ada satu kisah mengenai satu pasangan suami isteri.
Suatu hari, si suami berada di hadapan TV, berehat dan telah datang mertuanya dari arah belakang.
Pasangan itu tinggal di rumah ibu bapa mereka.
"Nah, ni minyak angin untuk anak kamu." beritahu bapa mertua kepada kepada menantunya.
menantu yang tidak tahu menahu soal itu hanya membalas pendek," Owh. Okey.. Terima Kasih."
Namun dalam hati, disimpan rasa 'makan hati'.
Apabila si suami duduk bersama isterinya, langsung ditanya.
"Kenapa Awak suruh ayah belikan minyak untuk anak kita?"
"Alaa, takpe la. Minyak jer pun." Balas isterinya tanpa memahami maksud tersirat dari soalan suaminya.
Suami terus merajuk mendiamkan diri kerana merasakan maruahnya diinjak2. Seolah-olah dirinya tidak mampu untuk menanggung keluarga sendiri, sehingga isteri sendiri hilang bergantung harap pada dirinya.
"Maafkan Saya Awak." Pujuk isteri setelah melihat perubahan suaminya, namun suami tetap mendiamkan diri. Anak kecil yang ada bersama ketika itu diguna untuk memujuk suami tercintanya.
"Adik, tengok Abah. Merajuk dengan Mama." Sedang si anak tidak langsung memahami kata-kata itu mahupun apa yang berlaku.
Kata-kata kemaafan terus dilafaz dengan ikhlas, akhirnya si suami lembut hatinya dan memaafkan perbuatan isterinya.
Kisah yang saya tuliskan itu realiti-realiti yang sering berlaku dalam kehidupan rumah tangga, Namun, ada satu pengajaran bersifat ketuhanan yang boleh dipelajari daripada kisah tersebut.
Kalau seorang suami boleh merasa tercabar hanya kerana isterinya yang terminta pertolongan dari ayahnya sendiri berbanding menyatakan keperluan kepada suami, hanya kerana merasakan keluarga dan segala keperluan keluarga merupakan TANGGUNGJAWAB dirinya, dan merasakan dirinya adalah TUAN kepada anak isteri,...
Maka, apatah lagi dengan Allah. Dia yang merupakan TUAN dan juga TUHAN kepada seluruh makhluk pasti akan merasakan sangat tercabar apabila ada kalangan hambaNYA yang beralih dari memohon kepadanya, meminta daripada MAKHLUK.
Sebagaimana, suami yang gembira apabila isteri memohon bantuan daripadanya, dan gembira untuk memenuhi keperluan isterinya, maka begitulah ALLAH YANG PASTI LEBIH GEMBIRA APABILA HAMBANYA MENADAH TANGAN MEMINTA DARINYA DAN TERSANGAT GEMBIRA UNTUK MEMENUHI HAJAT KEPERLUAN HAMBANYA.
wallahu'alam.
p/s: Sebenarnya isu yang berlaku dalam rumah tangga berkaitan psikologi suami isteri. Suami sering kali akan bersifat sebagai TUAN, kerana itu, walaupun sesuatu yang dianggap remeh oleh pasangan membwa kesan yang besar dalam perhubungan rumah tangga. Untuk memahami boleh cuba baca buku Men from Mars, Woman From Venus..
Saturday, 16 January 2016
Fitnah Terhadap Tuan Guru Nik Aziz
Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama saya tidak menulis dalam blog ni..actually, saya baru balik dari 'keluar' 4 bulan di India dan Bangladesh. Saya pergi ke sana untuk usahakan atas iman dan yakin saya dengan perantaraan dakwah(keluar di jalan Allah). Sebenarnya, terlalu banyak yang saya belajar sewaktu di sana, dan saya simpan niat untuk amalkan bila saya balik ke Malaysia.
Subhanallah. Sifat orang India dan Bangladesh, seolah2 reflection bagi sifat sahabat. Cara mereka memuliakan tetamu dan layan kami,(FOREIGNS), sedangkan mereka tak kenal kami langsung. Hari2, kami diberi makan beriani, sedangkan mereka orang miskin. terlalu miskin. Mereka hidang pada kami daging macam2. Kerbau, Lembu, Kambing, Ayam. Ikan. Semua ada.
Salah satu sifat yang Allah bagi pada mereka..
Sekarang, dalam waktu yang singkat ini, saya nak tulis sesuatu mengenai Tuan Guru Nik Aziz. Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa Tuan Guru Nik Aziz?
untuk sekian lama, saya telah mendengar fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan beliau seorang Wahabi, dek semata2 kerana pernah ada isu beliau menolak belajar sifat 20 dan menolak amalan tahlil dan mungkin ada beberapa isu lain.
Saya pernah mempercayai fitnah itu untuk seketika, tapi akhirnya, apabila saya pergi ke India dan Bangladesh, saya mula menyakini yang Tuan Guru masih berpegang dengan salah satu mazhab yang 4 dan merupakan ulama yang besar.
Kenapa??
Kalau mengikut sejarah pengajian Tuan Guru, beliau pernah datang belajar di India dan saya sendiri pernah berada di India walaupun untuk seketika(1 bulan lebih), yang bermazhab Hanafi. Walaupun saya tidaklah belajar hukum2 mazhab Hanafi secara formal, tapi saya telah berada dalam masyarakat India yang berpegang kuat dengan Mazhab mereka. Saya percaya yang itu sudah mencukupi(Bagi SAYA SENDIRI) untuk mula bersangka baik dengan Tuan Guru.
Saya percaya, dengan keberadaan Tuan Guru di India, kemungkinan untuk beliau tidak belajar mazhab hanafi adalah mustahil. Maksud dari belajar mazhab Hanafi adalah belajar hukum berserta dalil2 bukan sekadar hukum wajib,sunat, haram, makruh,harus semata2.
MENURUT SAYA, bagi mereka yang faqih dalam syariah(4 mazhab), maka layak bagi mereka untuk diri mereka sendiri memilih hukum yang menurut ijtihad mereka lebih dekat dengan sunnah. Tapi, dalam beramal, ada syarat2 yang ulama terdahulu telah tetapkan, dan saya yakin yang ulama2 termasuk Tuan GURU Nik Aziz lebih arif.
Maka, saya di sini menyeru kepada seluruh umat agar bersangka baik dengan TUAN GURU, kalau ada yang pernah menyebarkan fitnah tentang beliau, meminta ampun adalah yang paling baik.
Kalau ada yang tidak menerima artikel ini, maka bersifat berdiam diri tanpa memburukkan Tuan Guru, atau mana2 ulama adalah lebih baik
p/s: apa yang ditulis hanyalah semata2 berdasarkan pengalaman dan kefahaman saya. SILA RUJUK KEPADA USTAZ2 YANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Subscribe to:
Posts (Atom)