Thursday 27 November 2014

Warkah Arjuna



Saya bukanlah penggemar lagu arjuna beta ni, tapi saya minat Fynn Jamal. Saya suka bait2 lagu yang dia tulis. Bahasa yang dia guna tu, kalau saya baca memang tak faham, tapi metafora2 yang dia guna tu, memang niceee!!!. 5 Bintang.!!!
Campur pulak dengan emosi yang terkandung dalam bait tu memang terbaik!!!5 bintang lagi!!!. 

Bagi saya, Fynn Jamal ni macam M. Nasir versi perempuan. Kalau M. Nasir tulis lagu, bahasa dan perkataan yang ditulis dalam lirik2 tu memang terbaik!!!Saya tak faham lirik lagu M. Nasir, tapi saya boleh faham apa yang dia nak sampaikan


Berbalik kepada video ni. saya baru tengok sebenarnya. Ada benda yang bila saya dengar dalam part2 Fynn Jamal dan suaminya tu cakap, mengusik perasaan saya. Tapi, sebelum tu, alhamdulillah dan syabas kepada Fynn Jamal sebab dah bertudung. Saya tak tahu, keadaan beliau secara jelas sebelum ni, dah bertudung ataupun belum, tapi syabas sebab beliau memilih untuk menutup aurat.

First
Apa itu Family?

"Family adalah apabila semua orang boleh bersatu dengan compang campingnya. Menerima apa yang ada. Baik Buruknya. Boleh ketawa dalam susahnya. Apatah lagi bahagia ketika sedang gembira."

saya suka dan setuju dengan statement Fynn Jamal ni. Kalau orang tanya saya, apa itu family, mungkin saya akan jawab guna jawapan Fynn Jamal nih..!!Copy paste. 

Second
Bila saya dengar ucapan Fynn Jamal ni, ada benda yang saya macam pening. Otak saya tak dapt nak proses data2 yang ada, bila Fynn Jamal sebut pasal,

"Love you then, Love you now.....teruskan dengan saya,bawa saya ke syurga" 

Honestly, sebelum saya kahwin, saya tak pernah perasan tulisan/ atau ucapan berkaitan dengan syurga. Tapi bila saya kawen, kalau saya tengok video2 kawen, akan ada tulisan atau ucapan berkaitan dengan syurga. Isteri saya pun selalu sebut kat saya, "LOVE YOU TILL JANNAH"

...

dari satu sudut, saya respect perasaan cinta orang perempuan kat lelaki ni. Dari ucapan Fynn Jamal tu pun, saya rasa kita semua dapat rasa betapa sayang dan cintanya Fynn Jamal kat husband dia. Malah, mana2 perempuan pun akan buat benda yang sama bila dah ada suami. Apa yang saya faham, wanita2 nak bagitahu, dah masuk syurga pun, tak best kalau tak dapat bersama encik suami. Sampai tahap macam tu, kasih sayang dan cinta wanita kat suami 

Tapi, dari satu sudut, otak saya jadi mereng .
 Apa maksud syurga? 

Macam mana nak masuk syurga?

Masuk syurga ni sama macam masuk zoo negara ke?

Ada tiket boleh beli ke??

Banyak ke pasangan yang Allah nak masukkan dalam syurga? 

Gaya wanita menulis/ mengucapkan perkataan JANNAH tu macam mudah jer nak masuk syurga. 
adakah kita among best of the best nak jadi pilihan Allah, untuk masuk syurga  tu.??

herrrmmmmm.....saya pun tak faham, sama ada wanita yang ucap benda tu faham ke tidak..
Tapi, takpe, apa2 pun kita bersangka baiklah dengan Allah dan berusahalah untuk tingkatkan iman dan amal.=)

Third

"Untuk Juna,takde orang lain dalam dunia ni (juna) yang sayang pada Juna macam mommy. Cuma mungkin mommy tak reti tunjuk atau tak cukup tunjuk lagi. Jangan Lupakan mommy. macam mana pun kita terpisah satu hari nanti. Juna nak tahu, Juna dah curi hati mommy, dari hari pertama juna nampak mommy."

Entahla..bila saya dengar Fynn Jamal ucap macam ni, saya terus terbayang kat mama saya. Saya tak nafikan, ada ketika yang mood mama saya tak berapa baik, dan yang jadi mangsanya kami adik beradik. Tapi, seorang ibu tetap seorang ibu. Saat si ibu melahirkan si anak, pasti dan pasti sayangnya kepada anak tak akan pernah berkurang. Di kesempatan ini, saya nak mohon maaf dekat mama saya, (kalau mama saya baca blog saya ni), atas segala kesilapan dan kekurangan anaknya selama ini. 
Ya Allah, berilah kepada kami kesempatan untuk berbakti kepada orang tua kami.

p/s: First time saya dengar lagu ni, bila saya dengan isteri saya dalam kereta on the way balik ke rumah saya. Dah la jalan kampung kat rumah saya tu gelap, rasa scary pulak bila dengar lagu ni..huhu

USaha Atas Iman dan AMal

1 comment:

  1. Maaf saudara, pada pendapat saya, kebanyakan atau semua orang tahu termasuklah wanita,.tahu bahawa syurga itu bukanlah mudah untuk dimiliki, seperti mana yang terdapat dalam surah al-Kahfi,ayat 107, Allah berfirman,'Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh,bagi mereka adalah syurga Firdaus sebagai tempat tinggal'... jelas,hanya mereka yang beriman dan beramal soleh akan ke syurga..
    sebenarnya ucapan yang diungkapkan adalah tentang naluri manusia yg sentiasa mahukan kebaikan..begitu juga dengan wanita yang mengucapkan I LOVE YOU TILL JANNAH.. sebenarnya ia satu harapan untuk mendapat kebaikan..harapan untuk bersama yang tercinta di syurgaNYA.. harapan itu sentiasa ade walaupun kesudahan kita disana masih belum pasti.. sekadar pendapat dari insan yang penuh dgn kekurangan..:)

    ReplyDelete