal boleh dijawab, tapi kerana takde sanad(istilah agama) atau tausiah(istilah moden sikit), jadi tak boleh nak jawab soalan hukum2 ni seberono jer. Kalau ada sesi soal jawab kat depan, saya yang kat belakang pasti akan try jawab hukum tu dalam hati, n ternyata hukum yang saya fikir tu sama dengan jawapan yang diberi oleh penceramah/ustaz.

Persoalan pertama, betul ke salah pilihan nak jadi ustaz??
Persoalan kedua, apa tujuan di sebalik nak jadi ustaz??

Jawapan merangkap pandangan saya, boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Saya mula sedar benda ni sekarang. Kalau seseorang tu nak jadi ustaz, tapi tujuan untuk menambah baik iman dan amalan diri sendiri, dia betul. Tapi maaf saya cakap, ramai orang hari ni, termasuk saya yang menulis ni, belajar agama untuk orang lain. Pelajar pondok kampung tak payah cakap bilangannya, ramai sangat. Campur dengan pelajar pondok moden lagi. Campur lagi yang belajar dengan Habib2,  tak termasuk yang belajar secara online. Ramai sangat.. Kiranya Malaysia ni dah kaya dengan orang ber'AGAMA'. ..

Tak salah belajar agama, malah tersangat utama. Cumanya bila kebanyakan kita, menjadikan hukum agama sebagai dalil untuk membela perbuatan kita.

Nak bagi mudah faham, saya bagi contoh. Bila ada sesuatu tempat buat solat jemaah, orang yang belajar agama tak datang solat jemaah. Bila ditanya kenapa tak datang, jawaapan yang diberi sunat jer. Haishhhh....!!!! Kalau sekali sekala tak dapat datang, mungkin ada perkara yang menghalang. Tapi, kalau dah selalu tak datang, itu bukan perkara yang menghalang, tapi diri kita yang menghalang kita dari tak datang. Betul ke macam tu??. Sepatutnya, orang yang belajar agama la paling terkedepan untuk datang solat jemaah.

Saya sentuh isu wahabi sikit. Terus terang saya tulis, kalau kat pengajian agama, ustaz2 sering akan bagitau murid2 supaya hati2 dengan fahaman WAHABI/ SALAFI. WAHAI Kawan2 yang belajar agama oiii!!!, kalau macam ni la perangai orang belajar agama secara bersanad (kononnya), baik lagi orang wahabi yang dikatakan membahaya tu.

Sebab apa, orang wahabi walaupun mereka tak duduk lepas solat(rata-ratanya), tapi mereka paling ambil berat bab solat jemaah. Lantak la kita nak belajar mazhab syafie ke, hanafi ker, hambali ker, maliki ker, tapi kalau ni perangai orang belajar agama yang kononnya berada di atas jalan yang betul, baik jadi orang berfahaman wahabi lagi.

Oleh sebab tu, kawan2 yang belajar agama, ni sekadar pengalaman saya, orang yang belajar ilmu hukum2 tak salah. Membetulkan dan meluruskan jalan ibadah. Cumanya, orang yang hanya tumpukan dalam belajar ilmu hukum2, hatinya cenderung jadi keras. Fokus kita dalam persoalan ibadat, hanyalah sunat, wajib, harus, makruh haram.

Kalau perkara sunat, kita akan kata, "Takpe sunat jer..".
Kalau benda makruh, kita akan kata," Alah, makruh jer pun, bukan haram lagi.."  Betul tak?? 

Tak ramai antara kita yang akan bagi tumpuan pada ilmu mengenai ganjaran amalan. Contohnya, kita azan. Ulama hanya kata sunat. Tapi dalam hadis, banyak ganjaran untuk azan sahaja.

Kalau pakai siwak(berus gigi) sebelumsolat, ulama feqah hanya bagitau sunat. Tapi hadis bagitau, 70 kali lebih baik dari solat tanpa siwak.

ziarah orang sakit, ulama feqah hanya menyebut sunat, tapi Nabi sebut ada akan dapat satu kebun dalam syurga.

Makan baca bismillah, ulama kata sunat. Nabi sebut makan tanpa bismillah, syaitan akan makan bersama.

Masuk rumah dengan bismillah( doa), ulama kata sunat, tapi Nabi sebut masuk rumah tanpa baca bismillah, syaitan akan tidur dalam rumah.

Tidur dengan berwuduk, hukumnya ulama kata sunat. Tapi Nabi sebut, malaikat akan ada dengan kita sehingga pagi, dan akan mendoakan," Ya Allah, ampuni si fulan kerana dia tidur dengan berwuduk".

Jadi, macam tu la sebenarnya. Ulama feqah, buat hukum untuk mudahkan kita, tapi kita memudahkan hukum pulak.

Macam kita tak dapat datng solat jemaah sbb beberapa perkara, maka sebab hukumnya sunat, kita tak berdosa. Tapi bila kita menggunakan hukum sunat sebagai alasan untuk tak datang solat jemaah, BAGI SAYA KITA BERDOSA. Semoga Allah mengampuni kita semua.

Pesanan umum: Teruskan belajar agama.Tauhid, ibadat dan akhlak. Kita belajar engineering or what so ever, penting, tapi bila kita mati dah tak penting lagi. Bermula alam kubur lagi, ilmu tauhid, ibadat, dan akhlak tu la yang akan berguna. Cari lah ustaz, dan jangan sesekali berpada dengan Haji GooGle, or Dr Youtube.

Pesanan buat pelajar agama: Jangan mudahkan agama. Memang betul, bila kita ada ilmu agama, kita luangkan masa kurang lebih 45 minit(2 kali seminggu) untuk belajar agama,( ini jadual belajar agama saya) kedudukan kita di sisi ALLAH DAN MALAIKAT lebih baik dari orang lain, tapi bila kita mengambil mudah hukum sunat, makaruh, wajib, harus, haram tu, kedudukan kita jauh lebih hina dari orang yang tidak tahu.

p/s:Saya mohon maaf kalau ada terkasar bahasa dalam entri kali ini, dan tulisan ini hanyalah pandangan saya. Saya menggunakan isu wahabi bukan untuk menimbulkan kekecohan, tetapi hanyalah sebagai perbandingan dari segi kebaikan. Contoh yang saya bawakan dalam penulisan saya, hanyalah berkisarkan solat jemaah, kerana ianya contoh yang paling hampir dengan kita dalam suasana manusia semakin meninggalkan solat 5 waktu, apatah lagi solat jemaah. Namun, isu yang disentuh dalam penulisan saya, bersifat menyeluruh, dalam segenap perkara. Semoga bermanfaat buat diri saya dan umat.

Usaha Atas IMAN dan AMAL

No comments:

Post a Comment