Tuesday, 30 September 2014

Kerja laa, Kalau Nak Kerja Sangat!!

Hi guys…assalamualaikum semua…
Hari ni, saya nak share something ngan korang semua…ianya pasal satu hadis yang kita sering dengar. Selalu sangat. Tipu laa kalau ada antara kita yang bagitau yang dia tak pernah tahu or tak pernah dengar pasal hadis ni…sebabnya, dalam kebanyakan kem motivasi untuk budak2 yang nak exam, hadis ni akan disebut2..

Apa dia hadis tu..??

Meh sini nak habaq..
bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun, dan beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari..

Apa yang menarik tentang hadis ni..??

Opss, korang silap..Apa yang saya nak tulis bukan pasal hadis ni, tapi pasal diri kita. Our ‘true colour’. Kalau istilah agama, ustaz2 akan bagitahu ‘keadaan iman kita’..

*saya pun baru tahu tentang hadis ni. setelah kawan saya explain kat saya..

Bila kita baca hadis ni, apa yang kita selalu kaitkan.?Apa yang kita faham.?

Saya percaya hampir 90% daripada kita akan kata yang hadis ni suruh kita kerja betul2. Jadi, ramai la orang akan guna modal ni.

“Kerja pun ibadah jugak.”
“Kan Islam tu suruh kita kerja rajin2.”
“Kan cari nafkah tu wajib”

Jadinya, boleh la kerja sampai lewat malam. Pagi, Petang, Siang, Malam duk pikir pasal duit.Nak jadi kaya..

Betul ke salah tu??

Memang betul Islam suruh kerja, tapi cuba kita fikir betul2. Solat Jemaah 5 waktu kita hadir tak??Kelas agama kita pergi tak??Orang sakit kita ziarah tak??Orang susah kita tolong tak??
Ni semua amalan dan perintah Allah jugak tau. Agama pun ada Priority. Dalam senarai ranking ibadat, bekerja tu antara yang paling2 bawah..

Apa kaitan dengan Hadis di atas.

Saya dalam usaha nak memendekkan setiap entri saya(tak nak bagi korang bosan), jadi straight to the point, saya bagi persoalan untuk korang jwab.

Soalan 1                                                                                                                                
Anda telah ditugaskan untuk menyiapkan satu assignment oleh professor anda  dan perlu  submitnya dalam tempoh sebulan. Apa tindakan anda??

   A.  Siapkan assignment tersebut dalam satu hari
   B.  Siapkan assignment tersebut sedikit demi sedikit sehingga dateline

Saya percaya ramai antara kita akan memilih jawapan B, sebabnya nanti boleh buat dalam keadaan relax tak perlu tergesa2. Tetapi pada masa yang sama, secara tak sedar kita sebenarnya menggunapakai jawapan A dalam memahami hadis di atas.

Soalan 2
Anda akan dihukum gantung sampai mati pada hari esok, apakah tindakan anda??

   A.  Bertaubat
   B.  …………….

Saya yakin, semua daripada kita akan memilih jawapan A, kerana itu memang keadaan diri kita yang sebenarnya sewaktu menghadapi kematian. Dan saya pasti yang kita semua akan bersungguh2 untuk menangis sewaktu bertaubat.

Apa yang saya nak konklusikan ni agak panjang, baca dengan sabar yer..

apa yang saya faham dari hadis ini adalah, hadis ni nak bagitahu adalah agar setiap orang bekerja(mencari rezeki-perintah Allah), dalam keadaan tidak menjadi ‘ahli dunia’. dan Fokus utama hadis adalah agar setiap orang bersungguh2 dalam ibadat. Sebab tu nabi bagitau kita nak mati esok.

Saya ada tulis kat atas, kalau dalam istilah agama, kita akan tahu ‘keadaan iman kita’ bila kita faham hadis ni betul2. Kita kena banyak istighfar dan minta ampun dengan Allah.Sebabnya, kalau kita faham hadis ini sebagai saranan untuk kerja rajin2, itu tanda iman kita sikit sangat. Dalam hati kita ada cinta dunia. Kita ahli dunia sebenarnya. itu tanda Kita sebenarnya tak YAKIN dengan rezeki ALLAH. Kalau kita sudah ditakdirkan untuk hidup 1000 tahun, bermakna rezeki kita untuk 1000 tahun Allah dah tulis. Jadi kenapa kita nak kena pulun habis-habisan kudrat kita hari2 untuk dapat rezeki 1000 tahun tu sekaligus. Kerja biasa2 je macam time kita nak kena buat assignment yang nak kena antar sebulan kemudian. Saya nak explain lagi, tapi takut jadi panjang sangat. Semoga Allah beri saya dan kita semua kefahaman.

sedara-sedari, akidah kita lemah sesangt. Kita tak ikut shiah,muktazilah dan sebagainya. Betulllll!!!saya tak nafikan..namun, sebenarnya, kita pun tak ikut Rasulullah. Kita sedang ikut DUNIA. KITA HAMBA DUNIA..

Kalau dalam psychology, kita sebnarnya berada dalam kategori tamak. Bila nabi kata bekerjalah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun, otak kita waktu tu mainkan peranan dengan bagitau kita bahawa kita akan hidup 1000 tahun, jadi mesti nak harta banyak, duit banyak. Then, bila imej 'nak harta banyak' tu lekat dalam otak kita, otak kita dah lupa nilai 1000 tahun tu dan tak dapat analysis nilai 1000 tahun tu lagi. As the result, badan kita bekerja kuat2 sampai kita penat, sebab nak cari duit punya pasal, dan kita dah terlupa yang ESOK MASIH ada. bukan setakat esok,  kita still ada 999 tahun 394 hari lagi.. 
Kenapa jadi macam tu? Sebabnya, kebanyakan manusia cenderung untuk berehat2. Kita sedar yang kita perlu bekerja, jadi kita nak pulun habis-habisan dalam 1 hari dan nak berehat untuk hari2 seterusnya. Buktinya simple. Kenapa orang kerja kuat time muda. sebabnya nak senang time tua. Kenapa ramai orang kat masjid time bulan puasa, sbbnya nanti bulan lain boleh enjoy.

Wallahua'lam..Semoga bermanfaat
Sedara-sedari, tolong sebutkan nama saya yang hina-dina  ni dalam istighfar korang yer. Doakan agar Allah beri saya taufik dan hidayah

Usaha atas Iman dan Amal

p/s; Silalah betulkan saya kalau ada kesilapan..




Thursday, 25 September 2014

OMG, Isteriku Jadi Datin!!!

"macam mana you boleh jadi 'datin' ni....husband you dapat  'Datuk' ke..??"
"sultan mana yang bagi tu...?"
"oooo please....tak payah nak berlagak sangat lah!! 'Datin' je pun..bukan 'Datin Sri'.."
"ni mesti kes bayar nih..."

haha...terkejut korang baca tajuk entri nih...

takde apa2pun sebnarnya...sajer je nak tulis pasal bnda nih, sbb ianya melibatkan hubungan suami isteri...

chop2..jangan la berhenti baca dulu..

saya tulis ni bukan sajer2 tau..tapi penting untuk pasangn yang dah kawen atau yang akan berkahwin. tak kisah laa sama ada dalam masa terdekat or yang masih belum ada perancangan..

korang perasan tak, atau dalam bahasa lain, korang tahu tak..
yang kalau seorang lelaki dapat 'Datuk', secara automatik si isteri tu akan dapat 'Datin'..
tapi..kalau perempuan dapat 'Datin', belum tentu si suami tu akan dapat 'Datuk'.

kan2...*terhangguk2 kepala*.

jadi..apa yang saya nak sentuh kat sini ialah dari segi konsep ganjaran ibadat bagi pasangan suami isteri, terutamanya bagi si isteri..

saya bagi contoh yang simple sangat2..dah taboo sangat contoh ni sebnarnya..tapi takperrr, nak guna jugak..=p

untuk seorang suami yang solat berjemaah di masjid(1), ganjarannya kita assumekan sbanyak 27 pahala..(saya tulis assume tu sbb dalam hadith yang saya baca, Nabi bagitahu dalam bentuk gandaan lebih baik, bukan pahala.."27 kali ganda lebih baik"-nak bagi mudah faham)..
 
that's mean, mengikut perkiraan matematik, ganjaran pahala untuk si isteri adalah 28 pahala kalau isteri solat di rumah sendirian..

27+1=28 

senang kan kira2 ni...jadi, maknanya apa??

pahala suami tu pahala isteri
pahala isteri tu pahala isteri 

bila suami buat ibadat, si isteri jugak akan dapat pahala yang sama macam suami dapat..
tapi, bila isteri buat ibadat, pahala tu akan dapat pada suami..hanya untuk dirinya..

suami zikir pun isteri dapat..
suami makan pun isteri dapat..
suami pergi masjid pun isteri dapat..
suami balik umah mak pun isteri dapat..

semuaa dapatttt...bestttt woooooo.....!!!!

 boleh goyang kaki la orang perempuan kat umah..TU PUN KALAU DAPAT SUAMI YANG SOLEH SIKIT DARI ORANG LEN...

last but not least, 
sbb tu, jangan jadi BODOH(maaf bahasa kasar) wahai isteri2,. Galakkanlah suami2 uolls untuk banyakkan ibadat/amalan..tolong jangan halang kami/jangan pujuk rayu kami/ , kerana kami sedar kami pun lemah dan kami teramatlah mudah untuk 'cair' dengan uollss..

untuk yang belum kawen, carilah yang rajin ibadatnya. jangan cari yang hensem sajer..jangan cari yang pandai bodek sajer..jangan  cari yang pandai cari duit sejer..nak jadi jutawati(betul ke tidak perkataan nih), jadilah jutawati akhirat...

p/s: sekadar perkongsian hasil program 40 hari. untuk rujukan boleh refer hadith sayyidatina Asma datang bertanya soalan kepada Rasulullah. kalau ada silap, betulkan saya.

(1)Sunnah asal solat berjemaah adalah di masjid.Bukan di rumah.

semoga Allah beri saya dan kita semua pengampunan dan hidayah.
Usaha Atas Iman dan Amal..
 



Tuesday, 23 September 2014

SelaMaT dAtaNg BabY!!!

Assalamualaikum semua..

ni entri first saya selepas balik bercuti di Malaysia..kurang lebih 2 bulan jugak laa..
saya tak menulis kat Malaysia sbbnya saya ada ikut program lebih kurang 40 hari. 

ada banyak citer yang saya nak tulis kat sini time sepanjang program..tapi yang tu akan saya detailkan untuk next2 entri. saya siap sediakan satu buku khas untuk saya tulis mengenai apa yang berlaku sepanjang 40 hari tu.. 

sejujurnya, sepanjang kehidupan saya, itulah hari2 yang paling saya syukuri...kalau taun lepas, saya join program tu kat Jepun and Hong Kong, but this year saya pilih Malaysia..

okeyyy,...hari ni, sempena first day menulis balik, saya nak habaq satu berita..a good news..

'i'm gonna be a dad'..

kalau ada orang tanya saya, tentang perasaan saya time ni, saya hanya boleh citer yang perasaan saya bercampur baur...semua ada..

hepi..
takut+bimbang...
kesian...
n lain2..

tapi, thanks to keluarga saya dan keluarga seblah isteri saya, kerana memahami dan support kami, walaupun kami masih belajar..insyaAllah, kami akan cuba untuk menempuhinya sebaik mungkin, sehinggalah kelahiran anak sulung kami berdua..

buat masa sekarang, umur kandungan baby kami, lebih kurang 10 minggu..

mula-mulanya, saya risau jugak kot2 isteri saya nnti ada alahan yang teruk2, tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya buat isteri saya...

mengidam pun takde la teruk sangat buat masa sekarang, setakat pizza macam tu je..hihi..hebat baby punya taste nihh..

pasal persiapan..
sekarang saya sedang berusaha untuk menambahkan ilmu dan kemahiran2 keibubapaan...
cheee waahhh...macam dah mature sangat bunyi tu....

saya sekarang lebih menitik beratkan soal rohani... i mean, saya percaya yang gaya amalan ibu bapa sewaktu seblum melahirkan baby, akan mempengaruhi keadaan baby tersebut selepas lahir..perangai,tingkah laku,.

bagi saya yang berjauhan dengan isteri, saya sedang berusaha untuk kurangkan perkara2 lagha..
banyakkan amalan2 tertentu..ikut kemampuan saya..
hafal2 doa dalam al-Quran berkaitan anak2..

for my wife, i'm not really sure about her preparation, but i'm believe in her..coz she is my wife..

nnti korang tolong la doakan sekali keselamatan dan kesolehan baby saya yang akan lahir tu yer..=)
Kalau perempuan, insyaAllah namanya Aisyah  bin Mohamad Fahmi 
Kalau lelaki insyaAllah Muhammad 'Umar  bin Mohammad Fahmi
yang ni pulak cover buku yang saya tengah study, saya beli buku ni sebb ada member yang recommendkan buku ni


p/s: dah tak boleh dah nak guna 'Wan' kat pangkal nama anak nnti..