Thursday 4 December 2014

Hadis Dhaif dan Sahih


Bismillahirrahmanirrahim…

Ari ni, saya nak bercerita something kat dalam blog nih. Dalam minggu lepas, lepas solat Maghrib dengan kawan saya, saya baca kitab hadis kat depan. Yang dengar tu tak ramai, 2 orang jer, sebab yang solat tu pun memang kami berdua je hari tu.

Lepas saya baca kitab tu, kawan saya yang dengar tu tanya saya,

“Hadis2 yang ada dalam kitab ni, sahih ker..?”

Saya pun jawab la,” Ada yang sahih dan ada yang dhaif.”

Saya tak ingat detail sangat pasal perbualan kami ni, tapi apa yang duk bermain dalam otak saya ni bila kawan saya tu tersebut pasal cara nak kenal pasti hadis tu dhaif atau sahih. Dia bagi contoh pasal hadis kelebihan solat tarawih hari pertama, hari kedua..n selanjutnya. Hadis tu famous jugak kat Malaysia.

Kesimpulan yang kawan saya buat, hadis dhaif ni adalah hadis yang apabila kita baca, kita rasa macam tak boleh nak diterima oleh logik agama.

Saya mula2 time kat surau memang agak setuju dengan apa yang kawan saya cakap, tapi apabila saya balik rumah saya, hati saya rasa tak sedap. Ada benda yang tak betul bila saya fikir balik, pasal perkara yang kami persetujui tadi. Jadi, saya buat keputusan untuk betulkan balik keadaan berdasarkan gerak hati saya. Sebab tu saya menulis kat sini. Mudahan2, Allah akan luruskan kefahaman kami berdua dan seluruh umat, agar dapat datang kepada amal agama IKUT CARA RASULULLAH saw dan SAHABAT ra hum.

Bila saya renung balik, memang ada beberapa benda yang saya terlepas pandang.

Benda first sekali, waktu saya setuju dengan statement tersebut, saya perasan sikap saya waktu itu, saya seolah2 meng’anaktiri’kan hadis dhaif, bererti saya BIADAP dengan Rasulullah. Apabila sesuatu perkataan tu dinamakan hadis, bererti ianya adalah perkataan Rasulullah, dan tak mungkin Rasulullah akan mengatakan sesuatu yang mengarut. Cuma, apa yang menjadikan ianya dhaif adalah cara periwayatan hadis tersebut. Ada perawi yang lemah dari segi pensyaratannya, jadi hadis tu jadi dhaif. Tapi adakah itu mengubah bahawa perkataan itu bukan dari Rasulullah.

 Anologinya macam ni, kalau seorang penyapu sampah telah diarahkan untuk menyampaikan perintah seorang sultan kepada kita, adakah kedudukan penyapu sampah itu mengubah hakikat yang titah perintah itu datang dari sultan. Mestila tak kan. Titah sultan tetap titah sultan.

KESIMPULAN: Yang Dhaif itu perawi, bukan perkataan Rasulullah. Sebagai seorang umat, sikap yang sepatut ada pada kita bila kita jumpa/ baca hadis, jangan kita membeza-bezakan hadis dhaif atau sahih, sebaliknya harus merasakan keagungan kata2 Rasulullah itu, dan membenarkan kata2 Rasulullah itu.

Yang kedua

Persoalan: apa logik agama??

Saya nak jawab, dari dua sudut. Sudut pertama adalah masail(hukum-hakam), dan sudut kedua dari segi ganjaran


masail(hukum-hakam)

Dalam agama, tidak ada benda yang logic apabila ianya melibatkan perintah dan firman Allah. Contohnya, kenapa kita tawaf kaabah tujuh kali. Kenapa solat kena ambil wuduk. Kenapa kena melontar jamrah. Kenapa kena puasa? Semua benda ni, kalau kita kaji memang akan ada jawapan saintifik, tapi benda itu tak boleh dijadikan hujah untuk kata kenapa kita buat semua perkara tu. Jawapan paling simple dan konkrit kenapa kita solat, puasa, tak makan babi adalah kerana benda tu Allah yang suruh.-diolah dari kata2 HABIB ALI ZAINAL ABIDIN

Sebab itu, persoalan yang sering ditanya orang Jepun kepada pelajar yang belajar di Jepun, kenapa kita tak boleh makan babi?, Dan kita menjawab, sebab babi adalah haiwan yang kotor dan macam2 lagi alasan saintifik yang diutarakan. menurut saya BETUL TETAPI TIDAK TEPAT. Jawapan paling tepat menurut saya, “INI ADALAH PERINTAH TUHAN (ALLAH) SAYA”.

Fadhilat(ganjaran)

Satu lagi sudut adalah logik agama dari segi ganjaran Allah untuk sesuatu amalan ibadat atau kebaikan. Di zaman serba moden ni, kita banyak jumpa hadis2 yang kita tak pernah jumpa dulu, dan kat sekolah, ustaz2 hanya ajar benda tu sebagai wajib, sunat, makruh, haram, harus. Sebab tu, bila kita jumpa hadis pasal amalan2 tertentu, akan dapat ganjaran sekian2 banyaknya, sehingga kita rasa tak logik. Padahal, dalam agama, tidak ada yang tidak logic bila ianya datang dari Allah dan Rasulullah saw

Malah, logik agama tu bagi saya, logik bagi Allah. Adakah mustahil bagi Allah untuk bagi ganjaran2 yang besar terhadap amalan yang kelihatan seperti amalan kecil. Tidak sama sekali. Allah Maha KAYA.

Kalau semua makhluk berkumpul di satu kawasan yang lapang, dan setiap daripada kita(makhluk) meminta kepada Allah, maka Allah berkuasa dan berkemampuan untuk tunaikan keinginan setiap makhlukNya pada masa yang sama.

Ziarah orang sakit, satu Kebun Allah nak bagi kat kita dalam syurga.

Bercakap benar, nabi jamin mahligai dalam syurga untuk kita.

Baca al-Mulk dan as-Sajdah setiap malam, selamat dari azab neraka.

Ucap Lailahaillah, tiang nur di hadapan arasy Allah bergegar.

Semua ni kemurahan Allah, tapi kita yang jahil sebab kita terlalu membicarakan kedudukan hadis. Dhaif, sahih, hasan. Bukan tak boleh, Cuma kita adalah orang awam yang tak berkemahiran, dan tak ada kepentingan untuk membicarakan kedudukan hadis. Cukuplah kita dengar dan kita beramal di samping kita mengharap agar kita menerima ganjaran tersebut.

Bekenaan, hadis solat tarawih, saya kurang pasti mengenai kedudukan hadis tersebut. Kalau ianya daif, maka bergembiralah kita dengan solat tarawih yang kita sudah tunaikan sepanjang 22 tahun(umur saya), sebab ianya adalah kata2 Rasulullah saw, dan apabila ianya dari Rasulullah kita pasti akan mendapat ganjaran mengikut apa yang dikatakan baginda.

Kalau ianya, hadis palsu, maka tak salah untuk kita berharap agar Allah mengurniakan ganjaran yang sama sebagaimana tertulis dalam hadis tersebut walaupun ianya bukan dari Rasulullah saw.

Wallahua’lam

p/s: Tulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan kredibiliti kawan saya, tetapi sekadar kefahaman saya.  

Usaha Atas Iman dan AMal