Alhamdulillah..sudah lama saya tak menulis dalam blog saya, sejak saya balik dari Malaysia.
Skrang ni, saya tinggal di Kajang buat sementara waktu. Hidup pun merempat kat rumah orang jer. Takpelah, semoga in future, Allah akan bagi ssuatu yang lebih baik buat saya.
Malam ni, saya nak share satu satu stori pasal saya, baru berlaku semalam. SYuKur PadaMu Ya Allah.
Di kawasan tempat tinggal saya sekrang ni, saya ada beberapa orang sahabat dari Myanmar dan Banglades. Yunus, Umar Faruq, al-Amin. Mereka semua ni memang baik. Waktu, awal2 jumpa mereka, Allah dah masukkan dalam hati saya perasaan SAYANG pada mereka. Dalam pendefinisian saya terhadap 'sayang', ialah kalau kehilangan seseorang itu akan buat saya menangis.huhu..
So, back to the stori. Dalam bberapa minggu yang lepas, saya baru memulakan kerja sebagai Sales Advisor kat proton showroom. Lepas tu, saya disebabkan lemahnya iman, kononnya nak Nampak kemas, saya potong janggut saya. Potong sikit jer, nak bagi Nampak kemas, tapi Allahurobbi, rupa-rupanya Allah dah masukkan kesedihan yag teramat sangat dalam sbb potong janggut tu. Bukan sebb, dah lama simpan, tapi sebb saya dah 'potong' akhirat saya untuk dunia yang hina ni. Hampir seminggu saya bersedih.
Kalau ada yang baca, mungkin ada beberapa perkara yang saya perlu jelaskan dalam isu ini.
Dalam soal janggut, bagi mereka yang Allah dah kurniakan suatu kefhaman terhadap SUNNAH, simpan janggut bukan hanya soal sunat, tapi mengikuti 100% semua perkara berkaitan Rasul Allah saw. Janggut bukan hanya disimpan sejemput, tapi sepanjang yang boleh.
Bukan nak bagitau yang saya ni, Allah dah muliakan dengan kefahaman yang tinggi, tpi nak cerita kesedihan saya itu.
Berbalik kepada cerita, semalam saya ditegur oleh Yunus dan al-Amin tentang janggut. Teguran mereka penuh hikmah. Tapi dalam teguran mereka, saya gembira, hamper menitis air mata. Inilah kesedihan saya seblum ini.
Mereka mulakan perbualan dengan Tanya, kenapa orang melayu hanya simpan janggut sejemput??Boleh tak??
Saya jawab la benda tu boleh, sebb memng kalau ikut hokum feqah tidak ada masalh.
Amin jawab tak boleh Janggut tak boleh simpan sejemput, mesti simpan sampai lebat. Tak boleh berfeshen2 dalam janggut. Setiap ungkapan tu, saya boleh hadam dengan senang, sbb memang Allah dah masukkan kefhaman itu dalam hati saya sebelum itu lagi.
Yunus Tanya, saya dah kawen kan?? Saya jawab dah. Dia pun bagitau, kalau macam tu, apa lagi nak risau. Kalau bujang mungkin boleh la kita kata sapa nak buat jadi menantu kalau janggut panjang, tak kemas (kononnya), tapi kalau dah kawen, takde masalah.
Mereka bagitau jugak yang untuk setiap satu helai janggut akan ada 70 malaikat. Saya tak menolak atau menerima mafhum hadis tu, tapi saya ambik sebagai untuk meraikan kesungguhan mereka dalam menceritakan fadhilat janggut. InsyaAllah, len kali saya akan rujuk tulisan2 ulama2 berkenaan janggut. Allahummaghfirli..
Cerita Amin jugak, waktu mula2 lihat saya di surau, Belia sudah kagum dengan saya. Hanya kerana panjangnya janggut saya. Bagi dirinya, itulah tanda keimanan, dan semakin panjang janggut, semakin hensem seseorang itu. Tapi bila janggut saya di'trim', dari gaya perckapannya, beliau kecewa dengan diri saya, walaupun tidak mengunkap secara langsung.
MasyaAllah, untuk 2 orang sahabat saya ini, Allah sudah muliakan mereka dengan kefahaman agama yang tinggi. Mereka belum bernikah dan peluang untuk mereka bernikah mungkin tipis, tapi kesungguhan mereka untuk taat perintah Allah, ikut cara Nabi, membuatkan saya sedikit cemburu.
Yunus dalam keadaan beriang gembira bagitau, DUNIA untuk MUJAHADAH, AKHIRAT untuk BESERONOK. dari raut wajahnya, seolah2 dia sudah redha yang di dunia ini dia sudah redha dengan tiada apa2 di dunia, dan hanya menantu balasan dari ALLAH di syurga. BELIAU*(saya gunaperkataan ini, kerana mulianya Yunus) gembira. Tersangat Gembira.
MasyaAllah, itulah tangisan hati yang saya diamkan, tapi Allah hantar seseorang yang bias memahami tangisan itu tanpa saya bicarakan. Perkataan yang saya harapkan sangat dari seseorang, sewaktu kesedihan itu. ATau paling kurang, sudah memadai seseorang itu mengatakan,
"Fahmi, kenapa awak potong janggut??"
Usaha Atas Iman dan Amal
No comments:
Post a Comment